kau,aku punya !

By annrena

9.2K 221 5

Aisyah terjumpa seorang lelaki bernama Haqiem Aiman di sekolah menengahnya. tetapi selepas cuti raya, kelibat... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22

BAB 6

493 18 0
By annrena

*dingdong*

"Aisyah! Awak dah bangun ke belum?"jerit Haqiem dari luar rumah.

Tiba-tiba suara Haqiem dari luar mengejut aku dari tidur. Aku menjenguk ke luar. Haqiem sedang bersandar pada keretanya

"Kejap,aku baru nak bersiap ni"
Aku menyarungkan tudung selendang berwarna coklat dengan baju berwarna hitam. Eh tersedondon._. Selepas selesai bersiap aku terus pergi ke bawah.

"Sorry lambat" kata aku sambil menundukkan kepala. Nasib baik bukan hari sekolah.

"Sokay. Ha masuk. Ibu kata ayah dah okay sikit"kata Haqiem sambil melihat baju aku dan baju dia. Dia perasan warna sama mungkin.

"Jangan perasan okay. Aku tak tau pun kau baju hitam juga"Haqiem hanya tersenyum.Dia tak tanya apa-apa kau tetiba bagitahu. dah kenapa?

-------------------------
(Dalam perjalanan)

"Kenapa kau panggil ibu,tak panggil cikgu?"masa ni la aku nak tau. Pelik. Diaorang ni macam dah rapat sangat-sangat.

"Apa salahnya? Ibu awak tu akan jadi mak mertua saya juga suatu hari nanti. So saya tengah biasakan la ni" kata Haqiem sambil memandang aku.

Please jangan pandang macam tu, aku cair. Huhu.Dia ni macam dah confident sangat jadi menantu ibu. Hahah. Kalau betul la diaorang dah lama kenal. Kenapa aku tak tau? Patut ke aku tanya lagi? Mybe tak kot.

"kita ambil Athirah boleh? Aku rindu dia la. Boleh?"tukar topik terus. Tak sanggup nak tengok muka dia yang suci tu.

"Eh tukar topik dah? Hehe malu ke wak? Ok ok kita pergi ambil Athirah"

Aku ni asyik fikir hubungan dia dengan ibu je ni dah kenapa? sepatutnya aku fikir pasal ayah. Buang masa je fikir pasal dia. Huh. Makin rapat dia dengan aku, makin sayang aku kat dia. Hm❤

Setelah sampai dirumah Athirah,Athirah memandang aku sambil mengangkat kening. Apa maksud dia?cepat la wei masuk. Aku tak nak duduk dalam kereta berdua dengan dia je. Boleh gila aku dibuatnya.

"Wah baju sama,Sweet sangat!"kata Athirah. Lalu aku terus memandang kearahnya dengan arahan 'diam la'.
Athirah hanya senyum nakal. Athirah ni boleh tahan juga sakat aku. Jangan la dia jadi satu kepala dengan Haqiem. Ibu dah rapat dengan dia. Takkan la Athirah pun nak rapat dengan dia. Gr.

--------------------------
Setelah sampai di hospital, kami terus pergi ke bilik ayah. aku nampak ayah masih lemah tetapi bertambah baik dari semalam. Aku mencium tangan kedua-dua ibu bapa aku. Suka aku melihat mereka tersenyum. Lega sangat-sangat!

"Ayah kena duduk sini seminggu. Sebab ayah ada penyakit_"sayu sahaja suara ibu berkata. Tiba-tiba suara ibu terhenti. Dia mahu berahsia dengan aku ke?

"Ayah sakit apa ibu?" hairan aku dibuatnya. Tiba-tiba sahaja ibu memberhentikan percakapannya itu.

"Ayah sakit biasa-biasa je"pelik. Takkan la sakit biasa-biasa kena duduk hospital seminggu? Tak! Tak mungkin!

Aku hanya menganggukkan sahaja. Mungkin ibu buat macam itu sebab ibu tahu sukar untuk aku hadapi.

(Di bilik rawatan)
"Puan kena banyak bersabar, Encik Ibrahim menghidap penyakit kanser paru-paru. Jadi sebelum keadaan Encik Ibrahim jadi lebih teruk. Dia kena duduk hospital selama seminggu untuk membuat rawatan"kata Doktor Syafiq kepada ibu. Ibu seperti tidak menjangkakan bahawa ayah menghidap penyakit kanser. Air mata ibu mengalir dengan sendirinya.

"Jadi doktor, sakit dia boleh sembuh kan? Kan doktor?"

"InsyaAllah, kita doakan baik-baik untuk suami puan"

-----------------------
"ayah ngan ibu dah makan? Kalau belum, Aisyah boleh beli kan, lagipun Aisyah tak makan lagi ni"tanya aku sambil melihat ayah yang terlantar di katil. Ayah seperti betul-betul lemah. YaAllah kau kuatkan la ayah.

'Ayah dengan ibu dah makan. kamu bertiga pergi la makan dulu. Nanti perut masuk angin"kata ibu.

Kami bertiga pergi ke kedai makan yang berhampiran dengan hospital tersebut. disebabkan diaorang ziarah ayah aku, alang-alang tu aku belanja mereka.

Kami memilih makanan. Harga makanan di kedai tersebut murah-murah. cukup-cukup dengan duit yang aku bawa.

