DIA SI PEMBEKU CINTA : C

By aunisabiha

2.6M 136K 3K

Tiada ungkapan lain yang boleh diucapkan selain beku , sejuk dan dingin . Itu merupakan ungkapan yang sangat... More

DSPC : 1
DSPC : 2
DSPC : 3
DSPC : 4
DSPC : 5
DSPC : 6
DSPC : 7
DSPC : 8
DSPC : 9
DSPC : 10
DSPC : 11
DSPC : 12
DSPC : 13
DSPC : 14
DSPC : 15
DSPC : 16
DSPC : 17
DSPC : 18
DSPC : 19
DSPC : 20
DSPC : 21
DSPC : 22
DSPC : 23
DSPC : 24
DSPC : 25
DSPC : 26
DSPC : 27
DSPC : 28
DSPC : 29
DSPC : 30
DSPC : 31
DSPC : 32
DSPC : 33
DSPC : 34
DSPC : 35
DSPC : 36
DSPC : 37
DSPC : 38
DSPC : 39
DSPC : 40
DSPC : 41
DSPC : 42
DSPC : 43
DSPC : 44
DSPC : 45
DSPC : 46
DSPC : 47
DSPC : 48
DSPC : 49
DSPC : 50
DSPC : 51
DSPC : 52
DSPC : 53
DSPC : 54
DSPC : 55
DSPC : 56
DSPC : 57
DSPC : 58
DSPC : 59
DSPC : 60
DSPC : 61
DSPC : 62
DSPC : 63
DSPC : 64
DSPC : 65
DSPC : 66
DSPC : 67
DSPC : 68
DSPC : 69
DSPC : 70
DSPC : 71
DSPC : 72
DSPC : 74
DSPC : 75
DSPC : 76
DSPC : 77
DSPC : 78
DSPC : 79
DSPC : 80
DSPC : 81
DSPC : 82
DSPC : 83
DSPC : 84
DSPC : 85
DSPC : 86
DSPC : 87
DSPC : 88
DSPC : 89
DSPC : 90
DSPC : 91
DSPC : 92
DSPC : 93
DSPC : 94 ( FINAL )

DSPC : 73

20.4K 1.1K 46
By aunisabiha

Persekitaran luar kondominium itu diamati oleh Isyraf Nazran dengan penuh asyik. Persekitaran itu kelihatan begitu mewah sekali di pandangan mata remaja belasan tahun sepertinya ini. Dia laju mengorak langkah membuntuti langkah kaki di hadapannya itu. Pintu kondominium bernombor 233 itu dibuka menggunakan kad yang tersedia.

Langkah kakinya terus sahaja diaturkan bagi memasuki ke dalam kondominium itu. Dia terus sahaja tergamam. Deco di segenap inci kondominium mewah itu sungguh luar biasa di pandangan matanya. Berbeza sungguh dengan kediamannya dahulu bersama mama. Terasa kini, harta milik papanya bagai sedang dihempuk kearahnya.

"Semua ni aku punya ke?" Pertanyaan itu terus sahaja terpacul keluar dari bibirnya.

Jujur, hatinya kini berasa sungguh senang dengan kemewahan yang dikecapinya sekarang. Sewaktu duduk bersama dengan mama, banyak benda yang perlu dia usaha dengan sendirinya. Namun kini, semuanya sudah terhidang di depan mata. Dia tidak perlu lagi bersusah payah seperti dahulu. Hati remajanya sungguh girang dengan keputusan yang dibuatnya.

Tan Sri Syamreez hanya membalas pertanyaan itu dengan anggukan bersahaja.

"Kereta?"

Hati tuanya itu sudah mampu mengagak apa yang sedang bermain di minda anaknya itu. Kunci kereta yang sedari tadi berada di pegangannya terus sahaja dibaling pada Isyraf Nazran. Dengan tangkas kunci kereta itu ditangkap oleh anaknya itu.

"Kunci kereta?!"

"Ya. Ada kat bawah."

Bibirnya itu sekali lagi melukis senyum penuh makna. Dengan tidak perlu membanting tulang empat keratnya, kereta jenama Audi sudah terparkir indah buat dirinya. Sepasang mata hazelnya itu menjamah wajah tua papanya lama.

