K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]

By NiaAdahays

229K 4.5K 242

Dua kali pertemuan dengan gadis yang sama tapi pertemuan pertama langsung tak diingati oleh si gadis. Hanya s... More

PROLOG K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]
BAB 1 K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]
BAB 2 K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]
BAB 3 K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]
BAB 4 K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]
BAB 5 K.A.I {KERANA AKU ISTERIMU}
BAB 6 K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]
BAB 7 K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]
BAB 8 K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]
BAB 9 K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]
BAB 10 K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]
BAB 11 K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]
BAB 12 K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]
BAB 14 K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]
BAB 15 K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]
BAB 16 K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]
RANDOM TEASER OF K.A.I (KERANA AKU ISTERIMU)
RANDOM TEASER OF K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU] #PART 2
RANDOM TEASER OF K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU] #PART 3
RANDOM TEASER OF K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU] #PART 4
SO HOW? LOVELY ISNT IT? AI IS EKSAITED
RANDOM TEASER OF K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU] #PART 5
RANDOM TEASER OF K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU] #PART 6
#PART 7
ALHAMDULILLAH, BUKU IOLLS DAH MASUK PASARAN
SINOPSIS KERANA AKU ISTERIMU
RANDOM TEASER OF KAI #PART 8
grab it asap!!!
Want to buy this novel?

BAB 13 K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]

7K 176 7
By NiaAdahays


"Saya setuju."

"Come again?" Izham di talian sebelah sana nyata terkejut.

"Saya. Setuju." Sepatah-sepatah aku cakap. Kalau tak dengar lagi memang aku tak tahu nak cakap apa dah.

"Seriously?" Suara dia masih lagi meninggi. Dia ni memanglah, kalau dah terkejut tu memang tak boleh nak sorok langsung.

Mata aku beliakkan ke atas walaupun dia tak nampak.

"Iye." Aku menjawab malas.

"Thank you. So much." Teruja betul aku dengar suara dia sekarang ni. Kan aku dah cakap yang dia ni memang tak pandai nak sorokkan perasaan dia, satu persatu boleh dibaca.

"For?" Walaupun aku tahu dia berterima kasih untuk apa.

"Accepting me." Aku tahu dia di sebelah sana dah tersenyum lebar. Walaupun aku tak nampak, tapi dari nada suara dia tu pun aku dah tahu.

"Pleasure is all mine." Aku cakap ayat yang dia selalu cakap dekat aku setiap kali aku yang berterima kasih dekat dia.

Dia di sebelah sana dah tergelak.

"But..." Patut ke aku cakap? Tapi kalau tak cakap nanti dia fikir yang aku terima dia sebab aku cintakan dia.

"Hmm?"

"As you said before, at time when we were in Krabi...."

"Yeah?" Penuh sabar dia menunggu aku meneruskan ayat seterusnya. Best betul jadi dia, tenang aje setiap masa. Ini kalau aku ni, orang cakap sepatah-sepatah macam ni, memang makan pelangkung aku jugak ni.

"Awak ajak saya kahwin sebab nak lindungi saya dari Faiz kan?"

"Ha'ah."

"Dan sebab tu sa..." Tak sempat aku habiskan ayat, dia dah menyampuk dulu.

"Sebab tu awak terima saya." Tenang dia menuturkan.

"Sebab awak nak lari dari Faiz. It's okay, saya tak kisah yang penting awak sudi terima saya. After the akad, I will make you crazily in love with me. Mark my words dear." Penuh yakin dan semangat waja dia cakap. Aku gigit bibir bawah mendengar ayat dia tadi tu.

"Okay." Aku dah tak tahu nak cakap apa lagi sebenarnya.

"Okay." Dia cakap balik dekat aku.

Jeda.

Salah satu sebab yang membuatkan aku yakin untuk menerima Izham adalah lepas apa yang Hannah ceritakan dekat aku dua hari lepas.

"Macam mana eh aku nak cakap dekat kau ni Nad."

Muka Hannah yang berkerut seribu itu aku pandang pelik.

"Kau ni dah kenapa Hannah? Macam kucing hilang anak dah aku nampak." Pelik betul aku dengan Hannah ni.

"Senang cerita kau terima aje lah abang Izham yang ajak kau kahwin tu."

Huh?
"Amboi, amboi. Senangnya kau bercakap. Kalau aku terima, yang kena kahwin dengan dia tu adalah aku, bukannya kau. Paling penting sekali, yang kena hidup sebumbung dengan dia, tidur sekatil dengan dia tu nanti adalah aku." Aku tunjuk dekat diri aku.

"Bukannya kau." Kemudian ke arah diri dia.

Hannah mengeluh.

