Sincerely, M.E

By cheriexuanza

23.2K 1.3K 249

Dear you, Secrets tend to get revealed when you're feeling most loved and when you're feeling most betrayed. ... More

Prolog
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15

Bab 1

1.8K 80 9
By cheriexuanza

MASUK je bilik dia terus termenung dekat meja sendiri sambil picit dahi. Dengan adanya Encik Devil tu, dia tak rasa hari-hari dia akan aman lepas ni. Ini semua salah Yaya. Ini semua Yaya punya pasal. Yaya yang buat hal dia pula yang terkena. Tak adil!

Beberapa hari sebelumnya...

Mia pandang muka Yaya yang bila-bila masa je nak hujan. Dari tadi mulut Yaya tak berhenti pot pet pot pet kalah murai tercabut ekor. Tapi dia tahu walau mulut Yaya bising, gaya macam kental hati, sebenarnya Yaya tengah sedih makan hati.

"Sampai hati dia buat aku macam ni. Apa kurangnya aku? Apa lebihnya perempuan tu?" Yaya tayang muka tak puas hati.

Mia mula susah nak tarik nafas. Kalau bercakap dengan orang patah hati memang mencabar minda. Cakaplah apa saja, bagilah alasan logik macam mana sekalipun, dia tetap akan patah balik benda yang sama.

"Yaya...maknanya kau dengan dia tak ada jodoh la tu."

Mia pilih jawapan selamat. Tapi Yaya terus angkat muka pandang muka dia dengan riak tak puas hati. Hurm...dia dah agak dah reaksi Yaya.

Kalau berdepan dengan Cik Maria anak pak cik Mahmood ni mana nak makan saman. Bila dia tengoh emo, orang cakap benda betul pun dia akan pusing lipat jadi dia yang betul. Sudahnya Mia pun jadi mati kutu tak tahu nak cakap apa.

"Kau senanglah cakap. Tapi hati aku ni yang kena tanggung semuanya." Selamba Yaya luahkan rasa tak puas hatinya pada Mia. Gaya macam Mia pula yang jadi si pematah hati tu.

Tapi bagi Mia, kalau orang dah mula sebut soal hati ni terpaksalah dia layangkan bendera putih sambil angkat tangan dengan gaya surrender. Dia memang loser bab yang satu ni.

"Yaya, you're beautiful, smart and strong in your own way. Jangan sebabkan seorang lelaki kau buat diri jadi tak berharga. Chin up, girl. Stay strong. Yaya yang aku kenal bukan lemah orangnya."

Sebagai pendengar yang baik, penasihat paling positif, Mia cakap juga jawapan cliché yang dia ulang jadi mantra sejak tadi.

Yaya tarik nafas berat dengan air mata yang mula turun setitis demi setitis. Tak sampai hati pula dia tengok Yaya jadi macam ni. Tak sangka hubungan Yaya yang dia jangka akan berakhir ke jinjang pelamin tersungkur di tengah jalan. Tapi kalau dah Tuhan kata tak ada jodoh, tetap takkan berjodoh. Kun Faya Kun.

"I love him, Mia. How could he dumped me for another girl? Tak adil namanya untuk aku. Aku punyalah setia bagai nak rak tapi dia bagi tahi dekat aku."

Mia hanya mampu renung muka dia dalam-dalam. Tahu Yaya tengah patah hati, sebab tu dia bertekad untuk tidak jebakkan diri dalam soal hati dan perasaan. Yaya sampai gelar dia philophobia. Dan dia pun rasa teori-teori bakul sampah Yaya tu ada betulnya.

1. Mia alergi dengan perkataan 'cinta'.

2. Mia tak nak hati terluka.

3. Mia tak nak ada komitmen.

Kesimpulannya, Mia tak percaya pada cinta.

"Setia tu mahal harganya, Yaya. Kalau semua orang faham konsep setia confirm takkan wujud perkataan curang. Sebab tu jangan bagi sumpah setia selagi kau tak ada apa-apa ikatan dengan dia."

Yaya kerut dahi. Mia tahu Yaya tak setuju tapi terpaksa tutup mulut. Sekejapan Mia tarik nafas sebelum luahkan kata-kata yang dia simpan dari tadi.

