JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CA...

By dominisa143

165K 2.9K 237

Mengisah sepasang suami isteri yang tidak mendapat persetujuan daripada nenda Tengku Sarah. Tengku Riyad Mirz... More

Part 1
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Untitled Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Epilog Part 43

Untitled Part 2

5.4K 71 2
By dominisa143


Bab 2

Kelantan di sebuah pinggir kampung.

"Mak cik Ana, Waina balik dulu ya!" laung gadis yang bernama Huna Huwaina di ambang pintu utama.

"Kejap Waina!" larang tuan rumah turut melaung sama dari tingkat atas. Puan Rohana meniti turun dari anak tangga atas ke bawah untuk mendapat pekerjanya.

"Ni haa... gaji kamu untuk bulan ni," sua Puan Rohana. Sampul surat di tangan berganti tangan. Tangan Waina digenggam erat. Wajah polo situ juga ditatap lama.

"Terima kasih Waina, masakan kamu memang menyelerakan kami sekeluarga. Kerja kamu sangat bagus," puji Puan Rohana. Siapa sangka gadis berwajah polos merangkap kawan baik anak perempuannya, berusia 24 tahun ini jaguh memasak. Walaupun tak belajar tinggi tapi kemahiran memasak yang Allah kurniakan padanya betul-betul dimanfaatkan dengan baik sekali.

"Mak cik Ana tak perlu nak ucap terima kasih dengan Waina. Sepatutnya Waina yang perlu berterima kasih dekat mak cik sekeluarga sebab sudi nak gajikan Waina kerja di rumah ini. Kalau tak menuai padi di bendanglah jawabnya Waina nanti," canda Waina.

Bahu Waina digosok lembut. "Takde apalah. Selagi mak cik boleh bantu mak cik bantu. Kamu dengan Fatin dari kecil lagi berkawan rapat dan kamu sendiri pun mak cik dah anggap sebagai anak mak cik," tutur Puan Rohana dengan nada lembut. Nada seorang ibu kepada anaknya.

Tiba-tiba air mata Waina mengalir turun. Sebak mencengkam di dada. Tubuh majikannya dipeluk serta merta.

"Terima mak cik," luah Waina dalam tangisan.

"Sama-sama," balas Puan Rohana. Belakang tubuh Waina digosok lembut.

"Assalamualaikum," sapa satu suara garau dari belakang.

Mendengar suara garau itu, Waina cepat-cepat merungkaikan pelukan itu. Hatinya seakan mahu melompat keluar dari badannya. Itu...Itu Abang Ayyad.

"Wa'alaikumussalam, baru balik Ayyad?" Puan Rohana menyambut salam dari anak bujangnya yang bernama Fayyad Helmi.

"Aah, umi. Tadi ada meeting dengan pemborong," balas Fayyad berbaur kelesuan. Dia menapak masuk. Wajah Waina yang menunduk kaku dikerling. "Dah nak balik ke Waina?" tegurnya sebaik berdiri tegak di hadapan Waina.

Waina panggung wajah sekilas kemudian tunduk kembali. "Err... ya Abang Ayyad," jawab Waina dalam gugup.

"Nak abang hantarkan?" pelawa lelaki itu.

Waina terkedu. Abang Ayyad nak hantar aku balik? Waaa... terharunya. Aci tak kalau aku cakap aku nak? Waina bersorak riang dalam hati yang sudah berbunga itu.

"Hmmm... bo..."

"Satu tambah satu dikurang satu...'

Tiba-tiba telefon bimbit Fayyad berdering, dengan pantas dia menyambutnya.

"Ya sayang, ada apa?" sahut Fayyad sebaik panggilan disambung. Dia terus berlalu tanpa meminta izin dari Waina mahupun Puan Rohana yang berada di situ. Maklumlah buah hati telefon. Orang lain sudah jadi bayang kabur di matanya.

