Suamiku Annoying !

By NialMusic

217K 9.1K 702

Seawal usiaku mencecah 16 tahun, hidupku yang aman damai menjadi kacau bilau bila hadirnya seorang pelajar le... More

Sinopsis
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Author's Note
Part 9
Part 10
Part 11
Author's Note
Author's Note
Part 13
Author's Note
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23

Part 12

7.7K 399 23
By NialMusic

Kini sudah empat hari fikiranku bercelaru. Kenapa macam familiar je mata tu ? Argh, serabut la weh. Siapa  ?!

Hari ni dah hari Khamis. Bermakna tinggal esok je waktu untuk kami berlatih. Semua persiapan dah siap. Aku jadi excited lebih pula, bila Aunty Syazana nak sponsor baju masa kitaorang nak perform nanti. Muhahaha, mesti gempak nanti. Ceh kau Ed berangan je lebih.

Aunty Syazana mencadangkan Airil memakai tuxedo putih bersama kemeja biru dan aku pula pakai gaun labuh warna putih dan bereben biru. Tudung pula senada dengan kemeja Airil. Mula - mula nak bantah juga tapi mengenangkan dia yang nak sponsor. Aku diamkan je walaupun hati ni tak sudi huhu

Izz dengan Fara pula mengambil tema merah. Aku pula yang teruja melihat baju diorang. Baju aku, aku buat dek je. Kenapa ? sebab sama dengan Airil mungkin ? hahahaha

" Ed ? Tak nak balik ke. Nak stay dekat sini juga ke macam hari tu" Lamunanku terhenti apabila suara Airil menyapa gegendang telingaku. Aku lihat abang dah sampai depan pagar rumah Airil. Laa, macam mana aku boleh tak perasan ni ? huhu

" Okay, balik dulu" Aku melangkah keluar rumah. Langkahku makin perlahan. Haish, apahal macam tak sedap hati je ni. Macam tak nak balik rumah. Huish, gila kau ni Ed. Aku menggeleng - gelengkan kepalaku. 

" Hai abang" Aku menyapa ceria sebaik sahaja menutup pintu kereta. Aku dapat lihat muka abang ketat. Ni apahal pulak ni ?

" Gaduh dengan Kak Zara eh " Aku bertanya lagi sengaja mengacau pemanduannya. Eh eh dia ni kenapa.

Aku mengerutkan dahi apabila dia melencong ke tempat lain. Apahal abang ni ? Menakutkan betul la.

" Abang nak pergi mana ni ?" Soalanku tidak berjawab

Okay, sumpah aku rasa sekarang aku tengah cakap dengan patung. At least kalau patung betul tak adalah sakit hati sangat sebab tahu memang dia tak boleh cakap masalahnya ni manusia okay. 

Zafran memberhentikan keretanya di taman permainan berdekatan dengan kawasan perumahan mereka. Aku mencebik

" Cakap je la nak pergi taman. Dah macam tak ada suara pula nak cakap" Aku merungut. Zafran hanya membeku dalam kereta

" Abang ni kenapa ? Kalau nak release tension pun nanti - nanti lah. Ed nak balik rumah la bang. Nak mandi, nak solat lagi. Ed tak Asar lagi ni" Zafran mengeluh. Pandangan matanya kembali menjadi redup memandangku

" Ed, kalau something berlaku dekat rumah nanti. Abang nak Ed kawal perasaan Ed. Abang mohon sangat - sangat" Zafran menggosok perlahan kepala adiknya itu. Apa benda pula ni ? Jangan la buat aku takut woi !

Zafran memulakan pemanduannya kembali menuju ke rumah mereka. Aku terus membuka pintu meluru keluar. 

" Assalamualaikum ibu !" Aku masuk kedalam rumah. Tak sabar nak tunjuk dekat ibu baju tu

" Waalaikumussalam Ed. Anak ibu dah balik ? " Puan Maya tersenyum sambil menyembunyikan muka cemasnya. Mataku terarah kepada lelaki yang dalam lingkungan 40- an duduk diatas sebuah sofa di ruang tamu. 

