DIA SI PEMBEKU CINTA : C

By aunisabiha

2.8M 141K 3.4K

Tiada ungkapan lain yang boleh diucapkan selain beku , sejuk dan dingin . Itu merupakan ungkapan yang sangat... More

SINOPSIS
DSPC : 1
DSPC : 2
DSPC : 3
DSPC : 4
DSPC : 5
DSPC : 6
DSPC : 7
DSPC : 8
DSPC : 9
DSPC : 10
DSPC : 11
DSPC : 12
DSPC : 13
DSPC : 14
DSPC : 15
DSPC : 16
DSPC : 17
DSPC : 18
DSPC : 19
DSPC : 20
DSPC : 21
DSPC : 22
DSPC : 23
DSPC : 24
DSPC : 25
DSPC : 26
DSPC : 27
DSPC : 28
DSPC : 29
DSPC : 30
DSPC : 31
DSPC : 32
DSPC : 33
DSPC : 34
DSPC : 35
DSPC : 36
DSPC : 37
DSPC : 38
DSPC : 39
DSPC : 40
DSPC : 41
DSPC : 42
DSPC : 43
DSPC : 44
DSPC : 45
DSPC : 46
DSPC : 47
DSPC : 48
DSPC : 49
DSPC : 50
DSPC : 51
DSPC : 52
DSPC : 53
DSPC : 54
DSPC : 55
DSPC : 56
DSPC : 57
DSPC : 58
DSPC : 59
DSPC : 60
DSPC : 61
DSPC : 62
DSPC : 63
DSPC : 64
DSPC : 65
DSPC : 66
DSPC : 67
DSPC : 68
DSPC : 69
DSPC : 70
DSPC : 71
DSPC : 72
DSPC : 73
DSPC : 74
DSPC : 75
DSPC : 76
DSPC : 77
DSPC : 78
DSPC : 79
DSPC : 80
DSPC : 81
DSPC : 82
DSPC : 84
DSPC : 85
DSPC : 86
DSPC : 87
DSPC : 88
DSPC : 89
DSPC : 90
DSPC : 91
DSPC : 92
DSPC : 93
AUTHOR NOTES ♡
DSPC : 94 ( FINAL )
AUTHOR NOTES ♡

DSPC : 83

24.5K 1.2K 19
By aunisabiha

Kereta jenama Audi R8 itu menjadi santapan mata hazelnya. Tangannya masih ligat mencampakkan segala harta karun yang tidak berguna di dalam kereta itu keluar. Selesai sahaja misi mengemas, baju melayu gold yang tersarung di tubuh sasa itu ditiliknya pula di hadapan cermin kereta. Rambut keperangan asli itu diperkemaskannya dengan jemari. Cermin mata hitam pula dipakainya. Sekali lagi ditilik wajahnya dari atas ke bawah. Kacak dan bergaya bukan?

"Boleh tahan hensem jugak aku ni."

"Level-level lelaki melayu terakhir."

Pintu kereta Audi R8 itu dibukanya. Laju sahaja pungungnya mendarat pada sofa empuk itu. Stereng kereta dipegang kejap lantas perjalanan pun bermula. Doa dititipnya di dalam hati agar perjalanan itu dilindungi oleh yang Maha Esa. Bila difikirkan kembali, bagaimana rancangannya untuk melamar gadis itu? Pura-pura terserempak di majlis? Buat-buat terlanggar ketika mengambil makanan? Atau menyamar menjadi tetamu biasa?

Jarinya terus dipetik tatkala idea bernas menjelma di benak fikiran. Moga gadis yang ingin dijadikan bidadari syurga itu mampu menerima dirinya ini kembali. Hari ini adalah hari penentu baginya. Perasaannya sedikit berdebar jika teringat akan gadis itu. Apakah jawapannya nanti? Adakah dia sudi menerima dengan hati yang terbuka? Dengan rela dan bukan kerana terpaksa?

Jayakan watak kau si hero bagi merebut hati heroin kembali.