"Aku punya juga ke?"

Tan Sri Syamreez mengangguk.

"Terima kasih." Ucapnya perlahan. Tengkuknya diusap perlahan bagi menghilangkan rasa gemuruhnya. Dia masih berasa kekok dengan lelaki tua itu walaupun lelaki itu merupakan ayah kandungnya sendiri.

"Sama-sama Isy. Papa berikan semua ni untuk kemudahan Isy juga. Kalau ada apa-apa hal, just call me, okay?" Jari-jemari tuanya lantas membuat isyarat telefon pada anaknya itu. Kelihatan anaknya itu hanya mengangguk tanda faham.

"Papa pergi dulu." Tan Sri Syamreez terus berlalu pergi meninggalkan anaknya. Dia tidak betah berlama kerana banyak pekerjaan yang harus diselesaikannya. Dia juga ingin memberi ruang buat anaknya menikmati kemewahan yang sedang dilemparkannya.

Pintu kondominium milik anaknya itu terus dikuaknya dari dalam sebelum tubuh tuanya itu terus hilang dari pandangan. Akhirnya, misinya untuk mengambil satu-satunya anaknya itu daripada bekas isterinya berjaya. Syarikatnya kini akan bakal berdiri kukuh kembali dengan kehadiran anaknya itu sebagai pelapisnya.

Langkah kaki Isyraf Nazran diorak perlahan menuju ke koridor. Sliding door lut sinar itu ditolaknya perlahan lalu dia menapak keluar. Terbentang luas di matanya tika ini akan bangunan-bangunan tinggi yang mencakar langit. Telefon bimbit yang berada di dalam poket seluar tiba-tiba sahaja bergetar lalu diseluk bagi mengambilnya.

'Iman Naim?'

Mengapa lelaki itu tiba-tiba sahaja menghubungi dirinya? Bukankah dia dan adik lelaki itu sudah lama tidak berhubung? Malas mahu mengulas panjang, talian lantas bersambung.

"Hello?"

"Kau buat apa dengan adik aku?!"

Hampir pecah gegendang telinganya itu apabila suara di hujung talian begitu kuat menengking dirinya. Telefon bimbitnya itu segera dijauhkan sedikit dari telinga.

"Aku buat apa?" Tanyanya bersahaja. Nada suaranya juga bagaikan tiada apa-apa yang pernah berlaku di antara mereka.

"Asal kau buat adik aku macam ni?!"

"Tak, aku buat apa?"

"Asal kau break dengan adik aku, hah? Asal?! Apa salah adik aku kat kau sampai kau tergamak tinggalkan dia?!" Nada suara itu semakin lama semakin meninggi. Mengapa lelaki itu boleh berpura-pura bodoh setelah meninggalkan adiknya sendirian?

"Slowtalk boleh tak? Yang kau beria-ria nak tengking aku ni asal, hah?!" Suaranya juga turut sama naik. Tidak ada angin, tidak ada juga ribut, tiba-tiba sahaja hendak menengking dirinya begitu. Sedangkan perpisahan di antara dirinya dan adik lelaki itu sudah berlalu cukup lama, mengapa baru sekarang hendak ditanya?

"Kenapa kau break dengan adik aku? Jujur lah dengan aku, aku cuma nak tahu punca sebenar." Kedengaran suara di hujung talian mulai kendur namun bergetar di hujungnya. Mungkin lelaki itu sedang menahan marah yang masih bersisa, andainya.

"Aku tak nak ada apa-apa kaitan dengan dia lagi dah. Asal kau nak marah aku? Keputusan aku kut."

"Oh keputusan. Keputusan bapak kau lah! Dulu kau yang menagih sangat cinta adik aku, bila kau taknak, kau buang dia macam tu je. Lelaki jenis apa kau ni, hah?!"

Iman Naim bengang. Dulu, segala sumpah setia lelaki itu tabur padanya untuk dia beri kepercayaan bahawa lelaki itu yang terbaik buat adiknya. Namun kini, apa yang sudah jadi di antara mereka? Meninggalkan dan ditinggalkan pula?

"Aku silap sebab percayakan lelaki macam kau. Aku silap sebab ingat kau mampu untuk cintakan adik aku sepenuh hati kau. Kau memang sial!"

