White Guardians ( Editing)

By SyuhadaNr

563K 43.7K 1.6K

White Guardian.. Dua patah perkataan itu membuatkan Irene tidak percaya akan kewujudan mereka. Mana mungkin d... More

1.Willard
2.Ryan and Rena
3.Bukti
4.Mimpi
5.Welcome to Verillend
6.Erina
7.Town Hill
8.Buku
9.RenaVsRyan=Erina win 😂
10.Mission
11. The Journey is begin
13.Irene hilang
14. Ornans Village
15.Legend Sword
16.Secarlet?
17.Viez Alfron
watak 👋
18.Ikan Emas
19.Pewaris
20.Gunung Cyberia
21.Diserang!
22.Blue Eyes
23. Confused
24.Air Ive
25.Cerita si ikan emas
26.Jatuh tergolek
27.First Kiss?
28. Kuda
29.Nelson Falls
30.From other Dimension
31.First Fight!
32.Rantai krystal
33. Bintang
34.Secret
35.Alice Waynestin
36.Lost memory
37.Ice
38. Dragon leather gloves
39.Rampasan kuasa
40. Surat Rena
41.Amorgite stone
42.Sudah jatuh ditimpa tangga!
43.Berubah sekelip mata?
44. Buka Dimensi
45. Selamat Tinggal Nyea!
46. The unexpected
47.Singa jadian?
48.Masalah!
49. Hanya kerana air!
50. Black Beast?
51.Pengakhiran hidup huh?!
52.Surprise
53.With Ryan
54.Gadis berambut putih
55. Childish
56.Siapa Secarlet?
57.Menipu!
58.Golith Si penjaga
59.Matlamat
60.Terlepas!
61.Mak? Ayah?
62.Drycon? Biar betul!
63.Long story
64. Discussion
65. Mana Eicland?
66. Peluang kedua.
67. Ditampar dua kali!
68. Vylera
69. White Beast
70. Mermaid
71. Pire
72. Guardians VS Mermaid
73. Hidung Berdarah?
74. The Soul
75. Jangan tinggalkan aku.
76. Ayah.
77. Berita buruk.
78. Apa kau buat dekat sini?
79. Perang!
80. Surez Vs Zeus.
81. Cahaya.
82. Irene dan Viez?
Special Chapter (Ending)
AUTHOR NOTE
BOOK 2 ?

12.Deep Forest

7.8K 610 20
By SyuhadaNr

Suasana deep forest di pandang gerun. Di tambah pula siang semakin di telan malam. Mereka sudah jauh masuk ke dalam deep forest. Pokok di Deep Forest ini semuanya besar dan tinggi. Khabar angin mengatakan bahawa Deep Forest ini merupakan hutan yang paling bahaya di Moryle World.

Kini Ryan berjalan di hadapan,di tangannya terdapat bebola api yang terapung untuk memberi cahaya sepanjang jalan. Rena pula berada di belakang untuk menjaga. Senang kalau ada apa-apa berlaku, mereka berdua pernah masuk ke deep forest sebelum ini.

"Ahh penatlah." Rengek Irene. Dia berhenti secara tiba-tiba. Rena di belakang hampir-hampir melanggar.

"Eh, Irene kenapa berhenti?" soal Rena pelik.

"Kita rehat dulu boleh?" Mereka berdua serentak memadang Erina apabila terdengar bunyi sesuatu jatuh.

Beg di campak ke tepi. " Berapa lama lagi nak keluar dari Deep Forest ni? penatlah!" rungut Erina. Kaki di hentakkan beberapa kali. Badannya pun sudah sakit. Tula bawa beg besar sangat. Ha ambik kau.

"Yelah kita rehat, dulu." Dengus Ryan. Kalau boleh dia mahu keluar dari hutan ini sekarang, cepat keluar lagi bagus. Dia menghampiri mereka bertiga, sempat lagi dia menendang beg Erina. Dengki!

"Aku rasa sini okey," ujar Rena sambil bercekak pingang. Pokok yang berada di sebelahnya dipengang. Matanya pula memerhatikan keadaan sekeliling. Keadaan kawasan itu selamat sikit pada pandangannya kerana di lindungi pokok-pokok besar yang berakar.