"Bro dah sedia?" Bahu Zariff Isacc ditepuknya lembut. Siapa sangka, di antara mereka berdua, mamat romeo juliet ini yang jalan dahulu.

Zariff Isaac mengorak senyum akan pertanyaan itu. Dia cuba membuang rasa gemuruh yang kian menggunung di hatinya. Mampukah dirinya berjabat tangan dengan tok kadi dan melafaznya dengan sekali lafaz sahaja? Mampukah dirinya memikul tanggungjawab dan amanat yang besar itu di kemudian hari? Perasaannya semakin bercampur baur pada masa kini.

"Kau tu dah sedia ke rebut hati dia?" Soalan yang sama maut diacukan pula buat lelaki bersebelahannya.

Segaris senyuman pantas terukir di bibir Isyraf Nazran. Anggukan penuh yakin dia berikan pada rakannya itu.

"Yakin dia akan terima?"

"Terpulang, keputusan pada dia dan aku akan terima seadanya."

"Boleh aku tau cara kau nak pikat dia tu macam mana?"

"Jalankan kerja sebagai pengantin. Jangan sibuk nak jaga tepi seluar baju melayu aku ni." Ujarnya sambil memegang seluarnya sebelum digoyangkan ke kiri dan ke kanan berkali-kali. Dia akhirnya terkekeh ketawa melihatkan muka rakannya itu yang sudah berubah toya.

"Tapi gentle lah, dah lama kut dia kerja dengan kau tapi takkan dia sikit pun tak boleh cam Tuan Naz tu Isy? Pelik doh aku."

"Aku rasa sekarang ni aku hensem, kacak lagi bergaya kut dari Isy zaman remaja dulu tu. Tu dia tak cam aku."

Kedua-dua mereka terus sahaja ketawa bagai nak gila. Sempat lagi rakannya itu mengangkat bakul sendiri. Dalam beberapa minit sahaja lagi, dia bakal menamatkan status bujangnya manakala Isy pula akan menamatkan status buayanya, eh?

"Pastikan berjaya Isy." Bahu sasa rakannya itu ditepuk perlahan. Dia tahu, rakannya itu sungguh kuat dan tabah untuk menggapai cintanya semula.

"Panggil aku Naz, aku kena berlakon lagi." Pantas Isyraf Nazran memperingatkan agar rakannya itu tidak alpa. Pengantin lelaki itu hanya menganggukkan kepala sambil memperbetulkan tengkolok di kepalanya yang mula hendak senget.

Mata bundar milik Ilya Nasuha dipejamkan rapat sambil bibir mungilnya itu dimuncungkan sedikit. Mujur tidak kejung sahaja wajahnya itu. Makeup sahaja sudah memakan masa lebih dari 2 jam. Habis kebas punggungnya itu duduk berlama di atas kerusi ini. Akhirnya, solekan indah mula memunculkan diri di wajah gebunya.

"Okay siap!" Ujar Qisya selaku mak andam pada hari penting ini.

Mata bundarnya yang sedari tadi ditutup erat lantas dibukanya perlahan. Ilya Nasuha terus sahaja terpaku. Dia sedikit terpegun dengan wajahnya tika ini. Hatinya mula melonjak gembira. Muka hantu kak limah sebentar tadi vavavum bertukar wajah!

"Suka?" Soal Qisya dengan senyuman yang mekar di bibir saat melihatkan gadis di hadapannya ini sudah mengangguk kepala tanda suka.

"Cantik sangat."

"Tengok tanganlah."

Qisya sudah kembang kempis menerima pujian. Mana taknya, dia ini adalah sebahagian dari mak andam yang sangat popular di universiti suatu tika dahulu. Dia juga telah dipilih menjadi mak andam buat beberapa orang artis ketika majlis walimatul urus mereka. Disebabkan itulah, dia sangat mahir dan mempunyai kepakaran dalam bidang ini.

"Jangan pengapit lagi cun dari pengantin sudah. Kang overshadowed pengantin pulak." Aina Manirah sudah memuncung.
Ilya Nasuha dan Qisya hanya mampu ketawa akan kata-kata yang terluah dari pengantin perempuan itu.

