Nilai RM20

By khaisaupi

485K 37.4K 2K

Status : COMPLETE CINTA itu buta. Tapi tidak bagi seorang gadis bernama Saila. Bukan calang orang yang dia an... More

SATU
DUA
TIGA
EMPAT
LIMA
ENAM
TUJUH
LAPAN
SEMBILAN
SEPULUH
SEBELAS
DUA BELAS
TIGA BELAS
EMPAT BELAS
LIMA BELAS
ENAM BELAS
TUJUH BELAS
LAPAN BELAS
SEMBILAN BELAS
DUA PULUH
DUA PULUH SATU
DUA PULUH DUA
DUA PULUH TIGA
DUA PULUH EMPAT
DUA PULUH LIMA
DUA PULUH ENAM
DUA PULUH TUJUH
DUA PULUH LAPAN
DUA PULUH SEMBILAN
TIGA PULUH
TIGA PULUH SATU
TIGA PULUH DUA
TIGA PULUH TIGA
TIGA PULUH EMPAT
TIGA PULUH LIMA
TIGA PULUH ENAM
TIGA PULUH TUJUH
TIGA PULUH LAPAN
TIGA PULUH SEMBILAN
FINALE
Curhat Penaip
SATU | Part 2
DUA | Part 2
TIGA | Part 2
EMPAT | Part 2
LIMA | Part 2
ENAM | Part 2
TUJUH | Part 2
LAPAN | Part 2
SEMBILAN | Part 2
SEPULUH | Part 2
SEBELAS | Part 2
DUA BELAS| Part 2
TIGA BELAS| Part 2
EMPAT BELAS| Part 2
LIMA BELAS| Part 2
TUJUH BELAS| Part 2
LAPAN BELAS| Part 2
SEMBILAN BELAS| Part 2
REAL FINALE
EPILOG
Curhat Penaip | Part 2
Appreciation Post

ENAM BELAS| Part 2

7.1K 576 21
By khaisaupi

BATU nisan dipegang. Kubur yang terbentang di tanah perkuburan itu dipandang. Setiap memori bersamanya seakan terbayang di ingatan. Satu persatu bagaikan ulang tayang cerita lama yang sudah hampir dia lupakan.

Air mata yang seakan membuak-buak untuk mengalir dan jatuh ditahan. Tidak elok sekiranya dia menangis meratapi insan yang sudah tiada. Perasaan menyesal menjalar terus mengetuk hati.Kalaulah dia diberi peluang, pasti akan diungkap kata sayang dan maafkan segala kesilapannya dahulu. Tapi seribu kali sayang, orang yang disayang sudah pergi dahulu menghadap Ilahi tanpa sempat dia luahkan segala terbuku di hati.

Manusia, bila ada di sisi tidak pula dihargai. Bila sudah tiada, mulalah tercari-cari lalu menyesali. Tanpa melengahkan masa, dia membaca Surah Yaasin kepada arwah. Semoga arwah tenang di sana.

Sepulangnya dari tanah perkuburan seorang diri, Saila terus masuk ke bilik lalu mengunci pintu bilik. Berita tentang kehilangannya masih lagi memberi impak yang besar kepada dirinya. Bukanlah dia tidak redha dengan segala yang telah terjadi, tapi dia perlukan masa untuk mengadaptasi.

Blaus yang tersarung di tubuh, ditanggalkan dan digantikan dengan t-shirt lusuh kepunyaannya. Baju yang banyak menyimpan kenangan bersama arwah. Serasanya, baru semalam dia meluangkan masa bersama arwah. Begitu cepat masa berlalu. Dia mengiring ke kanan menghadap jendela yang terbuka luas. Sebak di hati terlalu cepat memberi reaksi positif dengan mengeluarkan mutiara jernih melalui mata. Saila mengerekotkan tubuhnya.

Dan dia menangis semahunya.

Ini akan menjadi kali terakhir dia menangis kerana arwah. Pujuk hatinya.