"Aku letak dulu." Terus talian itu dimatikan oleh Isyraf Nazran. Keluhan berat terlepas saat matanya merenung skrin telefon bimbitnya itu. Wajah manis Ilya Nasuha terus sahaja menjadi santapan matanya.

"Aku bukan sengaja nak tinggalkan adik kau, Iman." Tuturnya perlahan. Hatinya pula dipagut dengan rasa bersalah pada gadis itu. Pandangannya terus sahaja jatuh pada kunci kereta yang berada di dalam genggamannya. Senyuman terus terhias di bibirnya. Jika masalah tidak punya jalan keluar, maka kita yang harus keluar jalan-jalan.

Villa agam bak istana yang berada di hadapannya itu direnung oleh Risya Rinna lama. Dalam fikirannya kini hanyalah duit, duit dan duit. Kaki jinjangnya itu mula berjalan dengan lenggang kangkung bagi memasuki perkarangan villa itu. Pintu villa yang sedang terbuka luas itu seperti sedang menanti akan kehadiran dirinya sahaja.

"Riel, where's uncle? Ada kat atas? Dalam office dia ke?" Tanya Risya Rinna pada Riel.

Skirt hitam singkat bersama baju yang terdedah di bahagian perut tersarung molek di tubuh ramping itu. Rambut perangnya pula disanggul tinggi hingga terserlah leher putih gebunya. Riel yang sedang memerhati gadis itu dari atas ke bawah pantas sahaja menelan liur.

"Tan Sri ada kat atas...." Ucap Riel meleret. Pinggang gadis itu terus dirangkulnya erat lalu dihidu leher gadis itu sedalamnya. Manis.

Risya Rinna naik rimas. Mengapa uncle perlu mengambil lelaki gatal sebegini untuk bekerja dibawahnya? Tidak bolehkah unclenya itu mengambil pekerja yang lebih gagah? Ini tidak, mamat sekeping yang gatal ini jugalah yang penuh setia bekerja di sini. Segera pelukan ke atas dirinya itu dilonggarkannya.

"Jangan berani sentuh I lagi." Amaran  diberikan pada Riel namun lelaki itu hanya tertawa sinis padanya.

"Kenapa you taknak bagi I sentuh you? Sebab I ni pekerja Tan Sri ke?" Tanya Riel tidak puas hati. Adakah kerana dia pekerja Tan Sri, gadis ini hanya memandangnya dengan sebelah mata? Bukankah mereka sama sahaja? Bekerja di bawah Tan Sri Syamreez?

"Just let me go." Belum sempat kakinya hendak melangkah pergi, dirinya telah ditarik oleh Riel. Riel segera mengunci gadis itu. Dilekapkan badan gadis itu rapat ke dinding dan badan sasanya pula menindih gadis itu. Tangannya elok sahaja mencengkam tangan Risya Rinna ke atas.

"What's wrong with you, Riel? You dah gila ke?!" Balas Risya Rinna separuh menjerit. Sudah masuk kali kedua Riel memperlakukan dirinya sebegini.

"Memang I gila. I gila sebab I dah lama  tahan perasaan I ni Risya." Riel tersenyum sinis. Nafasnya sengaja dihembus kasar ke belakang leher gadis itu. Ingin sahaja dia menerkam gadis itu sekarang ini dek kerana nafsu kudanya yang sedang membuak-buak.

"Lepaskan I Riel."

Riel hanya mampu ketawa. Mengapa rayuan gadis itu makin membuatkan dia teransang? Badannya makin dihimpit pada gadis itu, sengaja ingin menduga.

"I dapat apa kalau lepaskan you?"

"Please Riel...." Suara itu serta-merta berubah sendu dan wajahnya pula berubah redup. Nampaknya gadis ini benar-benar sedang memujuk rayu padanya agar melepaskannya dengan kadar segera.

Riel perlahan-lahan melepaskan Risya Rinna dari dakapannya. Dengan pantas gadis itu berlari menuju ke tingkat atas. Tidak sabar dia mahu berjumpa uncle atau lebih tepat lagi berjumpa dengan duitnya itu. Riel hanya memerhati setiap langkah gadis itu dengan debaran hati yang bergendang hebat. Satu hari nanti, dia akan mengendurikan gadis itu, tekadnya di dalam hati.

