BAB 10

8K 214 6
                                    

NIQREES QASHFI menuruni satu-persatu anak tangga rumahnya. Tekaknya terasa perit malam itu membuatkan kakinya melangkah menuju ke dapur. Tiba-tiba langkahnya terhenti tatkala pintu rumahnya dibuka oleh seseorang. Kelihatan di sebalik pintu tersebut, muncul figura adiknya yang baru pulang ke rumah dengan masih berpakaian seragam sekolah. Dan menambahkan lagi rasa terkejutnya apabila melihat wajah adiknya yang sedikit lebam di bawah bibir. Dengan langkah yang pantas, Niqrees mula menapak menuju ke arah adiknya, Naufal Qashfi.

"Naufal, kenapa ni? Bergaduh lagi?," soal Niqrees sambil tangannya membelek-belek bibir adiknya yang sedikit pecah. Kelihatan Naufal tersenyum sinis lalu menurunkan tangan abangnya itu.

"Buat apa abang peduli pasal Naufal. Tak payah ambil tahu pasal Naufal lagi. Faham!," jawab Naufal sambil bulat matanya memandang Niqrees. Kemudian, kakinya mula melangkah meninggalkan abangnya yang masih tercegat di hadapan pintu.

Kedengaran Niqrees melepaskan keluhan yang perlahan sambil matanya memandang figura adiknya yang sedang memanjat satu-persatu anak tangga rumahnya. Kemudian, dia berpaling memandang pintu rumahnya lalu menutup pintu tersebut.

*****

MATA Amni terkebil-kebil memandang siling biliknya. Entah kenapa malam ini agak sukar dia melelapkan matanya. Dengan tiba-tiba kedengaran telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Amni mengerutkan sedikit dahinya lalu tangannya mula mengambil telefon pintar yang terletak elok di meja kecil di sebelahnya. Dengan lantas, Amni mengangkat panggilan Hafidz yang pasti telah tertera namanya di skrin telefon pintar Amni.

"Assalammualaikum," ucap Amni perlahan.

"Waalaikummussalam sayang. Sayang dah tidur ke?," kedengaran sungguh lembut suara Hafidz di hujung talian. Amni tersenyum sinis tatkala mendengar suara lembut daripada Hafidz itu.

"Belum," pendek sahaja jawapan yang diberikan oleh Amni.

"Hmm... sayang. Lutfya ada beritahu sayang apa-apa ke?," soal Hafidz tiba-tiba. Kedengaran ada sedikit getar pada nadanya.

"Tak ada. Kenapa?," bohong Amni. Kedengaran Hafidz melepaskan nafas lega tatkala mendengar jawapan daripada Amni. Syukurlah, Lutfya tidak memberitahu apa-apa mengenai dirinya kepada Amni. Mungkin Lutfya tidak perasan akan kewujudannya di zoo siang tadi.

"Err... tak ada apa-apa. Saja tanya. Kan Lutfya tu suka bergosip dengan awak,"

"Kalau dia suka bergosip pun apa masalahnya. Tak ada kena-mengena dengan awak kan?," sinis sekali kata-kata yang dilemparkan oleh Amni.

"Err... memanglah tak ada kena-mengena dengan saya. Cuma... kadang-kadang bergosip tu tak berapa nak elok. Lagi-lagi kalau berita tu tak benar. Boleh jatuh fitnah sayang,"

"Sebelum ni awak tak pernah pun cakap macam tu. Kenapa tiba-tiba awak nak utarakan perkara ni? Awak ada sembunyikan sesuatu ke?," soal Amni sinis.

"Tak ada. Tak ada apalah,"

"Hmm... macam mana hari ni? Kerja awak semua dah settle?," soal Amni mula menukar topik.

"Hah? Err... okey. Semua okey. Kerja saya semua dah settle dah," tipu Hafidz.

"Baguslah macam tu. Esok saya balik rumah. Awak okey ke dekat rumah sorang-sorang? Awak makan tak?,"

"Sayang, jangan risau pasal saya okey. Awak tu jaga diri elok-elok. Saya tahu jaga diri saya. Saya kan lelaki,"

"Yep, awak lelaki. Hmm... saya dah nak tidur ni. Penat sangatlah hari ni. Nanti esok saya nak bertolak, saya beritahu awak. Selamat malam. Assalammualaikum,"

Cinta Seorang IsteriWhere stories live. Discover now