"Aku tahu itu semua. Tapi kahwin dengan abang Izham lagi baik dan lagi selamat daripada kau duk mengharapkan Faiz itu. Aku tahu kau orang dah putus, dah tak ada apa-apa hubungan tapi aku tahu yang jauh di sudut hati kau, kau masih mengharapkan dia lagi kan?" Hannah menyoal aku penuh yakin.

Aku menggeleng.

"Mana ada." Walaupun apa yang Hannah cakap itu separuh daripadanya betul.

Separuh daripada diri aku cakap supaya lupakan dia lepas apa yang dia dah buat dan separuh lagi cakap supaya maafkan dia dan kejar dia balik.

"Aku dah lama dah berkawan dengan kau. Luar dan dalam aku tahu kau tu macam mana." Hannah mencebik.

"Aku tak hadap lah lelaki macam tu. Dayus. Buat perempuan macam tu." Betul ke Una? Ikhlas dari hati tak ayat kau ni? Hmmm?

"Baguslah kalau kau cakap macam tu. Aku pun tak berapa rela kalau kau dengan dia. Aku akan menyesal seumur hidup aku kalau kau kahwin dengan dia." Hannah melepaskan keluhan.

"Kau kenapa? Boleh cakap terus terang tak? Tak payah nak berlapis-lapis bila cakap sekarang ini sebab aku malas nak fikir maksud sebenar ayat kau tu." Aku dah mencebik dekat Hannah. Sungguhlah dia ni suka sangat cakap berkias dengan aku. Kalau cakap secara soreh (jelas) kan senang. Tak ada lah pening kepala aku yang dah sedia pening dan serabut ni.

"Kalau aku cerita ni kau kena percaya tau sebab aku tak pernah tipu kau." Penuh mengharap Hannah memandang aku.

Aku mengangguk lemah. Memang dia tak pernah tipu aku, yang itu memang aku tahu.

"In shaa Allah."

"Aku sebenarnya..." Sesekali dia pandang aku lepas tu bermain-main dengan jari dia.

"Sebenarnya apa?" Tergagap-gagap pula si Hannah ni.

"Sebenarnya....."

"Sebenarnya apa?" Aku terus sergah dia. Kalau nak tunggu dia ini habiskan sendiri ayat dia memang sampai ke Subuh esok pun belum tentu aku boleh dengar apa yang dia nak cakapkan itu.

"Sebenarnya aku nampak Faiz dengan perempuan lain." Hannah yang terkejut selepas kena sergah dengan aku terus lancar menuturkan ayat dia. Senafas lagi tu dia cakap.

Aku yang dah terkejut mendengar apa yang Hannah cakapkan tadi tu memandang dia dengan riak tidak percaya.

"Kau agak-agaklah weh kalau tak suka Faiz pun. Dia mana mungkin buat macam tu." Aku masih nak mempertahankan Faiz.

"Tolonglah percaya. Aku mana pernah tipu kau Nad. Nak fitnah-fitnah orang lagi, kau ingat aku ni tak tahu dosa dengan pahala?" Hannah dah menjeling aku.

"Nah." Hannah menghulurkan iPad dia kepada aku.

"Apa ni?" Aku sambut juga huluran dia.

"Buka dekat galeri. Aku nak kau sendiri yang buka dan kau sendiri yang tengok." Hannah menyandar lemah pada dinding rumah aku. Setiap kali dia datang Kelantan, memang dekat sinilah tempat yang dia paling suka melepak. Di balkoni bilik aku di tingkat atas. Dapat rasa angin yang segar katanya.

Aku menurut aje permintaan Hannah. Tak perlu nak cari gambar mana sebab dalam iPad dia sekarang ni memang ada gambar satu manusia aje.

Aku terus memandang Hannah meminta penjelasan.

"Itu dia gambar Faiz dengan perempuan lain sebagai bukti yang aku tak tipu kau." Hannah pandang aku lepas tu sambung pandang suasana di depan dari arah balkoni bilik aku.

"Well then, I encourage you to give an explanation." Tenang aku cakap dekat dia walaupun dalam hati menggelegak aje rasa.

"Bukan sekali, tapi empat kali." Hannah angkat empat jari dia menunjukkan nombor empat.

"Apa yang empatnya?" Aku menyoal dia pelik.

"Dah empat kali aku nampak dia dengan perempuan tu. Same girl since three years ago. Dan gambar yang kau tengah buka tu gambar yang paling latest, lima bulan lepas."

Aku rasa macam nak terlepas iPad Hannah di tangan aku sekarang ni. 'Since three years ago?' 'Paling latest lima bulan yang lepas?' Sungguh aku rasa dah tak mampu nak dengar dah.

"Apa maksud kau?" Sabarkan hati kau Una.

Hannah menarik nafas dalam sebelum memulakan bicara.

"Tak sampai dua bulan selepas kau orang berdua declared, aku dengan nampak dia dengan that girl yang dalam gambar tu. Aku macam biarkan aje sebab masa tu aku fikir mungkin sepupu dia aje kut."

