1 ♥

21.2K 418 7
                                    

Hani menghempaskan tubuhnya di atas katil hempuk milik tuan rumah yang di sewanya itu. Setakat sewa bilik jemampu.

Dia mengeluh kuat. Untuk kali ke 37 nya dia gagal untuk mendapat kerja. Apalah yang bakal di kata adiknya yang masih bersekolah di kampung.

"Amacam dapat?" Tiba tiba kedengaran suara Alia dari pintu bilik itu yang ternganga luas.

"Kau tengok muka aku ni. Ada nampak macam dapat kerja ke?" Soal Hani sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah wajahnya yang hambar.

Laju Alia menggeleng. Dia juga turut menumpang rasa sedih sahabat baiknya itu.

Alia melabuhkan punggung di sisi Hani lalu memaut bahu gadis itu. "Kau sabar je, mungkin kau bakal mendapat rezeki yang melimpah selepas kau bersabar."

Hani memandang Alia dengan penuh rasa terharu. "Ya Allah, pandainya sahabat aku ni berbicara. Sayang sikit." Baru sahaja Hani menarik wajah Alia untuk di cium sempat pula gadis itu menolak kepala Hani. Kurang asam punya sahabat.

"Eyy geli la.." kata Alia sambil berlari keluar dari bilik tersebut. Manakala Hani pula sudah gelak terguling-guling di atas katil. Kenal sangat dengan perangai rakan sekampungnya itu.

⊙﹏⊙

Izz Haikal memicit-micit kepalanya yang berdenyut. Kali ni sudah 16 kali orang gajinya lari tidak tahan dengan ragamnya.

"Haih.. apa aku nak buat ni? Takkan aku nak mintak along untuk carikan lagi orang gaji untuk aku? Telinga aku ni dh cukup bengkak dah nak dengar bebelan dia!" Bentak Izz. Selalunya kalau dia memerlukan orang gaji dia meminta bantuan kaklongnya itu.

Tiap kali orang gajinya lari pasti Kak long yang menggantikan tempat orang gajinya untuk membuat segala hal di dalam rumah seperti memasak, menggosok baju, mengemas. Kadang-kadang hampir bernanah apabila along tidak henti menyuruhnya berkahwin.

"Kalau Izz khawin kan senang. Pakai minum ada orang jaga." Bebel laila membingitkan suasana.

"Tak de jodoh nk buat macam mana lagi along." Kata Izz menungkat dagu. Bosan beno dengan ayat yang sama keluar dari mulut kakaknya itu.

"Kalau kau tak usaha memang lah tak dapat! Dah kau terperok je 24 jam dekat kedai kasut kau tu ingat jodoh nk datang? Dah tu, bukan dok dekat kedai ni duduk dalam office mana nak jumpa jodoh kau tu!" Panjang lebar bebelan Laila. Kadang² ada pedih juga kata² wanita beranak satu itu.

getaran pada talifon Izz mematikan lamunannya. Tertera si skrin nombor Zaf sahabatnya.

"Hah? Nak jumpa? Okok" selepas mematikan talian dia segerua mencapai kunci kereta untuk bertemu dengan sahabatnya itu.

⊙﹏⊙

Hani membawa motor skuternya yang comel molek itu sambil kepalanya di goyang²kan sedikit sambil mendengar lagu melalui earphone.

Dia hayatinya lagu voodoo dall dari kumpulan 5sos.

Tell me where you hiding you voodooed doll,, course I can control myself..

Gedebuk!!

Tanpa di sangka dia melanggar kereta di hadapannya yang berhenti kerana lampu merah.

"Aduh, aku hidup lagi!" Hani meraba-raba badannya. Dan bersujud syukur. Matanya memandang pula pada kereta yang di langgarnya. Kali ni kau benar-benar tempah maut Hani. Kereta BMW kot. Kau dah lah dengan tak ada kerjanya. Dia memarah diri sendiri di dalam hati.

Izz membuka pintu keretanya dengan kuat. "Makhluk mana pulak yang langgar aku ni!" Teriaknya.

