DIA SI PEMBEKU CINTA : C

By aunisabiha

2.8M 141K 3.4K

Tiada ungkapan lain yang boleh diucapkan selain beku , sejuk dan dingin . Itu merupakan ungkapan yang sangat... More

SINOPSIS
DSPC : 1
DSPC : 2
DSPC : 3
DSPC : 4
DSPC : 5
DSPC : 6
DSPC : 7
DSPC : 8
DSPC : 9
DSPC : 10
DSPC : 11
DSPC : 12
DSPC : 13
DSPC : 14
DSPC : 15
DSPC : 16
DSPC : 17
DSPC : 18
DSPC : 19
DSPC : 20
DSPC : 21
DSPC : 22
DSPC : 23
DSPC : 24
DSPC : 25
DSPC : 26
DSPC : 27
DSPC : 28
DSPC : 29
DSPC : 30
DSPC : 31
DSPC : 32
DSPC : 33
DSPC : 34
DSPC : 35
DSPC : 36
DSPC : 37
DSPC : 38
DSPC : 39
DSPC : 40
DSPC : 41
DSPC : 42
DSPC : 43
DSPC : 44
DSPC : 45
DSPC : 46
DSPC : 47
DSPC : 48
DSPC : 49
DSPC : 50
DSPC : 51
DSPC : 52
DSPC : 53
DSPC : 54
DSPC : 55
DSPC : 56
DSPC : 57
DSPC : 58
DSPC : 59
DSPC : 60
DSPC : 61
DSPC : 62
DSPC : 63
DSPC : 64
DSPC : 65
DSPC : 66
DSPC : 67
DSPC : 68
DSPC : 69
DSPC : 70
DSPC : 71
DSPC : 72
DSPC : 73
DSPC : 74
DSPC : 75
DSPC : 76
DSPC : 77
DSPC : 78
DSPC : 79
DSPC : 80
DSPC : 81
DSPC : 82
DSPC : 83
DSPC : 85
DSPC : 86
DSPC : 87
DSPC : 88
DSPC : 89
DSPC : 90
DSPC : 91
DSPC : 92
DSPC : 93
AUTHOR NOTES ♡
DSPC : 94 ( FINAL )
AUTHOR NOTES ♡

DSPC : 84

26.5K 1.6K 118
By aunisabiha

Dress kembang di dalam plastik putih itu ditenung oleh Ilya Nasuha lama. Kombinasi warna putih dan gold pada dress kembang itu memang cantik menarik tertarik kau memang deboom. Gila kentang kalau dress secantik ini yang akan dipakainya sebentar lagi. Kenapa sepertinya baju itu tidak padan langsung dengannya? Baju itu ibarat langit yang teragung manakala dia pula ibarat bumi yang sering dipijak. Nama yang tercatat di plastik putih itu, dia baca lagi.

Ilya Nasuha.

Itu memang namanya. Tapi mana mungkin ini bajunya? Dia bukan golongan berada yang akan memakai baju seperti ini. Dia juga bukan anak raja yang bakal ditabal sehingga menjadi permaisuri. Dia hanya seorang gadis biasa yang punyai cinta yang tidak kesampaian.

"Cantik sangat lah baju ni."

"Macam tak padan je dengan Suha."

Perlukah dia dirai hingga begini? Cukuplah baju pengapit yang lumayan cantik tadi. Kini, baju dress kembang itu pula yang menjadi pakaian pada tubuhnya. Hati, tolong sedarkan Suha yang Suha masih berada di bawah. Jangan buat Suha lalai dengan limpah kekayaan sementara ini. Baju dress itu siap digantung. Tas tangan turut disediakan. Kasut high heels putih keemasan terletak elok di lantai.

Kenapa mesti layan dia bagai tuan puteri sedangkan ini bukan harinya?
Pelbagai tanda tanya mula meracau di pemikiran. Pelbagai andaian juga dilakukan olehnya. Ke penghantar itu tersalah hantar baju? Ke dia tersilap bilik? Ke memang baju ini untuknya? Tapi siapa pula yang baik hati memberi? Bukan ke baju seperti ini harganya selalu cekik darah?