Hannah memandang aku.

Aku dah senyum sinis mendengar ayat Hannah itu.

"Dia tak ada sepupu perempuan." Lemah aku cakap dekat Hannah.

Hannah mengangguk.

"Aku tahu sebab kali kedua aku jumpa dia, masih dengan perempuan yang sama dan kebetulan masa tu aku berjalan dengan Iylia. Iylia yang cakap dekat aku yang Faiz tak ada sepupu perempuan. Iylia memang tahu sebab dia hidup berjiran aje dengan Faiz dari dulu sampai sekarang. Keluarga Faiz tu dah macam keluarga dia sendiri."

Aku memandang Hannah meminta dia meneruskan lagi cerita dia. Dua bulan selepas kami declared? Faiz, Faiz. Sampai hati kau kan? Awal-awal lagi kau dah tipu aku.

"Kali ketiga masa tu aku tengah berjalan dengan Hafiz. Aku dah nak pergi sound Faiz masa tu tapi Hafiz tahan aku. Dia tak nak aku bergaduh besar dengan Faiz dekat tempat awam macam tu. Serius aku tak boleh nak tahan diri sangat sebab dia mesra tahap cipan terbang dengan perempuan tu. Kau cantik Nad tapi kenapa sampai dia sanggup buat kau macam tu. Itu yang aku selalu fikir lepas dua kali aku jumpa dia dengan perempuan tu."

Aku yang masih membelek-belek gambar Faiz hanya tersenyum mendengar ayat Hannah. Bahu aku jongketkan.

"People change Hannah. Learn to deal with it." Memang betul, manusia berubah.

"Kali keempat aku jumpa dia, aku dah tak sanggup nak tahan-tahan diri dah. Tengah dia makan dengan perempuan tu aku pergi sound dia depan-depan. Aku dah tak peduli dah dengan orang yang tengah pandang kami pelik masa tu. Aku sakit hati sangat." Penuh bersemangat Hannah bercerita pada aku.

"Apa yang kau cakap dekat dia?" Nak tahu juga aku apa yang Hannah ni bebelkan dekat Faiz dengan 'kekasih gelap' dia tu.

Hannah dah gelak-gelak.

"Aku maki dia. Aku cakap kat dia supaya terus terang dekat kau dan kalau tak supaya tinggalkan kau dan jangan buat kau macam ni. Menduakan kau. Aku tak sanggup tahu tak bila tahu dia tipu kau." Hannah buat muka sedih.

Aku terus peluk bahu dia.

"Alolo, thank you so much!" Aku sangat berterima kasih sebab ada kawan yang prihatin macam Hannah ni.

"Kau nak tahu lagi tak?" Hannah gelak sekali lagi.

"Apa?"

"Aku siap buat dia orang putus masa tu juga. Tapi tak tahulah sekarang ni dah baik balik ataupun memang putus terus." Hannah dah senyum lebar.

"Kau buat apa dekat dia orang?" Aku pandang Hannah penuh curiga. Hannah ni bukan boleh kira sangat. Ini jenis ikut kepala dia juga ni.

"Aku cakap dekat perempuan tu yang dia bodoh sebab percayakan Faiz. Aku cakap yang Faiz tu dah ada awek iaitu kau...." Dia tunjuk dekat aku.

"Sejak tiga tahun lepas lagi. Aku cakap juga yang Faiz dah tipu dia. Kau tahu? Petak terus muka perempuan tu masa tu. Faiz pun apa lagi, hijau terus reaksi dia."

Aku sama-sama gelak dengan Hannah. Tak sangka betul yang Hannah ni berani buat sampai macam tu sekali.

"Habis tu Faiz tak bengang ke kau kantoikan dia dan dia kantoi dengan kau?" Nak tahu juga aku macam mana reaksi Faiz masa mula-mula nampak Hannah dekat situ. Kalau Hannah ni cakap yang Faiz tak marah dan hanya mendiamkan diri aje, memanglah tak logik sebab baran Faiz tu agak tinggilah juga.

"Gila kau dia tak bengang dengan aku. Dia siap tengking-tengking aku lagi tahu tak. Nasib baik Hafiz ada masa tu. Kalau tak, ada juga yang aku gusti sampai lumat nanti." Hannah dah mengepal penumbuk. Nampak betul-betul bengang ni.

"Kenapa kau tak cakap dekat aku awal-awal?" Kan senang kalau cakap dekat aku awal-awal. Tak ada lah sampai aku nak kena sakit hati macam sekarang ni sebab terlalu sayangkan Faiz.

Hannah mencebik.

"Kau rasa dengan keadaan kau yang tengah mabuk cinta tahap tak ingat dengan Faiz masa tu, kau akan percaya dekat cerita aku? Kalau aku tunjukkan gambar-gambar ini pun mesti kau akan cakap yang aku edit punya." Amboi, makan dalam sampai ke tulang rusuk perlian Hannah ni.

