Dia Suamiku ✔(editing)

By sue_hanis

698K 17.1K 753

Qaisara Asyillie baru berusia 18 tahun namun dia telah dijodohkan dengan Tengku Harraz Niezal Tengku Harraz... More

DS 1
DS 2
DS 3
DS 4
DS 5
DS 6
DS 7
DS 8
DS 9
DS 10
DS 11
DS 12
DS 13
DS 14
DS 15
DS 16
DS 17
DS 18
DS 19
DS 20
DS 21
DS 22
DS 23
DS 24
DS 25
DS 26
DS 27
DS 28
DS 29
DS 30
DS 31
DS 32
DS 33
DS 34
DS 35
DS 36
DS 37
DS 38
DS 39
DS 40
DS 41
DS 42
DS 43
DS 44
DS 45
DS 46
DS 47
DS 48
DS 49
DS 50
DS 51
DS 52
DS 53
DS 54
DS 55
DS 56
DS 57
DS 58
DS 59
DS 60
DS 61
DS 62

Epilog

16.9K 340 60
By sue_hanis

Sebulan kemudian,Sara keluar dari rumah kerana ada posmen menghantar barang kepadanya.

"Alhamdulillah barang buat abang Harraz dah tiba" Kata Sara sambil mengambil kotak itu dan membawanya masuk ke dalam rumah lalu berjalan ke arah sofa untuk duduk.

"Pasti abang sukakannya" Kata Sara tersenyum bahagia namun tiba-tiba dahinya berkerut menahan sakit.

"Argh !" Sara memegang perutnya yang tiba-tiba terasa sakit rasanya bayi yang dikandung oleh Sara sudah ingin keluar.Sara mengetap bibinya menahan sakit.Mukanya berpeluh-peluh dan pucat serta Sara merasa ada sesuatu yang mengalir dari celah pahanya namun dia tidak menghiraukannya kerana dia tahu apa yang mengalir dari celah pahanya.

"Abang !" Jerit Sara memanggil Harraz yang masih berada di tingkat atas.Harraz yang sedang selesai memakai pakaian terkejut mendengar jeritan Sara dari bawah.

"Sara ? Kenapa dia panggil aku ?" Soal Harraz kepada dirinya yang sedang berada di hadapan cermin.

Harraz segera keluar dari bilik dan menuju ke arah ruang tamu dan kelihatan Sara sedang menahan sakit.

"Sara,kenapa ni ?" Soal Harraz kelihatan terperanjat melihat Sara dalam keadaan sebegitu.

"Rasanya Sara dah nak bersalin" Kata Sara sambil menahan sakit,tangannya pula asyik menarik baju Harraz.

"Apa ?! Kejap abang nak pergi ambil kunci kereta" Kata Harraz lalu berlari ke arah laci dan mencapai kunci keretanya.

"Abang cepatlah !" Jerit Sara sambil menggigit bibirnya dan tangannya pula memegang perutnya yang terasa sakit.

"Okey jom sayang" Kata Harraz sambil memapah Sara ke arah kereta dan dia menolong Sara membuka pintu kereta dan membantu Sara masuk ke dalam kereta.

"Cepatlah abang sakit sangat" Kata Sara sambil mengenggam tangan Harraz dengan begitu kuat sekali.

"Sabarlah beristigfar" Kata Harraz sambil memegang tangan Sara.

Apabila sampai di hospital Sara dibawa ke bilik bersalin.

Harraz menunggu di luar dalam keadaan gelisah.Peluh mula membasahi baju dan dahinya.

'Ya Allah,kau selamatkan isteri dan anakku,Ya Allah berikanlah kekuatan kepada Sara untuk mengharungi sakit bersalin' Harraz mundar-mandir di hadapan bilik bersalin.

"Macam mana keadaan Sara ?" Tanya Puan Diana yang baru tiba bersama ahli keluarganya yang lain.

"Sara masih dalam bilik bersalin" Kata Harraz.Wajahnya menunjukkan reaksi resah.

"In sha Allah Sara akan selamat melahirkan bayi" Kata Datin Seri Ayuni menepuk bahu anaknya.

"Amin" Kata Harraz sambil menghembus nafas,sungguh dia berasa risau apabila teringatkan kata-kata Sara.

"Kalau apa-apa berlaku kepada Sara abang tolong jaga anak kita"

"Papa ! Bagaimana keadaan mama ?" Tanya Farihah sambil menarik hujung baju Harraz.

Harraz melutut di hadapan Farihah supaya kedudukannya sama tinggi dengan Farihah.

"Mama masih berada di dalam lagi" Kata Harraz sambil mengusap kepala Farihah,mata dan hidungnya sudah kemerah-merahan.