"Love sucks, Yaya. Sometimes it feels good, yada yada, but most of the time it's just another way to bleed."

Tiba-tiba Yaya bulat mata pandang dia sambil tekup mulut dengan tangan. Eh? Setuju sangat ke dengan apa yang dia cakap sampai reaksi Yaya macam tu sekali.

"Yaaa..."

"Syhh..."

Mia kerut dahi bila Yaya tepis-tepis tangan gaya macam dia langau pula. Nampak sangat pandangan mata Yaya tadi bukan menghala ke arah dia tapi ke arah orang belakang dia. Nak tak nak, terpaksa Mia alihkan juga pandangan ikut arah mata Yaya.

Sekejapan Mia terdiam. Apa yang dia nampak kelibat sepasang merpati dua sejoli tengah bergurau senda. Malangnya, hanya perempuannya je yang Mia nampak. Yang si jejakanya pula tak nampak muka sebab duduk membelakangkan Mia. Tapi dari gaya belakang badan ada menepati ciri-ciri idaman Yaya. Takkan hati Yaya dah boleh 'tersangkut' lagi?

"Kenapa?"

Tak sanggup lagi nak biarkan diri diselubungi misteri, Mia terpaksa juga buka mulut bila tengok Yaya tak ada tanda-tanda nak bersuara. Nampak sangat mata Yaya dah kena gam tengok orang belakang.

"Look at that chick."

Mia jungkit sebelah kening. Anak ayam mana pula yang Yaya maksudkan?

"Dialah punca aku putus."

Mia pandang belakang balik. Oh...'anak ayam' tu ke? Not bad. Cantik la juga. Hati Mia mula bagi ulasan. Nak cakap depan-depan Yaya memang taklah. Mahu kena penggal kepala.

Bila Mia kalih pandang Yaya balik dia tengah rakus teguk air kosong depan dia. O'oo...this is not a good sign. Mia mula rasa tak sedap hati.

"Yaya..."

Mia tiruskan pandangan dengan harapan Yaya nak terkesan la dengan pandangan mata dia. Malangnya kali ni Yaya langsung tak pandang dia. Pandangan Yaya tepat bagaikan laser yang tengah target sasaran.

"Don't, Maria Mahmood."

Yaya dah mula tarik senyuman evil sebelum bangun.

"Like I care."

Crap! This is going to be disaster. Mia mula menyumpah dalam hati. Dah tahu sangat perangai Yaya. Tak sempat dia nak tarik tangan Yaya, Yaya dah tegak berdiri dan terus laju melangkah ke arah meja belakang.

Jadi dia? Takkan nak jadi tugu. Terpaksa bangun dan ikut langkah anak pak cik Mahmood yang laju dan berlenggok.

"Hi, still remember me?"

Selamba Yaya pergi tegur perempuan yang telah dianakayamkan tadi. Dia pula rasa kesat nak telan air liur bila 'anak ayam' tu pun dah bertukar riak. Nampaknya si 'anak ayam' pun kenal juga dengan Yaya.

"Who is she?"

Serentak pandangan Mia terkalih pada si jejaka. Eh? Sejak bila Aidil dah bertukar rupa? Mia dah pelik pandang si jejaka. Mati-mati dia ingat Aidil, boyfriend...oppss...ex-boyfriend Yaya. Rupa-rupanya bukan! Nasib baik dia tak tumpang sekaki jadi nasi tambah.

"Inilah dia perempuan yang tak boleh nak move on. Tak henti-henti kejar tunang orang."

WTH! Dia sebut tunang la. Patutlah si Yaya ni 'meroyan'. Sejak bila Aidil pergi tunang dengan orang lain? Tadi Yaya tak ada pula sebut BF tiga tahun dia tunang dengan orang lain.

"Watch your mouth, lady. Aku yang tak boleh move on atau kau tu yang jenis suka rampas hak orang."

No way! Aci tak kalau dia angkat kaki sekarang juga? Bila Cik Maria Mahmood a.k.a cik pramugari dah mula bersuara ala-ala mak lampir dia rasa sekejap lagi ada juga aksi filem Telegu nanti. Mia mula tak sedap hati bila tengok 'anak ayam' tu bangun dari kerusi.