"Tok, tok, tok."

"Masuk."

Pintu lantas dikuak oleh Risya Rinna. Langkahnya diaturkan untuk masuk ke dalam bilik itu.

"Owh Isya rupanya, uncle ingatkan Riel tadi. How school? Okay?" Tan Sri Syamreez sengaja berbasa basi. Bukan dia tidak tahu niat sebenar gadis itu ke mari. Pasti gadis itu hendak menuntut duit seperti yang dijanjikan oleh mereka.

"Everything okay. Mana duit I?" Malas hendak beramah mesra, terus sahaja Risya Rinna bertanya akan tujuan asalnya itu.

"Ada. Minta pada Riel."

Bibir merahnya itu sudah dimuncungkan panjang. Tangannya pula disilangkan rapat ke dada montoknya. Mengapa dia harus meminta duit ganjarannya pada Riel? Bukankah duit itu patut diberikan padanya?

"Kenapa mesti Riel?"

Lelaki tua itu hanya mengukir senyum. Air kopi yang dibancuh oleh isteri mudanya lantas disisipnya perlahan. Dia berjeda seketika sebelum kembali memulakan bicaranya.

"Kan tugas ni uncle serahkan juga pada Riel. Jadi mahu atau tidak, Isya tetap perlu minta duit Isya pada dia."

Muka gadis itu makin cemberut menahan rasa. Mungkin dia tidak puas hati dengan apa yang diperlakukan oleh unclenya sekarang ini.

"Kenapa tak uncle?"

"Nak duit, minta dia."

Risya Rinna geram. Dia lantas sahaja bangun dari duduknya lalu berlalu keluar dari bilik itu. Kaki jinjangnya dihentakkan kuat tanda frustasi dengan apa yang berlaku sekarang ini. Mengapa unclenya itu hendak merumitkan keadaan? Mengapa unclenya tidak membahagikan terus duit itu kepada mereka berdua? Riel dan juga dirinya.

Pintu kereta Audi itu dibuka oleh Isyraf Nazran perlahan. Tubuh tinggi lampainya yang sedang keluar dari perut kereta mewah itu sengaja beriak sinis. Walaupun kekayaan yang dikecapinya sekarang ini sepenuhnya dari papanya, tidak salah jika dia hendak berlagak, bukan? Mana pernah dirinya ini senang seperti sekarang ini.

"Weh bro. Kereta kau ke?" Kepalanya terus sahaja dipalingkan pada suara yang seakan familiar di ruang pendengarannya, tapi empunya siapa? Lutfi Adam dan Danny?!

"Weh, lama aku tak jumpa korang."

Pelukannya terus dieratkan pada rakannya itu sebelum Lutfi Adam merungkaikannya. Belakang rakannya itu diperhatikannya lalu ditoleh pandangannya ke kiri dan ke kanan seakan sedang mencari sesuatu yang hilang.

"Kau cari apa Lut?" Bahu lelaki itu ditumbuknya perlahan. Apa yang dicari oleh rakannya itu seperti mahu terputus urat lehernya?

"Cikaro kau mana keping?"

Bibirnya terus meletus tawa saat perkataan cikaro itu diutarakan oleh rakannya. Punyalah lama mereka tidak bersua muka, mengapa cikaro yang menjadi topik perbualan utama? Cubalah tanya macam mana kehidupan sekarang? Ada baik ke? Ini tidak, cikaro cikaro cikaro.

"Mana ada cikaro doh. Asal?"

Danny sudah berkerut kening. Bayangan gadis kecil itu serta-merta menerpa kembali di ruang mata. Bukankah dulu si keping ini sungguh bahagia bersama gadis itu? Mengapa sekarang lelaki itu berkata bahawa dia tidak lagi punya cikaro? Adakah sebenarnya gadis itu hanya cikaro sementara? Cikaro yang dibayar oleh keping?

"Ilya Nasuha?"

