Maid

By caqiya

288K 8.7K 335

Haniza yang baru keluar dari universiti ingin mencari kerja kerana tidak cukup wang untuk menyara adiknya yan... More

1 ♥
2♥
3♥
4♥
5♥
6♥
7♥
8♥
9♥
10♥
11♥
12♥
13♥
14♥
15♥
16♥
17♥
18♥
19♥
dari penulis♥
20♥
21♥
22♥
23♥
25♥
26♥
27♥
28♥
buat pembaca♥
29♥
30♥
31❤

24♥

7.6K 276 17
By caqiya

Hani membuka leptopnya sambil badan meniarap di atas katil.

"Lagi seminggu hutang aku dengan Izz selesai. Lapastu aku dh tak kerja dekat situ." Terasa girang pula hati dapat menyelesaikan semua hutangnya dengan Izz si angkuh tu. Poyo betul muka dia waktu keretanya di langgar.

Hani menungkat dagu mengingat kembali kejadian dia melanggar kereta si lelaki sombong itu.

Hani kemudian tiba-tiba teringat. "Tapi aku dah jadi isteri di dah sekarang." Hani menekup wajahnya di atas bantal.

"Banyak betul benda jadi sepanjang aku dekat sini." Katanya lagi.

Hani mula berfikir bagai mana dia hendak mendapat kehidupan lamanya semula.

Cerai?

Timbul satu perkataan di fikiran Hani. "Mesti dia setuju nak ceraikan aku. Aku bukannya siapa² dalam hidup dia." Kata Hani sayu.

Wajahnya kemudian tertumpu pada komputer riba nya semula. Mencari syarikat-syarikat yang menyediakan kerja kosong.

Segala jenis kerja dia memohon. Aku dah tak kisah kerja apa pun aku dah tak kisah, janji bukan maid je. Kata hati Hani.

∽♬∽

Hani terjaga dari tidurnya apabila terasa getaran talifonnya berbunyi. Eh aku tertidur ke? Hani menyoal diri sendiri melihat komputer riba di hadapannya yang masih menyala.

Tangannya lantas menyapu skrin talifon tanda menerima panggilan.

"Hani, kau dekat mana? Kenapa kau tak tidur rumah aku? Kau balik sorang² ke malam tadi? Kau tahu tak bahaya balik sorang². Kau tu dah lah perempuan." Kedengaran leteran Izz dari talian.

Aduh dia ni.. salam tak ada terus nk marah².

"Awak relaks boleh tak? Saya tak ke mana pon. Saya dekat rumah sewa saya lh. Memang saya balik seorang tapi saya naik teksi and now saya still selamat. And still hidup. Tak payah nak risau sangat." Terang Hani panjang. Pelik juga, tiba-tiba saja nak jadi 'caring' dah kenapa?

"Hah melawan pulak tu! Dah buat orang risau, nak cakap banyak. Lagi satu kenapa kau tak datang lagi ni? Tengok jam sekarang dah pukul berapa?" Marah Izz.

"Apa awak merepek? Semalamkan jumaat. Hari ni saya cuti lh." Marah Hani pula dengan suara mengantuk.

"Oh, ye ke?"

"Ish awak ni kacau tau saya nak tidur. Dah lah bye!" Hani terus mematikan panggilan. Dia kemudian berdiri bagi merenggangkan otot serta sendi. Fuh sakit tulang belakang satu malam tidur meniarap.

Hani kemudian menutup semula komputernya dan kembali menyambung tidur yang di ganggu oleh si singa tadi.

∽♬∽

"Ish.. bosan lah pulak." Rungut Izz setelah Hani mematikan talian.

Terasa sunyi pula bila Hani tiada dirumah. Kalau tidak pasti gadis itu sedang sibuk memasak di dapur walaupun tak berapa tahu memasak.

Ada juga satu hani Hani membebel kepadanya kerana tidak pandai mengemas tempat tidur. Tak tegang cadar katanya.

Izz tersenyum sendiri. Wajah Hani muncul di kotak fikirannya.

"Ish.. apa hal lah aku ni? Baru satu malam tak jumpa takkan aku dah rindu dia kot." Izz meraup wajahnya beberapa kali.

"Tak.. aku tak rindu dia lh. ahh.. malas nak fikir baik aku pergi office." Izz bingkas bangun dan bersiap ke pejabatnya.

∽♬∽

"Tak ke mana ke hari ni?" Soal Alia yang baru pulang dari kerja sambil bersandar di sofa bersebelahan dengan Hani yang sedang menonton tv.

"Malas lah nk keluar. Dah lama aku tak terperap kat rumah ni. Rindu pulak." Jawab Hani sambil memeluk bantal kecil sofa dengan erat.

"Ey,, overnye kau ni. Habis, tak rindu ke orang sana?" Sengaja Alia mengusik dengan menggelarkan Izz orang sana.

"Orang sana mana pulak ni?" Hani berpura-pura tak memahami.

"Laki kau lah. Tak kan si Bob kot." Kata Alia sambil tergelak. Tak pasal² nama Bob yang timbul. Mahu tersedak orang tu di rumahnya.

Hani tergelak kecil. "Bongok lh kau Lia!" Hani mencampakkan bantal kecil sofa ke arah Alia hingga terkena tepat ke arah Alia yang tidak henti tertawa.

Gelak tawa mereka kian reda. Hani terdiam. Sambil jarinya bermain² dengan talifon.

