Dia Suamiku ✔(editing)

By sue_hanis

700K 17.1K 753

Qaisara Asyillie baru berusia 18 tahun namun dia telah dijodohkan dengan Tengku Harraz Niezal Tengku Harraz... More

DS 1
DS 2
DS 4
DS 5
DS 6
DS 7
DS 8
DS 9
DS 10
DS 11
DS 12
DS 13
DS 14
DS 15
DS 16
DS 17
DS 18
DS 19
DS 20
DS 21
DS 22
DS 23
DS 24
DS 25
DS 26
DS 27
DS 28
DS 29
DS 30
DS 31
DS 32
DS 33
DS 34
DS 35
DS 36
DS 37
DS 38
DS 39
DS 40
DS 41
DS 42
DS 43
DS 44
DS 45
DS 46
DS 47
DS 48
DS 49
DS 50
DS 51
DS 52
DS 53
DS 54
DS 55
DS 56
DS 57
DS 58
DS 59
DS 60
DS 61
DS 62
Epilog

DS 3

17.9K 450 12
By sue_hanis

BINGKAI gambar yang berada di atas meja dicapai oleh Sara apabila dia memasuki ke dalam bilik itu.

"Senyuman dia sangat manis tetapi kenapa sekarang senyuman dia dah hilang ?" Kata Sara sambil memandang gambar Harraz.

"Apa yang sudah berlaku ? Adakah aku penyebabnya ?" Soal Sara sambil memikirkan Harraz.

"Penyebab apa ?" Soal Qaleesha yang melalui bilik itu lalu dia melangkah masuk dan duduk di atas katil.

"Eh tak ada apalah kak ngah" Kata Sara sambil tersengih dan menggosok belakang lehernya.

"Betulkah ? Kalau ada masalah ceritalah pada kak ngah.Jangan pula kamu pendam seorang diri nanti kamu juga yang merana" Kata Qaleesha lalu bangun dan menepuk-tepuk bahu Sara.

"Betullah kak ngah,orang periang macam Sara ni nak ada masalah lambat lagi,kak ngah janganlah risau Sara kan dah besar so kalau ada masalah pandai-pandailah Sara uruskan" Kata Sara sambil mengukir senyuman.

"Ikut suka hati kamulah janji kamu bahagia" Kata Qaleesha sambil menggelengkan kepalanya memikirkan perihal Sara.

"Baik boss" Kata Sara sambil mengangkat keningnya.

Pada waktu malam,Sara tidak dapat tidur dengan lena kerana dia asyik memikirkan hari perkahwinannya yang akan berlangsung esok dan hati Sara asyik berdebar-debar kerana esok menjadi hari rasmi Sara bertukar status dari cik Qaisara asyillie kepada puan Qaisara asyillie.

"Sara" Puan Diana membuka pintu bilik Sara dan menjeguk kepalanya dari luar bilik.

"Apa ma ?" Sara berpaling kebelakang dan memandang Puan Diana sambil tersenyum manis.

Puan Diana mengatur langkahnya untuk masuk ke dalam bilik Sara dan melabuhkan punggung diatas katil manakala Sara segera mengambil tempat di sebelah Puan Diana.

"Sara" Puan Diana memegang tangan Sara sambil mengusap tangan Sara dengan begitu lembut sekali.

"Kenapa ni,ma ?" Tanya Sara sambil memandang bingung ke arah Puan Diana dan tertanya-tanya kepada dirinya sendiri apa yang Puan Diana hendak memberitahunya.

"Mulai esok Sara dah jadi tanggungjawab suami Sara dan Sara mesti patuh akan arahan suami Sara kerana syurga Sara sudah terletak di bawah telapak kaki suami" kata Puan Diana sambil memegang pipi Sara yang halus mulus bak kulit bayi.

"Sara janji Sara akan jaga masjid yang bakal dibina esok" kata Sara tersenyum girang sehingga menampakkan giginya.

"Tapi mesti selepas ini Sara sibuk dengan urusan rumah tangga Sara dan mama akan kesunyian" Kata Puan Diana sambil menunjukan riak wajah sedih.

"Mama,Sara bukannya nak pergi jauh pun lagipun Sara kan kahwin dengan orang Malaysia so mama pergilah ke rumah Sara kalau mama rindukan Sara" Kata Sara sambil memegang kedua belah pipi Puan Diana.

"Okey" Kata Puan Diana.

"Sekarang senyum tak naklah masam mencuka macam ni" Kata Sara sambil menarik pipinya supaya dia kelihatan lawak di hadapan Puan Diana.

"Kamu ni ada-ada sajalah" Kata Puan Diana lalu ketawa melihat aksi Sara yang tidak pernah mengecewakan Puan Diana.

"Tengok tu kan cantik kalau mama sentiasa ketawa seperti ini barulah abah bertambah sayang pada mama" Kata Sara sambil menutup mulutnya yang sedang ketawa.

