Dia Suamiku ✔(editing)

By sue_hanis

700K 17.1K 753

Qaisara Asyillie baru berusia 18 tahun namun dia telah dijodohkan dengan Tengku Harraz Niezal Tengku Harraz... More

DS 1
DS 2
DS 3
DS 4
DS 5
DS 6
DS 7
DS 8
DS 9
DS 10
DS 11
DS 12
DS 13
DS 14
DS 15
DS 16
DS 17
DS 18
DS 19
DS 20
DS 21
DS 22
DS 23
DS 24
DS 25
DS 26
DS 27
DS 28
DS 29
DS 30
DS 31
DS 32
DS 33
DS 34
DS 35
DS 36
DS 37
DS 38
DS 39
DS 40
DS 41
DS 42
DS 43
DS 44
DS 45
DS 46
DS 47
DS 48
DS 49
DS 50
DS 51
DS 52
DS 53
DS 54
DS 55
DS 56
DS 58
DS 59
DS 60
DS 61
DS 62
Epilog

DS 57

9K 236 20
By sue_hanis

"Mummy !" Teriak Sara sambil menuruni tangga dan menuju ke arah dapur,Datin Seri Ayuni yang sedang mencedok nasi terkejut mendengar jeritan Sara.

"Ada apa,Sara ?" Tanya Datin Seri Ayuni sambil meletakkan sudip di dalam pinggan dan berjalan ke arah Sara.

"Mana abang Harraz dan Farihah ?" Tanya Sara sambil memegang tangan Datin Seri Ayuni.

"Ish kamu ni ingatkan apa tadi buat mummy risau saja" Kata Datin Seri Ayuni mahu mengetuk kepala Sara namun Sara segera memeluknya.

"Hehe maaf mummy,janji tak buat lagi tapi mana abang Harraz dan Farihah ?" Tanya Sara sambil memandang Datin Seri Ayuni.

"Mereka berdua pergi jogging di taman" Kata Datin Seri Ayuni dan melepaskan diri daripada pelukan Sara.

"Jogging ? Tak ajak pun Sara" Kata Sara sambil memuncungkan bibirnya dan menyilangkan tangannya.

"Kamu kan dah jadi mama tak payah merajuk sekarang tolong mummy masak di dapur" Kata Datin Seri Ayuni lalu menarik Sara ke dapur.

"Mummy ni kacau line betul Sara baru sahaja nak cuba berdrama sekejap" Kata Sara sambil mencebik.

"Tak payah berdramalah sangat lagipun bukan masuk dalam tv pun" Kata Datin Seri Ayuni menyebabkan muka Sara masam mencuka.

"Good morning mummy dan kak Sara" Sapa Fanirah yang baru keluar dari biliknya dan segera ke dapur kerana perutnya sudah minta makanan.

"Hah ! Ni seorang baru bangun tidur dan asyik makan sahaja dah lah masak tak pandai nanti jadi isteri orang macam manalah" Bebel Datin Seri Ayuni sambil memasak ayam pedas.

"Nanti jadi isteri orang ? Mummy tak perlu risau sebab Fanirah kan akan kerja dan bila dapat duit Fanirah belilah makan apa nak susah dunia semakin moden kan" Kata Fanirah lalu meneguk segelas susu.

"Dunia semakin modenlah kebanyakkannya orang lupa Allah" Kata Datin Seri Ayuni menyebabkan Fanirah terasa deep.

"Seperti kak Risya kan mummy ?" Tanya Fanirah sambil meletakkan sekotak susu di dalam peti ais.

"Kita pun sama,kadang-kadang lalai dalam melakukan ibadat kerana dunia sekarang semakin canggih lebih-lebih lagi orang yang guna gadjet kadang-kadang boleh terlupa untuk solat kerana keasyikan bermain gadjet" Datin Seri Ayuni berceramah kepada Fanirah dan Sara yang sedang menolong memasak di dapur.

"Mulai sekarang Fanirah akan cuba kurangkan bermain gadjet dan tidak akan tangguhkan solat lagi" Kata Fanirah sambil menyimpan telefonnya ke dalam poket baju.

"Mama !" Farihah berlari ke arah dapur dan memeluk Sara dari belakang.

"Eh dah balik dah anak kesayangan mama ni,seronok pergi jogging dengan papa ?" Tanya Sara sambil memusingkan badannya ke belakang memandang Farihah.

"Seronok dan papa belanja Farihah makan aiskrim lepas tu masa bertanding berlari Farihah menang sebab papa lari perlahan sangat dan Farihah jumpa uncle Fad dengan seorang perempuan,dia cantik sangat serupa dengan duyung" Kata Farihah menyebabkan tercetus ketawa di antara mereka semua.

"Kamu ni pernah tengok duyung ?" Tanya Fanirah sambil menggelengkan kepalanya memandang Farihah.

"Pernah tapi dalam tv" Kata Farihah sambil tersengih ke arah Fanirah.

"Ada-ada saja kamu ni" Kata Fanirah sambil mengusap kepala Farihah.

"Tapi mama dan aunty yang kamu jumpa tu mana lebih cantik ?" Tanya Sara sambil mengangkat keningnya.

"Of course isteri abang lebih cantik" Kata Harraz yang mengambil air mineral di dalam peti ais lalu menuangkannya ke dalam gelas dan meneguknya.

"Sara tak tanya abang" Kata Sara kedengaran agak dingin.

Harraz memandang ke arah Fanirah dan bertanya menggunakan bahasa isyarat namun Fanirah menggeleng kepala tanda tidak tahu.

Harraz berpaling ke arah Datin Seri Ayuni dan bertanya soalan yang sama menggunakan bahasa isyarat dan Datin Seri Ayuni menjawab.

