Dia Suamiku ✔(editing)

By sue_hanis

698K 17.1K 753

Qaisara Asyillie baru berusia 18 tahun namun dia telah dijodohkan dengan Tengku Harraz Niezal Tengku Harraz... More

DS 1
DS 2
DS 3
DS 4
DS 5
DS 6
DS 8
DS 9
DS 10
DS 11
DS 12
DS 13
DS 14
DS 15
DS 16
DS 17
DS 18
DS 19
DS 20
DS 21
DS 22
DS 23
DS 24
DS 25
DS 26
DS 27
DS 28
DS 29
DS 30
DS 31
DS 32
DS 33
DS 34
DS 35
DS 36
DS 37
DS 38
DS 39
DS 40
DS 41
DS 42
DS 43
DS 44
DS 45
DS 46
DS 47
DS 48
DS 49
DS 50
DS 51
DS 52
DS 53
DS 54
DS 55
DS 56
DS 57
DS 58
DS 59
DS 60
DS 61
DS 62
Epilog

DS 7

15.6K 367 6
By sue_hanis

"KAU tak perlu tahu" Jawab Harraz membuatkan Sara memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"Tadi nak beritahu sekarang tak jadi pula apalah" Kata Sara lalu mengeluh dengan sikap Harraz terhadapnya.

"Suka hati akulah nak beritahu atau tak lagipun itu hak aku kau tak patut nak paksa aku untuk beritahu" Kata Harraz sambil menjeling ke arah Sara.

"Fine " Kata Sara sambil menyilangkan tangannya yang mengigit bibir bawahnya.

Sejujurnya timbul perasaan cemburu di hati apabila melihat Harraz bersama perempuan tadi di shopping mall.

Sara terpandang satu kedai aiskrim di tepi jalan yang menarik perhatian ramai dengan keenakan aiskrimnya.

"Awak !" Sara teriak kecil sambil menggoncangkan tangan Harraz membuatkan Harraz menampar tangannya.

"Apa ?" Tanya Harraz dalam keadaan marah.

"Sara nak aiskrim di kedai tu" Kata Sara sambil membuat mimik muka comel dan menunding jari ke arah kedai aiskrim.

"Tak payahlah" Kata Harraz sambil memandu terus melepasi kedai aiskrim itu.

"Please ! saya nak sangat nak juga aiskrim tu Jebal !" Kata Sara dengan degilnya.

"Aku kata tak payah mean tak payahlah tak faham bahasakah ?" Kata Harraz dengan nada menengking Sara.

"Orang nak aiskrim saja itupun nak marah tak gentleman langsung" Kata Sara dengan nada yang perlahan lalu memalingkan wajahnya ke arah tingkap.

"Huh ! Okeylah kita pergi beli aiskrim dah tak payah nak bajet merajuklah muka dah macam beruk aku tengok" Kata Harraz lalu berpusing kembali keretanya semata-mata untuk ke kedai aiskrim.

"Muka dia macam monyet" Kata Sara sambil menjelir lidah ke arah Harraz.

"Cepat sikit kalau tak aku tinggal biar kau balik jalan saja" Kata Harraz.

"Awak nak perisa apa ?" Tanya Sara sambil menjenguk kepalanya dari tingkap kereta.

"Coklat" Kata Harraz.

"Ingatkan tak nak rupanya lapar juga" Kata Sara sambil berjalan masuk ke dalam kedai aiskrim.

"Eh dia ni kan aku penyek penyek macam ayam penyek baru nak senyap mulut tu" Kata Harraz yang mendengar percakapan Sara.

Sara masuk ke dalam kedai aiskrim dan tergoda melihat aiskrim di hadapannya ada pelbagai periasa yang membuatkan Sara ingin membeli semua.

Dia melihat di tangannya hanya ada Rm 10 ringgit yang diberikan oleh Harraz kepadanya.

"Mak cik nak aiskrim apa ?" Soal seorang penjual yang kelihatan berumur dalam lingkungan belasan tahun.

"Aiskrim Coklat satu Vanila satu nenek" Kata Sara pada penjual aiskrim sambil tersenyum.Sara membalas balik kerana dia tidak terima dipanggil mak cik.

Penjual aiskrim itu menjeling ke arah Sara lalu memberikan dua aiskrim yang berperisa vanila dan coklat.