Dalam ragu-ragu, dia ingin mendail nombor telefon teman baiknya. Namun, bila diingatkan semula pasti Aina Manirah sedang sibuk menyiapkan diri untuk majlis pada malam ini. Nombor telefon Qisya di dail dan tiada sambutan. Nombor Aina Manirah di dail pula dan juga tiada sambutan. Nombor Tuan Naz pula di dail. Ehh disambut!

"Ada apa?"

"Sa.. Saya nak tanya."

"Apadia?"

"Baju yang ada dalam bilik saya ni kan tuan, baj....." Terus percakapannya dipotong oleh lelaki itu.

"Tu baju kau. Pakailah."

"Tap.. Tapi nampak macam melebih sangat."

"Jangan banyak alasan. Just pakai okay."

"Ha, hm yelah." Dia mengalah.

"Jangan lupa pakai masquerade yang ada atas meja tu."

Mata bundarnya melirik pada masquerade yang dimaksudkan. Bagaimana dia tahu kedudukan penutup mata itu yang berada diatas meja? Pelbagai andaian mula bermain di ruang mindanya.

"Okay." Itu sahaja yang mampu dituturnya saat mindanya sedang ligat berfikir.

"Have a great day tonight. I love you."

Terus talian dimatikan.

Ilya Nasuha terkedu. Pipinya mula membahang panas saat kata-kata itu dilafazkan oleh Tuan Naz pada dirinya.

'I love you too.' Desis hati kecilnya.

"Ting!"

Bunyi bell bilik itu tiba-tiba sahaja berdering. Ilya Nasuha segera berlalu ke muka pintu. Tombol pintu dipulasnya perlahan dan terjegul wajah Qisya di balik daun pintu itu.

"Cantiknya!" Puji Qisya. Matanya melirik pada tubuh ramping gadis itu dari atas ke bawah beberapa kali.

"Ni memang baju saya ke Qisya?" Qisya mengangguk mengiyakan. Anak matanya masih tidak lepas dari menilik baju itu. Haih, kalau dapat pinjam sehari pun memang dia lah wanita yang paling bahagia. Ibarat seluruh dunia ini dia yang punya, angannya.

"Pandai Tuan Naz pilih." Ucapnya perlahan.

"Apadia Qisya? Tak dengarlah." Qisya segera menekup mulutnya. Aduh, kalau kantoi sebentar tadi memang dia akan hentak kepalanya di dinding berkali-kali. Dan-dan pula dia boleh terlepas cakap di hadapan gadis itu. Kepalanya terus digelengkan tanda tiada apa.

"Jum saya siapkan Ilya."

"Makeup lagi?" Qisya mengangguk. Tangan gadis itu diraihnya lembut. Kerusi yang berhadapan cermin besar itu pantas diduduki oleh Ilya Nasuha. Aktiviti makeup terus dilakukan oleh Qisya dengan kadar segera.

Wajah putih mulus itu direnung oleh Ilya Nasuha dengan penuh rasa tidak percaya. Wajahnya yang tidak siap sebentar tadi dalam sekelip mata sahaja berubah menjadi persis bidadari. Hampir tersedak air liurnya kerana melihat perubahan imej dirinya sendiri. Suha berani bet kalau ex Suha tengok diri Suha yang sekarang ni, confirm dia nangis guling-guling sebab buang Suha dulu. Haih, teringat Isy!

"Tema malam nanti ala-ala princess and prince so Qisya diperintahkan supaya makeup Ilya ala-ala princess. Jadi inilah hasilnya." Penerangan Qisya itu bagai mengalir masuk ke telinga kanan lalu keluar ke telinga kirinya. Dia masih takjub dengan kecantikan seni milik Qisya.

"Thanks."

Qisya pantas mengangguk. Berus makeup yang bersepah itu segera diperkemaskannya sebelum dia berlalu pergi.

