DIA SI PEMBEKU CINTA : C

By aunisabiha

2.8M 141K 3.4K

Tiada ungkapan lain yang boleh diucapkan selain beku , sejuk dan dingin . Itu merupakan ungkapan yang sangat... More

SINOPSIS
DSPC : 1
DSPC : 2
DSPC : 3
DSPC : 4
DSPC : 5
DSPC : 6
DSPC : 7
DSPC : 8
DSPC : 9
DSPC : 10
DSPC : 11
DSPC : 12
DSPC : 13
DSPC : 14
DSPC : 15
DSPC : 16
DSPC : 17
DSPC : 18
DSPC : 19
DSPC : 20
DSPC : 21
DSPC : 22
DSPC : 23
DSPC : 24
DSPC : 25
DSPC : 26
DSPC : 27
DSPC : 28
DSPC : 29
DSPC : 30
DSPC : 31
DSPC : 32
DSPC : 33
DSPC : 34
DSPC : 35
DSPC : 36
DSPC : 37
DSPC : 38
DSPC : 39
DSPC : 40
DSPC : 41
DSPC : 42
DSPC : 43
DSPC : 44
DSPC : 45
DSPC : 46
DSPC : 47
DSPC : 48
DSPC : 49
DSPC : 50
DSPC : 51
DSPC : 52
DSPC : 53
DSPC : 54
DSPC : 55
DSPC : 56
DSPC : 57
DSPC : 58
DSPC : 59
DSPC : 60
DSPC : 61
DSPC : 62
DSPC : 63
DSPC : 64
DSPC : 65
DSPC : 66
DSPC : 67
DSPC : 68
DSPC : 69
DSPC : 71
DSPC : 72
DSPC : 73
DSPC : 74
DSPC : 75
DSPC : 76
DSPC : 77
DSPC : 78
DSPC : 79
DSPC : 80
DSPC : 81
DSPC : 82
DSPC : 83
DSPC : 84
DSPC : 85
DSPC : 86
DSPC : 87
DSPC : 88
DSPC : 89
DSPC : 90
DSPC : 91
DSPC : 92
DSPC : 93
AUTHOR NOTES โ™ก
DSPC : 94 ( FINAL )
AUTHOR NOTES โ™ก

DSPC : 70

21.1K 1K 4
By aunisabiha

Pintu pagar sekolah SMK Putera Mirzan Syah yang tinggi setinggi pagar penjara pudu sudah tertutup rapat. Isyraf Nazran membuka pintu itu dengan lagak malas. Helmet jenama Arai yang tersangkut di lengan kirinya terus diletakkan di tepi pondok pengawal. Pengawal yang sedang merenung dirinya dari dalam pondok pengawal itu dikerlingnya sekilas.

'Apa pandang pandang?'

'Macam seumur hidup tak biasa datang lewat ke sekolah pulak.'

Langkah kakinya dimajukan seiring dengan nafasnya yang lelah. Jam di pergelangan tangan menjadi santapan matanya pula.

9:00 pagi.

Separuh langkah kakinya yang longlai itu berjaya melewati blok-blok bangunan sekolah. Kelihatan bangunan SMK Putera Mirzan Syah itu mulai sepi apabila kesemua kelas sedang menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Hanya kelihatan dirinya sahaja yang masih termangu-mangu mencari dewan sekolah.

Kaki jinjang miliknya itu akhirnya berhenti daripada melangkah. Kali ini dia sudah berdiri betul-betul di hadapan muka pintu dewan. Nafasnya dihela perlahan lantas pintu dewan itu ditariknya. Kesemua mata penghuni di dalam dewan itu terus tertumpu kearahnya dan turut serta guru yang sedang menjaga peperiksaan juga berpaling menghadapnya.

Isyraf Nazran buat tidak endah dengan pandangan itu. Dengan langkah yang longlai, dia terus berjalan menuju ke mejanya. Kerusi terus ditarik lalu diduduki olehnya.

Dari kejauhan, sepasang anak mata bundar milik Ilya Nasuha asyik sungguh menjamah diri lelaki itu satu per satu. Riak wajah remaja lelaki itu beriak biasa namun masih tampak sedikit sedih padanya. Mungkin lelaki itu masih sedih dengan perkara yang berlaku semalam, duganya.

'Isy dah sembuh ke dari luka di hatinya tu?'

