Dia Suamiku ✔(editing)

By sue_hanis

700K 17.1K 753

Qaisara Asyillie baru berusia 18 tahun namun dia telah dijodohkan dengan Tengku Harraz Niezal Tengku Harraz... More

DS 1
DS 2
DS 3
DS 4
DS 5
DS 6
DS 7
DS 8
DS 9
DS 10
DS 11
DS 12
DS 13
DS 14
DS 15
DS 16
DS 17
DS 18
DS 19
DS 20
DS 21
DS 22
DS 23
DS 24
DS 25
DS 26
DS 27
DS 28
DS 29
DS 30
DS 31
DS 32
DS 33
DS 34
DS 35
DS 36
DS 37
DS 38
DS 39
DS 40
DS 41
DS 42
DS 43
DS 44
DS 46
DS 47
DS 48
DS 49
DS 50
DS 51
DS 52
DS 53
DS 54
DS 55
DS 56
DS 57
DS 58
DS 59
DS 60
DS 61
DS 62
Epilog

DS 45

7.2K 188 17
By sue_hanis

Sara hanya mendiamkan diri semasa pemanduan,Fanirah disisi tidak berani untuk menegurnya mungkin lebih baik dia berdiam diri sahaja sekarang.

'Apa yang dah berlaku sebenarnya ?' Soal hati Fanirah,dia menjenguk Farihah di belakang.

Farihah pula memandang ke luar tingkap,air matanya mengalir dengan laju dia masih teringat Harraz menengking Sara tadi.

"Pergi !!"

'Tak sangka abang dah lupakan Sara dengan mudah' Sara mengesat air matanya yang mengalir membasahi pipinya.

'Kenapa Kak Sara menangis ? Pasti ada yang tak kena' Fanirah sekadar mampu memandang sahaja.

Apabila sampai di rumah,Sara segera menuju ke biliknya manakala Farihah menuju ke bilik sambil dipimpin Fanirah.

"Farihah,kenapa menangis ?" Tanya Fanirah sambil melutut di hadapan Farihah,dia mengesat air mata Farihah yang mengalir keluar serta memegang bahu Farihah.

Farihah semakin kuat mengalirkan air matanya dan teresak-esak di hadapan Fanirah.

"Papa tengking mama tadi" Kata Farihah membuatkan Fanirah hairan.

"Papa ?" Fanirah mengerut dahinya pelik dengan penyataan Farihah.

"Tadi ada orang tu muka dia macam papa,dia tengking mama Farihah depan orang ramai" Kata Farihah lalu menangis.

"Shuh ! Farihah mungkin dia salah tengking mama tadi" Fanirah memeluk Farihah sambil menenangkan Farihah supaya berhenti menangis.

"Tapi..." Hidung dan mata Farihah sudah merah akibat menangis.

"Dah dah tak payah fikir pasal tu sekarang Farihah pergi cuci muka dan gosok gigi lepas tu pergi tidur" Kata Fanirah sambil menepuk-nepuk perlahan bahu Farihah lalu membawa Farihah ke bilik air.

"Mak su" Farihah mengesat air matanya dengan lengan baju lalu memandang Fanirah yang sedang meletakkan ubat gigi di atas berus gigi berwarna pink milik Farihah.

"Apa ?" Fanirah menghulurkan berus gigi kepada Farihah.

"Kalau orang dah mati boleh hidup balikkah ?" Tanya Farihah.

"Kalau orang dah mati mana boleh hidup balik kerana Allah dah tarik nyawanya" Kata Fanirah sambil mengusap kepala Farihah.

"Kalau macam tu papa betul-betul dah mati ?" Tanya Farihah membuatkan Farihah buntu hendak menjawab apa.

"Err,Farihah cepatlah gosok gigi sebab Mak su dah mengantuk" Fanirah menguap lalu menutup mulutnya dengan telapak tangan.

"Okey Mak su" Farihah menggosok giginya lalu berkumur-kumur,selepas itu Farihah mencuci mukannya dengan air biasa.

Fanirah mengambil tuala kecil yang disangkut untuk mengelap muka Farihah yang basah.

"Jom tidur" Fanirah memimpin Farihah keluar dari tandas untuk menuju ke katil.

"Baca doa tidur dulu" Arah Fanirah pada Farihah yang duduk bersila di atas katil,Farihah segera menadah tangan untuk membaca doa tidur.

"Okey sekarang tidur" Fanirah menarik selimut untuk menyelimutkan badan Farihah supaya tidak kesejukkan.

"Selamat malam Mak su" Ucap Farihah lalu memejamkan matanya.

"Selamat malam" Fanirah mengucup dahi Farihah sebelum naik ke atas katil.

"Sara yakin tadi memang betul abang" Sara memegang gambar Harraz bersamanya.

