KAU SELALU ADA

By karyaseni2u

42.7K 1K 33

Tajuk: Kau Selalu Ada Penulis: Dilla Ahmad Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0992-57-0 Harga: RM23.00 (Seme... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15

Bab 10

2.7K 62 2
By karyaseni2u

Ammar mengenakan butang baju kemejanya satu demi satu. Matanya juga sesekali menjeling ke arah Iman Suffiyah. Cik isteri sedang mengemaskan katil mereka. Malam tadi adalah malam bersejarah buat mereka berdua. Mula-mula dia ingat cuma nak sentuh-sentuh Iman aje. Tapi bila melihat Iman diam tak menolak tangannya, dia semakin berani. Lagipun Iman Suffiyah itu isterinya. Milik halal untuk dia. Tak akan berdosa kalau dia nak melakukannya dengan isteri sendiri. Dapat pahala lagi ada!

Ammar melangkah ke depan cermin solek sambil membetulkan tali lehernya. Mata menjeling Iman sekali lagi.Pagi ini, Iman Suffiyah langsung tak pandang muka dia.Tengok dia pun sipi-sipi aje. Marahkan dia atau malu dekat dia? Ammar tidak pasti.

Terasa serba salah pula Ammar rasakan saat ini. Dah la Iman tu jenis berat mulut. Bila dah jadi macam ni, makin tak bercakaplah mulut tu. Tapi dia akui, dia sudah mula sukakan karakter Iman Suffiyah ini. Mungkin sejak kali pertama bertentang mata rasa itu sudah mula meresap dalam jiwanya. Rasa jiwanya terus mekar bila mata bundar itu memandang tepat ke matanya lantas memanah terus ke jantung. Cupid memang pandai membuat kerjanya!

"Iman Suffiyah," panggil Ammar tiba-tiba. Dia berpaling menghadap Iman kini.

"Ya?" Sahut suara itu perlahan dan nampak gugup aje. Kemudian Iman menoleh memandangnya. Mata bundar itu macam tak mahu pandang dia. Muka comel itu pun nampak berona aje. Ammar berdehem perlahan.

"Tolong ikatkan tali leher ni. Tangan abang rasa lenguhlah pula." Ammar bagi alasan. Kakinya mendekati Iman yang tegak tak bergerak. Tali leher berwarna maroon itu diserahkan kepada Iman sebelum sempat Iman nak cakap apa-apa.

Iman mengambil tali leher itu dan tanpa bersuara segera dia melilitkannya ke leher Ammar. Ammar menunduk sedikit bila melihat si isteri dah terjengket-jengket hendak mengikat tali lehernya. Jarak Iman yang agak jauh macam takut nak dekat dengan dia, dirapatkan. Spontan tangan dah melekap di pinggang ramping Iman. Mata Iman sudah naik memandangnya. Mata mereka saling menyabung pandang. Ammar senyum. Iman senyum tawar.

"Iman marah dekat abang ke?" tanya Ammar perlahan. Tangan Iman ligat mengikat tali lehernya. Dahi Iman dia sentuh perlahan dengan bibirnya.

"Tak adalah," jawab Iman, masih tak memandangnya.

"Sorry..." bisik Ammar ke telinga isterinya.

"Kenapa nak cakap sorry pula? Kita kan dah jadi suami isteri. Masing-masing punya tanggungjawab. Maafkan Iman kalau layanan Iman tak memuaskan hati abang. Iman tak tahu macam mana..." Polos saja kata-kata itu pada pendengaran Ammar. Bibir Ammar menarik senyum. Pipi Iman yang nampak berona itu dia elus perlahan.

"Abang faham, sayang. Abang tak salahkan Iman. Kita masih baru menjalani alam rumah tangga ni. Abang pun nak minta maaf juga kalau abang..."

Kepala Iman semakin menunduk. Dia tak mahu dengar. Dia malu! Ammar pula dah tersenyum simpul melihat gelagat Iman itu. Dagu Iman disentuh lalu didongakkan memandangnya semula.

"Jangan malu dengan abang. Abang suami Iman. Kalau ada yang Iman tak puas hati dengan abang, Iman cakap aje. Lagipun, kita masih baru lagi. Dah lama-lama okeylah nanti." Ammar sudah ketawa perlahan, mengusik.

Bibir kecil itu sudah mengetap dan menyenget ke tepi. Mata itu juga dah tenung dia semacam. Terus dahi kecil itu dikucup sekali lagi dan melangkah ke katil. Baju kot yang terdampar di atas katil diambil lalu disarungkan ke tubuh.