"Kenapa lama sangat mama berada di dalam ?" Tanya Farihah tersedu-sedan akibat menangis.

"Papa pun tak tahu Farihah" Kata Harraz sambil memegang kedua belah pipi anaknya.

"Mama akan keluar dalam keadaan selamatkan bersama adik Farihah kan ?" Soal Farihah membuatkan Harraz bagaikan terkena renjatan elektrik kerana dia sendiri tak tahu apa jawapannya.

"In sha Allah mama akan selamat" Kata Harraz sambil mengukirkan senyuman walaupun disebalik senyuman itu terdapat 1001 kerisauan di dalam hatinya.

Tiba-tiba doktor perempuan keluar dari bilik bersalin dan bertanya sesuatu kepada Harraz.

"Adakah encik suami Puan Sara ?"

"Ya saya suami dia" Jawab Harraz,semua ahli keluarga berdiri di belakang Harraz.

"Kami terpaksa operate Puan Sara kerana dia mengalami kesukaran untuk melahirkan seorang bayi lagi" Kata doktor itu membuatkan semua terperanjat.

"Anak saya kembar ?" Soal Harraz yang dia sendiri pun tidak tahu kerana sepanjang kehamilan Sara mereka tidak membuat pemeriksaan pun tentang jantina bayi.

"Ya anak encik kembar dan boleh sekarang encik ikut saya pergi tanda tangan untuk persetujuan encik melakukan pembedahan terhadap isteri encik" Kata doktor itu.

"Okey" Kata Harraz lalu mengikuti doktor itu ke kaunter pembayaran.

Sejam kemudian,Sara telah selamat melahirkan dua orang bayi yang sangat comel,Bayi lelaki berkulit putih matanya berwarna hitam berambut perang hidung pula seperti Sara manakala bibirnya seperti Harraz.Bayi perempuan pula berkulit putih kemerah-merahan matanya berwarna coklat rambutnya berwarna hitam bibirnya merah bagaikan tomato hidungnya pula mancung.

"Anak-anak papa masih tidur lagi rupanya" Kata Harraz lalu menyentuh tangan kecil milik kedua anak kembarnya.

"Comelnya adik-adik Farihah" Kata Farihah sambil menguntum senyuman tangannya pula sibuk menyentuh pipi gebu adik kembarnya.

"Mesti Sara letihkan sebab pertaruhkan nyawa demi melahirkan anak-anak abang" Kata Harraz lalu mengucup dahi Sara yang sedang lena tidur selepas pembedahan.

Harraz menemani Sara di hospital manakala Farihah mengikut Datin Seri Ayuni pulang ke rumah.

"Eh abang" Sara mengejutkan suaminya yang sedang tidur untuk solat subuh.

"Ermm Sara dah sedar ? Ada apa-apa yang Sara mahu nanti abang dapatkan" Kata Harraz sambil menutup mulutnya yang sedang menguap.

"Sara tak perlukan apa-apa dan abang pergilah solat subuh nanti habis waktu subuh pula" Kata Sara sambil menepuk bahu Harraz supaya bangun dari tidur.

"Okey Puan Sara" Kata Harraz sambil membuka mata dan berjalan ke arah tandas untuk membersihkan diri dan mengambil wudhuk.

Sara melihat suaminya yang sedang solat subuh di tepinya.Seusai solat subuh Harraz berdoa.

"Ya Allah kau ampunilah dosa-dosa ibubapaku ampunilah dosaku ampunilah dosa isteriku Ya Allah kau rahmatilah keluargaku jauhkan keluargaku daripada seksaan api neraka dan bencana dunia serta kejahatan syaitan dan manusia Ya Allah limpahkan rezeki yang halal dan kebahagiaan buat kami sekeluarga" Harraz menadahkan tangan untuk berdoa.

Apabila Harraz berpaling ke arahnya Sara hanya menguntumkan senyuman manis.

"Sara,anak-anak kita selamat dan sihat macam mama dia" Kata Harraz sambil menyimpan sejadah.

"Anak-anak ?" Soal Sara hairan apabila Harraz berkata seperti itu.

"Anak kita kembar lelaki dan perempuan" Kata Harraz membuatkan Sara teruja.

"Abang,Sara nak tengok" Kata Sara.

"Sekejap abang pergi ambil di ruangan bayi" Kata Harraz lalu keluar dari wad Sara.

"Ya Allah terima kasih" Kata Sara sambil mengalirkan air mata bahagia.

Harraz menolak katil bayi lelaki manakala jururawat menolak katil bayi perempuan masuk ke dalam wad Sara.

"Abang" Sara menutup mulutnya kerana terlalu bahagia.Sara memandang anak kembarnya sambil tersenyum.

