White Guardians ( Editing)

By SyuhadaNr

560K 43.5K 1.6K

White Guardian.. Dua patah perkataan itu membuatkan Irene tidak percaya akan kewujudan mereka. Mana mungkin d... More

1.Willard
2.Ryan and Rena
3.Bukti
5.Welcome to Verillend
6.Erina
7.Town Hill
8.Buku
9.RenaVsRyan=Erina win 😂
10.Mission
11. The Journey is begin
12.Deep Forest
13.Irene hilang
14. Ornans Village
15.Legend Sword
16.Secarlet?
17.Viez Alfron
watak 👋
18.Ikan Emas
19.Pewaris
20.Gunung Cyberia
21.Diserang!
22.Blue Eyes
23. Confused
24.Air Ive
25.Cerita si ikan emas
26.Jatuh tergolek
27.First Kiss?
28. Kuda
29.Nelson Falls
30.From other Dimension
31.First Fight!
32.Rantai krystal
33. Bintang
34.Secret
35.Alice Waynestin
36.Lost memory
37.Ice
38. Dragon leather gloves
39.Rampasan kuasa
40. Surat Rena
41.Amorgite stone
42.Sudah jatuh ditimpa tangga!
43.Berubah sekelip mata?
44. Buka Dimensi
45. Selamat Tinggal Nyea!
46. The unexpected
47.Singa jadian?
48.Masalah!
49. Hanya kerana air!
50. Black Beast?
51.Pengakhiran hidup huh?!
52.Surprise
53.With Ryan
54.Gadis berambut putih
55. Childish
56.Siapa Secarlet?
57.Menipu!
58.Golith Si penjaga
59.Matlamat
60.Terlepas!
61.Mak? Ayah?
62.Drycon? Biar betul!
63.Long story
64. Discussion
65. Mana Eicland?
66. Peluang kedua.
67. Ditampar dua kali!
68. Vylera
69. White Beast
70. Mermaid
71. Pire
72. Guardians VS Mermaid
73. Hidung Berdarah?
74. The Soul
75. Jangan tinggalkan aku.
76. Ayah.
77. Berita buruk.
78. Apa kau buat dekat sini?
79. Perang!
80. Surez Vs Zeus.
81. Cahaya.
82. Irene dan Viez?
Special Chapter (Ending)
AUTHOR NOTE
BOOK 2 ?

4.Mimpi

9.9K 775 10
By SyuhadaNr

Irene memandang Ryan dengan rasa tidak puas hati dan begitu juga dengan Ryan. Gadis dihadapannya ini amat menguji tahap kesabarannya! Tidak tahu apa yang harus dikatakan lagi. Sudah berjam-jam dia dan Rena cuba untuk melembutkan hati Irene supaya ikut mereka namun Irene kuat membantah dan berkeras tidak mahu!

"Aku tidak akan ikut kamu berdua!" gadis itu meninggikan suara. Muka berkulit putih bertukar menjadi merah kerana menahan amarah. Mata mencerlung tajam.

"Kau kena ikut kami! Masa semakin suntuk." Suara Ryan juga semakin meninggi. Tahap kesabarannya sudah tiba ke kemuncak. Manakala Rena pula hanya mendiamkan diri sambil memeluk tubuh, hanya membiarkan sahaja mereka bergaduh.

Dalam situasi tegang itu, fikiran Rena melayang ke udara memikirkan tentang tanda lahir Irene yang tidak sama sepertinya. Bentuk tanda lahir Irene bulan sabit dan berbeza dengannya bentuk bintang kecil. Tiba-tiba lamunan Rena terhenti apabila pintu dihempas kuat dan Irene sudah tiada di situ. Dia menjeling sekilas lelaki disebelahnya.

"Apa kau buat ni Ryan?" dia menyoal seperti tidak tahu apa yang berlaku sebentar tadi. Badan disandarkan pada dinding.

"Sakit betul hati aku! Kepala batu dan degil!"

"Macam kau ...." Terus gadis itu mengekek ketawa. Perangai Ryan juga sebiji seperti Irene sekarang ini semasa mereka bertemu buat pertama kali. Puas juga dia memujuk Ryan dulu. Wajah Ryan bertukar masam. Rena tersenyum sebelum kembali berkata "Biar aku uruskan dia nanti,"

BUNYI hempasan pintu yang kuat telah menarik perhatian ramai pelangan di kedai Pak Cik Kay. Dia kini menjadi tumpuan pelangan. Namun Irene langsung tidak mempeduli akan mata-mata yeang memerhati. Irene cuba berlagak tenang walaupun dia rasa tidak selesa. Dengan langkah yang tenang dia berjalan menuju ke tempat biasa yang selalu dia duduk,

Irene menyembamkan muka di atas permukaan meja kayu. Seperti biasa Pak Cik Kay datang menghampiri Irene untuk mengambil pesanan. Melihat keadaan gadis itu terus soalan ini yang melantun keluar dari mulutnya. "Ada masalah ke?"