"Hari ni aku belanja korang. Okay?"kata aku sambil senyum memandang kearah mereka berdua.

"Hehe thankyou Aisyah.sayang kau! Er jap eh perut aku buat hal.aku gi toilet jap"

Athirah tu sehari tak sah kalau tak pergi tandas. Hahah. Dia ada sakit gastrik. Kalau tak makan pagi,mula la perut dia buat hal. Haish. Haqiem yang dari tadi diam mula bersuara

"Awak tak nak tanya pasal ayah awak ke? Saya rasa macam ada something yang ibu rahsiakan dariapada kita. Takpe, nanti saya tanya ibu"kata Haqiem sambil tersenyum. Mukanya agak serious sedikit. Seperti benar-benar risau.
Aku hanya berdiam diri.

Kau ni baik sangat la Haqiem Aiman. Kau sanggup datang demi keluarga orang lain. Patut la ibu suka. Aku pun suka!

"Eh korang diam je? Selalunya bukan main lagi Haqiem sakat si Aisyah ni"kata Athirah yang baru sahaja keluar dari tandas. Datang-datang terus nak menyakat. Heh.

"Kau ni Athirah, kalau tak sakat aku tak boleh eh? Ke kau dah satu kepala dengan Haqiem? Ish!"kata aku kepada Athirah. Tiba-tiba sahaja dia berkata begitu.

"Ha dah jangan bergaduh,makan cepat. Kita nak jumpa ayah Aisyah pula"Haqiem menggelengkan kepalanya. Faham-faham je la perempuan gaduh macam mana.

-----------------------
Nampaknya ayah tak berpuasa la nanti. Kesian ayah. Apalah agaknya penyakit yang ayah hadapi sekarang. Athirah sentiasa memberi kata-kata semangat kepada aku. Terima kasih weh. Sayang kau! Sedang aku berborak dengan Athirah, aku menjenguk ke arah ibu dan Haqiem yang sedang berbual. Tah apa la agaknya yang dibualkan. Sampaikan aku nak datang dekat pun tak boleh. Nak tahu jugak!
-------------------------
*alarm berbunyi*
Menandakan waktu untuk aku sahur. Terpaksa la aku berdikari. Ibu dan ayah di hospital. Aku pergi sekolah pun kena naik motor. Huh.

Setelah sampai di sekolah aku terus menuju ke tapak perhimpunan. Guru-guru yang lain bertanyakan tentang ibu dan ayah.

"Macam mana dengan ayah kamu?"
"Kenapa ibu kamu tak datang?"
"ayah sakit apa?"

Urgh! Tanya satu-satu boleh tak? Serabut la. Huh. Rasa nak menjerit pun ada masa tu. Tiba-tiba hari ni aku jadi pelajar yang pendiam. Semua pandang aku pelik. Yela,mana taknya hari pertama puasa ibu dengan ayah takda. [Sabar Syah. Ni sekejap je. Kejap lagi diaorang abaikan kau and tak cakap apa-apa pun pasal kau.] Aisyah bermonolog.

kami menyanyikan lagu Negaraku, lagu Selangor dan lagu Sekolah. Selalunya aku la orang yang paling bersemangat menyanyikan tiga buah lagu tu. Tapi tah la hari ni aku rasa down gila.

Selepas perhimpunan aku dan Athirah berjumpa dengan Haqiem. Katanya ada sesuatu yang hendak diberitahu.

"Selamat pagi pengawas poyo"ucap aku dan Athirah kepada Haqiem dengan muka yang menahan gelak.

"pagi . ha! nanti ibu suruh kita pergi surau sama-sama. Kalau Athirah nak ikut, boleh je"kata Haqiem sambil tersenyum.

"Aku okay je. Tapi Athirah la,kau boleh ke ikut kitaorang?"aku berkata begitu kerana Athirah hari pertama puasa dah abc (Allah bagi cuti) kesian. Athirah terus memandang aku lalu memberi isyarat (diam!)

"Eh takkanla nak pergi surau pun tak boleh? Kan Aisyah?"tanya Haqiem kepada aku. Dah kenapa tanya aku. Tanya la Athirah sendiri. Memang nanti aku kena pandai-pandai cover la jawabnya.

"Ha okay la kitaorang dah lambat. Nanti cikgu marah pula kang" athurah terus menyampuk. Takut pecah rahsia la tu. Hahah padan muka.

-------------------------
Jangan lupa vote okay! Thankyou

Loveannrena .

Continue Reading

You'll Also Like

1M 25.9K 44
When young Diovanna is framed for something she didn't do and is sent off to a "boarding school" she feels abandoned and betrayed. But one thing was...
1.7K 175 23
Kelahiran kembar tiga mengubah kehidupan Encik Azhari dan Puan Imeylda. Dyan Ariana, Iris Qaisara dan Izz Syafiq. Siapa sangka tiga orang anak kecil...
413 59 15
Saad Abdul Wakeel x Nur Sierra Semua itu mimpi? Kehilangan Sierra... Kematian Sierra... Adakah semuanya mimpi belaka?
2.1K 66 11
TENGKU HAZIM HAKIMI Seorang yang tidak banyak bercakap dan jarang sekali untuk memaparkan senyuman kepada orang luar.Dia mempunyai kacukan Itali...