Cinta Seorang Isteri

By Izzat92izzati

653K 16.6K 1.1K

Cinta Amni Jasmina dikhianati suami sendiri, Hafidz Zayyan. Dalam diam Hafidz menjalin semula cinta yang te... More

BAB 1 PART 1
BAB 1 PART2
BAB 2 PART 1
BAB 2 PART 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
Noted
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
NOTED!
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
TEASER 1
TEASER 2
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70 (FINAL)
MEMO
MEMO 2
TEASER 1 : BLUSHM
TEASER 2 : BLUSHM
TEASER 3 : BLUSHM

BAB 35

10.5K 301 60
By Izzat92izzati

"LUQMAN!," nama itu lantas keluar daripada mulut Hafidz. Lelaki yang digelar Luqman itu tersengih lalu melabuhkan punggungnya di hadapan Hafidz tanpa dipelawa.

"Ingat lagi kau dengan aku rupanya. Ingatkan dah lupa dah," ujar Luqman.

Hafidz hanya tersenyum tawar.

"Takkanlah aku lupa kau. Kau kawan lama aku kot,"

Air bandung yang dipesan Hafidz tiba di mejanya.

"Ane, bagi saya teh tarik satu!," pesan Luqman. Lelaki bangla itu hanya mengangguk-angguk kepala tanda faham.

Hafidz menggeleng sambil mengacau air bandung tersebut. Bibirnya tersenyum nipis. Lalu, dia menyedut air bandung yang baru dikacaunya tadi.

"Wei, Hafidz. Makan luar ke hari ni? Bini kau tak masak ke dekat rumah?," soal Luqman. Hafidz menolak gelas yang berada di hadapannya. Mukanya serta-merta mencuka.

"Entah. Dia pergi bercuti. Tak balik-balik lagi," jawab Hafidz mendatar.

"Oh, gitu ke? Ni kes gaduh dengan bini ke apa? Alah, relakslah bro. Orang perempuan biasanya merajuk sekejap je. Lama-lama eloklah tu," ujar Luqman dengan senyuman yang tersenget.

Kedengaran Hafidz berdecit. Matanya merenung jauh entah ke mana.

"Entahlah. Lantaklah. Malas nak fikir,"

Luqman masih lagi dengan senyuman sengetnya. Matanya merenung dalam wajah Hafidz.

"Susah sangat... kau bagi je bini kau dekat aku. Aku tahulah nak ajar orang perempuan ni macam mana. Lagipun, bini kau lawa kot. Sharelah sikit,"

PANGG! Hafidz menepuk meja dengan kuat. Matanya merenung tepat muka rakan lamanya itu. Mukanya sudah merah menyala. Bengis persis singa di belantara. Seluruh pelanggan yang berada di dalam gerai tersebut terkejut dek tepukan Hafidz tadi. Masing-masing tertumpu ke arah adegan mereka berdua itu.

"Kau cakap apa ni? Dia bini aku tau. Baik buruk dia, dia bini aku. Jaga sikit mulut tu... sebelum aku koyakkan mulut kau tu. Faham!," ugut Hafidz dengan matanya yang membuntang. Sejurus itu, kakinya langsung melangkah keluar dari gerai makan tersebut.

"Eh, Hafidz! Aku gurau je weh. Hafidz!," panggil Luqman. Tetapi Hafidz hanya mengendahkan sahaja panggilan rakannya itu. Hatinya benar-benar panas selepas mendengar kata-kata rakannya sebentar tadi.

HAFIDZ menekan pedal minyak dengan kuat. Keretanya meluncur laju membelah jalan yang terbentang luas di hadapan mata. Kelihatan matanya merenung tajam jalan yang berada di hadapannya itu. Giginya diketap kuat. Ketika ini, hatinya benar-benar panas mendengar kata-kata rakannya sebentar tadi. Walaupun dia semakin membenci Amni, tetapi jauh di sudut hatinya, dia tidak tahan apabila ada orang menghina maruah isterinya itu. Serta-merta adrenalinanya akan bergerak pantas. Dia benar-benar marah akan sesiapa yang menghina maruah isterinya itu. Hafidz tidak tahu apa punca dia bersikap seperti itu. Sedangkan dia benar-benar membenci Amni ketika ini. Adakah dia masih lagi mencintai dan menyayangi isterinya itu? Ah, mustahil!

Hafidz menggeleng tanda menafikan.


NIQREES mengerling adiknya yang berada di sebelah dengan ekor matanya. Kemudian, matanya kembali memandang jalan raya yang berada di hadapannya itu.

"Hmm... abang nak tanya sikit boleh?," tanya Niqrees tiba-tiba.