SEMINGGU dia membiarkan Qalbi diuruskan Inna dan yang lain tanpa keberadaannya di Qalbi. Hari ini dia sudah semakin membaik daripada berita itu. Kewujudan dia di Qalbi pada awal pagi mengejutkan mereka barangkali. Kerana begitu cepat dia sembuh dari berita yang baru diterima pada seminggu yang lepas.

"Semua berjalan lancar kan?" Saila bertanya. Inna dan yang lain serentak mengangguk. Mungkin masih tertanya tentang keadaan dirinya. Adakah dia benar-benar sudah tenang atau masih lagi dalam proses penerimaan.

Bahu Inna dipegang. "Don't worry. I'm okay"

Langkah kaki terus diatur menaiki tangga untuk ke tingkat atas. Seperti biasa, Saila buatkan secawan nescafe untuk diminum bagi memulakan hari yang baru. Bulan ini masih belum ada design yang baru. Saila berfikir sendiri. Buku lakaran diambil dari laci yang teratas. Satu lakaran cuba dilukiskan. Saila tersenyum. Nampak gayanya dia harus mengarang satu puisi dahulu sebelum 'mengarang'lakaran.

Jauh benar Saila termenung. Satu keluhan kecil dilepaskan. Mawar putih yang berada di dalam pasu kaca sudahpun layu. Melihat bunga yang sudah layu itu, mengingatkannya kepada orang yang memberi.

Lukhman Faiz.

Seorang yang begitu tegas pendiriannya. Mawar putih yang berganti setiap hari sehingga seminggu yang lalu, kini sudah bertukar warnanya menjadi sedikit kekuningan. Seminggu sudah tidak berganti. Buku berkulit merah pekat yang dikhaskan untuk menulis puisi, diambil dan dipeluk ke dada.

Kenapa Faiz tiada saat aku perlukannya? Lama termenung dan berfikir, Saila sedar, dia masih tiada hati untuk berada di Qalbi. Keghairahan melakar sudah hilang entah ke mana. Semangat usahawan semakin pudar warnanya. Sebelum melangkah keluar, sempat Saila bertanya Aishah. "Aishah bila langsungkan perkahwinan?" Terus sahaja Aishah berpaling ke arahnya lalu tersenyum malu.

"In shaa Allah sebulan lagi"

"Preparation semua dah siap?"

"Alhamdulillah dah hampir separuh siap" Saila mengangguk-angguk. Dia mendekati Inna pula.

"Mawar putih masih tiadakah hari ini?" Inna menggeleng lemah. Saila hanya mampu ukirkan senyuman. Ya, dia harus menerima hakikat. Kesetiaan pemberi mawar putih itu juga sudah pudar warnanya sama seperti mawar putih terakhir yang diberikan.

"Aku nak keluar jap. Pape hal, telefon okay?"

Inna angguk. "Kau nak pergi mana?"

"Emm , somewhere nice. Somewhere peace"

Hilangnya dirimu tiada ganti,
Kasihmu tidak berbelah bahagi,
Sudah tertulis dirimu bertemu Ilahi,
Meninggalkan aku sendiri di sini,
Kasihmu takkan pernah aku lupai.

Biar engkau pernah tersilap,
Tapi engkaulah cahaya dikala gelap,
Menyuntik semangat untuk digilap.

Maafkan aku kerana terlambat,
Sayangku padamu tidak sempat diperlihat,
Namamu di hati selamanya terpahat,
Dalam doaku namamu tersemat.

Humaira sayangkan Ayah.

Usai sahaja puisi yang dikarang, Saila menutup buku berkulit merah pekatnya. Pen ditutup lalu kedua buku dan pen diletakkan bersebelahan tempat duduknya. Angin pantai yang bertiup, menerbangkan selendang dan niqab yang dipakainya perlahan-lahan.

Matanya dipejam. Bau laut yang dibawa angin menusuk ke rongga hidung.

Masin.
Tapi terselit rasa tenang.

Matanya dibuka. Lantas matanya terpaku pada sesuatu di hadapannya. Untuk lebih spesifik, berdekatan kasut yang dipakainya.

Mawar putih.