Waina senyum sungging. Kecewa dan berkecil hati dengan tingkahlaku yang dipamerkan Fayyad kepadanya. 'Waina cuba kau kena sedar diri sikit. Abang Ayyad tu pemilik kilang batik terbesar dekat negeri ni. Harta pun bertimbun-timbun tak larat nak dikira. Dah tu pula muka dia bajet model. Tapi kau? Anak yatim piatu yang takde harta langsung! Belajar pun setakat tingkatan tiga, PMR pun tak sempat nak exam. Hidup asyik kena bayar hutang-piutang mak bapak! Apalah sangat dia nak pandang kau tu Waina oii...'

Puan Rohana seakan menyedari berubah di wajah Waina. "Waina..." tegurnya.

"Hah?" Waina tersedar dari berangan jauh. Dia garu kepala yang tidak gatal. "Err... Ada apa mak cik? Eh, dah lewat ni! Waina balik dulu ya?"

Tak sempat menunggu jawapan dari majikannya Waina terus berundur diri. Dia perlu singgah di satu tempat sebelum balik ke rumah.

Puan Rohana hanya tersenyum. Sikap gopoh-gapah Waina menenangkan hati tuanya. Dia tahu Waina ada simpan perasaan dekat anak bujang tunggalnya itu. Cara pandang dan cara bercakap pun dia boleh menganggap. Ikutkan hati keibuan dia. Dia memang berkenan kalau Waina jadi menantu dia. Tapi nak buat macam mana Fayyad buta nak menilai semua itu tambahan pula anak bujangnya sudah ada suri di hati.

"Mana Waina?" soal Fayyad memecah kebisuan di bibir ibunya sambil tertinjau-tinjau kelibat Waina. 'Tadi baru bercadang nak hantar balik ke rumah tak akan Waina dah balik kot?' gumamnya dalam hati.

"Dah balik. Hmm...Kamu serius ke dengan Erin tu, Ayyad?" soal Puan Rohana kembali sambil melangkah ke ruang tamu.

"Eh, mestilah jadi! Kenapa umi dah tak sabar nak timang menantu ke?" jenaka Fayyad sambil tersengih. Langkah ibunya dibontot dari belakang.

"Baguslah macam tu," jawab Puan Rohana acuh tak acuh.

Fayyad garu belakang kepala dengan wajah berkerut. Tak faham dengan sikap uminya tiba-tiba membangkit soal itu.

"Kenapa umi tiba-tiba pasal Erin dengan Ayyad ni?" soal Fayyad membontot uminya ke ruang tamu.

"Kalau kamu tak serius umi ada calon lain untuk kamu?" bersahaja Puan Rohana menjawab. Dia melabuh duduk di sofa.

Fayyad tiba-tiba gelak dan mengambil tempat bertentangan dengan uminya. "Siapa calon umi?"

"Waina,"

Mata Fayyad sudah membulat besar. "Umi serius?"

"Waina tu budaknya sangat bagus. Berbanding dengan Erin umi rasa Waina lagi layak jadi isteri kamu. Umi tahu Waina sukakan kamu cuma dia malu nak cakap," Fayyad gelak besar.

"Umi jangan nak mereka cerita yang tak betul ya. Waina tu Ayyad sah anggap macam adik Ayyad sendiri. Ayyad sayang dia macam mana Ayyad sayangkan Fatin. Waina sendiri tahu hal ini. Hmm umi yang terlalu berharap," balas Fayyad sebak tawanya hilang.

"Suka hati kamulah ayyad. Bila dah angaukan Erin yang lain langsung tak nampak!" Puan Rohana sudah menarik muncung.

Fayyad garu kepala lagi. Padahal Erin dah banyak kali datang ke sini. Dah semua ahli keluarga dah tahu pasal perhubungan dia dengan Erina bakal tunangan dia nanti.

Sampai di bendang yang luas terbentang menghijau,Waina berhenti berteduh di sebuah pokok rambutan yang rendang. Peluh yang terbit diseka lembut. Angin petang yang bertiup sepoi-sepoi bahasa menerpa tubuhnya. Kehangatan berjalan kaki dari rumah banglo mewah Puan Rohana dan Encik Ramli ke sini, sudah reda sedikit. Selalunya dia akan kayuh basikal usang setiap kali berulang alik ke kerja. Tapi pagi tadi basikal itu mogok terpaksalah masuk wad untuk diubati.