"Hmm,"

Niqrees meneguk liur beberapa ketika.

"Dah lama Naufal kenal Kak Amni?,"

Naufal memandang sisi wajah abangnya.

"Amni?," tanya Naufal.

"Kak Amni. Bukan Amni. Dia lebih tua dari Naufal. Sebaya abang. Hormat sikit," Niqrees cuba membetulkan panggilan daripada adiknya itu. Mukanya telah berubah serius. Tidak seperti selalu.

Naufal menjungkitkan sebelah keningnya. Bibirnya tersenyum sinis.

"Kenapa dengan Amni? Abang nak tahu apa pasal dia?,"

"Kak Amni! Not Amni," Niqrees membetulkan lagi panggilan daripada Naufal.

"Okay fine! Kak Amni. Abang nak tahu apa pasal dia?," ujar Naufal mengalah.

"Abang tak nak tahu pasal dia. Abang dah kenal lama dengan dia. Yang abang nak tahu sekarang, macam mana Naufal boleh kenal dengan dia. Lagipun, Naufal tak pernah pun jumpa dia,"

Nuafal tersenyum sinis. Pandangannya dihala keluar tingkap.

"Abang, PD kecik kot. Naufal kenal dengan Kak Amni pun secara kebetulan je. Tu pun Naufal terlanggar dia masa dekat pantai hari tu. Kenapa? Abang jealous ke Naufal kawan dengan Kak Amni?," tebak Naufal. Matanya sinis memandang wajah abangnya.

GULP! Niqrees menelan liur buat kedua kalinya. Keningnya berkerut sedikit.

"Buat apa abang nak jealous. Lagipun dengan budak kecik macam Naufal je pun. Abang tak jealous langsunglah,"

"Don't call me 'budak kecik' okey. Naufal dah besar. Plus, Naufal tak suka kalau abang rapat-rapat dengan Kak Amni. Buat semak mata je," marah Naufal.

Niqrees mengerling adiknya. Dahinya berkerut.

"Kenapa Naufal tak suka pula. Lagipun, Kak Amni tu kawan lama abang. Sejak zaman sekolah kot abang dah kawan dengan dia. Ke... Naufal jealous bila tengok abang rapat dengan Kak Amni," duga Niqrees.

"Yes I'am. Naufal bukan macam abang yang suka pendam buat perkasam hati abang tu. Kalau Naufal jadi abang, sampai bila-bila Naufal takkan bahagia," jawab Naufal lantas memalingkan mukanya keluar tingkap.

Niqrees terpempam seketika mendengar kata-kata Naufal itu dan membuatkan dia berfikir sejenak. Apakah dia seperti itu? Nampaknya Naufal lebih kenal dirinya berbanding dirinya sendiri.

*****

AMNI melangkah masuk ke dalam rumah sambil menarik bagasinya. Matanya memandang sekeliling. Beg tangan yang tersangkut di bahu diletak di atas sofa. Begitu juga bagasinya dibiarkan di ruang tamu. Dengan perlahan, Amni melangkah menuju ke dapur.

"Baru tahu jalan balik ke? Ingat dah lupa jalan balik dah," tegur Hafidz tiba-tiba. Figuranya tiba-tiba sahaja muncul di pintu dapur.

Amni tersentak seketika. Matanya yang bundar memandang tepat wajah bengis Hafidz.

"Awak," Amni menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Hafidz. Seperti biasa, Hafidz hanya buat-buat tidak nampak apa yang dilakukan Amni.

Amni menelan liur. Perlahan-lahan tangan Hafidz ditariknya lalu dicium. Hafidz hanya menayang muka tiada perasaannya sahaja. Tangannya lantas ditarik kembali.

"Saya naik atas dulu," ujar Amni perlahan. Bagasi dan beg tangannya turut dibawa sekali.

Hafidz mengetap gigi. Dia menjeling figura Amni.

"Kau pergi mana? Baru sekarang kau balik. Kau tak ingat rumah ke? Tak ingat ada laki dekat rumah? Hah?,"

Langkah Amni terhenti. Dia memejamkan matanya. Nafasnya ditarik perlahan.

"Kan saya dah cakap dekat awak. Saya ada urusan penting nak uruskan,"

"Takkan nak uruskan benda tu sampai lupa laki dekat rumah. Macam mana kau jalankan tanggungjawab kau hah? Tinggalkan laki lama-lama dekat rumah. Kau buat apa sebenarnya?," tekan Hafidz.

"Saya ada urusan penting untuk diuruskan. Urusan apa, awak tak perlu tahu. Maaf," ucap Amni perlahan. Kepalanya ditunduk. Dengan perlahan, kakinya menyambung kembali melangkah menaiki anak tangga.