"Isyraf Nazran!!" Panggil Cikgu Zahira, ketua bagi guru peperiksaan dengan lantang.

Namun suaranya itu sedikit pun tidak mengerunkan pelajar lelaki itu. Sebaliknya pelajar lelaki itu hanya berpaling padanya dengan dagu yang ditopang. Riak wajah pelajar lelaki itu sungguh kelihatan bersahaja sekali seperti dirinya itu tidak melakukan apa-apa kesalahan.

"Isyraf Nazran Bin Tan Sri Syamreez!!!"

Nama penuh pelajar lelaki itu pula menjadi sasaran untuk Cikgu Zahira menyebutnya pula. Suara guru wanita itu sudah bergema kuat di dalam dewan peperiksaan ini. Semua pelajar tingkatan 5 kelihatannya sudah mula diam menikus tatkala guru wanita yang sedang menjaga peperiksaan itu sudah mula menyinga.

"Tahu tak sekarang pukul berapa?!"

"Waktu menjawab peperiksaan mula pukul 8 tapi sekarang dah pukul 9 baru nampak batang hidung!"

Cikgu Zahira lantang sahaja menjerkah sambil bercekak pinggang. Dirinya turut memberi pandangan sinis pada pelajar lelaki itu yang bermaksud siap kau, aku kerjakan pakai rotan bulu ayam ini nanti.

Pelajar lain yang sedang menjawab peperiksaan itu sudah hilang sedikit konsentrasi apabila suara guru wanita itu sungguh kuat bergema di dalam dewan peperiksaan ini. Guru peperiksaan yang lain pula hanya buat tidak peduli kerana yang memarahi pelajar lelaki itu adalah ketua mereka sendiri. Untuk apa mereka menegakkan benang yang basah?

Isyraf Nazran buat bodoh. Pandangannya terus sahaja dilempar ke arah pelajar lain yang sedang tekun menjawab peperiksaan. Kedua belah tangannya pula dimasukkan ke dalam poket seluar. Badannya terus disandarkan pada kerusi tanda dirinya ini sedang mogok dan tidak mahu untuk mengambil peperiksaan percubaan itu.

Cikgu Zahira geram. Perilaku pelajar lelaki itu benar-benar mencabar integriti dirinya sebagai seorang guru wanita yang penuh disiplin dan tanggungjawab. Dia terus menapak ke arah Isyraf Nazran. Kasut tumit tingginya sudah kuat berbunyi menandakan api kemarahan guru wanita itu juga sedang menjulang naik. Dia terus berdiri di hadapan meja pelajar lelaki itu.

"Kamu pekak ke apa?!"

Isyraf Nazran pantas berpaling memandang guru wanita itu. Anak mata guru wanita itu direnungnya dengan pandangan kosong kemudian dia kembali mengarahkan pandangannya kepada pelajar lain pula.

Seisi dewan itu hanya diam menyepi. Hanya desir angin dan bunyi selakan kertas peperiksaan sahaja yang menghangatkan lagi suasana yang makin membahang itu. Sepertinya, guru wanita ini sudah punyai tanda-tanda untuk menyinga lagi.

"Dah hilang rasa hormat pada cikgu?!"

"Tak cukup ke masalah disiplin kamu selamani? Sampai kamu nak buat perangai kat dalam dewan peperiksaan ni pula?!"

"Ni mesti kamu dibesarkan dalam keluarga yang penuh titik hitam, tu perangai serupa ini kan?!"

Isyraf Nazran terus meraup rambutnya kebelakang dengan lagak kasar. Riak wajahnya yang sedari tadi memaparkan rasa redup sudah bertukar tegang. Mengapa guru wanita ini sudah melampau di dalam percakapannya? Mengapa perlu mengaitkan nama keluarganya?

Inilah padahnya apabila kau memilih untuk berdiam diri, kerana akhirnya kau akan terus dihina dan dicaci maki. Ada sesetengah situasi yang kau ditekankan untuk meluahkan rasa agar kau tidak dipijak terus menerus oleh manusia. Biar mereka tahu, kau juga ada hak untuk bersuara di atas dunia yang fana.

"Kau siapa nak nilai hidup aku?"

"Panggggg!!"