"Helo...cermin diri kau tu sikit. Kalau orang dah tak nak tu tak perlu la nak terhegeh-hegeh lagi. So, buzz off!"

Mia terkebil-kebil pandang si anak ayam. Dalam hati dia dah mula buat analisa seterusnya. Boleh tahan 'kerek' juga perempuan tu. Siap buat gaya 'talk to my hand'. Patutlah Yaya boleh naik angin.

"Alia..."

Si jejaka yang dari tadi diam jadi pemerhati mula bersuara. Kalau tengok dari gaya memang ada rupa layak masuk majalah muka depan GQ. Tapi kalau dari gaya suara, jadi muka depan majalah Time pun layak juga.

"She's too much, abang. Takkan adik nak diam pula."

Adik? Interesting! Mia mula senyum dalam hati. Dia rasa macam tengah tengok telenovela pula sekarang ni.

"Kau yang melampau. Dah ambil hak orang lagi berani nak kacau aku. Get a life, bitch."

Mia jongket kening. Sungguh dia tak tahu pula sampai ke situ 'gangguan' yang Yaya dapat. Mia ingat Yaya yang tak boleh move on, rupanya ada yang jadi nasi tambah. Memang patutlah kena serang dengan Cik Yaya.

"Well...well. What is your explanation, Alia?"

Si abang dah pandang si adik. Muka adik dah berubah lain macam. Ada riak cuak terukir di situ.

"Dia yang mulakan dulu. Bukan adik."

Selamba si 'anak ayam' pergi tolak 'mak ayam' dengan jari telunjuk. Maka makin panaslah mak ayam...eh...Cik Yaya kita ni. Mia yang jadi pemerhati dari tadi macam boleh dapat vision 'chick fight' akan berlaku kejap lagi. Dalam masa yang sama, dia nampak aksi drama sebabak ni dah curi perhatian pelanggan dalam restoran ni.

"Siapa yang mulakan dulu, hah? Kau ke aku?"

Giliran Yaya pula tolak si anak ayam. Tapi bukan dengan jari telunjuk, tapi lima jari lengkap dengan kuasa kuda-kuda. Maka bermulalah 'chick fight' yang Mia dah bayangkan tadi.

Mia yang bertindak jadi pemerhati sejak tadi mula tarik Yaya, dan si abang pula jadi pengaman. Tapi kalau dah namanya berlawan dengan pemegang tali pinggang merah taekwando agak-agak Yaya nak berundur ke? Memang taklah jawabnya.

Oleh sebab Mia tengok abang tinggi badan fit pun tak dapat nak leraikan 'chick fight' maka dia dengan pantas cari jalan penyelesaian. Jus oren yang terletak elok atas meja Mia sambar. Hanya itu je solusi yang dia nampak saat ni.

Sorry, babe. I've got to do this. Mia sempat pandang Cik Yaya yang tengah 'sparring' dengan anak ayam sebelum dia kosongkan jus oren dalam gelas tu.

Dan serentak semua acara tarik-menarik tadi terhenti. Mia pula terus kejung dekat situ dengan gelas kosong di tangan. Yaya pandang dia dengan muka tak percaya, dia pula masih statik pandang 'anak ayam' yang curi-curi pandang dia dari belakang 'abang ayam'.

Dan sebaik mata bertentang dengan muka 'abang ayam' yang dah kuyup melekit, Mia hanya mampu tayang muka kosong walau dalam hati dah bingit dengan suara hati sendiri.

What the fudge, Mia?! Macam mana boleh tersalah landing ni? Bukan ke dia target orang lain tadi?

"Sorry."

Mia tahu salah dia. Sebab tu dia tak teragak-agak nak minta maaf. Tapi bila tengok cara si abang ayam raup muka dengan pandangan membunuh, ketenangan luar biasa Mia pun boleh berkocak juga. Mula la dia rasa tak lepas nak telan liur sendiri bila berdepan dengan seorang lelaki.

"Sorry, huh? Stuff your sorry in a sack, lady."

Dan saat tu dia rasa macam nak lenyapkan diri dengan semua kuasa yang wonder woman ada.      

Continue Reading

You'll Also Like

40.8M 1.1M 42
When Arianna marries billionaire Zach Price to save her family, she doesn't expect to fall in love with a man who'd always consider her a second choi...