10♥

8.9K 284 6
                                    

"Alia, kau bawak Hani balik sekarang. Lepastu, kemas baju Hani. Kita balik kampung." Arah Izz.

"Hah? Awak nak buat apa ke kampuang saya?" Soal Hani terkejut.

"Kau ingat kau sorang ada kampung? Kampung aku lh."

"Hah? Kata rahsia." soal Hani dengan muka penuh dengan kebingungan. Memang lurus bendul.

Izz menghembus nafas sabar. Kalau ikut kan hati mahu saja di tengking. "Yang rahsia dengan keluarga awak sayang. Keluarga saya tak, sebab mama saya tak de heart attack." Kata Izz sambil tersenyum paksa. Dan berlalu naik ke atas.

Setelah bayangan Izz hilang dari pandangan Alia mengalihkan pandangan ke arah Hani pula.

"Eyy, belagak betul lah! Macam mana lah kau boleh tersangkut dengan dia? Banyak betul dugaan kau." Bebel Alia.

Hani tersenyum. "Kalau tak sebab ganti rugi aku langgar kereta dia hari tu, tak ada makna benda semua ni jadi weh."

Alia membulatkan mata. "OMG.. kebetulan atau suratan? Oh god.. dia jodoh kau." Kata Alia mengipas² wajahnya dengan tangan.

Hani menjeling menyampah. "Merepek lah kau ni Al. Dah lah jom balik kemas baju. Kang lambat mahu menjerit singa tu." Sempat Hani menyamakan Izz dengan singa.

Alia tergelak kecil. Ada betul juga kata² sahabatnya itu.

▦♙▦

Puan Hasnah berlari anak ke arah suaminya yang sedang membaca surat khabar di taman belakang rumah yang dihiasi tumbuh-tumbuhan kecil yang menghijaukan suasana.

"Abangggg..!" Teriakkan Puan Hasnah memeranjatkan Encik Hanif. Buang tabiat apa bini aku ni menjerit tiba².

"Kenapa awak ni Has? Menjerit dah macam orang gila." Kata Hanif sambil menggelengkan kepala.

"Ish.. ada berita gembira lah abang. Kalau tak saya tak jerit happy macam ni." Kata Puan Hasnah dengan sedikit tercungap² kerana penat berlari tadi. Al maklumlah dah tua ditambah pula dengan badannya yang dah macam doraemon.

"Apa berita yang 'gembira' sangat?" Sengaja Encik Hanif menekankan perkataan 'gembara' itu kerana biasanya kalau isterinya itu kata berita gembira tetapi baginya tak ada lah gembira. Lain beno persefahaman lelaki dengan perempuan.

"Eh mesti lah gembira! cuba awak tengok ni." Puan Hasnah menunjukkan talifonnya kepada Encik Hanif. ENCIK Hanif mengecilkan sedikit matanya untuk membaca mesej yang di tunjuk Puan Hasnah.

Izz
Ibu,hari ni Izz balik. And Izz bawa menantu untuk ibu dan abah.

Secara tiba-tiba senyuman lebar. Kemudian matanya memandang tepat ke arah anak mata isterinya. "Alhamdulillah.. "

▥♞▥

Setelah selesai pernikahan paksa antara Hani dah Izz yang di walikan wali hakim.

Punah harapan Hani yang hendak berkahwin dalam keadaan yang meriah. Perkahwinan yang yang berlangsung atas dasar cinta. Tapi apakan daya lain takdirnya.

Setelah orang-orang JAIS yang di jadikan saksi menyebutkan kata 'sah' maka Nurul Haniza binti mohamad Sufian sah menjadi isteri Izz Haikal bin Hanif.

Dengan berpakaian hanya baju kirung merah gelap dan bertudung bawal Hitam, Hani memeluk Alia. Tiada langsung riak gembira pada wajahnya. Tak pernah terfikir ini kah majlis perkahwinannya?

"Eh kau termenung apa? Dah siap ke baju² kau?" Soal Izz memandang Hani.

Hani mengangguk perlahan. Ini kah layanan Izz yang bakal aku hadapai sepanjang aku menjadi isteri dia nanti?

MaidWhere stories live. Discover now