Maid

By caqiya

288K 8.7K 335

Haniza yang baru keluar dari universiti ingin mencari kerja kerana tidak cukup wang untuk menyara adiknya yan... More

1 ♥
2♥
3♥
4♥
5♥
6♥
7♥
8♥
9♥
11♥
12♥
13♥
14♥
15♥
16♥
17♥
18♥
19♥
dari penulis♥
20♥
21♥
22♥
23♥
24♥
25♥
26♥
27♥
28♥
buat pembaca♥
29♥
30♥
31❤

10♥

8.9K 284 6
By caqiya

"Alia, kau bawak Hani balik sekarang. Lepastu, kemas baju Hani. Kita balik kampung." Arah Izz.

"Hah? Awak nak buat apa ke kampuang saya?" Soal Hani terkejut.

"Kau ingat kau sorang ada kampung? Kampung aku lh."

"Hah? Kata rahsia." soal Hani dengan muka penuh dengan kebingungan. Memang lurus bendul.

Izz menghembus nafas sabar. Kalau ikut kan hati mahu saja di tengking. "Yang rahsia dengan keluarga awak sayang. Keluarga saya tak, sebab mama saya tak de heart attack." Kata Izz sambil tersenyum paksa. Dan berlalu naik ke atas.

Setelah bayangan Izz hilang dari pandangan Alia mengalihkan pandangan ke arah Hani pula.

"Eyy, belagak betul lah! Macam mana lah kau boleh tersangkut dengan dia? Banyak betul dugaan kau." Bebel Alia.

Hani tersenyum. "Kalau tak sebab ganti rugi aku langgar kereta dia hari tu, tak ada makna benda semua ni jadi weh."

Alia membulatkan mata. "OMG.. kebetulan atau suratan? Oh god.. dia jodoh kau." Kata Alia mengipas² wajahnya dengan tangan.

Hani menjeling menyampah. "Merepek lah kau ni Al. Dah lah jom balik kemas baju. Kang lambat mahu menjerit singa tu." Sempat Hani menyamakan Izz dengan singa.

Alia tergelak kecil. Ada betul juga kata² sahabatnya itu.

▦♙▦

Puan Hasnah berlari anak ke arah suaminya yang sedang membaca surat khabar di taman belakang rumah yang dihiasi tumbuh-tumbuhan kecil yang menghijaukan suasana.

"Abangggg..!" Teriakkan Puan Hasnah memeranjatkan Encik Hanif. Buang tabiat apa bini aku ni menjerit tiba².

"Kenapa awak ni Has? Menjerit dah macam orang gila." Kata Hanif sambil menggelengkan kepala.

"Ish.. ada berita gembira lah abang. Kalau tak saya tak jerit happy macam ni." Kata Puan Hasnah dengan sedikit tercungap² kerana penat berlari tadi. Al maklumlah dah tua ditambah pula dengan badannya yang dah macam doraemon.

"Apa berita yang 'gembira' sangat?" Sengaja Encik Hanif menekankan perkataan 'gembara' itu kerana biasanya kalau isterinya itu kata berita gembira tetapi baginya tak ada lah gembira. Lain beno persefahaman lelaki dengan perempuan.

"Eh mesti lah gembira! cuba awak tengok ni." Puan Hasnah menunjukkan talifonnya kepada Encik Hanif. ENCIK Hanif mengecilkan sedikit matanya untuk membaca mesej yang di tunjuk Puan Hasnah.

Izz
Ibu,hari ni Izz balik. And Izz bawa menantu untuk ibu dan abah.

Secara tiba-tiba senyuman lebar. Kemudian matanya memandang tepat ke arah anak mata isterinya. "Alhamdulillah.. "

▥♞▥

Setelah selesai pernikahan paksa antara Hani dah Izz yang di walikan wali hakim.

Punah harapan Hani yang hendak berkahwin dalam keadaan yang meriah. Perkahwinan yang yang berlangsung atas dasar cinta. Tapi apakan daya lain takdirnya.

Setelah orang-orang JAIS yang di jadikan saksi menyebutkan kata 'sah' maka Nurul Haniza binti mohamad Sufian sah menjadi isteri Izz Haikal bin Hanif.

Dengan berpakaian hanya baju kirung merah gelap dan bertudung bawal Hitam, Hani memeluk Alia. Tiada langsung riak gembira pada wajahnya. Tak pernah terfikir ini kah majlis perkahwinannya?

"Eh kau termenung apa? Dah siap ke baju² kau?" Soal Izz memandang Hani.

Hani mengangguk perlahan. Ini kah layanan Izz yang bakal aku hadapai sepanjang aku menjadi isteri dia nanti?

▣♟▣

Sepanjang perjalanan Izz dan Hani dari Shah alam ke kuala selangor yang mengambil masa kira kira 2-3 jam itu mereka langsung tidak bertegur siapa. Masing-masing macam nk main game. 'Siapa tegur dulu dia kalah.'

Kereta Izz berhenti di hadapan pagar sebuah rumah banglo setingkat. Hani sedikit terpegun melihat rumah di hadapannya. Mak aii.. kaya rupanya laki aku ni. Patut lh sombong!

Izz mencapai talifonnya lalu menalifon seseorang. "Hello? Ibu, buka pagar. Izz dah sampai." Pintu get tiba-tiba terbuka sendiri. Kelihatan Puan Hasnah sudah berada di hadapan pintu rumah melambai² ke arah mereka.