"Dah rindu tu calll je lh." Kata Alia selamba sambil mata yang tertumpu pada tv.

"Aku nak call dia? Buat apa. Dia bukannya rindu aku pon" Hani menjeling.

"Eh, mana kau tahu dia tak rindu kau? Wey, hampir sebulan kot korang together. Menipu lh kalau tak ada sikit pon rasa cinta tu timbul kt diri kau orang."

"Cinta? Kau tahu kan perkahwinan ni hanya satu perjanjian? Aku tak berani lah nak letak harapan tinggi dengan dia. Dia pandang aku pon tak berselera." Hani masih berkeras kepala. Buat apa hendak menaruh harapan. Nanti sendiri yang sakit.

"Habis tu? Kau orang nak perkahwinan ni berhenti sekerat jalan ke?" Alia masih tidak berpuas hati dengan ulasan yang di beri Hani.

"Aku tak tahu. Tapi apa salahnya. Dari aku tersiksa baik dia lepaskan aku."

"Astaghfirullah al-azim.. apa kau cakap ni Hani? Sepatutnya kau berdoa lah supaya Allah panjang kan jodoh korang." Marah Aila. Terkejut dengan apa yang di luahkan oleh Hani. Dia sendiri tidak menyangka Hani yang dikenalinya seorang yang sabar dan tabah bakal menyerah begitu.

Hani diam. Tak tahu apa yang patut di katakan. Dia sendiri tidak pasti perasaan Izz terhadapnya. Sekejap baik. Sekejap cari gaduh.

"Hani kau dengar sini. Aku tak kisah apa pun keputusan kau. Tapi aku nak ingat kan kau, jangan sampai kau menyesal pada masa akan datang nanti. Better kau fikir masak²." Luah Alia sebelum pergi meninggalkan Hani sendiri di ruang tamu sambil terdiam.

∽♬∽

Tok..tok..tok..

Pintu office Izz yang diketuk kuat mengejutkan lelaki itu.

"Masuk." Arah Izz sambil mengfokuskan matanya ke arah pintu menanti siapakah gerangan yang mengetuk.

Timbul seorang gadis berbaju kurung dan bertudung hitam di hadapan pintu. Kolot betul pakaiannya.

"Hani?" Izz berkerut dahi.

"Kenapa kau datang sini?" Soal Izz mendekati Hani. Langsung tiada senyuman di wajah Hani.

"Kau kenapa buat muka macam tu?" Soal Izz curiga.

"Minggu ni adalah minggu terakhir aku kerja dengan kau. Dan semua hutang aku dengan kau bakal selesai." Izz terkejut dengan kata² Hani yang terasa kasar baginya.

"Habis tu, kau nak apa datang sini? Nak mintak kerja lain ke?"

Hani menarik muka memandang tajam ke arah Izz hingga menimbulkan rasa tidak sedap hati.

"Aku nak kau ceraikan aku." Kata Hani dengan wajah yang masam.

Bagai sesak nafas Izz apabila mendengar perkataan carai yang keluar dari mulut Hani. Biar betul? Izz seakan tidak percaya. Ya Allah, aku tak mampu.

"Kenapa kau diam? Ceraikan lah aku!!!" Hani menumbuk lengan Izz yang kaku sambil dahi yang berkerut.

"Tak.. aku tak boleh." Izz tertunduk. Matanya di pejam kuat.

"Ni perjanjian. Kau nak mungkir janji ke?" Desak Hani.

Izz tertunduk. Ya dia tahu ini satu perjanjian. Tiada apa yang boleh dia buat. Kalau dia tidak melepaskan Hani, sudah semestinya Hani akan lebih tersiksa. Sudah-sudah lah apa yang telah kaklong kalukan. Dia tidak mahu Hani sakit. Biarlah dia yang sakit dari menyiksa orang yang dia sayang. Cinta tak semestinya bersatu.

Izz mengangkat wajahnya. Di pandang ke arah Hani sayu."Nurul Haniza binti muhamad sofian, aku ceraikan kau dengan talak satu."

Izz terduduk. Nafasnya laju. Tak tahu betulkah tindakannya.

Hani tersenyum sinis. "Mulai harini, kota tak ada apa². Jangan muncul dalam hidup aku." Hani lalu pergi menigalkan Izz.

"Tak.. Hani!!! Jangan tinggalkan aku!!!!" Teriak Izz hingga dia terjaga dari tidurnya.

"Aku kat rumah?" Izz memandang sekeliling. Dia kemudian beristifar beberapa kali sambil meraup wajahnya.

"Astagfirullah al azim.. mimpi rupanya." Jantung Izz masih terasa berdegup laju.

∽♬∽
Okay, bab ni ada saspen sikit.. haha maaf lh kalau buat korang cuak ke apa. Rasanya patut ke Izz ceraikan Hani?
Izz ni ego tinggi, dah tahu sayang still tak nak ngaku.

Hehe apa² pun thanks sebab membaca. Don't forget to vote and comments. And sorry kalau typo. Malas nak baca balik bila dah tulis tu.

Continue Reading

You'll Also Like

164K 10.5K 32
Adam Hirdy | Azalea
51.3K 5.8K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
124K 2.8K 38
[CEO & LAWYER EDITION] " Aku terima nikahnya Anisa Sherryna bt Muiz dengan mas kahwinnya RM10 000 tunai." "Senyum je. Kalau kau tak senyum nampak sa...
1.6M 52.1K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...