"Kamu merepek saja" Kata Puan Diana sambil menggelengkan kepalanya apabila melihat telatah Sara tidak ubah seperti budak kecil.

"Lega hati mama kalau kamu sentiasa tersenyum seperti sekarang dan mama harap kamu akan sentiasa bahagia bersama orang yang kamu cintai,tak apalah Sara,mama dah mengantuk Sara pun mesti tidur awal jangan pula tidur lewat" Kata Puan Diana lalu berdiri dan berjalan keluar dari bilik Sara.

"Okey mamaku sayang" Kata Sara lalu menarik selimut hello kitty miliknya untuk menyelimutkan badannya.

Seusai solat subuh,Sara didandan oleh pendandan pengantin dan dibantu oleh Kak ngahnya serta Mina,sahabat baiknya.

"Dah nak kahwin budak kecil,sekejap lagi dah nak jadi isteri orang,alahai masa memang singkat" Kata Qaleesha sambil melihat Sara sedang di make up oleh jurumekap.

"Diamlah kak ngah,tak habis-habis nak usik Sara" Kata Sara sambil menjelir lidah ke arah Qaleesha.

"Kak Leesh janganlah kacau Sara nanti dia mengadu pada suami dia siaplah kita" Kata Mina membuatkan Qaleesha berpura-pura takut.

"Yalah nanti dia mengadu pada suami dia susah kita nanti" Kata Qaleesha dan Mina hanya membuat muka ketakutan dan tiba-tiba ketawa mula tercetus diantara mereka berdua apabila Sara merenung mereka berdua.

"Bisinglah,kalau tak ada kerja boleh tolong keluar" Kata Sara sambil menggulingkan matanya.

"Masalahnya tak boleh keluar lah kitorang duduk dalam ni nanti tak pasal-pasal kitorang kena tumbukan percuma daripada Harraz sebab usik kamu" Kata Qaleesha sambil tersenyum.

"Ingat lawak" Kata Sara sambil membuat muka menyampah.

"Bukan setakat ingat sahaja tapi memang lawak pun,betulkan kak Leesh ?" Soal Mina pada Qaleesha.

"Betul tu,kak Leesh sokong seribu peratus" Kata Qaleesha dengan semangat wajanya.

"Tak habis-habis nak usik aku" Kata Sara sambil menghembuskan nafasnya.

"Aku nikahkan dikau Tengku Harraz Niezal bin Tengku Asyraf dengan Qaisara Asyillie binti Abdul Aziz dengan mas kahwin dua ribu tunai" Kata Tok kadi Ismail.

"Aku ter..."

"Kita mula sekali lagi" Kata Tok kadi Ismail dan pada tetamu hanya mengangguk sahaja.

"Aku nikahkan dikau Tengku Harraz Niezal bin Tengku Asyraf dengan Qaisara Asyillie binti Abdul Aziz dengan mas kahwin dua ribu tunai" Ulang Tok Kadi Ismail sekali lagi.

"Aku terima nikahnya Qaisara asyillie binti Abdul aziz dengan mas kahwin dua ribu tunai" Kali kedua Harraz dapat melafazkan akad nikah tanpa gagap.

Alhamdulillah dengan dua kali lafaz,Sara sudah bergelar isteri kepada Encik Tengku Harraz Niezal,Sara segera memeluk Puan Diana dan Abdul Aziz.

Selepas itu Sara dipeluk oleh best friend forever till Jannah iaitu Aminah Asyurah.

"Weh husband kau dah datang untuk bertemu wife dia apa-apa pun suami kau nampak sangat handsome  dan kau memang untung sebab dapat kahwin dengan crush sendiri" sempat lagi Mina mengusik Sara sebelum beredar dari situ.

"Mina !" Bibir Sara diketap dengan geram kerana kelakuan Mina.

Harraz duduk di hadapan Sara dan memandang wajah Sara namun  tiada senyuman pun yang terpampang diwajahnya tetapi tetap kelihatan handsome.

'Tolonglah senyuman walaupun sedikit sahaja' Gumam hati Sara sambil mengukir senyuman kepada Harraz.

Harraz mendekati Sara dan menyarungkan cincin di jari manis Sara serta mencium ubun-ubun Sara yang ditutup dengan tudung,Sara pula bersalaman dan mengucup tangannya Harraz.

Hati bersorak keriangan kerana Harraz mencium dahinya walaupun dia tahu hakikat sebenarnya Harraz terpaksa melakukannya.

Hari pula semakin gelap,dan mereka membuat keputusan bahawa hari ini mereka tidur di rumah mama abah Sara kerana Sara hendak kemaskan barang sebelum berpindah ke apartment milik Harraz.