Mata tu ! Mata yang sama buat fikiranku bercelaru. Siapa ni ?!

" Edrianna, anak papa.." Lelaki itu bersuara. Bagaikan terkena halilintar, aku tersentak

" Papa, kenapa mata Ed warna coklat cair ? Kawan Ed semua cakap mata Ed pelik" Adu aku kepada papa. Papa cuma tersenyum

" Itu biasa lah sayang. Biar je kawan Ed nak cakap apa pun. Ed, dapat mata ni sebab mata papa pun macam Ed juga. Cuba tengok " Aku merenung mata papa kemudia tersenyum lalu memeluk leher papa

" Haah la papa. Sama dengan Ed. Maknanya Ed anak kesayangan papa la kan sebab tu mata Ed sama macam papa" Papa tergelak kecil.

" Ya sayang. Pandai anak papa ni" Papa mencuit hidungku sedikit membuat aku tersenyum bahagia

Aku memejamkan mata. Kenangan masa aku berusia 8 tahun perlahan - lahan hilang dalam kepalaku. Patutlah.. patutlah mata tu mampu buat jantung aku berdebar. Patutlah ! Antara aku dengan abang, aku sahaja yang ikut mata papa manakala abang pula ikut mata ibu warna hitam pekat.

Dan hari ini, lelaki itu muncul kembali dihadapan mataku. Puan Maya terdiam. Zafran pula hanya berdiri dibelakang adiknya itu

" Kau buat apa datang sini balik ?" Aku bersuara dengan nada sinis. Zafran tersentak mendengar bicara adiknya itu

" Ed .." Zafran menegur

" Aku ulang balik, kau buat apa datang sini balik hah ?!" Nada suaraku tidak mampu dikawal lagi. Emosiku mula tak stabil. Kejadian setahun lepas mula terlayar bagaikan video di dalam kepalaku.

" Ed, papa datang sini sebab nak minta maaf dekat Ed untuk apa yang berlaku tahun lepas" Encik Aiman bersuara.

" Heh, minta maaf kau kata ?! Hei, pergi matilah dengan maaf kau tu. Aku tak ingin la nak maafkan kau ! Setelah apa yang kau buat, kau berani lagi kan mengaku kau tu papa aku" Aku berkata lepas

Pangg !!

Aku memegang pipiku yang terasa kebas. Mataku mencerlung kepada abang yang baru sahaja naik tangan kepadaku. Aku tersenyum sinis.

" Wow, abang sanggup lempang Ed sebab dia ni ? So, great !" Air mataku mula bergenang ditubir mata. Aku cuba untuk tahan

" Behave with your words Ed. Dia yang Ed maksudkan tu still papa Ed , jadi tolong hormat dia ! Jangan nak jadi kurang ajar" Zafran menengkingku. 

Air mataku mula menitik satu persatu. Tak pernah abang marahku sebegitu sekali. Dia marah aku sebab jantan tak guna tu ? Pergi mati la weh !

Tanpa berkata apa -apa, aku terus berlari naik ke bilikku lalu mengunci pintu. Hatiku hancur.

" Sudah tu Zaf. Biarkan dia dulu" Puan Maya mencelah. Dia juga masih terkejut dengan penerimaan Ed. Sungguh tak sangka anak perempuannya itu masih tidak boleh terima keadaan tersebut

" Maafkan Ed ya pa dia cakap macam tu tadi" Zafran mewakilkan Ed meminta maaf kepada papanya itu

" Tak apa Zaf. Papa tak ambil hati pun. Papa faham" Encik Aiman tersenyum tawar. Tipulah kalau hati tuanya itu tidak terguris lansung dengan apa yang dikatakan oleh satu - satu anak perempuannya itu tetapi dia faham. Kalau dia dekat tempat Ed pun dia akan melakukan sebegitu.