Anak padi yang baru hendak tumbuh pucuk menghijau beralun mengikut tiupan angin. Sikit lagi padi ini akan berbuah hasil dan akan masak. Bila masak akan dituai dan banyaklah hasilnya nanti. Tapi sayang hasil itu bukan lagi menjadi miliknya. Semuanya akan diambil oleh pak long sekeluarga. Yang kini sah menjadi pemilik tanah bendang ini. Dulu di sinilah tempat dia selalu bermain. Selalu menolong abah dan ma dekat bendang. Kerana ini tanah mereka untuk bercucuk tanam dan mendapatkan hasil. Disebabkan kesempitan hidup abah terpaksa gadaikan tanah yang luas ini kepada pak long. Rumah kayu yang agak besar milik keluarga dia di tengah-tengah bendang pun sudah tergadai.

Dari berdiri Waina melabuh duduk di bawah pohon itu sambil menyandar pada batanganya. Kedua belah tangan ditongkatkan ke lutut. Dia mendongak ke atas. Pohon rambutan yang sarat dengan bunga buah wangi menghijau. Pohon yang ditanam oleh arwah abah kini kian membesar dengan suburnya. Buahnya tidak pernah putus-putus untuk berbuah untuk memberi hasil kepada pemiliknya. Itu rezeki namanya.

"Kalau ma dan abah masih hidup pasti Waina tak akan jadi begini. Tak perlu nak jadi kuli rumah orang. Tak perlu jadi hamba pak long dan mak long yang tak pernah sukakan kita. Waina rindu ma...Waina rindu dengan abah," rintih Waina. Air mata berjuntai turun dibiarkan membasahi wajahnya.

Asyik mengelamun tiba-tiba Waina teringatkan sesuatu seraya dia menyeluk kocek seluarnya. Dompet kecil dicapai lalu membuka. Sekeping gambar usang yang dilekatkan pada belakang buku nota 555 ditelek dengan penuh kesayuan. Sekeping gambar yang tertera sepasang suami isteri berserta anak kecil dalam dukungan. Itulah gambar dia sekeluarga. Sebuah keluarga yang hidup penuh harmonis suatu ketika dahulu. Kerana terlalu mempercayai kawan, ayah Waina ditipu hidup-hidup. Sanggup jadi penjamin tanpa teragak-agak. Sikap terlalu percayakan kawan dia terpaksa membayar balik pinjaman sahabatnya kepada bank setelah sahabatnya itu lesap tanpa berita.

Segala harta benda tergadai termasuklah maruah diri. Jumpa orang itu jumpa orang ini semata-mata mahu membayar hutang sahabat baiknya. Malang tidak berbau lagi akhirnya dia dan isteri kemalangan ketika mahu menghadiri kenduri kahwin dan meninggalkan si anak dara yang perlu membebani hutangnya seorang diri. Anak yatim yang terpaksa menangih kasih sayang dengan bapa saudara.

"8 tahun Waina kerja dengan Puan Ana dan Encik Ramli satu sen pun Waina tak dapat nak kecap sebab asyik bagi pada mak long. Apa yang Waina ada abah? Apa yang Waina dapat ma... hanyalah hutang, hutang dan hutang saja. Dengan gaji yang sikit bila nak habis bayar? Waina dah penat nak hadap semua ini. Hari-hari sama saja. Waina nak lari dari masalah ini tapi macam mana?" Waina mengeluh sendiri. Air mata bercucuran turun dengan lebatnya. Menangis dan mengadu kepada Sang Pencipta.

Setengah jam berada di situ Waina mengatur langkah mahu beransur pulang ke rumah bapa saudaranya. Langkahnya agak berat untuk pulang. Balik ke rumah itu, pasti kena tadah telinga dengar kata maki hamun dari mak long.

Mooo...Mooo...