"Urusan apa yang penting sangat tu? Urusan tu yang lagi penting ke aku yang laki kau ni lagi penting?," tekan Hafidz lagi.

Langkah Amni terhenti sekali lagi. Dia memejamkan mata cuba menahan sabar.

"Awak, tolong. Jangan paksa saya untuk beritahu urusan apa yang saya uruskan. Tolong,"

"Aku ni laki kau. Aku berhak tahu apa yang kau buat dekat luar sana. Ke... kau buat jalang dekat luar tu. Hah?!," tengking Hafidz dengan matanya yang membuntang.

Amni mengetap bibirnya. Mukanya sudah berkerut menahan marah. Dia berpaling memandang Hafidz dengan pandangan yang marah. Kali ini, Hafidz benar-benar melampau!

"Apa awak cakap ni? Saya masih waras tau. Saya tahu mana baik dan mana yang buruk. Saya tahu macam mana nak jaga maruah saya sebagai isteri awak. Tolong jangan cakap saya macam tu," marah Amni yang ditahan-tahan.

Kelihatan Hafidz tersenyum sinis. Matanya mengerling wajah Amni yang berada di tangga.

"Kalau bukan buat jalang apa lagi? Urusan apa lagi yang kau buat? Kau jangan tipu akulah Amni," cucuk Hafidz.

Amni cuba mengawal perasaan marahnya. Matanya sudah berair dan bila-bila masa sahaja akan tumpah ke pipi.

"Benci sangat ke awak dekat saya? Kalau benci pun, jangan tuduh saya macam tu. Saya tahu tanggungjawab saya. Saya tahu jaga maruah saya sebagai isteri awak. Bukan macam awak,"

Mata Hafidz sudah membuntang memandang wajah Amni. Giginya diketap kuat.

"Kau cakap apa ni? Kau nak salahkan aku pulak? Kau nak perli aku ke apa ni?!," marah Hafidz dengan matanya yang terjegil.

Amni melepaskan keluhan yang nipis. Dia menggeleng perlahan.

"Tak ada apalah. Saya penat. Saya naik atas dulu," ujar Amni perlahan. Kakinya lantas melangkah perlahan menaiki satu-persatu anak tangga.

"Amni, tunggu! Aku belum habis cakap lagi ni. Amni! Berdiri dekat situ!," jerit Hafidz.

Amni hanya mengendahkan sahaja panggilan daripada Hafidz. Kakinya terus-menerus melangkah mendaki anak-anak tangga di situ. Dia terlalu penat. Terlalu penat melayan karenah Hafidz. Terlalu penat menanggung perasaan yang bertimpa-timpa sakitnya itu.

"Amni Jasmina! Kau pekak ke?,"

Amni terus mendaki anak tangga dengan perlahan. Ya, dia terpaksa memekakkan telinganya demi menjaga hati kedua-dua belah pihak.

"Amni Jasmina! Jangan sampai aku ceraikan kau! Pandang aku! Amni!,"

Amni terkedu seketika. Kakinya serta-merta terhenti dari melangkah. Dia menelan liur. Apakah Hafidz berani mengambil tindakan itu? Tak mungkin!

Amni memejamkan matanya seraya menggeleng-geleng perlahan kepalanya. Kakinya mendaki semula menaiki anak tangga dengan perlahan.

"Amni Jasmina! Kau jangan cabar kesabaran aku. Amni!!," kali ini nada suara Hafidz sudah mencapai oktaf yang paling tinggi. Tetapi, Amni hanya memekakkan telinganya sahaja. Dia sudah malas bertekak dengan Hafidz untuk ke berapa kalinya. Kakinya terus mendaki anak tangga.

"Amni Jasmina binti Johari. Aku ceraikan kau dengan talak dua!,"

Gugur jantung Amni mendengar ayat keramat yang dikeluarkan Hafidz itu. Kakinya serta-merta terhenti dan kaku. Bibirnya mula bergetar. Matanya mula membuntang.

ALLAH!


Continue Reading

You'll Also Like

3.1M 277K 91
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
32K 1.1K 37
KARYA PERTAMA New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024
806K 83.3K 67
⚠️Beware⚠️ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...
2.4M 105K 79
#1 ENCIK'S SERIES 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐈𝐅 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐑 𝐗 𝐊𝐀𝐔𝐒𝐀𝐑 𝐔𝐌𝐀𝐈𝐘𝐀𝐇 "Assalamualaikum, cinta." Thaqif Jabar - seorang duda yang kacak, bekerjaya...