"Assalamualaikum" Ada suara yang menegur dari arah sebelah kanan. Cepat sahaja matanya dikalih ke arah suara itu. Pemilik suara itu sedang memandang ke arah buku puisi yang kini berada di tangannya. Justeru, dapat dilihat dari sisi sahaja wajahnya. Namun itu tidak memberi alasan untuk Saila tidak mengecami wajah itu.

Lukhman Faiz. Itulah orangnya. Tanpa sedar dirinya tersenyum. "Waalaikumussalam"

Eh, kejap. Dia baca buku aku? DIA BACA PUISI AKU? Buku ditangan Faiz lantas ditarik dan dipeluk ke dada. "Tak pernah tahu ke kalau nak baca buku orang, kena minta izin?!" Kata Saila separuh menjerit. Bengang dengan sikap Faiz. Apa dia ingat buku aku adalah bukunya jua?

"Puisi-puisi tu untuk saya kan?" Faiz memandang Saila sambil keningnya diangkat berkali-kali.

Saila membuang pandang ke arah laut semula. "A big NO. Jangan perasan hokayyy. This poems are not yours"

Faiz mengangguk-angguk.

"Bertahun aku merindu,
Bagai pungguk rindukan bulan,
Sukar digapai jauh kelihatan.

Tika takdir menemukan kita,
Engkau lupa segala yang tercipta,

Antara aku dan dia,
Engkau lebih memilih dia"

"Stop right there Faiz" Saila menegah Faiz daripada meneruskan puisi yang diciptakan untuk momen dia dan Faiz. Cepat benar Faiz menghafal. Itu kekuatan orang yang menghafaz Quran barangkali. Namun tegahan Saila ternyata tidak memberi kesan apabila Faiz bertindak menyambung kembali puisi itu.

"Mungkin kita berdua tiada berjodoh,
Kerana itulah kita hanya bersahabat,
Namun jauh ke dasar hati,
Sebenarnya aku masih .. '

"I said enough"
"Mencintai"

"I hate you Faiz. A lot"

Sepi antara mereka. Hanya bunyi deruan ombak yang merempuh pantai kedengaran.

"Its for me right? That poem?" Saila diam tidak berjawab. Mawar putih yang berlumuran pasir pantai diambil. Dibiarkan soalan Faiz tergantung begitu sahaja. Langsung tidak terniat di hatinya untuk menjawab. Soalan yang sudah tahu jawapannya, kenapa harus disoal?

"Bertahun aku merindui,
Namun hati ini tidak pasti,
Kepada siapa dia dimiliki,
Kerana ingatan telah dicuri.

Tika takdir menemukan kita,
Siapa aku untuk meminta,
Kerana cinta, aku buta.

Antara engkau dan dia,
Aku lebih memilih dia,
Tapi engkau yang dipilih hatiku,

Mungkin jodoh kita sedikit lambat,
Engkau di London,
Aku pula di Malaysia.

Andai sudah tertulis engkau untukku,
Kita pasti akan bersatu"

"Tak nak masukkan puisi ekspress tu dalam buku awak?" Faiz bertanya. Mata Saila masih memandang mawar putih di genggamannya. Perlahan sahaja dia menghulurkan buku serta pen kepada Faiz.

"Tulis bagi cantik" Pesannya. Faiz membuka halaman kosong di dalam buku. Sempat juga dia membaca puisi terakhir yang dicipta Saila. Mengenai Ayahnya. Timbul rasa simpati pada wanita di hadapannya itu. Sudahlah selama dia pulang ke Malaysia, dia bertungkus lumus mencari tahu di mana keberadaan ayah kandungnya. Namun berita kematian pula yang mengambil tempat.

"Puisi lain jangan baca" Pesan Saila lagi. Faiz menelan liur. Macam tahu sahaja apa yang sedang dilakukannya.

Selesai sahaja puisi ditulisnya, Faiz lantas meletakkan semula buku bersebelahan Saila. "Awak rindu arwah?"

Saila angguk. Pasir pantai dikuis menggunakan kaki.

"Dah ziarah kubur arwah?"

Saila angguk lagi. Bunga mawar putih dipusing berkali-kali.

Faiz bingung. Apa yang harus dia lakukan untuk menceriakan Saila kembali? Belakang kepalanya digaru.

