BAB 35

10.5K 301 60
                                    

"LUQMAN!," nama itu lantas keluar daripada mulut Hafidz. Lelaki yang digelar Luqman itu tersengih lalu melabuhkan punggungnya di hadapan Hafidz tanpa dipelawa.

"Ingat lagi kau dengan aku rupanya. Ingatkan dah lupa dah," ujar Luqman.

Hafidz hanya tersenyum tawar.

"Takkanlah aku lupa kau. Kau kawan lama aku kot,"

Air bandung yang dipesan Hafidz tiba di mejanya.

"Ane, bagi saya teh tarik satu!," pesan Luqman. Lelaki bangla itu hanya mengangguk-angguk kepala tanda faham.

Hafidz menggeleng sambil mengacau air bandung tersebut. Bibirnya tersenyum nipis. Lalu, dia menyedut air bandung yang baru dikacaunya tadi.

"Wei, Hafidz. Makan luar ke hari ni? Bini kau tak masak ke dekat rumah?," soal Luqman. Hafidz menolak gelas yang berada di hadapannya. Mukanya serta-merta mencuka.

"Entah. Dia pergi bercuti. Tak balik-balik lagi," jawab Hafidz mendatar.

"Oh, gitu ke? Ni kes gaduh dengan bini ke apa? Alah, relakslah bro. Orang perempuan biasanya merajuk sekejap je. Lama-lama eloklah tu," ujar Luqman dengan senyuman yang tersenget.

Kedengaran Hafidz berdecit. Matanya merenung jauh entah ke mana.

"Entahlah. Lantaklah. Malas nak fikir,"

Luqman masih lagi dengan senyuman sengetnya. Matanya merenung dalam wajah Hafidz.

"Susah sangat... kau bagi je bini kau dekat aku. Aku tahulah nak ajar orang perempuan ni macam mana. Lagipun, bini kau lawa kot. Sharelah sikit,"

PANGG! Hafidz menepuk meja dengan kuat. Matanya merenung tepat muka rakan lamanya itu. Mukanya sudah merah menyala. Bengis persis singa di belantara. Seluruh pelanggan yang berada di dalam gerai tersebut terkejut dek tepukan Hafidz tadi. Masing-masing tertumpu ke arah adegan mereka berdua itu.

"Kau cakap apa ni? Dia bini aku tau. Baik buruk dia, dia bini aku. Jaga sikit mulut tu... sebelum aku koyakkan mulut kau tu. Faham!," ugut Hafidz dengan matanya yang membuntang. Sejurus itu, kakinya langsung melangkah keluar dari gerai makan tersebut.

"Eh, Hafidz! Aku gurau je weh. Hafidz!," panggil Luqman. Tetapi Hafidz hanya mengendahkan sahaja panggilan rakannya itu. Hatinya benar-benar panas selepas mendengar kata-kata rakannya sebentar tadi.

HAFIDZ menekan pedal minyak dengan kuat. Keretanya meluncur laju membelah jalan yang terbentang luas di hadapan mata. Kelihatan matanya merenung tajam jalan yang berada di hadapannya itu. Giginya diketap kuat. Ketika ini, hatinya benar-benar panas mendengar kata-kata rakannya sebentar tadi. Walaupun dia semakin membenci Amni, tetapi jauh di sudut hatinya, dia tidak tahan apabila ada orang menghina maruah isterinya itu. Serta-merta adrenalinanya akan bergerak pantas. Dia benar-benar marah akan sesiapa yang menghina maruah isterinya itu. Hafidz tidak tahu apa punca dia bersikap seperti itu. Sedangkan dia benar-benar membenci Amni ketika ini. Adakah dia masih lagi mencintai dan menyayangi isterinya itu? Ah, mustahil!

Hafidz menggeleng tanda menafikan.


NIQREES mengerling adiknya yang berada di sebelah dengan ekor matanya. Kemudian, matanya kembali memandang jalan raya yang berada di hadapannya itu.

"Hmm... abang nak tanya sikit boleh?," tanya Niqrees tiba-tiba.

"Hmm,"

Niqrees meneguk liur beberapa ketika.

Cinta Seorang IsteriWhere stories live. Discover now