Musuh Jadi Partner In Crime...

Oleh Reyyy_d

399K 21.1K 3K

Setiap orang ada cita citanya sendiri. Begitu juga dengan Aria Effa yang bercita cita untuk menjadi K-Idol se... Lebih Banyak

Cast
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab78
Epilog
The Old Epilogue
Special Parts: IRYAN EQSAN × AIDA SARI ❤
Special Parts : ZAFRAN FHAZIL × SYAFIQAH AQILAH ❤
Special Parts : ARYAN × UMMI❤
Special Parts :AE vs EN&NE❤
Special Parts ❤
Strychnine and Violence❤
Gallery❤
Book 2 !

Bab 9

5.7K 323 33
Oleh Reyyy_d

Semua pelajar yang berada di dalam bas telah pun turun dan kecuali Iryan, Zafran, Aria serta Efzan. Zafran dan Iryan memandang ke arah Aria dan Efzan yang sedang tidur.

'' Zaf, tengok tu. Comel je diaorang. Eh kau nak tak beripar dengan aku? '' Ujar Iryan sambil tersengih. Aria meletakkan kepalanya di bahu Efzan manakala Efzan juga begitu. Masing-masing sudah seperti pasangan yang telah lama bercinta.

Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkan la.

" Nak kejut diaorang ke? " Soal Zafran sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" Gila ke tak kejut. Kang naya kalau Aria terjaga. Mahu kena piat nanti. " Balas Iryan. Kadang-kadang, dia juga takut dengan Aria kerana baran Aria. Zafran mendapat akal. Dia mengambil telefonnya dan menangkap gambar mereka berdua.

" Api-api! Cepat turun! " Jerit Iryan kuat.

" Ha api? " Soal Aria dan Efzan yang masih mamai itu serentak.

" Dah jom semua dah turun. Korang je lambat. " Ajak Iryan. Aria hanya mengikut langkah abangnya sebelum berlari ke arah Alys dan Rika.

" Aku tahu kau tak tidur tadi. "

" Macam mana kau tahu aku tak tidur? "

" Dah la. Aku kenal cara kau tidur. Macam mana? Best? Berdetak tak? "

" Diam kau taguna. "

Aku menguap selepas baru saja terjaga dari tidur akibat perbuatan dua ekor beruk yang tak reti nak kejut orang betul-betul. Aku melihat persekitaran disekeliling. Wah, ramai betul orang. Boleh la sekejap cuci mata. 

" Assalammualaikum semua. Terima kasih sebab sudi menyertai kem ini. Sekarang, kita akan bahagikan kumpulan masing-masing. " Ujar abang fasi tersebut. Dia mula membacakan nama nama mengikut kumpulan yang ditetapkan.

Aku termasuk dalam kumpulan dengan Efzan dan Shafiq. Manakala Iryan dan Alys di kumpulan lain dan Zafran, Rika dan Aryan di kumpulan yang satu lagi. Terdapat 12 orang dalam satu kumpulan. Setiap satu kumpulan mempunyai wakil 3 orang dari sekolah yang berlainan.

" Now kita buat ice breaking okey. Abang akan mulakan dengan abang dulu then awak wakil sekolah awak dan awak dan awak dan awak . " Abang fasi itu menunjukkan ke arah aku, dua orang remaja lelaki dan seorang remaja perempuan.

" Nama abang Thomas Chong. Panggil Abang Thomas. Umur baru 24. Bujang. Kalau nak ngorat dipersilakan. " Tawa Abang Thomas. 

Abang jangan, nanti saya betul-betul mengorat abang, menangis peminat abang.

" Nama saya Aria Effa. Panggil Aria atau Ria. Ini Shafiq Ikhwan dan tu Efzan Naufal. Kami dari SMK Aoba. " 

Shhh, aku tahu Aoba dari Haikyuu. Jangan, aku tengah obses dengan Haikyuu sekarang ni.

HIDUP TSUKKI, OIKAWA, AKAASHI DAN BOKUTO.