_______________________________________________________________________

" Ed, buka pintu ni sayang. Ibu ni" Setelah berkali - kali diketuk, aku mengalah. Tombol pintu dipulas, pintu bilik dibuka membenarkan ibu masuk. Aku kembali duduk diatas katil.

" Ed, kenapa cakap macam tu dekat papa ? Tak baik tau" Puan Maya berkata lembut. Dia tahu kekerasan buka cara yang sesuai untuk lembutkan hati anak perempuannya yang keras itu.

" Dia bukan papa Ed"

" Ed.."

" He's not my father ! Kalau itu papa Ed,dia takkan buat macam tu dekat ibu setahun lepas. Dia tak akan ibu !" Nada suaraku kembali menjadi serak. Mataku pula sudah bengkak kerana banyak sangat dah air mata keluar

" Ibu tahu Ed susah nak terima. Ya, ibu dah maafkan papa kamu. Ed cubalah lembutkan hati Ed, dengar dulu penjelasan papa" Aku diam. Dalam keadaa begitu, aku dah tak mampu berfikir

" Dah. Ed rehat dulu okay. Jangan lupa Solat Isyak " Puan Maya bangun lalu melangkah keluar dari bilik anaknya itu.

___________________________________________________________________

" Ed, bangun solat subuh" Puan Maya menggerakkan anaknya itu bangun. Namun, tubuh Ed diam tidak berkutik

" Ed, bangun sayang. Solat lepastu siap - siap pergi sekolah" Melihat Ed tidak memberikan apa - apa respon , dia menyentuh dahi gadis itu. Panas ! Ya Allah, Ed demam rupanya.

Dia cepat - cepat turun kedapur. Mengambil tuala basah. Dia perlahan - lahan meletakkan tuala tersebut diatas dahi anaknya itu. Puan Maya merenung anaknya itu dengan pandangan sayu. Ya Allah kau tabahkan la hati anakku ini.

"Ibu.. ibuu. Jangan tinggalkan Ed ibuu" Ed mula meracau - racau. Puan Maya mengelus rambut anaknya perlahan

" Ya sayang, ibu ada dekat sini"

" Fara, mana Ed ? Kenapa tak datang hari ni?" Airil terus bertanya apabila waktu rehat bermula

" I don't know Airil. Aku try whatsapp dia semalam tanya pasal homework sains ni ha. Dia tak reply pun. Dia off phone sekali tau" Jelas Fara. Jelas riak risau dimukanya

" Jarang Ed off handphone dia kalau dia tak ada apa masalah" Airil mengeluh. Apa dah jadi dekat Ed ni?

" Tak apa Fara. Aku try call abang dia petang ni. Latihan, kita cancel okay ? Hari ni kita rehat. Esok nak perform dah" Fara mengangguk faham. Ed, kau kenapa . Jangan buat aku risau

_______________________________________________________________

Airil menimbang - nimbang handphonenya itu.

" Ed demam panas " Itu lah yang dikatakan oleh Zafran sebentar tadi apabila dia bertanyakan perihal Ed.

" Kenapa ?" Dia bertanya

" Jumpa aku dekat tempat biasa pukul 3" Zafran terus menamatkan panggilannya. Eh, Zaf ni kenapa ? Apa yang dah berlaku sebenarnya.

Dia merenung jam yang tergantung didinding. Lagi 15 minit nak pukul 3. Dia turun keruang tamu.

" Eh Ril ? Kawan kamu tak datang ke hari ni?" Datin Syazana bertanya

" Tak ma. Hari ni rehat je" Airil menjawab.