Dagu runcing itu ditopangnya lama. Jam dinding yang tergantung di dalam bilik itu ditilik oleh Ilya Nasuha lagi dan lagi. 10 minit lagi sebelum pukul 9 malam. Selepas jam 9 malam, dia dan kesemua ahli keluarga dan sahabat handai Aina Manirah dan Zariff Isacc diminta untuk turun bersama-mana menuju ke dewan utama.

Patut ke dirinya turut serta? Tidak ke nanti dia yang akan jadi daya tarikan pada malam ini kerana penampilannya itu? Sesekali bibir bawahnya digigit, cuba untuk menahan rasa resah. Telefon bimbitnya tiba-tiba sahaja berdering dan kelihatan Tuan Naz sebagai pemanggil. Talian panggilan segera bersambung.

"Jangan nervous okay?"

"Mana tuan tau saya nervous?"

"Naluri."

Dia juga turut merasakan perasaan yang sama. Bayangkan jika rancangannya itu tidak menjadi? Bagaimana rasanya? Takkan pula dia hendak terjun bangunan pada hari bersejarah rakannya pula?

"Tuan.. saya nak tanya."

"Ya?"

"Siapa tuan sebenarnya?"

"Kau akan tahu malam ni."

Talian terputus.

Ilya Nasuha pelik. Kenapa lelaki itu suka sangat berahsia akan identiti dirinya? Apa rancangan lelaki itu sebenarnya selama ini? Adakah lelaki itu akan berterus terang mengenai dirinya nanti? Jika ya, baiklah, dia akan terus menanti. Jam di dinding sekali lagi dikerling oleh Ilya Nasuha.

9:00 malam.

Ilya Nasuha terus berlalu menuju ke dewan yang dimaksudkan. Sekali lagi, pandangannya terarah pada pintu dewan yang tertutup rapat itu. Gemuruh yang kian bertandang di hatinya cuba diusir jauh. Langkahnya diatur dan dengan perlahan pintu dewan itu ditolaknya. Saat dirinya sedang memasuki dewan itu, satu cahaya laju sahaja terarah padanya. Dia tergamam saat matanya tertancap pada cahaya yang berada di atas pentas.

'Lelaki itu!'

Terasa seperti dia ingin berlari jauh seraya meninggalkan dewan itu secepat mungkin. Dia tidak sanggup untuk menatap wajah itu sekali lagi. Namun, kakinya tidak seperti akal fikirannya sekarang ini. Kakinya masih setia ingin berdiri dan menanti. Saat dia hendak berpaling, kedengaran lelaki yang berada di atas pentas itu mula beraksi. Tali guitar dipetik. Suara itu sungguh merdu mengalunkan lagu yang dibawanya.

Percayalah Aku Setia
Jangan Pernah Ragu Cintaku
Yang Selalu Memanggil Namamu
Di Setiap Detak Jantungku

Pandangannya tertumpu ke arah Ilya Nasuha. Kelihatan gadis itu tergamam dengan tangan yang menekup mulutnya. Pasti gadis itu sedang terkejut dengan apa yang dia lakukan sekarang ini. Pasti bayangan mereka suatu remaja dahulu menerjah pemikiran gadis itu.

Hampa Mengunci Jiwa
Saat Jauh Dari Kasihmu
Benar-Benar Aku Tak Mampu
Hidup Tanpamu Memelukku

~Guitar~

Maafkan lah Diriku
Yang Pernah Selalu Melupakan
Setiap Kasih Yang Kau Beri
Setiap Cinta Yang Kau Bagi

Sungguh Sepi Malamku
Tak Seperti Saat Denganmu
Tika Kau Ada Di Sisiku
Menghiasi Mimpi Indahku

Sayang , Sayang
Aku Rindu
Setengah Mati Padamu
Sayang , Sayang
Ku Tak Mungkin
Sendiri Tanpa Dirimu

Saat ucapan sayang itu teralun, matanya tidak lepas dari merenung gadis itu. Ya, dia sangat menyayangi Ilya Nasuha setulus hatinya itu. Dia ingin kembali merebut hati gadis itu yang pernah dia kecewakan sewaktu di zaman remajanya.

