Actually sis dah buat a whole new chapter as a celebration sebab listed as Wattys Award winner, category New Adult. It's my first time ever and it's an achievement that I am very proud of. But..... Wattpad glitched and bugged masa tu, end up deleting the whole chapter. Which, sis takde keinginan nak repeat. Anyway, thank you for the support and dorry for late late update. Lepas sis kerja, sis terus masuk degree. Tak nyempat nak nulis apa pun.
Anyway, sambungan for bonus chapter.
///English=English\\\
Part 2
"Are you a man magnet?" Danne muncul, menemani adik dia yang keseorangan ni buat seketika. "I thought someone could actually be attracted to such a stubborn magnet. But it didn't last long."
"He have someone else. I bet he's imagining her here with him. Dancing." Balas Anne, monotone.
Danne tergelak kecil. Tidak tahu kenapa. "Well he didn't actually need to imagine it."
"Urghh..... I will wait outside. The firework would start in a few." Anne terus meminta diri, tidak mahu Danne terus mengusik dia. Danne dan Nada sahaja yang boleh usik dia, sebab mereka sahaja yang tahu apa rahsia atau emosi Anne hanya dengan sekali pandang.
Anne mencelah di antara manusia-manusia yang sedang seronok bersembang, tidak mahu mengganggu mereka. Bukan dia mahu ambik tahu pun. Mungkin mereka berbincang pasal syarikat Van Arkel, atau syarikat Mary, atau syarikat ayah Zye, tetapi itu tidak cukup untuk membuatkan Anne mengganggu perbualan mereka. Sedang Anne cuba melepaskan diri, tiba-tiba lengan dia dipegang seseorang.
Terus Anne pusingkan badan dan sedia untuk menegur sesiapa sahaja yang berani untuk pegang dia sesuka hati. Baru sahaja Anne hendak buka mulut, dia terus kaku. Seorang wanita, menggayakan dress berwarna emerald, dan mask berwarna emerald and gold, berdiri di depan Anne. Mata biru milik wanita itu merenung tajam ke dalam mata biru Anne. Rambut oren disisip kemas ke belakang, kelihatan lebih kemas dan formal.
"Skye?" Anne menyoal. Dia tidak nampak muka disebalik topeng itu, tapi dia cuma kenal seorang sahaja perempuan bermata biru dan berambut oren.
Wanita itu tersenyum dan bawa Anne ke tepi, kembali ke dinding. "Hi Anne. That's what they call you here, right?"
"Skye!" Anne hampir terjerit. Hilang sudah gaya dia yang calm and collected bila berjumpa dengan Skye. "What are you doing here?"
"Apparently, the le Roche and the Danes are good friends." Skye menjawab. "Before the Roche are dead so to say."
Anne terdiam. Skye le Roche selamba sahaja ceritakan perihal kedua-dua ibu bapanya yang dah meninggal, dengan cara yang tragis, dalam tragedi The Fall of Le Roche yang berlaku betul-betul sebelum Skye dimasukkan ke Savant Program.
Skye tahu Anne sedang fikirkan apa, so Skye dengan swift-nya menukar topik. "And since when js your name 'Anne'? I thought it wad Za-"
"Anne Van Arkel is my stage name." Bisik Anne. "I don't like the attention in my daily life."
"It's nice to actually meet you again, 'Anne'. Perhaps next time we should meet again, without the masks." Cadangan Skye membuatkan Anne tersenyum. "Literally and physically."
"Sure." Anne bersetuju. "We should look for Awa too."
"I know where she is now. Don't worry." Skye tengok telefon pintar yang dipegang. "Oh, look at the time. My date have come to pick me up. Got to go. Enjoy your night."
Anne berjabat tangan dengan Skye sebelum Skye beredar, menyusup di celah-celah manusia untuk keluar dari parti ini, dan Anne pula menyusup keluar untuk cari tempat untuk menikmati pemandangan bunga api.
Disebabkan Anne sudah biasa dengan struktur rumah agam Mary ini, mudah sahaja Anne cari jalan untuk ke sebuah bilik kosong dan paling tinggi di rumah agam ini. Dia lebih suka duduk berasingan dari ratusan manusia yang pastinya akan berkerumun untuk lihat letupan bunga api di langit malam nanti. Anne sedia menunggu di tingkat atas, menyandar ke depan di beranda bilik itu. Mask muka telah dicabut, rimas. Bila Anne lihat bawah, dia nampak Zye ada di balkoni yang lebih luas dan besar, 2 tingkat di bawah dia.
