Cinta Seorang Isteri

By Izzat92izzati

653K 16.6K 1.1K

Cinta Amni Jasmina dikhianati suami sendiri, Hafidz Zayyan. Dalam diam Hafidz menjalin semula cinta yang te... More

BAB 1 PART 1
BAB 1 PART2
BAB 2 PART 1
BAB 2 PART 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
Noted
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
NOTED!
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
TEASER 1
TEASER 2
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70 (FINAL)
MEMO
MEMO 2
TEASER 1 : BLUSHM
TEASER 2 : BLUSHM
TEASER 3 : BLUSHM

BAB 28

7.9K 199 13
By Izzat92izzati

"UNCLE!," jerit Fareez lagi. Niqrees menguntum senyum lalu merendahkan tubuhnya demi memandang wajah anak kecil tersebut.

"Hai, Fareez. Kita jumpa lagi. Fareez nangis ke ni? Kenapa?," tanya Niqrees lembut seraya mengusap air mata Fareez yang berjujuhan di kedua-dua pipi montelnya itu.

"Mama tak bagi Fareez makan dekat tepi kolam!," jujur anak kecil tersebut. Niqrees memandang wajah Saffiyah yang agak kemerahan itu. Saffiyah mengalihkan pandangannya dari memandang wajah Niqrees. Dia sedar Niqrees masih lagi memandang wajahnya itu. Kelihatan Niqrees tersenyum kecil lalu menghalakan pandangannya itu ke wajah Fareez.

"Hmm... uncle pun nak pergi kolam nanti. Fareez nak ikut tak?," pancing Niqrees. Fareez tersengih lebar lantas mengangguk.

"Nak! Nak!,"

"Okey, tapi uncle laparlah. Macam mana ni?,"

Kepala Fareez tersenget. Keningnya berkerut sedikit.

"Hmm... uncle makanlah dulu,"

"Tapi uncle nak makan dengan Fareezlah. Boleh tak?," tanya Niqrees. Fareez tersenyum lalu mengangguk.

"Boleh!," jawab Fareez teruja.

"Okey! Uncle ambil makanan uncle...," Niqrees mengambil makanannya yang berada di meja sebelah lalu meletakkan pinggan tersebut di atas meja Saffiyah.

"Uncle makan dengan Fareez dekat sini. Lepas makan ni, kita pergi main dekat tepi kolam. Kita main puas-puas. Amacam?," ujar Niqrees seraya menaik-naikkan kedua-dua keningnya itu.

Kelihatan Fareez tersengih lantas mengangguk.

"Okey!," jawab Fareez menunjukkan sebaris giginya yang kecil itu.

"Okey, kalau macam tu... Fareez duduk dekat sebelah uncle sini," Niqrees mengangkat tubuh kecil Fareez lalu meletakkan anak kecil tersebut duduk di sebelahnya. Fareez semakin teruja apabila diperlakukan seperti itu. Sedetik kemudian, Niqrees pula melabuhkan punggungnya di sebelah Fareez. Dia menyudu spageti di pinggannya lalu disuakan ke mulut Fareez. Tanpa banyak soal, Fareez menelan makanan yang disuakan oleh Niqrees itu. Terpempan Saffiyah melihat kelakuan anak kecilnya itu. Tidak pernah-pernah anaknya itu rapat dengan orang asing serapat seperti ini.

"Sedap?,"

Fareez hanya mengangguk sambil menguyah makanan yang masih berada di dalam mulut comelnya itu.

Dengan perlahan, mata Niqrees melirik ke wajah Saffiyah. Bibirnya turut mengukir senyuman. "Jemput makan puan," pelawanya.

Saffiyah menunduk. Dia menelan liur. Mukanya berkerut. Sungguh berani lelaki ini. Macam mana dia boleh curi hati anaknya itu? Lebih menyakitkan hati, macam mana pula Fareez boleh ikut cakapnya sedangkan dia sedaya-upaya memujuk Fareez sejak dari tadi. Fareez, Fareez... sabar jelah.


"FAREEZ, Fareez dah siap makan? Jom kita pergi kolam," ajak Niqrees tersenyum.

"Yeay! Pergi kolam! Pergi kolam!," jerit Fareez riang. Saffiyah mengerutkan mukanya lantas memegang tangan Fareez.

"Fareez! Kita pergi kolam esok jelah ea. Dah malam dah ni. Esok Fareez nak bangun awal," pujuk Saffiyah.

"Alah, Fareez nak pergi kolam! Nak pergi kolam!,"

"Fareez, shh... jangan nangis. Kita pergi kolam ye," pujuk Niqrees sambil mengusap-usap lembut kepala Fareez. Matanya lantas beralih memandang wajah Saffiyah yang berada di hadapannya itu.

"Puan, saya rasa lebih baik kita bawa Fareez pergi jalan-jalan tepi kolam sekejap. Tak elok dah berjanji mungkir pula. Dengan budak kecil pulak tu," ujar Niqrees lembut.

Saffiyah mengetap bibir. Keningnya berkerut memandang wajah Niqrees.

