BAB 68

7.3K 166 28
                                    

NIQREES melangkah perlahan mendekati bilik Naufal. Perlahan-lahan tangannya memulas tombol pintu. Kelihatan bilik Naufal begitu suram. Serinya sudah hilang. Niqrees menarik nafasnya dengan dalam. Dengan kekuatan yang ada, kakinya mula melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.

Dia mendekati katil Naufal. Di meja kecil bersebelahan katil tersebut terletaknya sebuah gambar. Niqrees mengambil gambar tersebut lalu menatapnya. Dia melabuhkan punggungnya dia atas katil Naufal. Perlahan-lahan bebola matanya menatap gambar yang berada di tangannya itu.

Ini... gambar mereka sekeluarga sebelum berlaku kemalangan dulu. Waktu ini, Naufal masih kecil. Masih tidak tahu apa-apa. Jelas kegembiraan di wajahnya. Pasti Naufal sangat bahagia waktu itu. Tetapi kegembiraannya hanya sementara. Kebahagiaan dan kegembiraan dirampas dengan sekelip mata. Pasti Naufal kesunyian sepanjang dia membesar. Pasti dia kesepian. Semua ini salah dirinya. Jika dia tidak meninggalkan Naufal dan atau membawa Naufal bersamanya, pasti dia mempunyai banyak masa untuk diluangkan bersama adiknya. Tetapi sekarang... semuanya dirampas dengan begitu cepat sekali. Tiada peluang lagi baginya. Semuanya sudah hilang. Niqrees ralat. Terlalu ralat kerana tidak dapat menebus hari-hari kesepian Naufal selama ini.

Kasihan Niqrees. Baru sahaja hubungan mereka pulih, tetapi keadaan mencemburui mereka berdua. Mereka berdua tidak dapat hidup bersama selamanya. Hanya secebis kenangan yang tertinggal untuk Niqrees. Secebis kenangan itu akan hidup bersama dengan Niqrees. Dengan secebis kenangan itulah dia akan dapat merasai kehadiran adiknya itu. Naufal tidak mati. Naufal tidak pernah mati di dalam hatinya itu. Naufal sentiasa mekar di dalam hatinya. Dia pasti tidak akan melupakan adiknya walau sesaat yang berlalu.

Niqrees memeluk gambar tersebut. Sejurus itu, air matanya jatuh menitik di pipi. 'Naufal... titipkan salam abang pada mama dan papa ye. Abang sayang Naufal. Sayang adik hingga jannah! Bahagia di sana ye dik,' bisiknya syahdu.


MATA Hafidz terbuka besar. Nafasnya tersekat-sekat. Dadanya berombak turun naik. Tubuhnya terangkat sedikit. Peluhnya merembes keluar, membasahi seluruh tubuhnya itu.

"Bukan aku yang bunuh! Aku tak bunuh dia! Aku tak bunuh dia!!," jerit Hafidz.

'Hahaha! Kau pembunuh! Kau yang bunuh dia! Kau pembunuh!,'

"Bukan!!! Bukan aku yang bunuh dia! Bukan aku!!," jerit Hafidz lagi. Badannya mengerekot seperti udang. Nafasnya mendengus kuat.

"Bukan aku... bukan aku...,' bisiknya seraya kepala digeleng perlahan.

*****

"HMM... Doktor, bila saya dapat jumpa dengan bekas suami saya?," tanya Amni seraya memandang tepat wajah Doktor Octovia yang baru keluar dari bilik rawatan Hafidz.

"Maaf puan. Buat sementara ni puan tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan Encik Hafidz memandangkan emosi dia tidak stabil lagi. Saya takut ini akan mencederakan puan. Kalau ada perkembangan daripada Encik Hafidz, saya akan terus beritahu puan. Saya harap puan bersabar ye," balas Dotor Octovia sambil menguntum senyum.

Amni hanya mengangguk. Dia terima akan saranan daripada doktor psikiatri tersebut.

"Saya minta diri dulu ye puan," tutur Doktor Octovia meminta diri. Amni mengangguk sambil tersenyum nipis.

"Terima kasih doktor,"

"Sama-sama," balas doktor tersebut dengan senyuman dihadiahkan kepada Amni. Sejurus itu, langkahnya mula diatur meninggalkan Amni.

Cinta Seorang IsteriWhere stories live. Discover now