24♥

7.6K 276 17
                                    

Hani membuka leptopnya sambil badan meniarap di atas katil.

"Lagi seminggu hutang aku dengan Izz selesai. Lapastu aku dh tak kerja dekat situ." Terasa girang pula hati dapat menyelesaikan semua hutangnya dengan Izz si angkuh tu. Poyo betul muka dia waktu keretanya di langgar.

Hani menungkat dagu mengingat kembali kejadian dia melanggar kereta si lelaki sombong itu.

Hani kemudian tiba-tiba teringat. "Tapi aku dah jadi isteri di dah sekarang." Hani menekup wajahnya di atas bantal.

"Banyak betul benda jadi sepanjang aku dekat sini." Katanya lagi.

Hani mula berfikir bagai mana dia hendak mendapat kehidupan lamanya semula.

Cerai?

Timbul satu perkataan di fikiran Hani. "Mesti dia setuju nak ceraikan aku. Aku bukannya siapa² dalam hidup dia." Kata Hani sayu.

Wajahnya kemudian tertumpu pada komputer riba nya semula. Mencari syarikat-syarikat yang menyediakan kerja kosong.

Segala jenis kerja dia memohon. Aku dah tak kisah kerja apa pun aku dah tak kisah, janji bukan maid je. Kata hati Hani.

∽♬∽

Hani terjaga dari tidurnya apabila terasa getaran talifonnya berbunyi. Eh aku tertidur ke? Hani menyoal diri sendiri melihat komputer riba di hadapannya yang masih menyala.

Tangannya lantas menyapu skrin talifon tanda menerima panggilan.

"Hani, kau dekat mana? Kenapa kau tak tidur rumah aku? Kau balik sorang² ke malam tadi? Kau tahu tak bahaya balik sorang². Kau tu dah lah perempuan." Kedengaran leteran Izz dari talian.

Aduh dia ni.. salam tak ada terus nk marah².

"Awak relaks boleh tak? Saya tak ke mana pon. Saya dekat rumah sewa saya lh. Memang saya balik seorang tapi saya naik teksi and now saya still selamat. And still hidup. Tak payah nak risau sangat." Terang Hani panjang. Pelik juga, tiba-tiba saja nak jadi 'caring' dah kenapa?

"Hah melawan pulak tu! Dah buat orang risau, nak cakap banyak. Lagi satu kenapa kau tak datang lagi ni? Tengok jam sekarang dah pukul berapa?" Marah Izz.

"Apa awak merepek? Semalamkan jumaat. Hari ni saya cuti lh." Marah Hani pula dengan suara mengantuk.

"Oh, ye ke?"

"Ish awak ni kacau tau saya nak tidur. Dah lah bye!" Hani terus mematikan panggilan. Dia kemudian berdiri bagi merenggangkan otot serta sendi. Fuh sakit tulang belakang satu malam tidur meniarap.

Hani kemudian menutup semula komputernya dan kembali menyambung tidur yang di ganggu oleh si singa tadi.

∽♬∽

"Ish.. bosan lah pulak." Rungut Izz setelah Hani mematikan talian.

Terasa sunyi pula bila Hani tiada dirumah. Kalau tidak pasti gadis itu sedang sibuk memasak di dapur walaupun tak berapa tahu memasak.

Ada juga satu hani Hani membebel kepadanya kerana tidak pandai mengemas tempat tidur. Tak tegang cadar katanya.

Izz tersenyum sendiri. Wajah Hani muncul di kotak fikirannya.

MaidWhere stories live. Discover now