"Kau dah siap makeup kan Suha, pergi salin baju kau tu sekarang. Aku nak makeup pulak ni." Aina Manirah terus sahaja melabuhkan punggung bagi menadah muka untuk ditatarias oleh Qisya pula.

Qisya pantas sahaja memulakan aktivitinya itu dengan tekun sekali. Dia ingin menaikkan lagi seri bakal pengantin yang sedia ada cantik ini di hari bahagianya. Jika wajah ditatarias dengan cantik sempurna, pasti si pengantin akan nampak lebih anggun dan menawan di hari persandingan.

"Baju gold ni ke?" Ilya Nasuha menayangkan baju yang berada di dalam plastik itu pada kedua mereka yang sedang bersiap.

Aina Manirah hanya mengangguk perlahan. Dia masih sibuk dengan solekannya sekarang ini.

"Tak macam lawa sangat ke?"

"Pakai jelah, banyak bunyi." Aina Manirah marah. Sempat lagi dia berdecit sewaktu Ilya Nasuha masih mengomel sendirian akan baju itu.

Baju yang masih tergantung indah di dalam almari putih itu diambilnya jua. Amarah rakannya sebentar tadi hanya dibalasnya dengan gelak tawa. Langkah kaki dimajukan ke bilik lain bagi menukar persalinannya. Baju itu disarung pada tubuhnya dan sekali lagi dia terpegun. Ya rabbi, serupa model. Dia tidak menyangka apabila umurnya makin menginjak dewasa, tubuh badannya juga berubah langsing hingga digelar rangka oleh abangnya. Sekarang baru dia percaya apabila dirinya sudah serupa rangka bergerak.

"Macam kurus sangat je?"

"Kurus sebab makan hati mana taknya."

"Tapi apa nak dihiraukan, yang penting body kita hour glass cik kak oi."

Dia berpusing-pusing di hadapan cermin itu dengan gembira. Seronok tak terkata jadi princess! Melihatkan baju dress yang padan di tubuh, makeup yang cantik terhias di wajah, jujur dia sungguh teruja! Tudung shawl gold yang terdapat sedikit manik berton putih diambil lalu dililit pada kepala dengan kemas. Setelah selesai, segera dia berlalu keluar dengan high heels putih di tangan.

"Aku terima nikahnya Aina Manirah Binti Muhd Khairul dengan mas kahwin sebanyak 1000 ringgit tunai." Dengan sekali lafaz, status Aina Manirah sudah bertukar daripada single kepada isteri orang.

"Sah?"

"Sah."

"Amin....."

Mereka semua menadah dan mengaminkan doa yang dibaca oleh tok kadi. Zariff Isacc bangun dan berlalu pergi ke arah isterinya. Dia duduk di hadapan Aina Manirah, isterinya itu sambil tersenyum. Cincin saling bertukar tangan. Kucupan hangat diberikan tepat di dahi gadis itu. Setelah selesai segalanya, mereka berdua berjalan beriringan di atas karpet merah yang ditaburi bunga mawar segar. Kini yang terhias di ruang mata hanyalah pelamin indah yang dihiasi bunga-bungaan. Hati kedua pengantin mula berbunga riang.

Ilya Nasuha berjalan membuntuti langkah temannya itu. Kipas untuk mengipas pengantin perempuan berada erat digenggaman kanannya. Pandangannya sengaja dikerlingkan bagi melihat pengapit lelaki yang sedang berdiri bersebelahannya. Tiba-tiba, dunia ini bagaikan terhenti saat sepasang mata itu sedang membalas pandangannya redup.

Mata itu milik Isyraf Nazran!

Terasa ingin sekali dia berlari jauh dari situ namun mengenangkan hari ini merupakan hari bahagia temannya, hasrat itu dibatalkannya segera. Bukankah dia sudah diugut oleh Aina Manirah awal-awal lagi? Buatnya dia buat hal, risau rakannya itu tidak mahu bersanding pula dengan suaminya nanti diatas pelamin itu. Hatinya semakin lama semakin berdetak hebat. Langkahnya dipercepatkan bagi terus berada di samping temannya.