Me lav you beri-beri muchie.

" Yang Aoba dah kan? Now, Karasuno pula. "

" Hai, aku Firdaus Harris. Ini Syazfrin Rees. Dan itu Hanif Aqmal. Kami dari SMK Karasuno. "

" Hello semua, I Chris Cho . This is Xavia Haura and Sian Li . We are from SMJK Shiratorizawa. "

" Okay my turn. I'm Kaviya. Mikael Kim  and Michael Andrew. We are from SMK Nekoma. Nice to meet you all! "

Selesai saja sesi perkenalan, kami di arahkan untuk memasang khemah. Setiap satu khemah akan ada 3 orang pelajar. Aku tinggal bersama Kaviya dan Xavia. Efzan bersama Sian dan Syazfrin. Manakala Shafiq dan yang lain satu khemah.

'' Aria memang macam ni eh? " Soal Shafiq tiba-tiba. 

Bang, kau tak reti ke nak bagi salam ke apa? Kalau aku mati terkejut ni, aku kacau kau bang sampai bila-bila.

" Abang Shaf cakap pasal apa? Macam ni? Macam mana? " Aku menyoal. Berpeluh gila aku sekarang ni. Kejap lagi la mandi. 

Rilek-rilek dulu.

" Err, hai. " Sampuk Hanif.

" Hai! " Balas aku dan Shafiq serentak.

" Korang couple eh? " Aku tersedak. Couple? Dengan Shafiq? Allahu, tak pernah terfikir dalam hidup aku nak ada hubungan dengan kawan abang aku. Walaupun sebenarnya Shafiq ni kawan aku juga, but nope. 

Gabisa la couple dengan kawan sendiri. Awkward. 

" Aah. Kita couple kan sayang. " Shafiq memeluk bahu aku. Aku dengan sepantas kilat terus memukul lengan Shafiq.

Kejap lagi ada juga kena sekeh dengan aku kang. Sesedap ajinamoto dia peluk bahu aku. 

" Aduh sakit lah Ria. "

" Abang Shaf jangan berani nak sentuh Ria eh. Ria sekeh abang kejap lagi. Oh lupa pula, Abang Shaf bila masa ha kita couple? " Aku marah ni. 

Kalau ada orang yang muka sebiji dengan Kang Daniel dekat sini then ingat aku dah ada boyfriend, tak ke naya. Kalau tak dapat Kang Daniel yang original, dapat yang suku-suku pun boleh la dari tak ada. 

" Hehehe sorry la Aria abang gurau je. " Gurau tahi dia.

" Laa, ingatkan korang couple. Sebab sweet sangat. " Ujar Sian tiba-tiba saja masuk sekali. 

Aku dengan Shafiq? 

NO. 

BIG NO!

" Aah. Korang macam sweet saja. " Kata-kata Hanif mendapat anggukkan dari Sian.

Eh korang, semua dah macam bergeng pula. Cubalah ship kan aku dengan Kang Daniel ke, Suga ke, tak ke bahagia sikit aku.

Sorry bang, kau ada rupa cuma aku terlalu jahat untuk kau bang.

" Takdalah. Mana boleh couple. Lagipun takkanlah aku nak couple dengan kawan abang sendirikan. " Aku ketawa. Gila ke apa? 

Sikit la. Gila sikit je.

Shafiq, Hanif dan Sian kaku melihat aku ketawa. Eh muka aku ada apa-apa ke?

 Aku diam bila tak ada sorang pun yang join aku ketawa. Eh jangan la, malu pula aku gelak sorang-sorang.

" Ehem. "

Aku dan yang lain menoleh. Efzan yang baru saja tiba terus duduk di sebelah aku. Dari tadi lagi dia melihat perbuatan mereka berempat. Entah kenapa matanya tertarik untuk melihat apa yang mereka buat.

"Eh, kau duduk sini dah kenapa? " Soal aku tak puas hati. Punyalah banyak tempat duduk yang boleh duduk. Dekat sini juga dia nak menempel.