"Iyelah, iyelah." Mengalah aje lah aku sebab memang tak ada salahnya pun cakap si Hannah tu.

"So, kau terima aje abang Izham ajak kau kahwin tu eh?"

Aku angkat bahu.

"Aku tak beranilah Hannah." Aku tak berani nak ambil risiko untuk hidup dengan orang yang aku langsung tak cinta.

"Tak cuba tak tahu."

"In shaa Allah." Aku cuba juga untuk terima Izham. Tapi lepas aku dengar cerita Hannah pasal Faiz tu, kenapa aku masih ada rasa untuk maafkan dia? Tolonglah jangan nak baik hati sangat Una. Tolonglah, tolonglah jangan maafkan dia. Dia dah tipu kau kut.

"Okey, set! Kompang dipalu, kompang dipalu, oi dipalu kompang itu pengantin malu....Ibu, Nad nak kahwin ni." Hannah dah siap buat konsert dah. Hancus lirik lagu dapat dekat dia ini. Dia terus berlari masuk ke dalam rumah.

"Hello? Still there?" Aku dengar suara Izham menyoal risau di talian sana.

Tersedar yang aku dah jauh sangat mengelamun, aku terus berdeham.

"Still here." Malu pula aku. Boleh pula mengelamun masa tengah on call dengan Izham ni.

"Can I say something?" Pandai pula dia ni nak minta kebenaran bagai nak tanya aku soalan.

"Go on."

Izham kemudia berdeham sebelum meneruskan ayat dia.

"Just try and try again to love me as how you try to love Faiz for the first time." Rendah dia menuturkan dan penuh berhati-hati. Mungkin takut aku terguris dengan ayat dia kut.

Lemah aku menghela nafas.

"I'm not afraid to try again, i'm just afraid of getting hurt for the same reason." Jujur aku berkata. Malas nak selindung-selindung dah.

"I won't make the same mistakes as he did to you."

"How can you be so sure?" Hairan juga aku. Mana dia dapat keyakinan tu semua. Selamba aje dia bercakap.

"When it comes to you, I can be sure of everything." Nampak tak? Nampak tak betapa tingginya tahap keyakinan dia tu. Sabar ajelh aku dengan dia ni.

"I don't trust words. I trust action." Bercakap saja tak ada guna kalau usaha tu tak nampak. Jangan nanti jadi 'cakap tak serupa bikin.'

"Just wait and see Una."

"People can be so mean." Menduga. Apa jawapan dia selepas ni.

"But not me. I'm a good guy you know?"

Mata aku dah juling kaktaih (ke atas) dah. Dia ni memanglah. Mesti dia tengah tayang muka berlagak dia sekarang ni.

"Perasan betul. Cuba rendahkan sikit perangai terlebih yakin awak tu Encik Samar Izham oi."

Izham boleh bantai gelak dengar aku cakap macam tu? Ingat aku tengah main-main ke apa?

"In shaa Allah lah Cik Nadiah Husna oi." Dia balas balik.

Amboi-amboi, main kasar nampak. Tapi tergelak juga aku dengar ayat balas balik dia tu. Macam-macamlah Izham ni. Perangai memang tak boleh nak duga langsung.

Mungkin betul apa yang orang selalu cakap yang 'sometimes all you need, is someone who can make you smile.' Sepanjang aku kenal Izham, tak pernah lagi dia buat aku sedih. Kalau aku menangis depan dia pun, tu adalah disebabkan Faiz.

"Una...." Lembut dia memanggil aku.

"Iye?"

"Don't use the past as an excuse to miss out on your future. People change and things go wrong. Just remember, life goes on."

Dan aku senyap setelah mendengar ayat dia tu. Apa yang dia cakapkan tu tak ada salahnya langsung.

"In shaa Allah I won't."

Continue Reading

You'll Also Like

468K 13.7K 37
Dhia Aryana seorang gadis manja dan cantik. Perwatakannya yang sedikit kasar membuatkannya berbeza dari wanita lain. Walaupun luarannya tampak kasar...
109K 7.2K 49
Berjumpa, tak pernah. Bertegur sapa apatah lagi. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba dia dilamar seseorang yang tidak dia kenali. Dan tiba-tiba...
226K 5.4K 57
Wawa seorang gadis biasa yg dulunya bertemu dngn Izzul. Tetapi itu sementara, cintanya putus ditengah jalan akibat orang ketiga. 4thun kemudian dia b...
229K 4.6K 25
#2018/2021 Coverby:@nurshaziera Version1-2018 Version2-(coming soon) Disebabkan satu insiden,mereka disatukan.Semuanya berpunca daripada Fatin Izayra...