"Awak pergi mana seminggu tak nampak?" Belum sempat otaknya berpusing ligat mencari idea untuk menggembirakan semula hati wanita itu, Saila terlebih dahulu bertanyakannya soalan. "Ada hal dekat KL. Maafkan saya. I always have a bad timing right?"

Saila menggeleng. "Yes you are. A bad timer"

Satu keluhan kecil dilepaskan. "But today is the bestest time you've ever been there for me" Senyuman di bibir Faiz terlakar dengan kata-kata yang keluar daripada mulut Saila.

"Seminggu saya tiada, awak buat apa?" Soalan ditanya pula pada Saila meski dia sudah tahu akan keadaan Saila melalui Inna.

"Saya mogok tak pergi Qalbi. Sebab tak ada kawan nak gaduh"

Faiz tergelak. "Ouhh, jadi fungsi saya hanya tempat cari gaduh la ya?"

"Haah"

"Unexpected"

"I am unbelievable"

"Totally"

Saila diam.

"Awak nak lawat Ayah saya tak?" Saila memandang Faiz. "It's okay if you don't want" Sambung Saila lagi.

"Sekarang ke?" Saila angguk.

"I'm in. Jom" Faiz bangun dan mengibas seluarnya yang berpasir. Saila mengekori Faiz dari belakang. "Awak datang dengan Sizuka eh?"

"Haah. Nak bonceng?"

"Boleh juga"

"Seriously?"

"Saya tendang awak kang"

"Haha, saya follow belakang kereta awak. I'll protect you. Tapi guna kuasa Allah lah" Saila menggeleng perlahan kepalanya. Macam-macam sungguh !

Di kubur, Saila menunjukkan jalan ke kubur arwah ayah kandungnya. Faiz sudah berasa tidak senang dengan jalan yang dibawa Saila.

Jalan dan arahnya sama. Asyik dia bermonolog sendiri, perjalanan berhenti pada satu kubur. Saila lalu menghamparkan tikar kecil, muat untuk 3 orang bersebelahan kubur tersebut. Dalam hati Faiz berdoa semoga ayah Saila bukanlah orang yang sama.

"Duduklah Faiz" Faiz mengambil duduk di tikar itu menghadap kubur yang sama selama ini dia ziarahi setiap bulan.

"Assalamualaikum Ayah. Humaira datang bawa kawan hari ini. Faiz namanya"

Faiz pejam mata. Sah. Ayahnya adalah orang yang sama. "Sai, apa nama penuh arwah?"

"Ahmad bin Safina"

"Apa nama atuk awak?"

"Dollah" Faiz mengangguk. Dia baru sahaja mengesahkan ayah kandung Saila adalah orang yang sama terlibat dalam kemalangan langgar lari. Kemalangan yang hampir meragut nyawanya. Malah kemalangan yang sama menyebabkan dia hilang ingatan.

Ayah kepada wanita yang dicintainya adalah orang yang menyebabkan dirinya kehilangan identiti. Kehilangan Saila.

Orang yang sama. Betapa kecilnya dunia.

Continue Reading

You'll Also Like

731K 32.7K 36
highest ranked #4 in malay Adyasha Alyssa merupakan seorang chef pastri yang manis dan elegan. Shafi Al-Adha pula seorang doktor pergigian yang meme...
3.6K 532 61
"Aku benci kepada orang yang berusaha untuk membohongi ku hanya untuk melindungi hatiku agar tidak terluka. Aku lebih suka orang itu jujur walaupun m...
352K 18.7K 56
"Apa nama awak?" "Fadhila Aisya Makaila. Awak boleh panggil saya Dhila." "Tapi saya nak panggil awak Aisya" Terdiam aku dibuatnya. Tidak pernah dalam...
75.3K 9K 47
BOOK #3 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 AWARD #1 𝓣𝓑𝓢 𝓐𝓦𝓐𝓡𝓓 2020~ 𝓑𝓮𝓼𝓽 𝓡𝓸𝓶𝓪𝓷𝓬𝓮 AWARD #1 ROMANCE AWARD 2020 - Best Romance Chicklit A...