"Dia merajuk sebab kamu tak ajak dia pergi jogging tadi"

"Ouh patutlah" Kata Harraz lalu keluar dari dapur dan menaiki tangga untuk ke biliknya.

"Dia tak pujuk aku ? Sampai hati dah lah tinggal aku tadi dan sekarang dia buat-buat tak tahu" Gumam hati Sara.

"Farihah,jomlah kita naik ke atas" Ajak Sara lalu memimpin tangan Farihah menaiki tangga dan menuju ke bilik Farihah.Sara menyuruh Farihah mandi manakala dia menolong untuk menyediakan pakaian buat Farihah.

"Farihah,mama dah pilih baju untuk kamu dan mama letakkan di atas katil kamu" Kata Sara sebelum keluar dari bilik tidur Farihah.

"Okey mama" Kata Farihah yang masih berada di dalam tandas.

"Sara !" Panggil Harraz sambil memakai jubah mandi,kelihatan dia baru selesai mandi kerana rambutnya masih belum dikeringkan lagi.

"Abang nak apa ?" Tanya Sara.

"Tolong carikan baju abang yang berwarna biru,baju kesukaan abang" Kata Harraz sambil merapatkan tangannya dan membuatkan comel di hadapan Sara.

"Cari sendirilah takkan itu pun suruh Sara yang cari" Kata Sara sambil berjalan ke arah biliknya dan menolak tubuh Harraz ke belakang kerana dia ingin memasuki bilik itu.Kemudian,dia berjalan ke arah almari baju.

"Mana abang letak ? Cubalah ingat balik" Kata Sara sambil membuka pintu almari di atas kemudian beralih ke bawah.

"Carilah abang yakin ada di dalam tu" Kata Harraz sambil tersengih memandang Sara yang begitu tekun mencari baju biru Harraz.

'Sara ni kata merajuk tapi tolong juga abang'Gumam hati Harraz.

"Abang,ini..."

"Untuk Sara" Kata Harraz menyebabkan Sara berpaling ke belakang memandang Harraz yang lengkap memakai baju t-shirt berwarna biru.

"Betul rantai emas ini milik Sara ?" Tanya Sara sambil mengambil rantai emas yang berada di atas pakaian itu dan berdiri di hadapan Harraz.

"Betul,abang belikan ini untuk Sara" Kata Harraz lalu mengambilkan rantai emas dan menolong Sara untuk memakaikannya.

"Terima kasih dan lain kali kalau nak pergi jogging ajaklah Sara sekali" Kata Sara sambil mencebik.

"Okey abang minta maaf tapi tadi memang abang nak ajak Sara tapi abang tak sampai hati nak kejutkan Sara yang masih lena dibuai mimpi,so abang putuskan untuk pergi jogging dengan Farihah saja" Kata Harraz sambil memegang pipi Sara.

"Yalah" Kata Sara.

"Sekarang kita keluar mungkin mereka semua sudah menunggu kita di meja makan" Kata Harraz lalu menarik tangan Sara untuk keluar dari bilik dan menuju ke ruangan makan.

"Risya,you buat apa disini ?" Tanya rakan modelnya,Aina yang selesai bersolek.

"I datang nak kerjalah" Kata Risya.

"Tapi you dah dipecat" Kata Aina sambil tersenyum sinis.

"What ?! Kenapa mereka pecat I,you tahu kan yang I ni model terkenal dan mana boleh mereka pecat I sesuka hati" Kata Risya dengan marah,dia melibas rambutnya ke belakang.

"You tak baca surat khabar ? Semua orang dah tahulah you perampas suami orang dan you ada penyakit mental,G.I.L.A" Kata Aina sambil tersenyum dan mengeja perkataan Gila di hadapan Risya menyebabkan Risya menamparnya.

"Shut up stupid ! Aku bukan perampas suami orang tapi dia dah rampas Harraz I dan aku tak akan benarkan dia ambil Harraz daripada I tak akan" Kata Risya lalu berjalan keluar dari studio dengan perasaan marah yang membuak-buak dalam dirinya.

"Memang perempuan gila,itulah dulu masa jadi model terkenal berlagak sangat sekarang kan dah jadi orang gila,kesiannya hidup kau Risya memang patutlah Harraz tak pilih kau" Kata Aina lalu tergelak.

"Perempuan tak guna ! Perempuan tak guna ! Perempuan tak guna !" Risya mengulang perkataan 'perempuan tak guna' sebanyak tiga kali sambil menumbuk stereng keretanya.

"Disebabkan kau,Harraz tinggalkan aku dan disebabkan kau kerjaya aku sebagai model musnah,aku bunuh kau perempuan tak guna" Kata Risya dengan marah lalu memandu kereta dengan laju sehingga melanggar seorang perempuan namun dia beredar begitu.

"Puas hati aku !" Kata Risya sambil tergelak seorang diri di dalam kereta.

Continue Reading

You'll Also Like

7.5M 226K 68
Arissa, yang dibeli oleh Rayyan dari kelab malam tidak ubah dilayan seperti perempuan simpanan Rayyan. Bukan cuma itu, Rayyan mengurungnya di dalam k...
5M 199K 46
"I hate you!" - Aisya Zahra "But I love you." - Airil Iskandar Seorang wanita yang kena tangkap basah dengan anak bossnya sendiri? Dia, lelaki mafi...
260K 11K 32
[E-BOOK] ⚠❌PLAGIAT!!⚠ NAYLA HELENA MOHD AFIQ. Seorang pelajar yang agak pemalu tetapi pintar. Dia salah seorang top student di sekolahnya. Nayla tida...
3M 172K 64
Because no matter what, I'd still choose you. Highest rank [#1 in romance](3-8/08/18) [#4 in romance 10/02/18][13/2/18] Start:22/09/17 END:17/02/18 ...