White Guardians ( Editing)

By SyuhadaNr

560K 43.5K 1.6K

White Guardian.. Dua patah perkataan itu membuatkan Irene tidak percaya akan kewujudan mereka. Mana mungkin d... More

2.Ryan and Rena
3.Bukti
4.Mimpi
5.Welcome to Verillend
6.Erina
7.Town Hill
8.Buku
9.RenaVsRyan=Erina win 😂
10.Mission
11. The Journey is begin
12.Deep Forest
13.Irene hilang
14. Ornans Village
15.Legend Sword
16.Secarlet?
17.Viez Alfron
watak 👋
18.Ikan Emas
19.Pewaris
20.Gunung Cyberia
21.Diserang!
22.Blue Eyes
23. Confused
24.Air Ive
25.Cerita si ikan emas
26.Jatuh tergolek
27.First Kiss?
28. Kuda
29.Nelson Falls
30.From other Dimension
31.First Fight!
32.Rantai krystal
33. Bintang
34.Secret
35.Alice Waynestin
36.Lost memory
37.Ice
38. Dragon leather gloves
39.Rampasan kuasa
40. Surat Rena
41.Amorgite stone
42.Sudah jatuh ditimpa tangga!
43.Berubah sekelip mata?
44. Buka Dimensi
45. Selamat Tinggal Nyea!
46. The unexpected
47.Singa jadian?
48.Masalah!
49. Hanya kerana air!
50. Black Beast?
51.Pengakhiran hidup huh?!
52.Surprise
53.With Ryan
54.Gadis berambut putih
55. Childish
56.Siapa Secarlet?
57.Menipu!
58.Golith Si penjaga
59.Matlamat
60.Terlepas!
61.Mak? Ayah?
62.Drycon? Biar betul!
63.Long story
64. Discussion
65. Mana Eicland?
66. Peluang kedua.
67. Ditampar dua kali!
68. Vylera
69. White Beast
70. Mermaid
71. Pire
72. Guardians VS Mermaid
73. Hidung Berdarah?
74. The Soul
75. Jangan tinggalkan aku.
76. Ayah.
77. Berita buruk.
78. Apa kau buat dekat sini?
79. Perang!
80. Surez Vs Zeus.
81. Cahaya.
82. Irene dan Viez?
Special Chapter (Ending)
AUTHOR NOTE
BOOK 2 ?

1.Willard

28.1K 1.1K 38
By SyuhadaNr

Buat kali ke berapa, kawasan bandar Willard kelihatan kosong pada waktu malam itu. Tiada seorang pun yang berani keluar pada waktu begini. Lampu-lampu yang selalu menyinari bandar itu juga tidak terpasang. Suasana bandar Willard hanya disinari cahaya bulan dan teramatlah sunyi.

Dalam keadaan yang sunyi sepi itu ada yang baru hendak pulang ke rumah. Dia berjalan seorang diri dengan penuh berhati-hati. Keadaan sekeliling diperhatikan sebentar sebelum menyusup perlahan di sebuah bangunan kedai. Jantungnya berdetak dengan hebat! Tidak pasti sebab apa. Sambil itu, dia mula ligat berfikir, mengikut kiraan rumahnya tidaklah jauh sangat sekarang ini dan semakin hampir!

Suasana sunyi itu, membolehkan telinganya menangkap bunyi sesuatu. Ia kedengaran seperti derapan tapak kaki dan semakin jelas, walaupun dengarnya seperti jauh! Bunyinya juga seakan ramai.

Ah! jantungnya semakin berdebar laju. Rumahnya hampir dekat saja, hanya di seberang. Kepalanya ditoleh ke kiri kanan untuk meninjau keadaan supaya berjaga-jaga. Derapan kaki itu semakin menghampiri tetapi tiada sebarang kelibat pun di situ.

Okay, cun! Dia lekas berlari pecut ke arah rumahnya dengan sepenuh tenaga, setibanya di depan pintu, kelam-kabut dia mencucuk kunci ke dalam lubang tombol pintu. Sesekali dia menoleh ke belakang untuk memastikan keadaan selamat. Tombol pintu dipulas sebaik sahaja dapat dibuka dan dengan segera dia meloloskan diri!

Cepat-cepat dia mengunci pintu. Badan disandarkan pada dedaun pintu kayu. Dadanya berombak laju, nafas ditarik semahu-mahunya dan cuba menenangkan diri. Keringat berjuraian dilap perlahan, boleh semput dibuatnya tadi! Nasib baik dia berlari selaju kilat untuk menyelamatkan diri. Jika tidak memang tidak bernafas dia sekarang ini.

"Tadi rasanya ada orang!" suara garau dan kasar kedengaran jelas di luar rumah.

Dia terus mengendap disebalik tingkap berlangsir. Sekumpulan makhluk berbadan manusia tetapi tinggi dan mempunyai kuku yang tajam, lalu melepasi perkarangan rumahnya.

Irene menghela nafas lega. Dia hampir pengasan! kalaulah dia tidak sempat masuk rumah tadi sudah tentu dia ditangkap makhluk ganas yang digelar Gotham. Makhluk paling ganas di Kota itu dan ditakuti oleh semua orang. Kota itu tidak pernah aman sejak kehadiran makhluk ini!

Rambut yang terjuntai ke hadapan diselitkan ke cuping telinga. Langkah diorak perlahan, bilik menjadi arah tujuannya. Setelah sampai di bilik, dia menghempaskan badan di atas katil dan akibat keletihan Irene terlelap dibuai mimpi tanpa membersihkan diri terlebih dahulu.