"Kelas Iman pukul berapa, sayang?" tanya Ammar, mengemaskan baju kot di tubuhnya.

"Dalam pukul lapan setengah dah kena berkumpul dalam dewan fakulti," jawab Iman Suffiyah. Tangan segera membuka beg galas lalu membelek-belek buku-bukunya. Mana-mana buku yang nak dibawa, disumbatkan ke dalam beg. Lepas solat subuh pagi tadi bersama Ammar, dia terus menyiapkan sedikit kertas kerjanya.

"Okey, abang hantar Iman. Balik macam mana?" tanya Ammar lagi. Tangan sudah memegang tombol pintu bilik.

"Iman naik bas macam selalu. Tapi hari ni Iman nak singgah rumah kawan Iman kejap. Nak kemas barang dan nak jumpa kawan Iman," beritahu Iman lagi. Beg disangkutkan ke bahu dan kaki segera melangkah mendekati Ammar yang sudah membuka pintu bilik dan menunggunya.

"Abang ada meeting dalam pukul empat. Mungkin sampai ke malam. Iman okey ke balik sendiri?" tanya Ammar lagi. Mereka melangkah meninggalkan bilik dan menuruni tangga untuk ke tingkat bawah.

"Iman dah biasa hidup sendiri dan berdikari. Selama ini pun Iman memang sendiri." Iman tersenyum sedikit. Memang itu kenyataannya.

"Sekarang Iman dah tak bersendiri lagi. Iman dah ada abang. Abang akan jaga Iman. Tak apa. Nanti abang hantar Iman ke rumah kawan Iman tu. Lepas tu abang balik ofis semula. Iman tunggu abang kat rumah kawan Iman tu sampai abang datang. Lepas tu, kita balik kondo kita tu," kata Ammar lagi, memandang isterinya.

Iman mengangguk saja. Okey juga tu. Tak payahlah dia nak pandang muka tak puas hati papa mentuanya dekat dia. Bukan susah pun nak tahu orang suka atau tidak dekat kita!

Turun saja ke tingkat bawah, meja makan masih kosong tanpa orang. Tapi hidangan sudah tersedia di atas meja. Iman melangkah ke dapur dan terpandang Kak Sara dan Mak Ijah sedang menyediakan sarapan.

"Selamat pagi, Kak Sara, Mak Ijah. Maaf, sebab tak turun tadi. Apa yang boleh Iman tolong, kak?" tanya Iman, segera mendekati Kak Sara.

"Tak apa, Iman. Iman kan pengantin baru. Tak ada apa nak dibuat lagi. Semua dah siap dah!" kata Kak Sara, melemparkan senyuman pada Iman pula. Kemudian dirapatkan tubuhnya pada Iman.

"Macam mana baju tidur tu? Okey ke? Ammar suka tak?" bisik Kak Sara pada Iman. Mata Iman sudah terbeliak sedikit. Muka pula dah tahu-tahu nak buat aksi macam mana bila disoal begitu.

"Bak sini mangkuk nasi tu. Biar Iman letak atas meja, ya?" Itu saja yang Iman jawab. Mangkuk di tangan Kak Sara terus diambil lalu segera keluar dapur.

Ammar sudah duduk di meja makan sambil meneliti iPadnya. Bila terpandangkan Iman segera bibir terukir senyuman.

Pinggan depan Ammar dicapai lalu nasi lemak dicedokkan. Sedikit sambal tumis ikan bilis dicedok dan sebiji telur goreng juga diletakkan di atas pinggan nasi lemak itu. Kemudian diletakkan di hadapan Ammar semula.

"Encik Ammar nak kopi atau Milo?" tanya Iman, dengan tangan sudah bersedia di teko minuman.

"Coffee, please..." pinta Ammar. Air kopi dituangkan ke dalam cawan dan diletakkan di sebelah pinggan Ammar juga.

Jam di tangan dia lihat sekali pandang saja. Sudah hampir tujuh setengah. Kelam-kabut Iman meneguk air Milonya. Ammar sudah berkerut melihat aksi Iman.

"Iman dah habis makan. Kita kena pergi cepat. Takut jammed," kata Iman, segera bangun dan berlalu ke ruang tamu. Beg galas yang terletak di tepi kusyen mewah itu dicapai.

Ammar terus meneguk kopinya dan bangun. Beg bimbit hitamnya dicapai juga dan mereka melangkah keluar. Papa dan mama tak nampak muka lagi. Kata Kak Sara, mama makan ubat. Jadi lambat sikit bangunnya. Papa pula memang jarang bangun awal sebab buat kerja sampai ke awal pagi.