ZYE keluarkan telefon pintar dari dalam poket seluar. Jam di skrin dilihat. 2357. Skrin di-unlock dan Zye terus ke contact. Dari call log itu, Zye tekan '💓' dan telefon diletakkan ke telinga, menunggu panggilan diangkat.
Tidak sampai 20 saat menunggu, panggilan diangkat dan Zye disapa suara yang dia rindui. "Hai, Zed. Still up?" Soal Zye.
"Yeah, still at the New Year's Party." Balas Zed, di hujung talian. "Still there?"
"Ha'ah. Saja call. Sebab kita tak dapat sambut new year sama-sama. So, why not kita sambut new year virtually. On the phone." Cadang Zye. "If you're okay with it la."
"Oh sure. This party is boring anyway, and I'm alone."
"Yeay, ada teman." Zye bersorak gembira, seronok kerana Zed sanggup teman dia untuk hadapi new year fireworks yang bosan kalau tengok sorang. "I wish you're here though. Perhaps in a black ball gown."
"Keep on wishing. It might just comes true." Zed sengaja mengusik. "Did you flirt with anyone? Men or women?"
"N-no. I didn't. I just have a talk with Anne Van Arkel, you know, anak owner syarikat kita kerja tu." Zye terus membuka cerita.
"Oh wow, you went for the richest young women there eh?" Zed menduga kesetiaan Zye dekat dia.
"Eh no lah. Sembang je. Sebab she reminded me of you so much. Itu je. She declined my dance offer too." Kalut Zye nak terangkan situasi sebenar yang berlaku tadi. "I told her I have you first thing first."
"Okay then. I'll trust you." Zed dengan mudahnya menerima penjelasan Zye, langsung tidak meragui apa-apa.
"I did say you're my girlf-" Zye tidak dapat habiskan ayat dia kerana pertunjukan bunga api telah bermula. "Happy New Year. Have a good year ahead." Jerit Zye supaya Zed dengar.
Panggilan dimatikan kerana bunga api terlalu bising di kedua-dua pihak dan Zye dapat mesej baru instead.
Zedya: Happy New Year. Have a good 26th year of your life, and don't forget to wash your hair of that colored gel.
Selesai baca benda ni, terus Zye pegang rambut dia yang kemas digayakan ke atas. Memang dia pakai gel yang membuatkan rambut dia berwarna silver sedikit. Tetapi macam mana Zed tahu?
SEMENTARA itu, dua tingkat di atas Zye, Anne hanya tersenyum tengok Zye gelabah semacam. Telefon yang dipegang sedari tadi disimpan dan terus memandang ke atas, di mana bunga api sedang meletup. Berwarna warni. Seorang lelaki muncul di sebelah Anne.
"You seem to attract him no matter how you look, Dya." Lelaki itu bersuara. Memanggil Anne 'Dya', yang juga membawa satu maksud.
'Your charm is THAT irresistible.'
"My charm is THAT irresistible." Anne sebut ayat yang sama dengan suara di dalam kepala dia. Serentak. "The firework is over. We should get going. Get Wazi too."
Danne hanya tergelak kecil. "Happy 18th Birthday, Zadya Razan."
Hmm.... Dah dapat?
Anne Van Arkel = Zadya Razan = Zed
"Thank you, Daniel. You're the first one to wish." Zed tersenyum kecil sebelum dia mulakan langkah untuk keluar dari kawasan itu.
Danne Van Arkel = Daniel Razan
"Considering the fact that only Dad, Mom, me, Achik and Wazi know your real birth date, it's not a surprise." Daniel menurut langkah Zed untuk keluar dari balkoni itu dan turun ke lobby di mana mereka akan ambil barang dan beredar pulang ke rumah.
Tan Sri Tengku Irsyadudin + Razan = Tengku Irsyadudin @ Razan = Dad
Dato' Seri Aisyah = Aisyah Van Arkel = Mom
Nada Van Arkel = Wazi Razan
'I am sorry Zye. I could never tell you about this side of my family. It's dangerous.' Zed berkata kepada diri sendiri ketika dia melintasi Zye di kawasan lobby. Hanya senyuman kecil sahaja yang diberi Zed kepada Zye. 'Not until I'm sure the secret would stay a secret'. Pada Zye, dia hanyalah Anne. Di sebalik topeng muka dan contact lenses ini, dia adalah Zed.