Dada Cikgu Zahira sudah mula berombak kencang. Tangannya lebih laju dari fikirannya, namun apa yang perlu dia hiraukan. Pelajar lelaki kurang ajar seperti ini memang layak diberikan hadiah saguhati, biar dia ingat sampai mati.

Wajahnya terus sahaja berkalih saat dirinya ditampar oleh guru wanita itu. Dia terus sahaja tersenyum sinis. Pipinya yang mula memerah itu dibiarkannya sepi. Boleh tahan juga ya seorang guru wanita melempang pelajarnya. Siapa hendak sangka, hari ini dia telah mendapatkan autograf lima jari tapak tangan Cikgu Zahira di pipi cengkungnya ini.

"Puas?"

Cikgu Zahira kembali berang. Tangannya diangkat tinggi buat kali kedua, namun belum sempat dia hendak menampar pipi pelajar lelaki itu lagi, tangannya terus sahaja dihalang oleh seseorang.

"Jangan buat dia cikgu...." Ilya Nasuha pantas sahaja menahan.

Suaranya pula sudah bergetar cuba menahan rasa sejak tadi. Masakan tidak, guru wanita ini seakan tidak faham dengan situasi sekarang ini. Sudahlah dia menganggu konsentrasi pelajar lain yang sedang menjawab peperiksaan, ini boleh pula hendak menampar anak orang berkali-kali. Tidakkah gurunya itu berfikiran sedikit rasional akan perkara ini? Mengapa gurunya itu perlu bertindak mengikut emosi seperti ini?

Cikgu Zahira mendengus. Tangannya yang sedang dipegang kejap oleh Ilya Nasuha segera direntapnya dengan kasar.

"Kamu siapa, hah?! Kenapa kamu nak pertahankan dia?! Kamu duduk jawab peperiksaan kamu,bsudahlah!"

Cikgu Zahira sudah separuh menjerit memarahi gadis itu. Kesemua pelajar di dalam dewan itu sudah mula hilang fokus untuk menjawab peperiksaan yang sedang berlangsung.

Ilya Nasuha dengan berani beradu mata dengan guru wanita itu. Hilang akalkah guru wanita itu jika ingin berlawan kekuatan dengan seorang pelajar lelaki? Mahunya pelajar lelaki itu buat smackdown pada dirinya, terus sahaja tidak bernyawa.

"Saya pengawas, cikgu!"

"Saya berhak mempertahankan apa yang salah di mata saya."

"Cikgu hanya cikgu, tiada hak hendak marah hingga memukul sebegini rupa."

"Jeritan cikgu, amarah cikgu dah ganggu konsentrasi kami semua yang ada dalam dewan ni untuk jawab kertas peperiksaan. Cikgu masih rasa tindakan cikgu sekarang ni betul ke?" Ilya Nasuha pantas membahas.

Riak wajah guru wanita itu jelas sekali bertukar bengis tatkala mendengarkan kata-katanya. Lantas tangannya laju sahaja menampar pipi Ilya Nasuha akibat kelancangannya dalam membahas kata. Tahulah diri itu pendebat nombor 1 Bahasa Melayu tapi ingat ya, taraf guru lebih tinggi jika di sekolah. Jangan biadap!

"Kamu berdua keluar dari dewan peperiksaan ni sekarang juga!!!!!!!"

Ilya Nasuha akur. Langkah kakinya pantas diatur keluar dari dewan itu sambil dibuntuti Isyraf Nazran dari arah belakang. Sempat juga anak mata bundarnya itu merenung tajam guru wanita yang masih lagi sedang menyinga.

"Asal pertahankan aku?"

"Awak dah banyak sakit Isy. Saya cuma taknak awak rasa sakit lagi."

"Tapi kau yang sakit sekarang ni."

Pipi gadis itu yang sudah memerah ditilik oleh Isyraf Nazran tanpa lepas. Jika dia yang menerima tamparan itu sekali lagi, dia tidak lah terlalu berasa apa. Tapi, masakan Ilya Nasuha mampu menahan sakitnya? Mengapa gadis itu memilih untuk membantu dirinya lagi buat kali kedua? Dulu, gadis itu membantunya sewaktu guru disiplin, sekarang ini gadis itu membantunya sewaktu guru peperiksaan pula.

"Tak apa, sikit je ni."