Jadi Ammarlah yang mengendalikan semua perkara seperti mesyuarat atau berjumpa pelanggan pada masa-masa tertentu.

Kereta dihidupkan dan terus meluncur pergi meninggalkan kawasan perumahan yang agak sunyi itu. Baju kurung di badan dibetulkan. Nasib baik sempat gosok baju pagi tadi. Kalau tidak, memang kena pakai baju T dan seluar jean ajelah. Tapi kata Ammar, dia dah jadi isteri orang, kenalah bersopan-santun sikit. Huh...

Kereta berhenti di hadapan pagar kolej. Cepat-cepat Iman menanggalkan tali pinggang keledar dan pintu kereta dibuka. Tapi lengan dia pula dah kena pegang dengan Ammar.

"Lupa ke?" tanya Ammar dengan kening ternaik sebelah. Iman terus tepuk dahi dan segera tangan Ammar diraih dan dikucupnya.

"Hai, macam buat-buat lupa pula dia dah bersuami. Ini yang abang risau ni," kata Ammar lagi sambil mata memandang wajah-wajah muda belia yang melangkah masuk ke dalam kolej itu.

"Tengok tu... Mamat-mamat tu... Dia orang dah pandang Iman aje." Wajah Ammar nampak tegang sedikit. Iman sudah buat muka blur. Apa kena-mengena mamat-mamat tu dengan dia? Dia orang tengah tengok kereta Ammar ni aje kut.

"Abang Ammar jangan bimbang, ya. Iman ada ni..." Iman menunjukkan jari manisnya yang tersarung cincin perkahwinan mereka.

"Iman tak akan lupa siapa Iman, selagi Iman nampak cincin ni kecuali kalau Iman lupa ingatan!" ucap Iman sambil tersenyum manis.

"Iman dah lambat ni. Nanti ada yang marah Iman pula," kata Iman, membetulkan tali beg di bahunya.

"Kalau ada yang marah, cakap kat abang. Biar abang face to face dengan orang tu!" Ammar pula yang rasa nak marah. Iman tersenyum saja. Segera dia keluar dari kereta Ammar.

"Dah sampai rumah kawan nanti, call abang. Mesej pun tak apa. Nak make sure my lovely wife dah selamat sampai," kata Ammar dari dalam kereta. Iman mengangguk dan mengangkat tangan pada suaminya. Hati kembang kuncup mendengar kata-kata Ammar tadi.

"Siapa tu, Iman?" tanya satu suara di belakangnya. Iman menoleh memandang tiga wajah yang bersolek tebal di hadapannya kini. Berpinar mata dia sekejap melihat warna-warna di muka Jeena atau nama betul dia Azlina. Huh!

"Boyfriend ke?" tanya Melissa pula, sambil buat muka tak percaya. Iman senyum tak menjawab. Tak ada faedah pun. Dia orang tu bukannya Prof. Omar nak kena jawab soalan bila kena tanya. Mereka bukan bertegur sapa pun sebelum ni. Ni, bila ternampak dia keluar dari kereta Ammar, dirinya jadi perhatian minah-minah yang konon rasa diri tu popular kat kolej tu.

Malas nak melayan, Iman terus melangkah pergi mencari grupnya yang lain. Melayan budak-budak pandai dan buat hal sendiri lagi bagus daripada anak-anak orang kaya yang datang ke sini cuma nak habiskan duit emak bapa mereka. Datang sekadar nak melaram pakai baju-baju entah apa-apa itu.

Continue Reading

You'll Also Like

2.2M 85.6K 72
Highest; # Wattpad Picks : Senarai Cerita Istimewa (2018) #1 in General Fiction (Nov 2017)(Jan 2019) #2 in Romance (Okt 2017) ❅ SilauunPurii 1st Gene...
6.6K 594 20
"Wtf ? She just ignore me?Handsome sangat ke aku ni sampai nak berterima kasih pun malu?Tak faham aku." -DANI INAYAT Tanpa lelaki itu tahu gadis yang...
400K 23.4K 62
[MALAY FICTION] 5th Wattpad Story by _ljskwb. Bagi Shin, Ayen itu adik. Adik sebelah pintu yang dia akan pandang sebagai adik sampai bila-bila. Tap...
50.6K 1.8K 37
[Stand-Alone Story] Ziyad Akhtar x Amanda Alya The day I said I hated you, I lied. Mengejar pelangi itu bukan mudah. Perlu ada jiwa yang kental dan h...