Tiba-tiba terdengar si lembu merengek seolah meminta untuk dibawa pulang sama. Waina terus kalih ke belakang semula. Dahinya berkerut seketika sebelum dia melangkah pada seekor lembu yang tertambat di batang kayu yang sudah ditebang dahannya.

"Eh! Pak Tam tak balik lagi? Waina ingatkan Zaim dah bawak balik Pak Tam," Waina berbicara dengan binatang berkaki empat yang berwarna keperangan itu. Seolah binatang itu mengerti.

Tali yang terikat di batang pokok dilepaskan seraya Waina menarik supaya lembu yang diberi nama Pak Tam itu mengikuti langkahnya untuk balik ke rumah. Sampai di rumah banglo besar Waina mengheret Pak Tam ke belakang rumah untuk memasukkan lembu itu ke kandang. Kaki dicuci dengan air paip sebelum melangkah masuk ke rumah mewah itu.

"Mana gaji kau bulan ni?!" sergah Mak Long Zahrah sebaik Waina baru melangkah setapak ke dalam.

Waina terkejut seraya tangan kanan naik melurut dadanya. "Err... baji bulan ni... Hmm...bulan ni Waina nak guna duit lebih, mak long," takut-takut Waina bertutur.

Mak Long Zahrah ibu saudaranya. Isteri kepada Pak Long Malik, abang sulung kepada abahnya memang sudah terkenal dengan perangai panas baran dan tamak. Setiap kali gaji Waina masuk hampir separuh wanita itu ambil. Katanya, itu untuk bayaran Waina yang menumpang makan dan tidur di rumahnya serta untuk bayaran hutang yang dipinjam oleh arwah abah Waina. Mahu tak mahu Waina terpaksa membayar wang sewa bilik untuk dia berlindung dan berteduh dari hujan dan panas serta melunaskan hutang piutang abahnya kepada keluarga ini. Sering kali Waina mengeluh dengan layan keluarga ini pada dia, Waina tetap bertahan. Dia sudah tiada sesiapa lagi kecuali keluarga ini untuk bergantung hidup dekat dunia. Bapa dan mak saudara dia yang lain semuanya berhijrah ke luar negeri. Jadi dengan keluarga inilah dia bergantung kasih.

"Ah! Aku peduli apa? Bak sini cepat!" tengking Mak Long Zahrah sambil menghulur tapak tangan kanannya kepada Waina.

Lambat-lambat Waina mengeluarkan sampul surat yang berisi wang gajinya pada bulan ini dari poket seluar. Mak Long Zahrah terus saja merampas sampul surat berwarna coklat muda dari tangan Waina. Kasar tangannya membuka sampul itu. Empat ratus ringgit daripada gaji ditarik keluar dari sampul yang selebihnya dia lempar tepat ke muka Waina.

"Nah, itu hak kau!"

"Mak long, Waina betul-betul perlukan duit bulan ni. Basikal Waina dah rosak teruk jadi Waina nak beli baru. Bulan depan Waina janji akan bagi semua gaji Waina dekat mak long," Waina masih merayu. Dia betul-betul perlukan duit sekarang. Nak tunggu gaji bulan depan lambat lagi.

"Hey, Waina! Masa abah kau minta nak pinjam duit dulu berhari-hari datang melutut dekat kaki laki aku! Sekarang bila nak bayar balik bukan main liat pulak? Aku tak kira cukup bulan apa yang aku tahu kau kena bayar balik hutang abah kau. Itupun dah cukup bertuah sebab aku mintak empat ratus tiap bulan jika nak dibandingkan dengan hutang abah yang masih berlambak lagi kau perlu bayar tahu!" kasar suara Mak Long Zahrah memarahi Waina. Sebelum melangkah pergi dia sempat menunjal kepala Waina yang bertudung itu.

Air mata Waina menitis setitik demi setitik. Kenapalah dia yang harus dipersalahkan dalam hal abahnya? Tak bolehkah mak long melupakan segala hutang itu? Lagipun abah dan ma sudah mengadap Illahi tak boleh ke halalkan saja hutang ini?