"Berapa ?" Tanya Sara sambil tersenyum dan melihat penjual aiskrim itu kelihatan tidak puas hati dengannya.

"Rm 9 ringgit" Kata penjual aiskrim itu pada Sara acuh tak acuh.

"Nah" Sara menghulurkan Rm 10 ringgit kepadanya lalu keluar dari kedai tersebut sambil tersenyum memegang aiskrim.

Tetapi Sara rasa dirinya macam diperhatikan oleh seseorang lalu Sara melihat sekeliling tempat tapi tiada pun dan berkata di dalam bahawa itu mungkin perasaannya sahaja.

"Cepatlah" Jerit Harraz kepada Sara.

"Ya ! Sara datanglah ni" Kata Sara lalu masuk ke dalam kereta dan menghulur aiskrim kepada Harraz.

"Sedapnya !" Sara menjilat aiskrim dengan sukanya.

"Makan seperti budak-budak overlah" Kata Harraz sambil menggelengkan kepalanya.

"Biarlah orang over  itu hak saya" Kata Sara lalu menghiraukan Harraz dan melayani aiskrimnya.

"Umur dah 18 tapi perangai macam budak-budak" Kata Harraz lalu mengelap bibir sara yang comot dengan menggunakan tisu.

Sara terkaku seperti patung sebab pertama kali Harraz berbuat seperti ini kepada Sara.

"Awak lap bibir saya" Kata Sara sambil memegang bibirnya dan tersengih memandang Harraz.

"Aku nak jaga status aku takkanlah aku nak bagi orang tahu yang perempuan bersama aku sekrang ini perangai macam kanak-kanak" Kata Harraz.

"By the way thank you awak belikan aiskrim"Ucap Sara lalu menyambung makan aiskrim.

"Sara" Harraz memanggil Sara dari ruang tamu.

"Nak apalah panggil aku pasti ada saja benda nak gaduh dengan aku" Kata Sara yang baru selesai mandi.

"Sara !" Panggil Harraz.

"Ya ada apalah dia ni panggil aku takkan dah rindu kut" Kata Sara sambil mencapai baju muslimah di dalam almari.

"Sara ! Aku panggil kau boleh..." Harraz membuka pintu bilik tidur lalu menutupnya dengan segera.

"Yah ! Orang dengarlah tengah nak pakai baju ni" Kata Sara lalu mengunci pintu kerana terkejut apabila Harraz membuka pintu namun dia hanya memakai tuala sahaja.

"Aku tunggu kau di ruang tamu,cepat sikit" Kata Harraz lalu bergegas turun ke bawah menuju ruang tamu.

"Hah ! ada apa teriak panggil saya tadi ?" Tanya Sara sambil bercekap pinggang di hadapan Harraz.

"Aku nak kau panggil aku abang" Kata Harraz membuatkan Sara membuntangkan matanya.

"Tapi malulah" Kata Sara.

"Nanti waktu makan malam saja kau perlu panggil aku abang sebab mummy ajak kita makan malam" Kata Harraz.

"Okey dengan mummy takut tapi dengan Allah ?" Kata Sara lalu berjalan ke arah dapur.

"I can hear what you say" Kata Harraz dari ruang tamu.

"Awak nak nasi goreng tak kalau nak saya nak masak untuk awak sekali" Laung Sara dari dapur.

"Tak nak kau masak tak sedap" Kata Harraz sambil menekan alat kawalan jauh dan mencari siaran tv3.

"Amboi ! Sedap mulut dia saja kata masakan aku tak sedap ini Saralah juara memasak darjah enam tau" Kata Sara sambil memegang pisau tetapi terbalik.

"Kenapa tak boleh nak potong ayam pula ? Eh terbaliklah" Kata Sara sambil tersengih lalu menepuk dahinya.

Selesai makan Sara mengemas meja dan mencuci pinggan.Kemudian dia melangkah keluar dari dapur.

Kelihatan Harraz sedang tidur di atas sofa sambil menggenggam alat kawalan jauh.

"Kalau nak tidur pergilah tidur kat bilik kenapa tidur di sini pula" Sara menggelengkan kepalanya sambil memandang Harraz yang sedang tidur.

"Comelnya" Kata Sara sambil tersengih apabila melihat muka Harraz berkerut seperti mimpikan sesuatu.