Irene beredar mengutip dahan untuk di jadikan unggun api. Tiba-tiba dia terperasankan sesuatu. Rasa diperhatikan. Dia segera menoleh ke belakang tapi tiada apa-apa. Air liur ditelan kelat. Dia segera mengutip kayu dahan dan cepat-cepat kembali ke kawasan tadi yang tidak jauh dari tempat ini, risau akan terjadi sesuatu pada dirinya.

"Nah." Dahan kayu dicampak ke tanah. Tangan ditepuk-tepuk untuk hilangkan kotoran yang melekat. Kemudian dia duduk di sebelah Rena.

Setelah Ryan menghidupkan api, dia duduk mencangkung di hadapan api untuk memanaskan badan. Sambil itu dia memerhatikan Erina yang sedang mencari sesuatu dalam begnya.

"Kau cari apa?" Soal Ryan.

Erina tidak membalas kata-kata Ryan sebaliknya dia tersengih sumbing, Dia mengeluarkan sesuatu yang berbulu. Ryan mengecilkan mata untuk melihat dengan jelas.

Ya ampun!

Anak patung beruang?!

"Eh boleh pula kau bawak binatang tu sekali?" soal Ryan sambil menepuk dahi.

"Aku tak boleh tidurlah kalau tak ada ni" Patung beruang merah jambu dipeluk erat. Dia berjalan menghampiri Irene yang sudah pun lena dibuai mimpi. Lalu dia bersandar pada pokok sebelah Irene.

"Erina tidur dulu." ucapnya perlahan. Sempat lagi dia memeluk lengan Irene.

"Ryan."

"Ada apa Rena?" Ryan menoleh dan mengeluh perlahan.

"Tak ada apa, cuma aku nak ucap selamat malam!m" ujarnya sembil mengejek. 

" Tunggu dulu Rena, aku kena jaga sorang ke?" Soal Ryan tidak puas hati.

"Halaaa ... aku tidur sekejap, nanti aku bangun kau pula tidur." Rena menguap perlahan. Sempat dia memandang dua gadis di sebelahnya yang tidur berpelukan. Lena nampaknya.

"Okey...."

Tokk! tokk! tokk!

Bunyi ketukan pintu bertalu-talu sejak dari tadi masih tidak berhenti. Dia yang sudah terjaga sejak awal mula berasa gelisah. Wajah isterinya yang enak dibuai mimpi dipandang dan beralih kepada anaknya yang baru berusia 1 tahun tidur bersama.

Dia segera keluar dari bilik dan menuju ke pintu utama. Di sebalik langsir tingkap, dia mengintai untuk melihat keadaan di luar.

3 orang  berpakaian hitam tidak dikenal pasti samaada lelaki atau perempuan berada di hadapan rumahnya. Salah seorang daripadanya mengetuk pintu sambil berkata....

"Serahkan budak itu! kami tahu kamu semua ada di dalam!" Teriaknya.

Dia sudah agak! Mereka mahukan anaknya. Tidak dia tak akan menyerahkan kepada mereka. Bagaimana mereka boleh tahu kedudukan mereka? Dengan berhati-hati dia berjalan menuju ke biliknya.

"Aiyra... tolong bangun cepat!" Tubuh isterinya digoncang perlahan.

"Kenapa?" Soalnya mamai. Wajah suaminya dipandang pelik. Telinganya juga menangkap bunyi ketukan pintu yang kuat.

"Mereka datang," Jawabnya gagap.

"Me ... mereka? datang mahukan anak kita?" soalnya lagi. Suaminya hanya mengangguk pantas.

"Cepat! bangun kita pergi dari sini! saya buka dimensi."

Bowm!

Satu letupan kuat hingga menyebabkan gegaran. Bunyi barang-barang jatuh ke lantai membuatkan mereka panik. Mungkin 3 orang tadi telah bertindak memecah masuk ke dalam rumah.

Satu lingkaran cahaya berwarna putih muncul di sekelilingnya. "Aiyra ! cepat!" Tangan isterinya dicapai.

Dumm!

Pintu di bilik telah dipecahkan dari luar. 3 orang berpakaian hitam kini berada di hadapannya.

"Irene! bangun,"

Irene membuka mata, pantas dia duduk. Peluh sudah basah di dahinya. Adakah dia bermimpi? tapi kenapa lain sahaja mimpinya kali ini. Udara disedut perlahan dan dihembus keluar. Dia mula tenang. Okey ... mimpi tadi dia cuba untuk melupakan.