Izz membawa masuk keretanya. Setelah sampai betul² di hadapan pintu rumah Izz keluar dari kereta menyalam ibunya.

Puan Hasnah terlampau teruja berjumpa anak bongsunya lalu mencium dahi Izz. Hani tersenyum kecil melihat Izz diperlakukan seperti anak kecil. Mata Izz di bulatkan ke arah Hani yang masih tercegat di hadapan pintu kereta. Sengih-sengih apa perempuan ni. Kurang asam betul.

"Ibu, kenalkan ni Hani isteri alang."untuk mengelakkan situasi yang memalukan itu, Izz memperkenalkan Hani.

"Isteri? Kamu dah kahwin?" Soal puan Hasnah pelik..

"Eh.. maksud alang.. bakal isteri." Izz membetulkan ayatnya walaupun ayatnya yang awal tadi memang betul.

Hani menyalam puan Hasnah. Tangan Puan Hasnah secara pantas menarik Hani dalam dakapan. Teruja sangat sebab kali pertama mendapat menantu perempuan.

Giliran Izz pula hendak menahan gelak melihat tubuh kecil Hani di peluk erat oleh tubuh ibu yang sedikit gempal.

"Hani dah makan?" Soal puan Hasnah perihatin. Hani hanya menggeleng.

"Hah, tak pa ibu ada masak kat dalam. Jom kita masuk. Sembang panjang lagi kat dalam." Mereka mengangguk. Puan Hasnah menghilangkan diri di dalam rumah.

"Kenapa awak tak bagi tahu perkara sebenar?" Soal Hani kepada Izz yang sedang mengeluarkan bag dari dalam bonet, dah tu keluarkan bag dia sorang je. Tak gentleman langsung.

"Nanti aku cakap lah." Kata Izz sambil menutup bonet kereta padahal bag Hani masih di dalam. Konghajo betul!

"Bila awak nak cakap? Dah lah awak tipu dia tadi cakap saya bakal isteri awak! Jujur je lah! Jangan penakut sangat!" Kata Hani dengan nadar marah.

Izz naik geram lalu menggenggam kuat lengan hani. "Eh kau jangan pandai² nak ajar aku ey! Aku tahu apa aku buat. Nanti masa aku cakap dengan ibu nanti kau jangan nk banyak bunyi. Diam je. Faham!" Marah Izz lalu menolak hani tersandar di kereta dan berlalu pergi.

Hani memandang langkah Izz hingga hilang di dalam rumah. "Ini ke layanan kau untuk aku sebagai isteri?" Kata Hani sambil menahan air mata dari jatuh.

◇♞◇

Di ruang makan kelihatan berbagai jenis lauk yang di hidangkan. Izz menelan air liur. Tergoda dengan lauk pauk yang di masak Puan Hasnah.

"Hah Izz.. Hani mana?" Soal Puan Hasnah apabila melihat Izz berjalan ke dapur seorang diri.

"Ada, nanti dia datang." Kata Izz. Puan Hasnah hanya mengangguk senyum.

"Ibu, Izz nak cakap sikit ni. Sini kejap ibu." Izz menarik kerusi lalu melabuhkan punggung. Puan Hasnah turut melabuhkan punggung di sebelah Izz.

"Nak cakap apa?" Soal puan Hasnah dengan dahi yang berkerut.

"Izz dengan Hani..."

Tiba-tiba kelibat Hani muncul sambil tangannya memegang bagasi.

"Ermm tak ada apa lh ibu.." Izz terus berubah fikiran.

Hani mengecilkan matanya memandang Izz. Eyy.. besar kecik je aku tengok laki aku ni! Cakap lh!

"Ish Izz ni main-main lah. Dah lh ibu nak sambung mengemas kat dapur. Buang masa je layan Izz ni." Puan Hasnah menepuk bahu Izz lalu menghilangkan diri ke dapur.

Pukkkkk...

Kepala Izz menoleh ke arah bunyi tersebut. Kelihatan bag dari tangan Hani di lepaskan jatuh. Muka Hani berkerut marah.

Kemudian Izz berjalan mendekati Hani. "Kau dah kenapa?" Soal Izz.

"Kenapa tak bagi tahu ibu perkara sebenar?" Marah Hani dengan suara di kawal agar tak di dengari oleh Puan Hasnah.

"Aku tak sanggup lh." Kata Izz sambil berjalan mendekati Hani.

" then? Awak nak tipu mak ayah awak sampai bila?"

"Ish.. serabut lh.. kalau kau nk. Kau lh kah cakap. Aku nk mandi dulu. Bak sini bag. Pegang bag pon tak reti." Sempat Izz merengut. Hani memuncung.

●♕●
Nota dari penulis.

Maaf ye lambat up date. Tahun ni memang buzy. Nk menulis kadang² x de idea. kekadang idea datang sekali menggunung bila bkak wattpad je, hampeh hilang semua.

Continue Reading

You'll Also Like

422K 36.4K 41
Tiada yang mampu meneka bagaimana cara semesta berkerja. For real, it wasn't me." Esakan yang nak meletus, ditahan walaupun pipinya mula basah. "Real...
162K 10.4K 32
Adam Hirdy | Azalea
58.4K 3.8K 49
" 𝐈 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐲𝐨𝐮'𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 " Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pa...
305K 14.2K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...