Tawa yang masih bersisa serta-merta lenyap tatkala sebaris nama itu disebut Danny dengan lancar. Senyuman yang sedari tadi tidak lengkang di bibirnya itu terus sahaja mati. Wajah itu berubah keruh seratus peratus.

"Kau asal?" Lutfi Adam segera memegang bahu lelaki itu. Mengapa dengan rakannya ini? Adakah cintanya bersama dengan gadis itu tidak kesampaian?

Tangan Lutfi Adam yang berada di bahunya ditepis lembut. Senyuman palsu segera dihiaskan di bibirnya seraya dia menggeleng perlahan tanda tiada apa-apa. Dia malas hendak meluahkan isi hatinya pada rakan-rakannya itu.

"Ni kereta kau ke?" Danny mengelilingi kereta mewah itu beberapa kali. Di wajahnya sekarang ini terhias riak gembira dan jakun semata-mata. Masakan tidak, remaja seperti mereka sudah punya kereta sendiri. Kalau kereta cikai-cikai boleh difikir dek akal, ini tidak, kereta anak-anak T20.

Gila kentang!

Isyraf Nazran hanya mengangguk bagi mengiyakan pertanyaan rakannya itu. Tawanya lantas sahaja pecah tatkala wajah rakan-rakannya itu sudah melopong kerana tidak mempercayainya.

"Gila lah kau keping. Kau biar betul ni kereta kau? Mana kau dapat?"

"Ada lah. Kau nak try naik?"

"Kepala otak kau lah. Niat nak ajak naik tu dah murni dah, tapi kalau tempat duduk pun ada dua baik tak payah. Mana kau nak letak si Danny ni nanti? Atas bumbung kau ke?" Lutfi Adam sudah tertawa besar akan ajakan itu.

"Haah lah. Lupa!!" Dahi putih bersih itu terus ditepuknya. Masakan tidak, dia juga lupa bahawa kereta mewah itu hanya muat untuk dua penumpang sahaja.

"Abang Reykarl dengan budak-budak lain macam mana? Apa cerita?"

"Kitaorang still together and still keep in touch dengan each others tapi taklah serapat dulu sebab masing-masing pun ada haluan hidup masing-masing, kan? Hah, sebelum aku terlupa, Abang Reykarl dengan Kak Mira nak khawin tau minggu depan." Jawab Danny panjang lebar.

"Seriously, next week?!"

Lutfi Adam hanya mengangguk mengiayakan kata-kata Danny sebentar tadi bagi menyakinkan Isyraf Nazran.

"Dia jemput kau dengan Ilya."

Perit dan pilu. Saat sebaris nama itu diutarakan lagi, hatinya bagai direntap dengan kilat yang menyambar.

"Kalau aku free aku datang."

Danny merenung wajah lelaki itu lama. Wajah itu seakan berselindung tentang sesuatu perkara dari pengetahuan mereka.

"Kenapa kau macam sembunyi sesuatu dari aku dengan lut hah? Aku dapat rasa something tak kena."

Belakang lehernya digaru sambil senyuman resah ditayangkan. Nak taknak dia harus memberitahu pada rakan-rakannya itu tentang apa yang berlaku di atas hubungannya bersama Ilya Nasuha. Lagi pula, untuk apa dia merahsiakannya? Ramai juga remaja di luar sana yang tidak berjaya dengan cinta.

"Aku dengan Ilya dah putus."

Kedua mereka terlopong.

"Asal?" Tanya mereka dua serentak. Kedua mereka sudah berpandangan antara satu sama lain tanda tidak percaya dengan berita yang didengarinya.

"Aku yang minta putus."

"Aku rasa aku tak mampu nak jaga hati perasaan dia lagi. Aku buat ni semua sebab aku terpaksa. Keadaan sekarang ni mendesak aku untuk lepaskan dia. Aku bukan sengaja nak lepaskan dia."

"Aku masih sayangkan dia."

Isyraf Nazran tersenyum saat perkataan sayang itu diutarakannya. Jujur, dia masih punya rasa sayang pada gadis itu. Gadis itu masih lagi jiwanya yang satu.

"Dahtu apa punca sebenar kau lepaskan dia kalau kau masih sayangkan dia lagi?" Tanya Danny panasaran.