" Abang, Kakak Ed tak datang ke hari ni ? Nia nak bagi ni dekat dia" Rania menunjukkan sebuah lukisan menggunakan crayon. Dalam lukisan tersebut terdapat seorang remaja perempuan erm mungkin Ed sedang memegang tangan seorang budak perempuan kecil. Rania la tu

" Takpe meh sini abang bagi dekat dia. Abang nak pergi jumpa orang yang selalu ambil kak Ed balik tu" Rania menghulurkan lukisan tersebut

" Oh, boyfriend Kak Ed eh ?" Airil membulatkan mata

" Boyfriend ?"

" Haah. Kak Ed yang cakap" Rania bersuara lagi. Airil menggelengkan kepalanya. Macam - macam lah kau ni Ed.

" Siapa Ed, Airil ? Papa dah selalu dengar nama dia dalam rumah ni" Dato Ridhuan muncul dari dapur. Eh ? Papa dah balik?

Airil menggaru rambutnya yang tak gatal itu kemudian tersengih. Dato Ridhuan mengangkat kening melihat anak terunanya yang seorang tu.

" Papa, Kak Ed tu kan kawan abang Airil. Dia cantik, lepastu dia baik. Nia pernah nampak Kak Ed nyanyi sama - sama dengan abang hari tu. Kak Ed kan.." Airil menutup mulut adiknya itu sebelum dia dapat sambung macam - macam lagi. Dato Ridhuan tergelak besar.

" Teringin pula papa nak jumpa budaknya. Dah sampai dua beradik ni pun dah sukanya" Airil berdehem. Papa ni la haish. Dia mengambil jaketnya. 

" Papa, mama Airil keluar jap. Ada hal"

" Okay, hati - hati ya Airil

____________________________________________________________________

Airil mengerling jam tangannya. Belum ada pukul 3 pun tapi dia dah nampak kelibat Zafran sudah duduk disebuah meja dalam McD itu.

" Sorry late " Airil menarik kerusi duduk berhadapan dengan Zafran

Zafran memandang muka Airil serius. " Aku harap kau tak cerita dekat siapa - siapa pasal apa yang aku nak bagitau kejap lagi. Lagipun kawan Ed yang tahu benda ni hanya Fara and Izz je. Kau, aku rasa kau patut tahu benda ni"

Airil membetulkan duduknya. Bersedia untuk mendengar

" Setahun lepas, masa Ed Form 3 . Aku still dekat oversea sambung belajar. Masa tu tinggal papa , ibu dengan Ed je dekat rumah. Aku tak tahu Ril, tak tahu lansung. Sikap papa mula berubah. Aku tak tahu siapa yang pengaruh dia minum arak, main judi semua tu. Papa totally change. Ed ada juga call aku, bagitau aku pasal benda ni semua. Tapi, aku cakap dekat dia selagi boleh handle . Try to handle it" Zafran mengeluh

" Aku bodoh sangat masa tu Ril. Aku sebagai anak lelaki tak mampu nak lindungi ibu dengan Ed masa tu. Setiap malam, ibu akan selalu tunggu papa balik and setiap malam juga la papa dengan ibu bergaduh. Papa balik dalam keadaan mabuk la apa la. Ada satu malam tu, Ed terjaga . Dia dengar papa dengan ibu gaduh lepastu dengar bunyi benda pecah" Airil sudah menelan liurnya. Macam sudah tahu cerita seterusnya

" Ed bangun lepastu keluar bilik. Dia nampak papa hentak kepala ibu dekat dinding. Aku pun tak tahu apa yang ada dalam fikiran Ed. Dia terus tolak papa. Papa dalam pengaruh arak masa tu. Dia terus ambil pasu nak hentak kepala Ed. Tapi Ed sempat elak. But, ada serpihan kaca yang terkena dahi Ed. Kau pun nampak kan ada parut kecil dekat dahi dia tu" Airil mengangguk.

