BAB 7

7.3K 185 11
                                    

"AWAK, okey ke kalau awak tinggal sorang-sorang dekat rumah ni?," soal Amni risau. Hafidz mengangguk-anggukkan kepalanya sambil tersenyum.

"Ye sayang. Saya okey je tinggal dekat sini sorang-sorang. Awak okey tak drive sorang-sorang? Ke, awak nak biar saya hantar awak balik kampung?," soal Hafidz meninginkan kepastian.

"Saya okey je. Tu dekat dapur saya ada sediakan makanan untuk tengah hari ni. Awak jangan lupa makan tau. Pukul berapa meeting awak hari ni?," soal Amni seraya matanya memandang Hafidz yang sibuk memasukkan bagasi baju ke dalam bonet kereta Amni.

"Dalam pukul 12 tengah hari ni sayang. Lepas siap-siap semua ni, saya pergilah meeting," jawab Hafidz lalu menutup bonet kereta Amni. Amni tersenyum nipis lalu kakinya mula melangkah keluar. Seraya itu, kakinya mula menyarungkan kasut ballerina bewarna kuning miliknya.

"Sebelum awak pergi meeting, awak lunchlah dulu. Jangan biar perut awak kosong. Awak dahlah ada gastrik ringan," pesan Amni sambil berdiri di hadapan Hafidz. Hafidz tersenyum lalu tangannya mengusap-usap lembut kepala Amni.

"Sayang jangan risau ye. Saya tahu jaga diri saya. Awak tu drive elok-elok. Betul ni tak nak saya hantar awak balik kampung awak?," soal Hafidz lagi. Matanya yang redup itu memandang wajah isterinya untuk mendapatkan kepastian buat kali kedua. Amni memegang tangan suaminya sambil mengangguk dan tersenyum.

"Ye, saya boleh drive sendiri. Awak jaga diri awak baik-baik ye. Saya pergi dulu," ucap Amni lalu tangan Hafidz dicium lembut.

"Awak pun. Nanti dah sampai beritahu okey. Kirim salam mak dan Aiman. Maaf sebab saya tak dapat datang rumah mak awak,"

"Tak pe. Lagipun awak ada kerja kan. Saya pergi dulu ye. Assalammualaikum," ucap Amni sambil tersenyum. Sejurus itu, kakinya mula melangkah masuk ke dalam kereta Axia bewarna biru.

"Waalaikummussalam," jawab Hafidz perlahan sambil matanya masih lagi memandang kereta isterinya yang baru sahaja bergerak meninggalkan perkarangan rumah mereka. Sedetik kemudian, kedengaran hon dibunyikan dari kereta Amni lalu kelihatan keretanya meluncur laju meninggalkan rumah teres dua tingkat itu. Hafidz hanya tersenyum melihat kelibat kereta isterinya yang baru bergerak pergi itu. Selepas itu, kakinya mula melangkah masuk lalu menutup pintu rumahnya.

*****

SAFFIYAH DANIA yang sibuk meneliti laporan di hadapan farmasi terkejut tatkala ada bungkusan makanan digoyang-goyangkan di hadapan mukanya. Semerta itu, mukanya lantas berpaling memandang figura yang menggoyang-goyangkan bungkusan makanan tersebut di hadapan mukanya sebentar tadi. Dan ternyata kelihatan wajah Hafidz tersenyum ceria sedang berdiri di belakangnya itu.

"Hafidz?," ucap Saffiyah dengan nada yang terkejut.

"Yep, it's me! Jom, lunch. Dah waktu lunch kan," ajaknya tak malu. Saffiyah tersengih lantas menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Again? Rajin you ye tapau makanan and bawa ke sini,"

"Well, I memang rajin pun. Dari dulu lagi kan," riak Hafidz. Saffiyah hanya tersenyum sinis tatkala mendengar kata riak daripada Hafidz itu.

"Eleh, riak pula dia ni. Eh, bukan hari ni you cuti ke? Rajin you datang sini. Amni tak kisah ke you datang sini?," soalan Saffiyah menyentakkan Hafidz. Kelihatan Hafidz menelan sedikit liurnya sebelum dia menjawab soalan daripada wanita di hadapannya itu.

"Err... I tadi dari office then I straight datang sini. Lagipun, Amni tak ada dekat rumah. Dia balik kampung. You boleh kan teman I lunch hari ni?," mata redup Hafidz memandang tepat wajah Saffiyah.

Cinta Seorang IsteriWhere stories live. Discover now