Waina mengutip satu persatu wang yang dilembarkan oleh mak long tadi. Hanya berbekalkan baki inilah dia dapat membeli keperluan hariannya setiap bulan. Nampak gayanya Waina kena tunggu bulan depan dan depan lagi barulah dia boleh membeli sebuah basikal baru.

Usai menunaikan solat maghrib Waina turun ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Kehadiran Waina dalam rumah ini adalah memastikan makan minum dan pakai keluarga ini terjaga dan lengkap. Bukan untuk disayangi tapi untuk dijadikan hamba abdi. Jalan kisah hidup si gadis bernama Huna Huwaina ini ibarat seekor burung merpati yang patah sayapnya tidak bebas untuk terbang jauh dari kehidupan yang menyeksakan dirinya. Hidupnya kurang sama dengan si pengemis jalanan. Mengisi perut hanya dengan lebihan sisa makanan dari keluarga ini.

"Kak Waina! Kak Waina! Tadi masa dekat sekolah ustazah Ika ada ajar cara ambil air sembahyang. Kena basuh ni, basah ni, dan ini. Kak Waina tahu tak?" becok mulut si bongsu mak long Zahrah bernama Zulaikha yang baru berumur enam tahun itu berlari untuk mendapatkan kak sepupunya di dapur. Habis segala anggota wuduk ditunjuknya kepada Waina.

Waina yang sudah siap menghidang makan terus melutut di hadapan Ika. Kepala adik sepupunya diusap lembut.

"Mestilah Kak Waina tahu sayang. Kita kalau nak solat kena ambil wuduk dulu baru sah solat kita," jawab Waina sambil tersenyum manis.

Kasih dia kepada anak mak long yang ini ibarat kasihnya seorang kakak kepada adik. Pak Long Malik dan Mak Long Zahrah dikurniakan anak seramai lima orang. Yang sulung, kedua dan ketiga sudah mendirikan rumah tangga masing-masing ikut suami keluar negeri. Hanya yang keempat dan bongsu saja di rumah ini. Wainalah yang menjadi pengasuh mereka sejak kecil lagi.

"Mama cakap mama tak tahu Kak Waina. Tadi masa Ika cerita dekat mama, mama suruh pergi tanya Abang Zaim. Mesti mama tak solatkan sebab tu mama tak tahu," jujur Ika meluahkan persoalan.

Waina senyum nipis. Waina tak berani nak menjatuhkan hukum ke atas Mak Long Zahrah sebab Waina pun bukan alim sangat. Perkara asas Fardu Ain dan sedikit surah dalam muqadam yang dihafaz sejak kecil masih lagi diingat sampai sekarang. Ilmu-ilmu yang lain Waina masih jahil disebabkan dirinya tak sempat nak habiskan persekolahan. Betul. Apa yang diberitahu oleh Ika tidak salahnya. Waina sendiri perasan yang mak long dan pak long jarang sujud di sejadah. Patutlah harta banyak tapi masih lagi terasa tidak cukup.

"Ika, Ika kan budak baik. Budak baik tak akan cakap yang bukan-bukan pada mama dia. Budak baik akan selalu doa dekat Allah mintak mama dan babahnya selalu sihat dan selamat," nasihat Waina. Sekali lagi kepala Ika diusap.

"Aah kan? Ika nak jadi buat baik. Kejap lagi Ika nak pergi minta ampun dekat mama,"

"Ini baru adik akak. Makan malam dah siap ni Ika pergi panggil mama dan abang makan ya?" pinta Waina sebaik dia meluruskan badan semula.

"Baik Kak Waina," jawab Ika. Dengan segera terus saja dia berlari naik ke atas untuk memanggil mama dan abangnya. Manakala babahnya masih di Kuala Lumpur menguruskan urusan perniagaan.

"Kak Waina!" panggil Zaim Adam sebaik melihat Waina hendak masuk ke dalam biliknya. Waina lantas berpaling dan segera mendekati remaja itu di meja ruang tamu.

