29♥

6.4K 196 3
                                    

Hani merenung kakinya yang berbalut. Nak bergerak kesana-sini pun susah.
Dia mengeluh sambil bersandar di kerusi kereta.

"Tu lah, awak ni cuai sangat. Tngok kan dh terseliuh urat. Nasib abaik tak patah.. blah.. blah.. blah.." Sajak dari awal klinik hingga sampai ke rumah Izz tidah berhenti membebel. Dua terlalu risau dengan ke adaan Hani. Geram pun ada kerana tindakkkan cuai isterinya itu.

"Awak, dah lh tu. Tak cukup ke sakit kaki saya ni, awak nk tambah sakit telinga saya pulak." Hani membuat muka geramnya. Orang tengah sakit boleh pulak dia bebel. Tak gentleman langsung.

Izz terdiam. Lalu tersenyum. "Haih.. ye lh.. saya mintak maaf ey.. sekarang ni saya nk sayang rehat secukupnya tau. Sampai kaki ni sembuh." Kata izz penuh kelembutan.

"Hah.. macam ni lah baru kaki saya cepat sembuh. Hehe." Hani tertawa riang. Seronok pula bila di panggil sayang.

∽♬∽

Bunyi deringan talifon Hani mengganggu tidur nyenyaknya. Tangannya mencapai talifon yang berdekatan dengan katil.

"Hello." Sapanya setelah panggilan di jawab.

"Hani.. kau kena tolong akuu.." tiba-tiba terdengar esakan seorang perempuan. Hani segera melihat ke arah skrin talifon untuk melihat siapa yg menalifonnya.

Tertera nama Mawar di skrin. "Mawar.. kenapa ni wey?" Soal Hani dengan dahi yang berkerut.

"Hani.. Afiq.. Afiq.. " suara Mawar seperti tersekat-sekat dengan sedunya.

"Kenapa dengan Afiq?" Hani semakin risau.

"Hani kau dekat mana sekarang? Aku nk jumpa kau.. aku perlukan kau.." kata Mawar dengan esakan yg semakin kuat.

"Aku ada dekat kuala Selangor ni..  tak pe.. kau tunggu aku.. aku dtg rumah kau. Tunggu k" Hani segera memutuskan talian. Izz yang sedang nyenyak di sebelah di kejutnya.


"Awak, bangun lh. Saya nk balik Kl ni."

"Awak ni ngingau apa malam² macam ni tiba-tiba ajak balik ni?" Soal Izz dalam keadaan mamai.

"Kecemasan!! Awak, tolong lah. Kawan saya tengan dalam kesusahan tu. Kalau awak tak nak saya balik sendiri lah." Hani menurun katil. Tiba-tiba Izz menahan tangan Hani.

"Ish awak ni, ye ye.. biar saya hantar. Degil betul." Izz segera bangun dari katil dan segera ke bilik mandi.

"Hey tak sempat, jom.." segera hani menarik Izz yang baru selangkah menuju ke bilik air.

∽♬∽

Izz memecut keretanya laju meninggalkan perkarangan kawasan rumahnya.

Izz memandang wajah hani yang kerisauan.

"Awak boleh tak jangan buat muka cuak macam tu? Saya takut lah. Bila saya tanya kenapa tak nak jawab pula." Ngomel Izz.

"Dah saya rasa risau muka cuak lah yang keluar. Tak kan saya nak gelak kot." Balas Hani memerli. Padan muka kena balik.

"Awak nak kemana sekarang ni?" Soal Izz yang masih ragu² dengan hala tujunya.

"Nanti sampai Shah Alam saya tunjuk lah jalannya." Jawab Hani menjeling. Dalam situasi begitu pun sempat lagi dia hendak bergaduh.

∽♬∽

Sampai sahaja di hadapan rumah Mawar ,dengan sebelah kaki yang berbalut terencot² hani berjalan masuk ke kawasan rumah. Izz hanya mengekor dari belakang.

MaidWhere stories live. Discover now