Upacara bersanding dan makan beradab sudah selesai, kini upacara memotong kek pula sedang berlangsung. Kek cheese itu disuapnya perlahan sambil mata bundarnya melilau mencari kelibat pengapit lelaki itu ditengah-tengah orang ramai. Sedang dia leka menyuap, kedua-dua belah bahunya dipeluk erat dari arah belakang dengan selamba. Pantas dia mendongak bagi menghadap gerangan yang memperlakukannya.

Segala persoalan mula timbul di fikirannya. Bagaimana Tuan Naz boleh berkenalan dengan Aina Manirah dan Zariff Isacc, rakannya itu? Kalau sekadar datang wedding sahaja boleh diterima lagi, ini siap jadi pengapit pengantin lelaki pula.

'Jangan-jangan tuan ni Isy, tapi mana mungkin?'

Untuk menutup rasa kekok, dia segera menayangkan senyum pada lelaki itu. Kek cheese itu disumbatkannya lagi ke dalam mulut. Dia ingin rasa kekok ini berlalu pergi dengan digantikan dengan rasa manis dari pemanis mulut ini.

"Boleh aku kunci senyuman tu dengan mulut aku?"

Ilya Nasuha terpanar. Matanya pantas merenung lelaki di hadapannya itu tanpa lepas. Tolong beri penjelasan sikit boleh? Aku ni dah lah lembab kalah kura-kura lumba lari dengan arnab tu, eh? Kenapa dan mengapa lelaki itu tiba-tiba sahaja beriak seperti Isy? Kemanakah perginya Tuan Naz, bosnya itu?

Ilya Nasuha masih setia merenung dirinya tanpa lepas. Tanpa sebarang kata yang keluar dari mulutnya, kepala gadis itu terus digosoknya perlahan sebelum dia berlalu pergi. Bandana Headband yang berada di telapak tangannya mula diikat di kepalanya. Walaupun dirinya sedang berbaju melayu sekarang ini, dia langsung tidak menghiraukan pemakaiannya sekarang ini. Yang dia tahu, dia ingin memberikan gadis itu petunjuk lagi dan lagi mengenai siapakah dia yang sebenarnya.

Ilya Nasuha hanya memerhatikan gelagat lelaki itu. Dari bandana itu dipegang hingga diikatkan di kepalanya, dia sudah dapat mengagak siapa lelaki itu sebenarnya. Puih, cinta yang hilang ditelan bumi kini kembali semula! Dia terus berlalu pergi seraya bayangan lelaki itu segera ditepisnya jauh dari fikiran. Kalau tidak boleh di tepis biar dia taekwando terus!

Mujur perkahwinan rakannya itu menjadi asbab yang cukup kuat untuk dia terus bertahan dan beriak tenang di sini. Jika tidak, pasti dia sudah melarikan diri dengan jauh dari Tuan Naz. Biarlah nanti akan ada scene kejar mengejar dan terkejar oleh Tuan Naz bagi merebut cintanya kembali. Walaupun cintanya itu masih sentiasa mekar di dalam hatinya buat Tuan Naz dan juga Isyraf Nazran.

"Suha, malam ni ada tari menari untuk raikan aku dengan Isacc, so kau wajib hadir. Soal baju kau tak perlu risau sebab ni Aina Maniro, aku dah settelkan semua. So cik adik manis, no more excuse." Aina Manirah memandang rakannya yang sudah membuat muka lepat pisang basi.

"Soal menari tu yang Suha tak suka tu."

"Irah pun tahu kan yang Suha ni keras macam kayu. Kang tengah elok korang dua menari feeling-feeling, tup-tup rosak majlis tari menari korang sebab tarian robot Suha!"