Harraz mengambil bayi perempuan dan memberi kepada Sara untuk memeluk dan mengucupnya.Bayi lelaki pula bersama Harraz.

"Anak papa mengantuk ?" Kata Harraz apabila anaknya menguap dan Harraz menutup dengan tangannya.

"Baby girl,welcome to new world" Kata Sara sambil mencuit hidung anak perempuannya.

"Mana Farihah ?" Tanya Sara pada Harraz.

"Farihah tinggal di rumah mummy mungkin selepas ini mereka datang" Kata Harraz sambil menepuk perlahan punggung anaknya.

"Abang dah pilih nama ?" Tanya Sara sambil memandang Harraz.

"Kalau lelaki abang dah ada sebab kita kan dah bincang dengan Farihah semasa perjalanan kita ke pantai tempoh hari" Kata Harraz.

"Nama apa ? Sara dah lupalah" Kata Sara sambil mengerutkan dahinya.

"Tengku Fatya Rayqal" Kata Harraz.

"Wah nama yang cantik" Kata Sara sambil tersengih.

"Kalau perempuan lebih baik Sara yang pilih" Kata Harraz mencadangkan Sara untuk memilih sendiri nama anak perempuannya.

"Apa kata kita letak nama dia Tengku Farhanis Aisya" Kata Sara sambil menjongket keningnya ke atas.

"Mama !" Jerit Farihah apabila tiba di hospital dan segera berlari ke arah Sara.

"Farihah dah makan ?" Tanya Sara sambil mengusap kepala Farihah.

"Dah" Kata Farihah sambil tersenyum.

"Baguslah kalau Farihah dah makan" Kata Sara sambil tersenyum ke arah Farihah.

"Adik,buat apa ni ?" Tanya Farihah sambil menggosok pipi adik lelakinya.

"Adik main dengan papa,kakak nak join ?" Kata Harraz sambil membuat suara kanak-kanak kepada Farihah.

"Kakak nak join main dengan adik dan papa" Kata Farihah lalu mencium pipi adik lelakinya.

"Sara tadi ada orang gaji kita bawa sebuah kotak dan dia kata Sara telefon minta dia hantarkan" Kata Harraz lalu mengambil kotak hadiah dan menghulurkan kepada Sara.

"Untuk abang" Kata Sara sambil tersenyum.

"Apa pula ni ?" Soal Harraz sambil mengerutkan dahinya lalu dia meletakkan Fatya dia atas katil bayi.

"Bukalah" Kata Sara.

Harraz membuka kotak hadiah untuk melihat isi di dalamnya dan mengeluarkannya.

"Sleeping mask ?" Harraz memandang Sara pelik.

"Sara tak nak abang terganggu semasa tidur yalah Sara suka tidur dalam keadaan bercahaya nanti mata abang jadi macam panda pula kalau Sara tak apa mata macam panda" Kata Sara.

"Tak apalah orang tu kan cute" Kata Harraz sambil merenung Sara dengan lama.

"Abang tak suka ?" Soal Sara memandang wajah suaminya.Harraz berjalan mendekati Sara.

"Abang suka tapi kenapa Sara mesti beli yang panda juga" Kata Harraz sambil mengelip-kelipkan matanya.

"Because my style dan boleh jauhkan muka abang dari muka Sara" Jawab Sara sambil menjentik dahi Harraz.

"Nasib baik ada Hanis kalau tak memang nak kena cium Sara ni" Kata Harraz.

"Stop merepek" Kata Sara sambil menjeling ke arah Harraz.

"Jangan marah sayang" Kata Harraz sambil mencuit hidung Sara.

"Dia Tengku Harraz Niezal"

"Dia lelaki yang berjaya menambat hatiku"

"Dia peneman hatiku"

"Dia penghibur hatiku dikala aku sedih"

"Dia suka buat aku marah tapi aku tetap sayangkan dia"

"Dia papa kepada anak-anakku"

"Dia sanggup melakukan apa-apa saja demi aku dan keluarga"

"Dia lelaki yang sanggup berada disisiku"

"Dia suamiku"

TAMAT

Continue Reading

You'll Also Like

132K 4.2K 8
Repost cerpen lama... *** Kerana keretanya calar, Alif ambil Qaisara jadi PA. Niatnya untuk mengenakan Qaisara tapi sebaliknya, hatinya pula jatuh su...
79.3K 8.9K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
337K 12.1K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
158K 4.7K 23
Puteri Syafirah gadis periang dan cantik seindah wajahnya..baginya perkataan "lelaki" tiada dalam kamus hidupnya..yang dia tahu hanyalah kerja,kerja...