" Masa tu ibu dah pengsan dah. Papa yang nampak benda itu berlaku terus lari. Ed gadis kuat Ril. Dia terus pergi minta tolong jiran sebelah. Minta tolong hantar ibu dekat hospital. Thanks God Airil. Ibu tak kena kecederaan parah. Aku yang baru dapat tahu terus ambil keputusan drastik , berhenti study dekat oversea and sambung dekat Malaysia je" Airil mengangguk perlahan. Dia sungguh tak sangka disebalik wajah ceria gadis itu terselit 1001 duka yang dia tanggung.

" And, semalam papa datang balik" Airil terus mengangkat muka

" What?!"

" Yes, Ed jumpa dia masa lepas aku ambil dia balik dari rumah kau" Jelas Zafran

" Kau tahu apa reaksi dia masa papa datang rumah masa tu. Dia tengking papa, Airil. Aku macam tak boleh terima apa yang dia buat and aku terlempang dia" Zafran rasa bersalah.

Airil membulatkan matanya " Kau lempang dia ?!"

" Yes Airil. Aku tak sengaja. Aku just tak boleh terima dia tengking papa macam tu"

" Ed, rapat dengan papa dia ke ?" Airil bertanya

" Rapat. Sangat rapat sebelum papa berubah. Sebab tu dia macam tak boleh terima bila papa buat dia macam tu"

Airil mengeluh " Aku bukan la nak masuk campur bro. Aku pun tak nak la berpihak kepada sesiapa. Tapi, I think kau perlu bagi dia masa untuk terima semua benda ni. Siapa yang tak terkejut kalau orang yang di sayang, pergi lepastu datang balik dalam keadaan mengejut ?" 

Zafran terdiam. Ada betul juga kata - kata Airil. Dia macam rasa Airil pula yang lebih tua daripadanya sekarang hahaha

" Thanks beb . Aku harap kau tak cerita dekat siapa - siapa okay" Airil mengangguk.  Tiba - tiba dia teringat.

" Jap, sebab tu ke dia susah nak terima orang baru dalam hidup dia lagi - lagi lelaki" Airil bertanya ingin tahu

Zafran mengangguk " Yup, sejak tu Ed dah macam tak percaya mana - mana lelaki selain aku. Sampai satu tahap dia pernah sembur Izz kaw - kaw punya. Tapi, itu dulu la. Sekarang dah okay sikit la kut sebab dia dapat terima kau" Zafran mengangkat keningnya berkali - kali. Airil tergelak.

" Weh, jap ! Sumpah, gila. Esok kitaorang nak perform beb. Habistu Ed tak ada macam mana?" Airil bertanya cemas.

Zafran tergamam 

" Weh Zaf tolong lah pujuk dia bro datang esok . Mati aku kalau dia tak datang beb" Airil separuh merayu. Zafran kelihatan serba salah

" Err, tengok la nanti. Aku tak nak bagi kau harapan apa - apa " Airil mengeluh. Ya Allah, apa aku nak buat ni

" Okay la bro, chow dulu ! Aku nak tengok keadaan dekat rumah. Risau pula aku dekat Ed ni" Zafran berura - ura untuk bangun

" Eh, jap. Nah bagi dekat Ed. Cakap adik ipar dia bagi hahaha" Zafran tergelak mendengar bicara Airil

Mata Airil menghantar kelibat Zafran yang perlahan - lahan hilang dari pandangan. Dia meraup mukanya.

' Ed, jangan buat hal please ' Gumam Airil perlahan.

Hai, thanks for reading semua. Jangan lupa vote and comment banyak - banyak tau :)

Continue Reading

You'll Also Like

1M 36.2K 69
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
77.4K 4.6K 67
Ayra - gadis cantik yang terpaksa mendewasa sebelum usianya.Menjadi anak nombor dua dan sentiasa terpaksa menjaga orang di sekelilingnya.Saat orang l...
73.3K 9K 24
4th story 🤍 Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi...
33.8K 3.4K 38
RAJA MALIK SYAHIR x EVELYN SKYE Dalam dunia korporat yang penuh dengan intrik dan misteri, Evelyn Skye, wanita Alpha; seorang pewaris empayar perni...