BAB 50

9K 227 10
                                    

AMNI meletakkan Aathif disisinya. Kelihatan Aathif sedang tidur kekenyangan setelah diberi susu oleh Amni. Amni membetulkan sedikit bajunya. Setelah itu, dia mengusap-usap lembut ubun-ubun Aathif. Bibirnya terukir senyuman yang manis tika dia mengusap-usap ubun-ubun anaknya itu.

Setelah yakin Aathif tidak akan menangis lagi, Amni menoleh ke arah telefon pintar yang terletak tidak jauh darinya. Dengan perlahan, dia mengambil telefon pintarnya itu. Kelihatan ada satu pesanan daripada Niqrees melalui aplikasi whatsappnya. Amni membuka pesanan tersebut. Pesanan Niqrees dibacanya.

Tidak lama selepas itu, bibir Amni terukir senyuman nipis setelah membaca pesanan tersebut. Kemudian, dia meletakkan telefonnya di sisi. Amni menatap semula wajah Aathif yang sedang nyenyak itu. Dalam lima saat, tiba-tiba telefonnya berdering tanda ada panggilan masuk.

Amni mengambil telefon pintarnya. Dia melihat gerangan yang menelefonnya itu. Niqrees? Tidak tunggu lama, Amni menjawab panggilan daripada Niqrees itu.

"Assalammualaikum dan selamat pagi! Aathif mana? Dia ceria tak pagi ni?," tutur Niqrees ceria.

Amni tersenyum seketika tatkala mendengar suara ceria Niqrees itu.

"Waalaikummussalam. Amboi, telefon-telefon je terus tanya pasal Aathif. Mak Aathif tak nak tanya ke?," seloroh Amni.

"Mak Aathif buat apa nak tanya. Dia kan dah besar. Lainlah Aathif. Dia baby lagi. Lagipun, Aathif kan dah jadi anak aku,"

Opss! Niqrees menggigit bibir. Agak-agak melampau ke gurauannya itu. Tidak lama kemudian, kedengaran Amni tergelak kecil di hujung talian. Fuhh, Amni tak marah. Gurauannya itu tidak melampau.

"Eii, perasannya. Sejak bila Aathif jadi anak kau ni. Aathif anak akulah,"

"Memanglah. Tapi Aathif memerlukan ayah yang handsome macam aku ni," gurau Niqrees selamba.

Senyap. Sepertinya Amni tidak berapa menyukai tatkala Niqrees menyebut perkataan 'ayah' itu.

"Niqrees...,"

"Err... Amni. Kejap lagi aku nak datang tau. Nak tengok Aathif. Rindu pula nak jumpa dia," potong Niqrees.

"Kau tak kerja ke hari ni? Kau asyik datang nak tengok Aathif je. Macam mana dengan kerja kau nanti?,"

"Kenapa? Kau nak aku datang tengok kau ke?,"

"Eh, bukan. Ma... maksud aku...,"

"Okey, aku datang nak tengok kau. Bukan Aathif,"

"Niqrees! Main-mainlah!,"

"Hahaha, tahu pun kau. Kerja aku tu kau jangan risaulah. Tahulah pekerja aku nak buat apa nanti. Lagipun, semua projek berjalan dengan lancar. No worrieslah,"

"Hmm... aku tak cakap pun aku risau," cebik Amni.

"Tapi tadi bunyi macam risau je,"

"Eh, mana ada. Telinga kau tu yang ada masalah!,"

"Eleh... tak nak mengaku pulak. Eh, dahlah. Malas aku layan wanita berpantang ni. Nanti bentan salahkan aku pulak. Aku nak siap-siap ni. Kejap lagi aku datang rumah kau. Tunggu tau! Assalammualaikum,"

Talian terus dimatikan. Amni tergamam. Matanya terkebil-kebil

"Waalaikummussalam...,"

Cinta Seorang IsteriWhere stories live. Discover now