20♥

7.6K 261 5
                                    

Apabila matahari sudah terpacak di atas kepala, mereka berlindung di bawah pokok berdekatan.

Hani dan Alia duduk bersebelah. Dengan nafas yang sesak akibat penat Hani meneguk air minaral yang di hulut Aidil tadi.

"Fuh.. bila nk sampai puncak bukit ni? Aku dah penat do." Rungut Alia dengan tangan yang ligat mengibas-ngibas tudungnya yang bersilang di bahu.

"Alah kau ni.. badan kecik nak rungut lebih pulak." Teriak Aidil yang terdengar rungutan gadis itu.

"Diam lah kau! Aku tak cakap dengan kau lah panjang!" Alia membalas berbau penghinaan kerana Aidil mempunyai muka yang lonjong.

"Agghhh.." tiba-tiba terdengar teriakkan seseorang dari belakang. Aidil, Hani dan Alia menoleh.

Kelihatan Mawar sedang memeluk Afiq sambil mukanya di selindungkan di leher lelaki itu.

"Kenapa tu?" Soal Bob yang berada berdekatan dengan mereka.

"Ada lintah dekat kaki Mawar." Kata Afiq.

Hani berkerut dahi. "Mana datang pulak lintah dekat tepi pantai ni.?" Soal Hani.

"Sekarang ni kita dalam hutan bukan pantai lagi." Jawab Izz yang tiba-tiba muncul dari arah belakang Hani.

Hani menjeling tajam. "Orang tahu lah." Katanya tanpa memandang lelaki di belakangnya. Matanya terus memandang gelagat Afiq hendak mencabut lintah dari kaki Mawar.

"Tahu, tapi tanya." Izz menjeling.

Hani memandang Izz di belakang. "Apa awak buat dekat sini? Tak berkepit pulak dengan si Nurin tu." Sindir Hani apabila Nurin tiada di keliling Izz.

Alia yang berada di sebelah Hani terdengar sindiran itu menarik muka memandang Izz.
Dah pandai nak jealous dah kawan aku sorang ni.bisiknya di dalam hati.

"Kau suka ke aku dengan Nurin? Kitorang nampak sepadan tak?" Soal Izz membarakan lagi api di hati Hani.

"Korang sepadan sangat! Lagi sepadan kalau kau single. Tapi tu lah.. dah berbini." Hani kemudian meninggalkan Izz tanpa mendengar apa² dari lelaki itu. Dia sudah tak tahan. Kalau di biarkan mahu menangis dia di situ.

"Dah settle jom sambung daki gunung." Kata Alia berlari laju menaiki gunung itu.

Aidil menggeleng. "Tak faham aku dengan si kecik ni lah.. hyper tahap maksimum betul. Kalau dah penat macam org nak mati pulak." Kata Aidil berjalan seiring dengan Hani.

Hani tergelak kecil. Apabila dia ternampak Izz sedang memandangnya dari tepi, Hani tiba-tiba tergelak besar sengaja hendak menunjukkan kemesraannya. "Hahaha! Lawak lah kau ni Dil!!"

Aidil berkerut dahi memandang Hani pelik. "Teruk nya kau gelak. Lawak sangat ke?" Soal Aidil Pelik dengan Hani.

Sedang kaki laju melangkah tiba-tiba kaki Hani tergelincir ke hadapan hingga hampir terjatuh tetapi sempat di capai Izz yang di belakang.

Semua terkedu memandang mereka yang saling berpelukan.

Hani yang berasa teramat malu segera meleraikan pelukan Izz.

"Kau okay Hani?" Soal Aidil perihatin. Dia menyoal begitu kerana hendak menghilangkan rasa malu Hani.

Nurin di belakang turut ternampak aksi itu. Terobek jugak lah hati bila melihat 'crush' berpeluk dengan perempuan lain. Dah lah perempuan tu ex kawan uni dulu.

El mengusap-ngusap belakang Nurin. "Kau tengah broken kan? Lek lek aku ada." Kata El yang tahu tentang perasaan Nurin terhadap Izz.

∽♬∽

MaidOn viuen les histories. Descobreix ara