"Uhmm" Harraz mengeliat lalu tangannya tak tersengaja terkena muka Sara membuatkan Sara terkejut.

"Dia ni nak balas dendamkah apa ?" Kata Sara lalu menggosok mukanya kemudian dia mengambil alat kawalan jauh daripada Harraz untuk mematikan televisyen.

'Lebih baik aku bersiap dulu nanti dia membebel kata aku lambatlah apalah' Gumam hati Sara lalu dia mengatur langkahnya menaiki tangga.

"Aku nak pakai baju mana malam nanti ?" Soal Sara apabila membuka pintu almari pakaiannya.

"Baju ini sesuai tak untuk pergi makan malam" Kata Sara lalu mengambil kameja berwarna pink berserta seluar jean dan tudung bawal berwarna putih bercorakan bintang.

"Tak sopan langsung jadi perempuan" Kedengaran suara Harraz dari luar bilik.Sara berpaling wajahnya dan mendapati Harraz sedang bersandar pada pintu.

"Bukankah awak sedang tidur tadi ?" Tanya Sara sambil mengerutkan dahinya.

"Itu tadi bukannya sekarang lagipun ada hantu kacau aku tidur" Kata Harraz sambil tersenyum senget.

"Hantu ? Mana ?" Sara berlari mendapatkan Harraz dan merangkul tangan Harraz .

"Lepaslah" Kata Harraz sambil menepuk tangan Sara namun Sara bertegas tidak mahu melepaskannya.

"Tak nak sebab saya takut hantu" Kata Sara hampir menangis.

'Manja betullah semua benda nak takut rimas betul ada isteri macam dia ni' Bisik hati Harraz.

"Pergilah pilih pakaian takkan nak berkepit dengan aku 24 jam" Kata Harraz lalu menolak Sara ke arah almari pakaian.

"Tadi awak kata tak sopan masa saya pilih pakaian apa kata awak tolong pilihkan untuk saya" Kata Sara sambil tersenyum.

"Kau ingat aku ni jurugaya kau yang nak tolong pilihkan pakaian untuk kau" Kata Harraz sambil menyilangkan tangan ke dadanya.

"Kalau awak tak nak nanti waktu malam saya tak naklah panggil awak abang dan biarlah mummy dan daddy awak tahu bagaimana hubungan kita" Kata Sara sambil menyilangkan tangan dan duduk bersila di atas katil.

"So,sekarang kau nak ugut akulah" Kata Harraz dengan nada menengking Sara.

"Terserah awaklah lagipun saya hanya suruh awak tolong pilih pakaian untuk saya saja bukannya suruh buat apa-apa pun" Kata Sara.

"Ada ubi ada batas ada hari aku balas" Kata Harraz lalu membuka pintu almari pakaian Sara.

'Yeah akhirnya dia dengar cakap juga maaf tapi ini step saya nak buat awak pandang saya dan merasai kehadiran saya sebagai suri hati awak' Bisik hati Sara sambil tersenyum memadang Harraz yang sedang mencari pakaian untuknya.

"Nah !" Harraz melempar Jubah biru berserta selendang keknis berwarna hitam ke arah Sara nasib baik Sara sempat menyambutnya.

'Tak boleh beri dengan cara baikkah ?' Sara merenung tajam ke arah Harraz.

"Yang kau asyik pandang aku dari tadi dah kenapa ? Atau kau nak aku tolong mandikan dan pakaikan pakaian untuk kau pula ?" Soal Harraz sambil tersengih senget.

"Sa...Sara boleh buat sendiri" Kata Sara lalu membawa pakaian berserta tuala menuju ke tandas.

"Lambatlah kau bersiap dah dahlah kalau hodoh tetap hodoh" Kata Harraz dengan mulut lasernya.

"Kejap dah nak siap pun" Sara meletakkan pin tudung disebelah kiri.Sara mencapai beg tangan berwarna putih di atas katil.

'Semua ciptaan Allah indah-indah belaka' Gumam hati Sara lalu mengikuti langkah Harraz dari belakang.

"Ingat apabila sampai di rumah panggil aku dengan gelaran 'abang'" Kata Harraz yang sedang memandu kereta.

"Sara ingatlah" Kata Sara.

"Assalamualaikum" Harraz memberi salam dan mengetuk pintu.