Nyanyiannya terus sahaja ditamatkan dengan segera. Dia bangun dan terus berlalu turun dari atas pentas. Langkah kakinya pantas sahaja menuju tepat ke arah gadis itu. Disaat dirinya betul-betul berdiri di hadapan gadis itu, langkahnya terus sahaja terhenti. Senyuman sinis tapi manis terus terhias indah di bibirnya. Segera tangan gadis itu dirangkulnya erat.

Ilya Nasuha hanya mengikut gerak geri lelaki itu. Banyak tanda tanya mula bermain di kepalanya. Mahu diluah, mulutnya terasa seperti tidak sudi. Lampu putih yang memancar masih setia mengikut langkah kaki mereka hingga ke tengah dewan. Alunan lagu lembut terpasang. Saat itu jua, lampu keseluruhan dewan itu terbuka. Kelihatan penghuni di dalam dewan itu sedang mengambil bahagian.

'Apa semua ini?!'

Dia resah. Pandangannya mula menerobos memerhati sekeliling. Semua berpakaian dress kembang sepertinya dan bersama pasangan masing-masing. Dia berkalih pula memandang lelaki yang berada di hadapannya ini dengan tatapan tidak percaya.

'Kenapa dengan lelaki ini?!'

Saat lelaki itu melutut dan mengangkat tangan untuk menari bersama, dia takut hendak terima. Dia ingin berlari pergi namun dengan lambat, tangan lelaki itu disambutnya jua. Dia tidak mahu majlis rakannya itu menjadi porak peranda hanya disebabkan oleh emosi dirinya semata.

"Kenapa buat semua ni?"

"Sebab aku nak cuba rebut hati kau balik."

"Kenapa jadi Isyraf Nazran dan bukan Tuan Naz?"

"Sebab kau sayang Isy, bukan Tuan Naz."

"Kenapa pakai pakaian macam dia waktu dulu?"

"Sebab pakaian ni yang kau jatuh cinta."

"Kenapa tinggalkan saya?"

"Sebab aku terpaksa."

"Kenapa nak saya kembali?"

"Sebab kau jiwa aku."

"Macam mana kenal saya sedangkan saya pakai masquerade?"

"Aku yang atur segalanya jadi aku tahu sayang."

Setiap soalan gadis itu dijawabnya tenang. Setelah lagu mula perlahan, dia sekali lagi melutut dihadapan gadis itu. Sejambak bunga ros merah yang masih segar dihulurkannya. Gadis itu terkedu. Kenapa mesti yang dilakukan oleh lelaki ini sama seperti sewaktu malam kebudayaan tujuh tahun yang lalu? Jika dahulu bunga ros merah itu hanya sekuntum, sekarang ini ia dihadirkan pula dengan sejambak bunga ros merah.

Mulutnya pantas ditekupnya erat. Air matanya mula berkaca-kaca di tubir mata. Tunggu masa sahaja air matanya itu hendak jatuh membasahi pipi gebunya ini. Dia tidak menyangka, lelaki itu masih memuja cinta remajanya setelah mereka berpisah begitu lama. Tujuh tahun bukan masa yang pendek dan dia sungguh tidak menyangka bahwa penantiannya itu adalah suatu yang tidak sia-sia.

"Sayang, i really in love with you."

Saat bunga ros itu bertukar tangan, air mata gembiranya pantas sahaja mengalir membasahi pipi.

"Dulu, aku tak dapat melamar kau sebab kita masih kecil tapi sekarang aku dapat."

"Kau janji akan terima dan jadi milik aku kembali?"

Ilya Nasuha pantas mengangguk.

"Janji kau akan selamanya jadi milik aku?"

Ilya Nasuha mengangguk lagi.

"Ilya Nasuha binti Muhammad Imran. Sudi tak kau jadi isteri buat aku? Terima aku apa adanya, dan berjanji akan hidup selamanya walau susah atau senang? Sanggup mencintai aku walau apa yang terjadi?"

Ilya Nasuha diam. Lelaki dihadapannya kini sedang melamar dirinya dengan sebentuk cincin. Dia Isyraf Nazran, Suha! Dia lah lelaki yang sanggup membiarkan hidup kau terkontang-kanting tanpa pegangan cinta sewaktu kau masih di zaman remaja. Apa kau sudah lupa? Just go, Suha, go!!