"Awak yang janji, bukan saya. Tu bukan masalah saya,"

"Jadi, izinkan saya tunaikan janji saya pada Fareez," tingkah Niqrees lembut. Saffiyah memandang tepat wajah Niqrees. Dahinya berkerut tanda marah.

"Mama, bolehlah! Fareez nak pergi kolam," rengek Fareez. Mata Saffiyah beralih pula ke wajah anak kecilnya itu. Rasa kasihan pula melihat anaknya merengek sebegitu sekali.

"Hmm... yelah. Tapi sekejap je tau," pesan Saffiyah tegas.

"Okey mama!," jawab Fareez riang semula. Niqrees hanya tersenyum melihat keringan yang terbit di wajah anak kecil tersebut. Dirinya terasa tenang tatkala melihat senyuman di bibir comel Fareez.

"Okey, Fareez. Jom, uncle pimpin," ajak Niqrees yang telah berdiri di sebelah Fareez. Tanpa teragak-agak, Fareez mencapai tangan Niqrees dengan senyuman yang mekar di bibir kecilnya.

"Eh, takpe. Biar mama pimpin Fareez," sela Saffiyah cuba mencapai tangan kecil Fareez.

"Tak nak! Fareez nak dengan uncle," membulat mata Saffiyah menerima respons daripada anaknya itu. Tidak pernah-pernah Fareez menolak arahannya itu.

"Tak pelah puan. Biar saya je yang pimpin Fareez. Fareez, jom," ajak Niqrees lalu menuntun anak kecil itu menuju ke kawasan kolam renang. Saffiyah yang tertinggal di belakang hanya menggigit sedikit bibir bawahnya. Eh, makin mengada pula perangai si Fareez ni. Sejak bila pula dia mula rapat dengan orang asing seperti itu. Saffiyah mula naik bengang.

Dari jauh kelihatan Fareez begitu gembira bermain air yang dipercik oleh Niqrees. Sesekali kelihatan Fareez pula yang memercik air ke arah Niqrees. Niqrees hanya melayan sahaja kehendak Fareez. Kelihatan mereka berdua sungguh gembira bermain air bersama-sama. Jika orang yang tidak tahu akan status mereka berdua, pasti mereka ingatkan Niqrees dan Fareez anak-beranak. Niqrees kelihatan persis seorang ayah yang sedang melayan anaknya bermain. Persis sekali. Tambahan lagi dengan gayanya yang tidak kekok melayan Fareez.

Saffiyah yang berdiri tidak jauh dari mereka berdua hanya melihat sahaja gelagat dua figura itu. Sungguh gembira Fareez apabila bersama dengan Niqrees walhal dia baru sahaja kenal akan lelaki asing itu. Saffiyah naik bingung melihat kemesraan anaknya itu. Fareez yang pendiam dan takut kepada orang yang tidak dikenali sudah menjadi Fareez yang begitu mesra. Adakah ini kerana faktor pertumbuhan anaknya itu? Saffiyah bingung.

Ketawa Fareez memecahkan keheningan malam itu. Kelihatan Fareez ketawa menggeletik tatkala perutnya digeletik Niqrees. Kelihatan juga Niqrees mencium-cium pipi gebu Fareez. Muka Saffiyah mula naik merah. Tidak boleh jadi ni! Mereka terlalu mesra. Dengan langkah yang laju, Saffiyah mendekati mereka berdua. Tidak sampai beberapa saat, tangan Fareez dicapainya.

"Jom kita balik bilik!," marah Saffiyah lalu menarik tangan kecil anaknya.

"Mama!," Fareez mula meronta-ronta.

Niqrees kelihatan agak tersentak melihat tindakan drastik Saffiyah itu. Dengan lantas, dia cuba menghalang Saffiyah.

"Awak tak patut buat anak awak macam ni. Dia masih kecil lagi," sela Niqrees. Mata Saffiyah lantas merenung Niqrees dengan renungan yang tajam.

"Ini anak saya. Saya tahu macam mana nak layan dia. Saya tak kenal awak. Jangan sibuk. Maaf!," ucap Saffiyah lantas mendukung Fareez yang sedang tersedu-sedu menangis.

Niqrees tidak boleh buat apa. Memang benar apa kata Saffiyah. Dia hanyalah orang luar. Bukan darah daging bagi Fareez. Niqrees menghela nafas nipis dan membiarkan sahaja Saffiyah membawa pergi Fareez. Jelas kedengaran suara Fareez sayu-sayu memanggil dirinya. Tetapi dia tidak boleh buat apa. Dia hanya mampu melihat Fareez yang semakin jauh itu. Kepalanya digeleng perlahan.

"Selamat tinggal Fareez," bisiknya.

*****

PAGI itu, Amni tergesa-gesa menyiapkan sarapan untuk Hafidz. Dia sekadar menyediakan nasi goreng dan telur separuh masak untuk Hafidz. Sebuah teko yang berisi kopi panas diletakkan di atas meja. Dia memandang setiap sarapan yang disediakannya itu. Harap-harap Hafidz menjamah setiap sarapan yang disediakannya itu.