Kata-kata dari Ilya Nasuha hanya membuatkan Isyraf Nazran menjengket bahunya. Bukan dia minta gadis itu mempertahankan dirinya pun. Habis sahaja gadis itu menghabiskan katanya, dia terus berlalu pergi. Langkah kakinya lebih selesa menuju ke parking kereta guru.

Kereta Vios putih itu ditenungnya lama. Bibirnya kini sudah tersenyum sinis yang penuh dengan makna. Agenda syaitan laknatullah sudah bermain indah di minda si geliga. Entah mengapa, firasatnya kuat mengatakan bahawa dia perlu membalas dendam akan perbuatan guru wanita itu padanya sebentar tadi. Suka-suki sahaja hendak menampar anak orang, meh sini aku ajarkan dia tentang balasan dunia pula.

"Silap lah kau."

"Kau main gila dengan aku."

Isyraf Nazran mengelilingi kereta Vios putih itu. Anak matanya tidak lepas dari meneliti setiap inci kereta tersebut. Nampaknya kereta guru wanita itu merupakan keluaran baharu dan masih belum terdapat sebarang calar balar lagi. Sekali lagi bibirnya tersenyum sinis. Masa untuk mengucapkan selamat tinggal pada kereta yang cantik.

Segera duit syiling yang berada di dalam poket seluar hijau gelapnya itu dikeluarkan. Dengan satu tarikan, kereta itu telah penuh dengan kesan goresan. Setelah selesai, Isyraf Nazran meneliti setiap inci kereta itu namun dia masih tidak berpuas hati dengan karya vendalisme miliknya. Paku yang dicuri di bengkel kemahiran hidup sebentar tadi segera dikeluarkannya pula. Batu kecil yang berselerakkan di parking kereta itu dia ambil lalu dengan sekali ketukan, paku sudah terbenam pada tayar.

Dia meneliti lagi.

"Macam ada yang kurang lah."

"Tapi apa yang kurang?"

Masih sama, dia tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukannya. Namun kali ini anak matanya seperti tertarik akan cermin kereta. Dengan sekali tumbukan, cermin kereta milik guru wanita itu sudah retak kecil. Akhirnya, kereta yang sedari tadi paling elegan dimatanya telah menjadi seburuk-buruk alam. Dia berlalu pergi dengan perasaan yang cukup puas.

Luqman Afif hanya memerhatikan setiap pergerakan Isyraf Nazran sedari tadi. Dia, Akmal Ezra dan Firas Ishak akan membalas dendam atas perbuatan Isyraf Nazran terhadap mereka tempoh hari. Masakan tidak, disebabkan pelajar lelaki itulah mereka terpaksa dipanggil ke bilik disiplin.

"Harini, kau akan terima padahnya Isy."

Sedang Isyraf Nazran berjalan melewati port lepak mereka, Luqman Afif terus meluru kearahnya. Terus ditolak pelajar lelaki itu rapat ke dinding dengan kasar lantas dihentaknya kuat. Kolar baju sekolah yang dikenakan di tubuh Isyraf Nazran itu dicekaknya dengan kuat sehingga pelajar lelaki itu sedikit tercekik dengan perbuatannya.

"Kau nak apa lagi ni?"

"Aku dah muak dengan kau."

"Dengan semua benda ni."

Isyraf Nazran mendengus kasar. Jujur, dirinya ini sudah penat untuk bertempur dan berperang dengan pelajar-pelajar lelaki di sekolah ini. Bolehkah adengan pergaduhan tidak lagi hidup di dalam jalan ceritanya ini lagi?

"Aku nak fight dengan kau lah! Haritu bukan main seronok lagi kau lari kan?"

"Bodoh!"

"Pengecut!"

Luqman Afif meludah ke tepi. Kejadian tempoh hari mula terlayar kembali di ruang matanya. Disebabkan pelajar lelaki ini, dia dan yang lain terpaksa berjemur di tapak perhimpunan selama setengah jam ditemani terik mentari. Terasa seperti diri mereka ini seperti komando latihan pertempuran. Disini Para Raider dilahirkan. Dengan jiwa satria Infanteri namanya. Sapta marga pedoman kita.

"Nak fight kasi lepas dulu bro."