Tertonggeng-tunduk Hani meminta maaf. "Maaf Encik, saya tak sengaja maafkan saya."

"Senangnya mintak maaf! Mata kau tu dah buta ke? Tak nampak lampu merah?" Pada mulanya terkejut juga dia apabil tahu rupanya yang melanggarnya itu seorang gadis. Tapi kisah apa dia baik perempuan baik lelaki. Ada aku kisah?! Katanya di dalam hati.

"Maaf encik, saya mintak maaf sangat ni. Kalau encik nak mintak saya bayar ganti rugi pun saya tak ada duit sekarang ni. Kerja pon saya tak ada." Hani tertunduk sambil membuat muka simpatinya. Tolong lah faham. Di dalam hatinya berdoa agar lelaki di jadapannya ini seorang yang lembut hati.

"Banyak cantik muka kau! Dah langgar nak buat drama sedih pulak depan aku." Nampaknya jangkaan Hani meleset sama sekali.

Hani mengambil sehelai wang berjumlah 10 ringgit lalu di hulurkan ke arah Izz. "Ini je saya ada encik."

"Eh kau ingat ni kereta kancil ke nk bayar 10 ringgit? Kalau kancil pun belum tentu cukup 10 ringgit kau ni." Teriak Izz kuat. Kereta di belakang mula menghon ke arah mereka kerana lampu sudah menyala hijau.

Izz menarik moto skuter Hani ke tepi jalan kemudian menarik tangan gadis itu lalu memasukkan kesalam kereta mewahnya. Kemudian dia laju saja meninggalkan tempat itu.

"Encik nak bawak saya kemana? Skuter saya macam mana? Apa encik buat ni?" Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Hani. Geram bercampur takut.

"Engkau diam!"

⊙﹏⊙

Hani menundukkan wajahnya. Tidak berani bertentang muka dengan lelaki di hadapannya itu.

"Aku ada satu tawaran untuk kau." Kata Izz memecah kesunyian. Secawan kopi di hadapannya di hirup cermat.

Perlahan Hani mengangkat wajahnya. "Tawaran apa encik?"

"Sebelum tu, nama aku Izz Haikal. Panggil Izz je." Sempat dia memperkenalkan diri.

"Saya Haniza, panggil Hani." Hani turut memperkenalkan diri. Kalau nk sweet lagi panggil honny sayang. Katanya di dalam hati. Gila nak cakap depan2²? Kang tak pasal-pasak di cop perempuan gatal.

"Okay, tadi kau cakap kau tak ada kerja kan?"

Sepantas kilat Hani mengangguk laju.

"Aku nak kau jadi pembantu rumah aku selama hingga hutang kau dengan aku langsai. Amacam?" Izz mengangkat sebelah keningnya.

Hani menelan air liurnya. Terasa kelat tiba². Dia diam tampa riaksi. Dahinya berkerut matanya meliar.

"Tak payah nk fikir panjang sangat. Aku bagi kau pilihan kau bayar hutang aku sekarang atau jadi pembantu rumah aku hingga hutang kau langsai?"

"Tapi encik izz.." belum sempat dia nak meluahkan kata katanya Izz sudah memotong.

"Bagus! Kau boleh start kerja besok. Bagi alamat kau. Esok, pagi² buta lagi aku nak kau dah ready depan rumah kau. Kalau tak ada aku pecat kau and kau kena bayar hutang aku time tu jugak!" Izz dengan lagak poyonya beredar dari situ. Bibirnya mengukirkan senyuman puas. Akhirnya dapat dia selesaikan masalah orang gajinya. Ada hikmah betul dia berlanggar dengan gadil berbadan kecil itu.

Hani pasrah. Dah lah langgar kereta orang, kena paksa jadi orang gaji, skuta di tinggal pulak dekat tepi jalan tadi. Nak taknak terpaksa juga di berjalan kaki untuk mengambil motor skuternya di tepi jalan itu.

◑ˍ◐

MaidWhere stories live. Discover now