"Ada apa Zaim?"

"Zaim nak minta tolong dekat akak sikit ni. Soalan Sains ni susah sangatlah, Zaim tak berapa nak faham, akak boleh tolong Zaim tak?" Zaim Adam merungut sedikit. Kerja sekolah mata pelajaran Sains menyerabutkan otak remajanya.

Waina terkulat-kulat. Zaim minta dia ajarkan subjek Sains tingkatan lima? Ya Tuhan...bukan Waina tak mahu ajar tapi Waina langsung tak tahu sebab Waina mana pernah sekolah sampai tingkatan lima.

"Kak Waina tak tahu ke?" celah Ika di sebelah Zaim Adam yang sibuk mewarnakan kerja sekolahnya.

Waina senyum seakan tidak senyum saja.

"Dah tahu dia tu bodoh! Yang Zaim pergi tanya dia kenapa? Dia tu belajar setakat tingkatan tiga aje mana nak tahu apa yang kamu belajar. Dah, esok pergi sekolah tanya sendiri cikgu kamu tu. Kalau cikgu tak tahu jugak nanti mama upah cikgu tuisyen yang hebat untuk kamu berdua!" kasar Mak Long Zahrah di ruang tamu yang sedang menonton drama melayu, menghina Waina sampaikan mereka bertiga tidak berani berkata apa-apa.

"Maafkan akak ya, Zaim. Kak Waina memang tak pandai," sayu saja kedengaran suara Waina. "Takpelah Kak Waina masuk tidur dulu. Esok Kak Waina nak kerja pulak," habis bicara terus Waina membawa diri ke bilik. Sungguh dia rasa terhina dengan kata-kata Mak Long Zahrah tadi.

Zaim Adam dan Ika saling berpandangan antara satu sama lain sebelum sorotan mata menghantar kelibat Waina pergi sehingga hilang dari pandangan.

Waina membaringkan tubuhnya ke katil usang. Dipeluk bantal peluk dengan erat. Tangisan dilepaskan.

"Ma... abah...begini ke kesudahan hidup Waina? Dihina dikeji oleh mak long selalu? Waina tak tahu sampai bila Waina harus bertahan...Waina nak lari dari kehidupan seperti ini...tapi Waina nak ke mana? Waina takde ilmu...Waina takde segulung sijil yang melayakkan Waina dapat kerja yang baik ma,abah. Siapa mahukan Waina yang bodoh ini...? Siapa yang sanggup buat Waina yang tak punyai apa-apa sebagai isteri nanti? Waina tak tahu nak buat macam mana lagi untuk lari dari sini...Waina keseorangan di dunia...Adakah dengan Waina mati baru Waina tenang?"

Waina merintih hiba bersama air mata yang laju bercucuran turun. Terkenangkan ma, loket berbentuk piramid berwarna merah delima yang terkalung pada leher ditarik lalu dikucup sambil mengenang nasib malang yang tiada kesudahannya. Waina masih ingat pesanan terakhir arwah ma. Tiap kali rindukan arwah kucup loket ini mana tahu tuah akan menjadi milik Waina. 

Continue Reading

You'll Also Like

515K 19.7K 35
030218 - #1 in short story Siapa sangka seorang gelaran Dato kena jaga seorang bayi? Seorang Dato yang muda yang bernama Dato Ahmad Danial . Dulu di...
727K 20.9K 70
Azzora Beril Calandra mempunyai nama yang unik dan seorang perempuan. Walaupun namanya unik tetapi perangainya seperti lelaki. Azzora Beril Calandra...
12.9K 549 38
Dua hati yang disatukan tanpa rela akan adakah kebahagian atau hanya akan mengundang DERITA ikuti kisah antara Tengku ariz rizman&sofea amisya yang...
283K 11.2K 89
(BOOK EDISI CRUSH) Megat Uwais atau Megat Uzair? Siapakah yang bakal menjadi pilihan. [STATUS ;- COMPLETE] Start:- 20 May 2019 End:- 25 September 201...