31❤

11.3K 313 68
                                    

Izz membuka pintu rumahnya. Dia terus melangkah masuk lalu kembali mengunci pintu. "Hani? " panggilnya beberapa kali.

Langkahnya terhenti apabila melihat sekujur tubuh sedang tidur di atas sofa dengan wajah yang lesu.

Izz mendekati Hani lalu mengusap ubun-ubun isterinya. Dia menatap wajah isterinya itu.

Walaupun sudah hampir sebulan mereka menjalinkan ikatan perkahwinan namun ini ada lah kali pertama dia melihat wajah Hani tanpa bertudung. Beberapa helai rambut yang menutupi wajah Hani di selak.

Mata hani terbuka tiba². Hani yang terkejut dengan kehadiran Izz segera terbangun dari baringannya. "Awak." katanya sepatah akibat terkejut.

"Kenapa saya call awak tak angkat?" soal Izz lembut tidak mahu berlaku sebarang pergaduhan.

"Awak tak nampak ke saya terlelap? Mcm mne nak angkat." jawab Hani dengan dinginnya.

Izz kemudian melabuhkan punggung di sisi hani. "Awak marah saya lagi ke?" soal Izz hendak memujuk.

Hani diam membisu. Dia sendiri tak mengerti dengan dirinya. Kenapa dia perlu menyalahkan Izz yang tiada kena mengena dalam hal ini?

Hani kemudian memandang ke arah anak mata Izz. Tangan kanan Izz di tarik lembut lalu diletakkan pada pipinya. "Hani mintak maaf sebab tengking abang siang tadi." air matanya mengalir tiba².

Izz terkasima. Terkejut dengan tingkah laku Hani. Pelik benar perangai Isterinya itu satu hari ni. Tangan kiri Izz kemudian mengusap lembut kepala Hani sambil tersenyum.

"Tak apa, abang Faham Hani stress kan." jawab Izz yang turunt membahasakan dirinya 'abang'. Mungkin ini lah masanya untuk mereka memulakan hidup baharu seperti suami isteri yang sah dan bukan hanya sekadar diatas kertas.

Hani mengangkat kepalanya memandang wajah tenang Izz. Dia.. Langsung tiada riak wajah marah di wajahnya. Malah kelihatan gembira.

Sikap tegas Izz sewaktu bergelar boss baginya hilang lenyap begitu sahaja.

"Terima kasih." itu saja yang keluar dari bibir Hani lantas memeluk erat tubuh Izz.

~♬~

Hani mengemas bilik tidur Izz yang bersepah. Di kutipnya baju kotor yang merata lalu di masukkan ke dalam bakul yang di pegangnya untuk di basuh. Usai mengemas dia kemudian melangkah untuk keluar dari bilik tersebut.

Namun baru saja dia hendak memulas tombol pintu, pintu sudah terbuka. Timbul tubuh Izz di balik pintu.

Izz memajukan langkah ke hadapan lalu menutup kembali pintu lalu di kunci sambil matanya tidak lekang memandang Hani yang berdiri sambil memegang bakul baju.

"Awak ni kenapa? " soal Hani curiga.

"Panggil Abang boleh? " pinta Izz.

"Iya lh abang..  Abang ni kenapa? " soal Hani lagi.

Bakul yang berada di tangan Hani di ambil lalu di letakkan di tepinya.

"Saya nak basuh baju lh." baru Hani hendak mencapai bakul tersebut tangannya terlebih dahulu di capai Izz.

Lelaki itu masih dengan renungannya. "Kalau abang nk apa-apa boleh tak bagi saya turun. Basuh baju dulu?" soal Hani. Kemudian jari telunjuk Izz di letakkan pada bibirnya.

Hani di bawa duduk di atas katil bersamanya. Tanggannya kemudian mencabut satu persatu pin yang di pakai pada tudung gadis itu. Lalu di letakkan ke tepi.

Tudung yang menutupi kepala ditarik lembut bersama anak tudungnya.

Hani masih dengan kekakuannya. Seperti terpanah.

Gatah rambut yang tadinya terikat pada sanggulnya kini di buka lalu menjatuhkan rambutnya yang serabai.

Izz hanya tersenyum lalu sikat rambut di capai lalu menyikat rambut isterinya dengan penuh kasih sayang.

"Abang nak malam ni jadi saksi, Abang bersumpah abang nak batalkan kontrak perkahwinan sementara kita, kepada perkahwinan hingga ke jannah." kata Izz dengan lembut. Senyumannya masih tidak lekang di bibir.

Hani mula cair pada senyuman itu. Ya Allah, kenapalah suami aku ni nampak kacak semacam je malam ni?  Di berbisik di dalam hati. Jantungnya berdegup laju. Setiap kata Izz benar-benar  membuat dia merasa seperti wanita terbahagia di dunia.

"Dan.. Abang nk, malam ni juga.. Menjadi saksi hubungan suci kita genap sebulan ni." tangan Izz yang tadi mengusap lembut rambut Hani,  kini di turunkan pada bahu Hani.

Wajahnya didekatkan pada wajah gadis itu. "Hani tak perlu nak pakai tudung lagi depan abang." bisiknya lalu memberikan kucupan ringkas pada bibir isterinya.

Wajah Hani mulai naik merah menahan malu. Izz hanya tersenyum.

∽♬∽

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 21, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MaidWhere stories live. Discover now