"Tak ada apalah, Pak Cik ... saya mahu tidur sekejap ni. Mengantuk pula." Irene mengangkat muka kemudian menyembam kembali ke atas meja. Mata dipejam rapat. Orang tua berkaca mata hanya mengangguk perlahan. Dia berlalu pergi ke meja pelangan lain untuk mengambil pesanan. Dia faham benar kalau Irene mempunyai masalah. Gadis itu adalah seorang yang suka sembunyikan masalah, kalau boleh dia mahu menyelesaaikan sendiri tanpa campur tangan orang lain.

Kusut!

Kepala Irene kusut dengan apa yang berlaku. Dua orang yang datang entah dari mana secara tiba-tiba muncul dan mendesak supaya ikut mereka. Bolehkah dia mempercayai mereka dan ikut kemana sahaja mereka pergi? Hati Irene berbolak balik mahu membuat keputusan, dan akhirnya dia terlelap serta hanyut dalam mimpi.

'Irene'

Tergamam apabila nama dipanggil, keadaan sekeliling yang gelap dan hanya disinari bebola cahaya diperhatikan tanpa berkelip mata. Bebola itu bergerak sepantas kilat dan berhenti betul-betul dihadapan Irene. Sekali lagi namanya diseru. 'Benda ini bercakap ke?' dia memberanikan diri untuk menyoal.

'Ya, Irene saya mahu beritahu awak sesuatu,'

'Binatang apa ni!'

'Tak ada masa untuk jawab soalan itu'

'Oh, jadi mahu beritahu apa' soal Irene lagi.

'Hanya ikut Ryan dan Rena'

'Kenapa?' Bebola cahaya itu tidak menjawab soalan Irene malah mengeluarkan sinar putih sehingga menyilaukan mata dan tidak dapat membuka langsung!

IRENE tersentak seperti ada sesuatu yang mengejutkannya! Muka diangkat untuk melihat keadaan sekeliling. Dia masih di dalam restoran itu,di mana suasana sudah bertukar sepi dan tiada pelangan pun di situ.

"Lama kamu tidur, tidak sampai hati pula mahu kejutkan kamu," Pak Cik Kay melabuhkan punggung dihadapan Irene.


Dahi berkerut seribu. Setahu dia baru sahaja dia tidur tadi. "Lama?" ujarnya pelik. Pipi digaru perlahan.

"Ya, dari tengahari tadi kamu tidur,"

"Oh, ya ke?" Irene menggaru pipinya lagi sambil tersengih. Tidak sangka lama juga dia tidur. Lelaki tua itu mengeleng kepala.

"Pak Cik peliklah, sejak dua hari ini Gotham tidak menyeraang lagi bandar ini," laju tangan tua berkedut mengelap meja apabila ternampak kesan kotoran. Licin segala kotoran.

"Entahlah Pak Cik, saya pun pelik. Biasanya penduduk akan kecoh bila menjelang waktu pagi kerana ada sahaja penemuan mayat atau kesan-kesan ... tetapi kali ini senyap pula."

"Hmmm ... betul tu, eh Irene baik kamu pulang ke rumah. Hari semakin gelap ni." Kata Pak Cik Kay seraya memalingkan muka ke sisi. Pemandangan luar diperhatikan. Hari semakin gelap menandakan hari siang akan beganti malam. Perkara ini sering ditakuti oleh penduduk Willard. Gotham akan menjadi liar!

Continue Reading

You'll Also Like

577 86 19
"Kau yang di takdirkan untuk hidup namun memilih untuk mati, sementara aku ditakdirkan mati lebih memilih untuk meneruskan hidup, layakkah aku menent...
504K 1.2K 17
Mula mula
72.4K 5.2K 59
WARNING!! +HAMBAR +GRAMMAR ERRORS +MY OWN IDEA +MATURE CONTENT (15+) +TYPO BERSEPAH +TIADA KAITAN DENGAN YANG HIDUP ATAU MATI DILARANG MENCIPLAK HA...
69.1K 7.8K 31
Sequel kepada »ERROR« Daerah Kudat musnah, lenyap daripada muka peta dengan hanya sebiji bom. Tujuannya adalah untuk menghalang daripada wabak mister...