"Waalaikumussalam kejap mummy datang" Datin Seri Ayuni membuka pintu rumahnya.

Sara bersalaman dengan Datin Seri Ayuni selaku ibu mertuanya dan adik perempuan Harraz iaitu Fanirah.

"Mana daddy ?" Tanya Harraz apabila tidak melihat bayang-bayang daddynya.

"Daddy kamu ada sedang berehat di ruang tamu,jom lah masuk ke dalam"Kata Datin Seri Ayuni.

Harraz berbual-bual dengan Dato' asyraf di ruang tamu manakala Sara menolong ibu mertuanya dan fanirah di dapur untuk menghidangkan makanan.

"Mummy,Sara nak tanya sesuatu boleh tak ?" Soal Sara sambil meletakkan hidangan di atas meja.

"Boleh tapi kamu nak tanya pasal apa ?" Soal Datin seri ayuni.

"Siapa Tengku Harriz Niezam ?" Tanya Sara namun kelihatan Datin Seri Ayuni dan Fanirah agak terkejut dengan soalan Sara yang ditujukan kepada mereka berdua.

"Dia adalah abang kembar Harraz" Kata Datin Seri Ayuni.

"Ouh tapi sekarang dia tinggal di mana sebab masa hari perkahwinan Harraz dan Sara dia tak ada pun" Kata Sara.

"Dia dah meninggal dunia" Kata Datin Seri Ayuni.Kelihatan air matanya sudah mengalir keluar dari kelopak mata.

"Mummy,sorry Sara tak tahu dan maaf sebab Sara dah buat mummy sedih" Kata Sara serba salah lalu mengusap belakang ibu mertuannya

"Tak apa lagipun lambat laun kamu akan tahu juga sebab kamu dah jadi isteri Harraz" Kata Datin Seri Ayuni sambil mengesat air matanya dan tersenyum semula.

"Sayang ! Makanan dah siap dihidangkan ?Tanya dato' Asyraf sambil berjalan ke arah dapur bersama Harraz.

"Dah siap" Kata Datin Seri Ayuni.

Mereka semua menjamu selera di ruangan makan di dapur sambil bercerita mengenai kisah masing-masing.

Tiba-tiba Datin Seri Ayuni bertanya

"Bila korang nak pergi honeymoon ?" Soalan itu membuatkan Sara dan Harraz tersedak.

"Honey honeymoon ?" Soal Sara dengan reaksi terkejut.

"Ya honeymoon" Kata Datin Seri Ayuni sambil tersenyum.

"Belum fikirkan lagi" Kata Harraz sambil meneruskan makannya.

"Mummy dah agak kamu pasti sibuk tapi kamu jangan risau sebab mummy dah sediakan semuanya" Kata Datin Seri Ayuni sambil menambahkan sayur ke dalam pinggan Harraz.

"Maksud mummy apa ?" Tanya Harraz berhenti makan.

"Mummy dah sediakan tempat yang bakal kamu pergi honeymoon iaitu di korea" Kata Datin Seri Ayuni.

"Korea ? Wah ! Bestnya" Kata Sara sambil tersenyum.

"Wah ! best kan sayang ?" Tanya Harraz sambil mengusap belakang Sara.

"Betul cakap abang mesti best punya lagipun ini kan cadangan mummy" Kata Sara lalu tersenyum ke arah Datin Seri Ayuni.

Continue Reading

You'll Also Like

4.3K 220 17
AIDAN NAZHAN x NADIA ATHIRAH Tidak pernah terlintas dalam fikiran Nadia Athirah untuk berkahwin. Namun gara-gara desakan daripada sang ibu yang memin...
206K 6.4K 23
[Sequel kepada MR BOSS, MESSY PA] ~Kalau nak lagi faham jalan cerita, bolehlah baca buku yang pertama dulu. okay?~ * * 4 tahun selepas berkahwin, Qai...
537K 13.7K 42
Ain Syamina. Gadis yang dicurangi oleh tunangan sendiri dan dikhianati oleh kawan baiknya. Serentak itu, kemalangan menimpa ke atas diri Ain. Ditemu...
1.4M 32.5K 71
Cerita ini mengisahkan seorang perempuan yang bernama Puteri Alisya binti Megat Idrus. Dia seorang yang comel,cantik,ceria,peramah dan pandai. ...