Walaupun emosinya kuat menyatakan yang dirinya harus pergi, dia tetap akan memilih untuk terus menyanjungi cinta dari lelaki ini. Dia pantas mengangguk mengiyakan. Dia sudah lama menunggu kepulangan cintanya nan satu itu.

Isyraf Nazran pantas tersenyum. Gadis yang didambanya sewaktu mereka berpisah kini telah menjadi sebahagian hidupnya kembali. Segera cincin yang berada di dalam kotak itu diambil dan dia menyuruh Aina Manirah menyarungkan ke jari manis gadis itu bagi pihaknya. Kedengaran suara dan tepukan gemuruh dari para hadirin.

"Suka Isy atau Tuan Naz?"

"Isy."

"Dingin atau ceria?"

"Dingin."

"Isy yang dulu atau Tuan Naz yang sekarang?"

"Isy yang dulu."

"Masih sayang dia?"

"Sentiasa sayang."

"Rindu mr beku?"

"Sangat-sangat."

"Nanti tunggu kita kahwin, kita sweet lagi eh?"

Ilya Nasuha pantas sahaja tertawa. Sungguh, dia amat gembira saat ini. Walaupun lelaki itu telah memberikannya luka sewaktu tika dahulu, namun lelaki itu juga yang telah memberikannya cinta buat pertama kalinya.

"Boleh aku kunci senyuman tu dengan mulut aku?"

Pandangan tajam menikam pantas diberikan oleh Ilya Nasuha pada lelaki itu. Makin melayan makin naik lemak Isy ni. Matanya sengaja dibulatkan tanda marah.

"Suka sangat dengan ayat tu."

"Suka lah, sebab kau jiwa aku."

Kepala gadis itu diusapnya lembut. Sempat lagi dirinya ini memanjat syukur pada Ilahi kerana masih menghadirkan cinta di dalam diri gadis ini buat dirinya lagi. Jujur, dia sudah mati rasa pada semuanya namun hanya Ilya Nasuha yang sentiasa mekar di dalam jiwanya. Hanya gadis itu yang menjadi dambaannya sewaktu tujuh tahun mereka berpisah.

"Terima kasih datang dalam hidup aku."

"Terima kasih juga datang dalam hidup Ilya Nasuha. Terima kasih sebab buat hidup saya yang warna-warni sebelum ni jadi gelap gelita sebab perwatakan dingin awak tu."

"Dan segala kesakitan yang dulu awak bayar dengan apa yang awak lakukan sekarang ni."

"So hutang awak dengan saya, beres."

"Kenapa mesti ulang segala watak lama dan skrip?" Tanya Aina Manirah dan Zariff Isaac serentak.

"Sebab yang dulu lebih baik."

"Sebab aku yang dulu, dia dapat terima aku kembali."

Jawab mereka dua serentak.

Mata bundarnya itu terus sahaja melirik pandang pada lelaki di sebelahnya. Baju hitam lengan panjang, seluar jeans hitam, bandana headband merah, kasut nike roshe run hitam. Semuanya sama seperti Isyraf Nazran yang dulu, lelaki yang pernah dia cintakan di zaman remajanya dulu. Dia sedikit terpegun dengan perubahan Tuan Naz kepada Isyraf Nazran. Mahu sahaja tubuh lelaki itu dipeluknya dengan erat.

Sungguh aku amat mencintai!

*********
Maaf readers .
Maybe terlampau sweet atau tak sweet langsung .
Sis cuba buat sweet sebaik mungkin .
Give me your feedback di ruangan comment !

Continue Reading

You'll Also Like

175K 11.3K 33
Adam Hirdy | Azalea
3M 163K 70
Romance | General Fiction | Action You know the little ones that you are cubs. Do not dream about what I feel. You are a woman without any honor. I h...
207K 27K 97
ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20
10.7M 469K 86
Kisah Aiden & Melissa. Ucapkan dusta itu Katakan dengan indah Pejamkan mataku Andaikan saja kita bahagia