Amni membuka apron yang dipakainya lalu disangkut di dinding dapurnya. Dengan langkah yang sederhana, dia mula menuju ke arah ruang tamu. Kelihatan bagasinya sudah tersedia di ruang tamu. Sepertinya dia sudah bersiap-siap untuk berangkat ke Port Dickson.

Dalam beberapa ketika, kelihatan figura Hafidz menuruni satu persatu anak tangga. Dengan wajah yang dingin, dia melangkah menuju ke dapur. Amni yang melihat figura suaminya itu langsung mematikan niatnya untuk keluar.

"Se... selamat pagi awak. Awak dah mula nak pergi kerja ke? Err... saya dah sediakan sarapan untuk awak. Awak makan ye," tegur Amni dengan ceria.

Hafidz melepaskan nafas yang nipis. Dia melihat setiap sarapan yang berada di atas meja.

"Kau tak berambus lagi. Bila nak berambus? Kata ada hal penting sangat nak settle," sinis Hafidz. Dia mencapai cawan lalu menuang air kopi ke dalam cawan tersebut.

Amni hanya menelan liur. Pahit! Kelat! Perit! Dia cuba untuk tersenyum.

"Saya dah nak pergilah ni. Awak jangan lupa habiskan antibiotik ea nanti,"

"Aku tahulah nak jaga diri aku. Kau nak pergi, pergi jelah,"

Amni melangkah perlahan mendekati Hafidz. Tangan kanan dihulur.

"Saya pergi dulu," ucap Amni dengan tangannya yang dihulur.

Hafidz memandang tangan Amni lantas menjeling.

"Haa, aku dah lambat ni. Jangan lupa kunci pintu," ujar Hafidz lalu melangkah pergi meninggalkan Amni. Huluran dari tangan Amni hanya dibiarkan tanpa bersambut. Amni terkedu seketika. Dia cuba menahan perit di hatinya. Dengan perlahan dia memandang sarapan yang disediakan di atas meja. Hafidz langsung tidak sentuh akan sarapan yang dibuatnya itu. Langsung tidak! Bertungkus-lumus dia menyediakan sarapan tersebut semata-mata demi Hafidz, tetapi Hafidz tidak langsung menyentuhnya. Entah kenapa hatinya benar-benar sakit dengan perlakuan Hafidz terhadap dirinya itu. Sakit hatikah dia? Atau... ini alahan semata-mata? Dia tidak pasti. Yang pasti kini hatinya benar-benar terguris.


SEBELUM Amni keluar dari rumahnya, sempat lagi dia meninggalkan sekeping nota kecil yang dilekatkan di peti sejuk. Kiranya, jika dia meninggalkan nota kecil tersebut, dapatlah dia membantu Hafidz untuk mengingatkannya berkenaan waktu makan ubat. Dia tahu Hafidz masih belum sihat sepenuhnya. Dia meninggalkan rumah ini pun hatinya masih berbelah bahagi untuk meninggalkan Hafidz keseorangan. Dia takut jika berlaku apa-apa kepada Hafidz lagi. Jika sesuatu terjadi kepada Hafidz seperti sebelum ini, siapa yang akan menjaga Hafidz? Siapa yang akan membawa Hafidz pergi ke klinik? Siapa? Amni semakin risau tatkala memikirkan itu.

Kedengaran Amni melepaskan nafas yang ringan. Jika dia berterusan seperti ini, bagaimana dengan rancangannya itu. Dia sudah tidak sanggup melihat keadaan suaminya itu. Jika boleh, dia ingin menemukan Saffiyah dan Hafidz secepat mungkin. Hanya Saffiyah yang mampu menceriakan hari-hari Hafidz. Bukan dirinya lagi.

Amni menelan liurnya. Dia mengenggam tekad. Dia harus mencari Saffiyah juga. Walau apapun terjadi, dia harus bertemu dengan Saffiyah. Dia lakukan semua ini hanya demi Hafidz. Demi insan yang disayangi, dia sanggup berkorban diri.

Amni mengetap bibirnya lantas menarik bagasinya menuju ke kereta. Pintu rumah dikuncinya. Kakinya mula melangkah menuju ke kereta. Sesekali dia menoleh memandang pintu rumahnya itu.

"Awak, doakan saya ye," bisiknya.


#Assalammualaikum dan selamat malam semua.. malam ni cik author update bab baru.. silalah baca ye.. okey, cik author tetap akan habiskan cerita ni sedaya-upaya..  demi awak-awak semua.. thanks for supporting! harap bertabah ye menunggu bab-bab seterusnya.. cik author appreciate sgt2.. okey, enjoy your reading! 

Continue Reading

You'll Also Like

3.1M 274K 90
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
830K 33.4K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
59K 5.5K 24
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...
800K 47.3K 56
Seorang gila, seorang tiada perasaan. Yang sama cuma dua-dua tak fikir panjang. Menyesal? Dah tak berguna. "Taknak kahwin dengan aku? Aku akan past...