"Tapi kenapa Abang macam dah lupakan Sara dan Farihah ?" Air mata Sara menitis di atas gambar tersebut.

Dia masih teringat lagi Harraz menengkingnya di hadapan ramai orang.

"Pergi !!"

"Ya Allah tabahkanlah hamba mu ini menghadapi dugaan seperti ini" Sara mengesat air matanya.

"Kalau betul dia suami hamba kembalikan kepada hamba tapi kalau betul dia bukan suami hamba dan hanya wajahnya seiras,bantulah hamba dalam menjalani semua ini,Ya Allah hanya kepadamu hamba mampu berserah" Sara terbaring sambil memeluk gambar itu.

Keesokkannya,waktu pagi sudah menjelang menggantikan waktu malam.Farihah yang baru bangun segera menuju ke bilik Sara.

"Mama" Farihah segera mendapatkan Sara dan memeluk Sara yang baru selesai solat subuh.

"Kenapa ni ?" Tanya Sara sambil membalas pelukan anak perempuannya,Farihah.

"Mama okey ?" Tanya Farihah sambil mengangkat wajahnya memandang Sara.

"Okey,kenapa tanya ?" Kata Sara sambil mengangkat keningnya memandang Farihah.

Farihah segera berjalan ke arah katil dan duduk di atas katil kakinya pula digoyangkan ke bawah.

"Farihah tanya sebab semalam kan mama menangis" Kata Farihah sambil memandang Sara lalu menayangkan sengihan comelnya ke arah Sara.

"Mama okeylah kamu janganlah risau" Kata Sara sambil meletakkan kain sembahyang di atas rak sebelum pergi ke arah Farihah.

"Baguslah macam tu sebab Farihah tak suka tengok mama menangis" Kata Farihah.

"Mama pun tak suka tengok anak kesayangan mama menangis" Sara memegang wajah Farihah lalu mencium ke dua belah pipi Farihah.

"Farihah sayang mama" Kata Farihah sambil tersenyum.

"Mama pun sangat sayangkan Farihah kerana Farihah lah nyawa mama" Kata Sara sambil mencuit hidung Farihah.

"Mama,boleh tak Farihah nak buat permintaan ?" Tanya Farihah sambil menunjukkan muka comel di hadapan Sara.

"Ingat mama ni apa ?" Kata Sara lalu tergelak perlahan memandang anak perempuannya yang kelihatan sangat berharap permintaannya ditunaikan.

"Bolehlah mama" Kata Farihah sambil memegang tangan Sara.

"Okey beritahu apa kamu nak nanti mama cuba usahakan" Kata Sara sambil memegang tangan kecil milik Farihah.

"Farihah nak pergi pantai" Kata Farihah.

"Ermm.."

"Bolehlah mama lagipun dah lama mama tak bawa Farihah pergi ke pantai,Farihah rindukan pantai" Kata Farihah sambil menayang giginya di hadapan Sara.

"Okey kita pergi lepas waktu zohor sekarang Farihah pergi bersiap-siap" Kata Sara lalu membantu Farihah turun dari katil.

Farihah segera berlari menuju ke bilik Fanirah kerana teruja sangat dapat pergi ke pantai.

"Hati-hati Farihah nanti jatuh" Kata Sara namun tidak didengari oleh Farihah kerana Farihah sudah meluru keluar dari bilik.

'Sifatnya sama seperti Harraz kerana sukakan pantai' Gumam hati Sara,terbit senyuman di bibirnya.

"Kenapa nampak bahagia hari ini,Farihah semalam bukan main kamu menangis" Kata Fanirah yang sedang menyelesaikan tugasnya di meja tulis.

"Farihah dan mama nak pergi pantai" Kata Farihah sambil mengeluarkan baju daripada almari Fanirah.

"Wah ! Bestnya tapi Mak su tak boleh ikut sebab banyak kerja" Kata Fanirah dengan nada sayu.

"Takpe Mak su mungkin lain kali Mak su boleh ikut" Kata Fanirah sambil menepuk-nepuk belakang Fanirah.

"Ermm yelah mungkin lain kali" Kata Fanirah membuatkan Farihah tersenyum memandangnya.

Selepas itu,Farihah menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

Continue Reading

You'll Also Like

3.1M 165K 70
Romance | General Fiction | Action You know the little ones that you are cubs. Do not dream about what I feel. You are a woman without any honor. I h...
10.9M 259K 31
US Mafia: 1st Series [TERBIT 2022] Highest rank #1 in Romance [No.2 Hot in Killer] Quin Avrin binti Dato' Arfan dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun...
832K 32.2K 74
[Complete √] [#2 in teen fiction- 21May2020] Tengku Karissa Jupither, gadis berkacukan British-Melayu telah berpindah dari New york ke negara asalny...
1.6M 75.3K 126
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...