"Awak mimpi apa?" Soal Rena. Belakang Irene digosok perlahan untuk menenangkan gadis itu.

"Tak... tak tidur ke?" soal Irene balik. Dia menelan air liur. Rambut hitamnya dikuak ke belakang. Tangannya menyeluk ke dalam poket untuk mengeluarkan sesuatu. Seutas rantai krystal.

"Sudah ...." Kata-katanya tergantung apabila terdengar sesuatu. Pantas dia menoleh ke wajah Irene dan memberi isyarat supaya senyap.

Bunyi deraman jelas kedengaran di telinga mereka berdua. Ryan juga turut terbangun, dengan keadaan mamai dia pandang kawasan sekeliling. Rena memberi arahan kepada Ryan supaya senyap.

Sepasang mata berwarna merah sedang memandangnya dengan tajam. Irene terkedu. Mulutnya pula terkunci tidak dapat mengeluarkan sebarang suara.

HUARGH!

Sesuatu telah melompat keluar dari semak dan menyerang Ryan di hadapannya. Ryan pada waktu itu tidak bersedia telah tercampak ke belakang.

"Eh Erina! bangun!" Irene mengoncang kuat tubuh gadis kecil itu. Tidur mati ke? Waktu macam ini dia tidak bangun. Biar betul!

"Apa... apa? kenapa... hmmm," Gumamnya seraya anak patung merah jambu dipeluk erat.

"Erina!" Jerit Irene di telinga gadis itu. Mata Erina terus terbuka luas. Dia terkejut nasib tak pekak. Matanya membulat melihat seekor koyte di depan matanya.

Rena melompat ke atas koyte dari belakang dan bersedia untuk menikam koyte tetapi binatang itu lebih pantas mengelak. Kaki kyote menendang kuat Rena sehingga gadis itu terhentak pada pokok.

"Jom kita cari tempat selamat," Pergelangan tangan Erina dipengang supaya mengikutinya. Tetapi Erina kaku. "Jom!" gesa Irene. 

"Tak ... Erina kena tolong mereka!" angin mula bertiup kuat. Sebatang pokok yang sudah tumbang terangkat lalu terbang kearah koyte. Balingan kayu itu terkena belakang badan koyte dan menyebabkan koyte itu meraung sakit!

Ryan mengeluarkan pedang dari sisinya. Ini peluangnya untuk menyerang. Dia mengalirkan aura kepada pedang miliknya dan pedang itu diliputi oleh cahaya api.

" Ambil ini!" Pedang itu membelah tangan kiri koyte dan mereka terkejut apabila tangan koyte tumbuh semula. Kuku tajam koyte semakin memanjang. Matanya tajam memandang Ryan dan merengus kuat. Baru sahaja koyte itu mahu menerkam Rayan pergerakannya terhenti. Kakinya tidak boleh bergerak langsung kerana sesuatu telah menyekat.

"Ryan! jantung Koyte! cepat!" Teriak Rena. Sepasang tangan  daripada tanah mencengkam erat kaki koyte.

Irene lari dan duduk di sebalik pokok untuk berlindung. Dia sebenarnya mahu tolong mereka tapi dia tidak boleh.

Keadaan sekeliling di pandang gerun. Dia merasa tidak sedap hati tapi cepat-cepat ditepis. Jantungnya mula berdebar-debar laju. Dia dapat rasa ada sesuatu yang sedang menghampirinya, apabila dia mengangkat wajah....

Continue Reading

You'll Also Like

121K 12K 75
Manis bertukar pahit. Mimpi indah bertukar mimpi ngeri. Bahagia bertukar derita. Penderitaan tanpa bahagia. Mereka kehilangan segala-galanya. Du...
238K 14.9K 80
Pertemuan mereka selepas terpisah lama bukanlah pertemuan tangkap sedih dan rindu tetapi pertemuan itu telah mencetuskan fenomena yang tersendiri. Ai...
29.8K 3.2K 12
Nak menulis tapi tak tahu? Anda berada di tempat yang betul! Tekan je read dan baca. Jangan lupa tinggalkan comment dan vote. 👠 Beautiful cover by...
31.2K 2.2K 67
Euku' Permata Iris merupakan seorang puteri mahkota di negara Landrya. Hidupnya tidak tumpah seperti seorang Cinderella. Permata di kurung dalam ista...