Ilya Nasuha sudah menggelengkan kepalanya beberapa kali seraya menidakkan kata-kata rakannya itu. Memang dia tidak akan sesekali memalukan dirinya untuk menari di majlis rakannya itu. Buatnya nanti dia menari seperti kera kena belacan, tak ke malu?

"Aku tak kira, kau kena datang."

"Soal pasangan menari pula kau akan tahu nanti. Bukan dengan aku, but someone special in your heart."

"Dahlah aku busy ni. Jumpa malam ni okay." Aina Manirah terus berlalu pergi bagi mendapatkan suaminya. Malas dia hendak berlama dengan rakannya itu, nanti makin berganda-ganda alasan yang diberikan oleh gadis itu padanya.

Ilya Nasuha hanya mengangguk seraya mengiyakan permintaan gadis itu. Mahu tidak mahu, hari ini sahaja dia perlu turuti permintaan Aina Manirah. Maklumlah, hari ini kan hari rakannya itu bergelar raja sehari, so kita bagi lah dia peluang. Kalau hari lain, jangan haraplah!

Tapi jika hendak difikirkan semula, siapakah someone special in your heart yang dimaksudkan oleh Aina Manirah sebentar tadi? Adakah rakannya itu memaksudkan Isy? Hanya Isy yang pernah mendapat tempat di dalam hatinya ini. Jadi benarlah Isyraf Nazran adalah Tuan Naz sekarang ini. Namun akalnya sedaya upaya cuba menidakkan. Dia masih tidak bersedia untuk mempercayainya.

"Tapi macam mana kalau Isy tu Tuan Naz?"

"Patut ke aku terima cinta mereka?"

"Tapi cinta yang mana?"

"Cinta dari Isy atau cinta dari Tuan Naz?"

Bayangan Isyraf Nazran dan Tuan Naz muncul silih berganti di ruang mindanya. Siapa mereka berdua sebenarnya? Adakah mereka orang yang sama? Atau adakah sebenarnya Tuan Naz itu doppelgangger kepada Isyraf Nazran? Atau mungkin Tuan Naz merupakan kembar yang sudah lama terpisah? Atau mungkin boleh jadi yang Tuan Naz antara tujuh manusia yang raut wajahnya serupa dengan Isy?

Ilya Nasuha makin bertambah keliru. Jujur, walaupun hatinya kuat mengatakan bahwa Tuan Naz adalah Isyraf Nazran, akalnya masih kuat untuk menidakkan. Kenapa perasaannya ini semakin hari semakin tidak tenteram tatkala memikirkan perihal itu? Akhirnya, hanya keluhan panjang yang meniti di ruangan bibirnya. Jujur, dia sendiri penat untuk melakar jalan ceritanya lagi. Jika dia memang berjodoh dengan lelaki itu, dia akan menerimanya lagi seperti di zaman remajanya dulu.

Sungguh, cintanya pada Isyraf Nazran akan sentiasa mekar dan terus mekar biarpun setelah tujuh tahun berlalu. Bukankah remaja lelaki itu pernah berjanji yang dia akan berkahwin dengan diri ini selepas tujuh tahun? Pasti remaja lelaki itu ingin menunaikan janjinya terhadap diri ini.

Bayangan silam mula menjelma memenuhi realiti . Namun mengapa hati masih berdetak hebat seakan tidak pasti ? Adakah hati ini masih utuh berdiri pada pujaan hati yang sudah berlalu pergi ?

Continue Reading

You'll Also Like

411K 14.6K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
1.6M 75.5K 60
"𝙨𝙝𝙚 𝙘𝙝𝙖𝙨𝙚𝙙 𝙖𝙬𝙖𝙮 𝙢𝙮 𝙙𝙚𝙢𝙤𝙣𝙨 𝙬𝙞𝙩𝙝 𝙩𝙝𝙚 𝙨𝙩𝙖𝙧 𝙞𝙣 𝙝𝙚𝙧 𝙚𝙮𝙚𝙨" Known as My Fierce Headprefect WARNING! Sumpah cerita...
176K 11.3K 33
Adam Hirdy | Azalea
207K 27K 97
ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20