PAGI itu, bandar Willard digemparkan dengan satu penemuan percikan darah di beberapa buah rumah. Bau darah sangat meloyakan bagi sesiapa sahaja yang menghidu. Penemuan darah itu, telah menimbulkan seribu tanda tanya pada penduduk di situ. Tidak pasti dari mana datangnya darah tersebut. Jika dilihat ia nampak seperti darah manusia. Mungkinkah ada yang menjadi mangsa malam tadi?

Dalam kekecohan itu, seorang gadis melangkah masuk ke sebuah kedai roti tanpa mengedahkan keriuhan penduduk, Willard. Kaki diatur mencari tempat kosong dan sebuah meja kosong di hujung tepi tingkap menjadi tatapan mata.

"Selamat pagi, Irene!" sapa seorang lelaki berkaca mata bulat dan mempunyai jangut hitam, datang menghampiri. Lelaki berusia pertengahan tahun itu tersenyum sehingga menampakan lekuk lesung pipit.

"Selamat pagi, Pak Cik Kay." Irene membalas senyuman seraya tangan menarik kerusi kayu. Punggung dilabuhkan dan baju t-shirt diperbetulkan sedikit.

"Kamu hendak makan apa kali ini?" soalnya sambil membetulkan posisi kaca mata yang dipakai. Tangan memegang buku catatan. Padahal sudah tahu apa yang bakal dipesan gadis itu.

"Macam biasalah ... air coklat panas dan roti telur,"

"Baiklah ... kamu tunggu sebentar ye," Pak Cik Kay berlalu pergi untuk menyediakan hidangan tersebut.

Setiap pagi Irene akan bersarapan di kedai roti ini. Dia sudah menjadi pelangan tetap di kedai ini. Pak cik Kay sangat perhatin dan mengambil berat tentang dirinya. Itu adalah pperkara biasa. Pak Cik tua itu telah menganggap Irene sebagai anaknya sendiri.

Dia duduk sambil menongkat dagu. Jarinya mengetuk perlahan permukaan meja kayu. Sepintas lalu, Irene masih teringatkan akan hal malam tadi. Dia nyaris-nyaris sahaja ditangkap. Kalau ditangkap kemungkinan besar dia akan di bunuh dengan kejam atau menjadi hamba kepada makhluk Gotham.

Sejak beberapa tahun yang lalu Gotham mula membuat onar dengan menyerang kampung-kampung dan bandar-bandar kecil. Ramai yang telah terkorban dan tertangkap. Apalah nasib mereka yang telah ditangkap, sama ada hidup atau pun mati tiada siapa tahu. Gotham sememangnya makhluk yang misteri dari segi kewujudannya dan tujuan ia wujud di dunia ini.

"Ibu ... kisah enam pahlawan itu wujud ke?" di hadapan mejanya terdapat budak lelaki kecil dalam lingkungan lima tahun, menyoal ibunya. Irene memerhati gelagat mereka berdua sambil mengangkat sebelah kening.

"Hmm? Kisah itu?" soal ibunya kembali seraya mengusap kepala.

"Ya, ibu!" jawab si anak penuh semangat. Matanya bersinar-sinar menagih jawapan dari Ibu manakala wanita itu tersenyum manis.

"Mereka hanya sebuah mitos sayang ... Mana mungkin mereka wujud ...."

"Jadi mereka tidak wujud?" suara budak lelaki itu mula kendur. Kedengaran seperti kecewa di halwa telinga Irene.

Tiba-tiba, pandangan Irene yang difokuskan kepada pasangan anak beranak itu terganggu apabila Pak cik Kay datang bersama hidangan yang dipesan sebentar tadi. Kacau! Baru sahaja mahu mecuru-curi dengar. Dia rasakan perbualan anak beranak itu menarik. Jika boleh dia mahu mendengar perbualan mereka sehingga habis.

"Terima kasih, Pak Cik,"

"Sama-sama."

"Saya ada benda mahu cerita," Irene menghirup perlahan air coklat panas. Rasa manis bercampur pahit mengalir masuk ke dalam kerongkongnya. Irene memejam mata buat sesaat untuk menikmati. Ianya sungguh enak dan sukar hendak digambarkan dengan kata-kata!

"Tentang apa, Irene?"

"Pak cik semalam ... saya terserempak dengan Gotham ...." Seperti yang dijangka oleh Irene, Pak Cik Kay agak terkejut. Lantas lelaki tua itu duduk bertentangan dengan, Irene. Air muka yang tenang bertukar risau.

"Habis itu kamu okay? ada cedera mana-mana?"

"Pak Cik janganlah risau saya selamat balik ke rumah semalam." Balas Irene tersenyum mesra.

"Syukurlah, kamu tidak apa-apa, Irene."Dada diurut perlahan. Dia berasa lega teramat sangat, dahulu Pak Cik Kay ada seorang anak gadis tetapi telah meninggal kerana sakit. Kedatangan Irene telah mengingatkan dia terhadap anak gadisnya. Kalau anak gadisnya masih hidup pasti sebaya Irene.

Continue Reading

You'll Also Like

655K 36.5K 65
Beautiful And Perfect Book Cover By @ummulemonade Kisah Seorang Gadis. Misteri. Pendiam. Berani. 3 Sikap Membawa Tanda Tanya Kepada Semua Orang. Mist...
72.4K 5.2K 59
WARNING!! +HAMBAR +GRAMMAR ERRORS +MY OWN IDEA +MATURE CONTENT (15+) +TYPO BERSEPAH +TIADA KAITAN DENGAN YANG HIDUP ATAU MATI DILARANG MENCIPLAK HA...
504K 1.2K 17
Mula mula
53.4K 4.4K 54
Book 2 of fantasy series. [Book 1: Phoenix: The Legend Power] [Book 2: Dragon: The Next Heir] Setelah keamanan menguasai Wonderland, dunia perlahan-l...