Luqman Afif menurut. Segera kolar baju sekolah Isyraf Nazran dilepaskannya dan belum sempat dia hendak bersedia bertempur, Isyraf Nazran terlebih dahulu membuka gelanggang. Terhuyung-hayang dirinya cuba mengimbangkan diri. Tumbukan dari pelajar lelaki itu sungguh padu hingga terasa tulang rahangnya seperti hendak patah.

Isyraf Nazran tersengih sinis. Hendak berlawan tapi sepertinya masih kurang ilmu di dada.

"One by one atau sekali semua macam selalu?"

Api kemarahan Luqman Afif sudah menjulang naik mendengarkan perlian daripada pelajar lelaki itu. Dia terus meluru laju ke arah Isyraf Nazran. Tepat dia menumbuk pipi cengkung pelajar lelaki itu dengan kuat.

Pipi yang terasa membahang dan celahan bibir yang hampir terkoyak itu dibiarkan oleh Isyraf Nazran. Penangan pelajar lelaki ini memang terasa kebasnya. Segera kaki jinjang miliknya naik tinggi menendang Luqman Afif. Bergema jeritan lantang penuh sakit dari pelajar lelaki itu. Kesemua konco-konco Luqman Afiq segera bergabung tenaga bagi melawan dirinya.

Isyraf Nazran berlawan dengan segala kudrat yang ada sehingga suatu suara memberhentikan gerak-geri gangster mereka.

"Asyik nak buat masalah kenapa?!"

"Korang semua ni tak reti malu ke, hah? Please jaga nama dan maruah ibu bapa sendiri boleh tak?"

"Asyik korang je yang bergaduh, asyik korang je yang nak tunjuk hero kat sekolah ni. Nak banggakan apa sebenarnya?!"

Perbalahan mereka terus dipecahkan dengan suara seorang gadis. Anak mata mereka semua terpaku pada seorang gadis yang sedang berjalan menghampiri.

Luqman Afif yang terbaring akibat perbuatan Isyraf Nazran ke atas dirinya sebentar tadi segera bangun. Dia terus menapak dengan laju ke arah Ilya Nasuha yang sedang menghampiri mereka. Dipeluknya erat bahu gadis itu dari arah belakang.

"Nak join ke Suhaku sayang?"

Pertanyaan itu sengaja dibisikkan di telinga gadis itu yang berbalut dengan tudung sekolah. Sempat lagi dirinya tertawa halus tanda dia seronok mengusik gadis itu.

"Rugi tau kalau Suha taknak join."

"Tu kan hero ada sekali, boleh apa korang berdua buat drama sweet sweet saranghaeyo?"

Sambung Luqman Afif lagi dalam nada perli. Dia sengaja hendak menyemarakkan kemarahan gadis itu dan Isyraf Nazran ketika ini.

Ilya Nasuha mendengus kuat. Lengan Luqman Afif yang masih elok berada di bahunya segera direntapnya dengan kasar. Jelingan maut terus sahaja dilemparkan pada pelajar lelaki itu.

Luqman Afif hanya tayang sengih. Sempat dia mengerlipkan mata dan tersenyum nakal pada Ilya Nasuha. Isyarat tangan terus diberikan kepada koncho-konchonya itu untuk segera bersurai. Mana seronok hendak bergaduh dan menunjuk lagak hero apabila seorang pengawas sekolah berada bersama mereka.

Dengan langkah yang laju, dia dan koncho-konchonya itu terus berlalu pergi meninggalkan mereka berdua sendiri. Kini, yang tinggal hanyalah Ilya Nasuha dan Isyraf Nazran sahaja.

Setiap pergaduhan bukan untuk menentukan siapa raja . Namun menentukan kekuatan yang mampu merungkai makna sebuah lara . Moga hidup ditemani benih rasa .

Continue Reading

You'll Also Like

207K 27K 97
ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20
1.1M 56.2K 54
" Tak sangka di taman perumahan elit ni juga jodoh kita bertemu . " *smirk* - Qaz Aldine ft Raiya Hana - " you're sweet talker badboys that i love y...
817K 42K 58
ROMANCE SERIES โ€ขยฐ. *เฟ ยซ1st story ยป ยฉ2020โ€ข แถœแต’แตแต–หกแต‰แต—แต‰แตˆ หš เผ˜โ™ก ยทหš AFIQ RAIHAN X ANIS RAIHANNA หš เผ˜โ™ก ยทหš Afiq Raihan dan Anis Raihanna, dua insan yang tidak p...