"Sara,kamu berikan baju ini kepada Harraz" kata Puan Diana lalu menghulurkan baju milik abang long Sara untuk Harraz menyalinkan pakaiannya.

Sara masuk ke dalam bilik kelihatan Harraz sedang memakai jubah mandi yang menyebabkan dadanya terdedah.

"oh my gosh !" Sara segera menutup mata dengan menggunakan tangan kirinya.

"A...awak...ni...baju" Sara meletakkan baju diatas katil,dia segera memalingkan muka dan badannya untuk melangkah keluar namun sebelum Sara hendak melangkah keluar,Harraz mula bersuara.

"Lambat laun kau mesti biasakan diri juga dan nak malunya apanya kan kau yang nak kahwin dengan aku" kata Harraz sambil mengeringkan rambutnya yang basah dengan menggunakan tuala.

'Apa maksud Harraz dengan mengukapkan ayat seperti itu ?' Gumam hati Sara dan dia segera melangkah keluar dari bilik kerana mukanya sudah kemerahan-merahan akibat menahan malu.

"Sara kenapa keluar ?" Tanya Puan Diana

"Harraz tu..."

"Harraz apa ?" Soal Puan Diana sambil menunjukkan wajahnya yang bingung kepada Sara.

"Eh Sara laparlah" kata sara sambil tersenyum menayangkan giginya.Sara segera berjalan ke arah dapur,Puan Diana yang melihat gelagat anak bongsunya hanya mampu mengelengkan kepala sahaja.

"Laparnya" Sara membuka pintu peti ais untuk mengambil telur dan memcuci sayur di singki.

Sara hanya membuat telur dadar semasa Sara menghidang telur dadar di atas meja.Harraz berjalan masuk ke dapur.

"Awak nak makan ?" Tanya Sara sambil memandang Harraz.

"Tak payah,aku boleh masak sendiri" Balasnya dingin lalu mengambil sekotak susu di dalam peti dan dituangkan ke dalam gelas yang berada di hadapan Sara.

"Tak nak it's okey,biarkan Sara yang menghabiskannya" Kata Sara lalu memasukkan nasi bersama telur ke dalam mulutnya manakala Harraz  hanya memandangnya.

' lantak dialah aku dah tawarkan tapi dia yang tak nak'Gumam hati Sara sambil memandang Harraz.

"Aku tahulah yang aku ni sangat handsome tapi perlukah kau pandang wajah aku lama-lama ?" Soal Harraz sambil meneguk air.

"Perasan" Kata Sara sambil merenung Harraz.

"Apa kau kata ?" Harraz mengenggam gelas yang dipegangnya.

"Sara kata perasan,poyo dan berlagak" Kata Sara membuatkan kepalanya diketuk oleh Harraz.

"Akh !" Sara memegang dahinya yang kemerahan akibat diketuk oleh Harraz.

"Sakitlah" Kata Sara sambil merenung Harraz yang sedang mencuci gelas di singki.

"Ada nampak muka aku kisah" Kata Harraz lalu berjalan keluar dari dapur tanpa mempedulikan Sara.

"Dia pergi begitu sahaja,kebangang apakah ini,bapak ah !" Kata Sara yang terikut-ikut dengan Lukman podolski.

"Membebel apa pula ni?" Soal Qaleesha sambil membuka pintu peti ais untuk mengambil susu.

"Eh kak ngah tak ada apalah" Kata Sara lalu mengangkat pinggan dan membawanya ke singki.

"Bukankah sepatutnya sekarang Sara dah tidur tapi kenapa masih berada di dapur ?" Soal Qaleesha sambil meletakkan semula kotak susu di dalam peti ais.

"Sara keluar makan sekejap sebab tadi Sara belum makan apa-apa lagi" Kata Sara sambil menggosok belakang lehernya.

"Ouh tapi jangan selalu makan pada waktu malam nanti gemuk pula" Kata Qaleesha.

"Gemuk comellah" Kata Sara sambil tersenyum.

"Dah bercakap sekarang pergi tidur lagipun dah lewat malam" Kata Qaleesha seperti menyuruh Sara untuk tidur.

"Nak pergilah ni" Kata Sara lalu mengatur langkahnya untuk menaiki tangga.

Sara membuka pintu biliknya dengan perlahan supaya tidak mengganggu Harraz yang sedang tidur.

"Good night kesayangan" Kata Sara lalu menarik selimutnya.

Continue Reading

You'll Also Like

1.6M 75.3K 126
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
1.5M 56.9K 73
Cinta terhadap awan biru tidak pernah hilang sejak kecil lagi dalam diri Hana Batrisya. Kemudian, cinta kedua mula terbit, iaitu terhadap seorang ins...
320K 8.4K 20
Papa nak Erish kahwin dengan pilihan papa. Papa dah tentukan tarikh, minggu depan ada orang masuk meminang. Bulan depan nikah. No I will not ! papa i...