" Salah ke? Aku pun nak sembang dengan orang lain. Ke kau tak bagi aku dekat sini sebab nak mengatal? " Amboi, aku tanya je. Kau jawab macam tu pula.

" Mulut tu jaga sikit eh? Aku sumbat wasabi nanti merana kau. " Yang lain sudah tertawa.

" Woo, dah okey? Kau Aria kan? " Soal Chris.

" Ya, kenapa? "

"So, Ari tahu tak bintang dekat langit tu? "

"Sorry pickup tak jadi. Malas layan. " Dah la, aku tak ada mood. Aku datang sini bukannya nak sedih ke badmood ke apa. 

Tapi masuk je Efzan, terus dari happy jadi sakit hati. Dia tak penat ke? Aku sendiri penat nak layan dia. Ni dah macam aku pula kena buli dengan dia.

" Wow! Aria dikelilingi dengan jejaka hot. Tak sangka adik aku famous sampai macam ni sekali. Mesti ikut abang dia kan? " Ujar Iryan yang menyemak datang dekat kumpulan aku.

Efzan berdiri dengan tiba-tiba. Terus saja dia menarik tangan aku ke suatu tempat. Sudahlah hari sudah gelap. Kalau tengok jam, sekarang sudah pukul tujuh setengah.

Eh dia nak bawa aku pergi mana ni?

Mama, papa, Ria minta maaf. Ria tak boleh nak bagi mama papa menantu kpop idol.

" Aduh Efzan sakit la! " Efzan melepaskan tangan aku dengan kasar. 

Aku nak je mencarut tapi memikirkan kami berada berdekatan dengan hutan, aku tak berani. Kau bernasib baik kali ni Efzan. Kalau tak, memang aku bagi sepedas yang mungkin.

Eh tak ada la, aku tak berani nak mencarut sebab mama dah warning, dia tak nak anak-anak dia tahu mencarut.

Walaupun sebenarnya aku dah pro, tapi tak apalah, demi mama aku jadi la budak baik.

" Sorry. " Perlahan tetapi masih boleh dengar.

" Kau cakap senang lah. Yang sakit  tu aku. Kau ni tiba-tiba emo kenapa? Nak kata aku cari pasal, mana ada. Tapi- " Suara aku naik seoktaf, Efzan mula menapak ke arah aku perlahan-lahan.

Woi, kau jangan buat gila Efzan!

Aku bergerak ke belakang perlahan-lahan apabila melihat Efzan mendekati.

" Efzan, kau kenapa?! " Aku berhenti sebab ada pokok yang tahan badan aku. Efzan mengambil kesempatan itu untuk mengunci pergerakan aku.

YA ALLAH DIA KABEDON KAN AKU.

" Kan aku dah cakap sorry. Kau nak apa lagi? " Serak basah saja suara Efzan dekat telinga aku.

Meremang betul aku jadinya.

" Ketepilah! " Aku cuba menolak badan Efzan tapi tak boleh. Berganjak pun tidak. Bapak budak ni makan apa sampai susah sangat nak tolak?

" Kalau aku tak nak? " Soal Efzan sambil mendekatkan mukanya dengan muka aku.

WOI HARAM WOI.

" Eee tepi lah! " Aku segera menolak Efzan dengan kuat sampaikan dia terjatuh. Padan muka!

Sumpah seram! Aku terus berlari ke arah kumpulan aku. Sumpah tak nak ikut or kena heret dengan Efzan dah!

Efzan tersenyum. Dia sudah ketawa melihat wajah Aria yang membahang tadi. Dia betul-betul gila! 

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

261K 17.1K 42
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
59.1K 8.3K 34
" Mungkin ini balasan atas dosa-dosa yang telah kau lakukan sebelum ni " " what you give, surely you'll get back " Start: 1Feb19 End: 27March19 note:...
678K 64.3K 102
ALPHABET SERIES: B for BFF 2# Apa pendapat korang tentang kawan baik sendiri? [C]Jun2018-Disember2018
495K 24K 73
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...