"Keadaan yang mendesak aku untuk lepaskan dia Danny. Hidup aku sekarang ni belum stabil lagi sebab aku ikut bapak aku."

"Hah?!!"

Isyraf Nazran hanya diam. Dia pasti rakan-rakannya itu sangat terkejut tika ini. Masakan tidak, rakan-rakannya itu sendiri tahu betapa bencinya dia pada ayah kandungnya itu. Kini, dia sendiri yang membawa diri pada lelaki tua itu.

"Maksud kau sekarang ni, kau ikut bapak kau yang kau benci tu lah kan? Jadi, kau tinggalkan mama kau hidup seorang diri?"

Kepalanya diangguk perlahan. Benar sekali apa yang diperkatakan oleh rakannya itu.

"Kau tinggalkan mama kau, kau tinggalkan Ilya semata-mata untuk kau ikut lelaki sial tu? Kau biar betul ni keping? Kau dah fikir masak-masak ke dengan keputusan kau ni?"

"Sial-sial juga. Dia bapak aku."

Danny pantas menutup mulut akibat kelancangannya berkata-kata. Dia lupa seketika yang rakannya itu juga punya hati dan perasaan.

"Tapi apa kena mengena masalah keluarga kau ni dengan Ilya Nasuha?" Lutfi Adam masih tidak mengerti. Adakah keputusan lelaki itu untuk menamatkan hubungannya bersama Ilya Nasuha berkait dengan semua ini? Sesungguhnya, mereka masih tidak nampak perkaitan itu semua.

"Korang tetap tak faham ke?"

Mereka pantas menggeleng. Sungguh mereka tidak akan pernah faham dengan keputusan lelaki itu. Mereka perlukan penjelasan yang lebih.

"Aku nak fokus dengan masa depan aku dulu. Aku taknak terperangkap dengan cinta monyet zaman remaja macam ni."

"Aku lebih pilih kerjaya berbanding dengan cinta. Bapak aku tu akan serahkan company dia kat aku, sebab aku ni pelapis dia nanti bila dia dah bersara. Besar amanat yang dia beri pada aku."

"Jadi aku terpaksa pergi jauh dari hidup mama, aku terpaksa lepaskan Ilya sebab aku nak hidupkan masa depan aku sendiri. Walaupun masa depan aku tu sebenarnya di bawah jagaan bapak aku."

Lutfi Adam dan Danny terdiam. Masakan tidak, ada benar juga apa yang dikatakan oleh rakan mereka ini. Jika terperangkap dengan cinta, bagaimana rakannya ini ingin membina empayar syarikat yang diserahkan oleh ayahnya?

"Tapi aku masih sayangkan Ilya."

Bukan mudah apabila kalimat cinta sering didendang indah di bibir kini menjadi mainan rasa nan ngeri . Yang mampu memberi impak pada hidup yang hampir mati dan dikelilingi duri .

Continue Reading

You'll Also Like

7.4M 240K 30
US Mafia: 3rd Series [COMPLETE] "I'm not just a killer, but I'm also a headhunter. Peluru aku takkan pernah tersasar dari kepala orang. Ra...
3.7M 261K 59
Siapa sangka gadis kecil yang bernama Arya Amanda telah menarik perhatian si jejaka mafia Aidan Lutfi namun dibalik muka yang cantik lagikan comel i...
1M 70.2K 35
π‘¨π’…π’‚π’Ž π‘«π’“π’šπ’‚π’ ~ π‘¨π’šπ’‚π’π’‚ π‘«π’‚π’‰π’π’Šπ’‚ " Watch your eyes dude. " Adam Dryan Adam Dryan . Dingin . Garang . Aura yang ada pada dirinya...
1.6M 94.3K 75
"π‘―π’π’˜ 𝑳𝒐𝒗𝒆 π‘ͺ𝒂𝒏 𝑩𝒆 𝑺𝒐 π‘ͺ𝒓𝒖𝒆𝒍 𝒀𝒆𝒕 π‘Ίπ’˜π’†π’†π’• 𝑨𝒕 𝑻𝒉𝒆 π‘Ίπ’‚π’Žπ’† π‘»π’Šπ’Žπ’†?" Tengku Adyan Hayder vs Qaireen Zenia TENGKU ADYAN HA...