Maid

By caqiya

288K 8.7K 335

Haniza yang baru keluar dari universiti ingin mencari kerja kerana tidak cukup wang untuk menyara adiknya yan... More

1 ♥
2♥
4♥
5♥
6♥
7♥
8♥
9♥
10♥
11♥
12♥
13♥
14♥
15♥
16♥
17♥
18♥
19♥
dari penulis♥
20♥
21♥
22♥
23♥
24♥
25♥
26♥
27♥
28♥
buat pembaca♥
29♥
30♥
31❤

3♥

10.1K 327 6
By caqiya

Izz turun dari office dengan tergesa-gesa. Dia kemudian ke kaunter kedai kasutnya berjumpa dengan Linda.

"Lin, awak jaga kedai ye.. saya nk lunch dulu." Kata Izz terus berjalan keluar dari kedai kasut itu.

Linda tersenyum hambar. Dia sedikit terasa apabila Izz seperti tidak melayannya. Sudah lama di menaruh perasaan dengan lelaki itu tetapi di rahsiakan.

Suha memegang bahu Linda dari belakang. "Sabar weh.. kalau dh jodoh tak kemana." Pujuknya. Dia sendiri tahu perasaan rakan sekerjanya terhadap bos mereka itu.

Linda mengangguk.

♣♣♣

Izz memberhentikan keretanya. Langkahnya laju menerjah masuk kedalam rumah semi-D miliknya itu.

'Bersih.. pandai dia kemas.' Bisik hati Izz. Di cuit tangannya di atas meja bersebelahan TV itu. Bersih. Dia tersenyum puas.

Kemudian dia teringat tentang pinggan yang sengaja di longgokkan di dapur itu. Kakinya terus melangkah ke dapur.

Bersih bagus. Kata hatinya lagi sambil mencekak pinggang.

"Encik Izz dah balik." Sergah Hani dari belakang sedikit memeranjatkan lelaki itu. Tetapi sempat dia mengawal dari melatah.

Geram pula hatinya dengan gadis itu. "Kau ni tak reti nk bagi salam ke? Kalau aku terkejut then tercampak pisau tu dekat muka kau macam mana?!" Marahnya menunjuk ke arah pisau di sebelahnya.

Hani mencebik. "Lah Encik Izz ni, nak menipu lah Encik Izz boleh melatah sampai membunuh orang." Katanya kemudian tertawa kecil.

"Kau gelak-gelak apa? Mana makanan? Kau tak masak ey!" Marah Izz cuba menukar topik bicara.

"Ada lh bukak lh tudung saji tu." Katanya sambil memuncung ke arah meja yang bertudung saji.

Izz menyelak tudung saji itu. Kemudian dia mengalihkan pandangannya ke arah Hani yang tersengin bagai kerang busuk di tepinya.

"Meggi? Kalau meggi baik aku makan dekat office aku je! Kau ni melampau lh!" Marah Izz mencampakkan tugung saji itu ke lantai.

Terjungkit sedikit bahu Hani mendengar tengkingan Izz. Di telan air liurnya.

"Kejap Encik Izz.. jngan marah dulu.." Hani cuba untuk menenangkan lelaki yang di hadapannya itu. Fuhh seram beb.

"Encik izz jngan lh nak marah macam ni! Tengok sendiri lh dalam peti sejuk tu. Habuk pun tak de!" Tambahnya lagi dengan nadar yang sedikit kuat dari tadi. Apa ingat aku tak tahu nk marah ke? Hekelehhh..

Izz kemudian terdiam seketika. Baru dia teringat. Orang gajinya sebelum lari pernah memberi tahu dia yang barang dapur di dalam peti ais dah habis.

Dia menepuk dahinya. Kenapa lah kau boleh lupa Izz? Buat malu je.

"Ermm.. meggi pun meggi lh.. lepas ni kau pergi siap ikut aku." Arah nya terus mengambil tempat dia atas meja makan. Di tarik mangkuk berisi mee segera perisa kari di hadapannya.

"Nak pergi mana Encik?" Soal Hani dengan muka blurnya.

Izz hanya memberi pandangan tajam ke arah Hani. Kemudian Hani hanya mengangguk. Faham dengan pandangan tajam itu. Encik Izz tak nak di ganggu. Okay faham.

♣♣♣

Izz dan Hani berjalan memasuki pusat beli belah NSK.

Hani hanya menolak troli manakala Izz memilih ikan di hadapannya. Nak harapkan orang gaji, orang gaji tak boleh harap. Semua tak tahu. Pada mulanya geram juga dia tapi kalau di marah sampai keluar anak tekak sekali pun tak mungkin magic si Hani terus pandai segalanya.

"Hey.. Bro lama tak jumpa." Sapa seseorang dari belakang Izz. Lalu di toleh melihat lelaki di belakangnya.

"Ehh Azhar.." Izz menyambut tengan lelaki itu lalu bersalaman.

"Lama tak jumpa.. kau pun dah khawin." Kata Azhar sambil tersenyum mandang Hani yang tercegat di belakang troli.

"Mana ada khawin. Aku single lagi lah." Kata Izz menjeling ke arah Hani.

"Dah tu siapa perempuan lawa sebelah kau ni. Tak nak kenal kan dekat aku ke?" Selamba Azhar melemparkan kata-kata. Hani sudah tertunduk malu. Aku cantik ke? Ermm malu!

"Ni orang gaji aku, Hani. Muka lawa je tak cukup! Buat kerja pon tak reti." Kutuk Izz selamba. Hani sedikit menjeling. Amboi sedap mengutu.. tak ingat ke dia yang paksa aku suruh jadi permbantu rumah dia? Marah Hani di dalam hati.

Azhar tergelak apabila mendengar kata-kata sahabat lamanya itu. Hani bertambah berang. Kurang asam punya majikan.

"Okay lah bro.. aku chau dulu.. nanti aku whatsapp je kau." Azhar terus melangkah pergi.

Hani merenung Izz tajam. "Apa?" Soalnya.

"Seronok malukan saya?" Kata Hani terus menolak troli ke hadapan. Ingat aku tak pandai ke? Tengok lh. Rabak poket kau aku buat.

Hani mencapai segala benda yang dia rasa perlu dan sangat perlu. Lantak lah ada aku kisah? Hahaha. Dia tergelak puas.

Selesai membuat pembayaran. Izz terus memandang Hani tajam.

"Kau ni agak² lah kau nk buat apa beli makanan kucing ni?!" Marahnya menunjuk pack makanan kucing ke arah Hani.

Ops.. tersalah beli pulak. Hani hanya tersengih bagai kerang busuk.

"Apa sengih²? Kau nak makan ke benda ni?" Marah Izz lagi. Geram sungguh dengan orang gajinya yang sorang ni.

"Tak tahu lah.. saya nampak ada gambar ikan tuna.. sebab tu saya ambil je." Hani menundukkan pandangannya. Tak berani untuk bertentang mata dengan singa di hadapannya.

"Apa ke lembab sangat otak kau ni ya Allah!!" Izz mengangkat tangannya seakan-akan hendak mencekik gadis di hadapannya.

"Ey.. nasib baik kau perempuan! Ikut kan hati aku ni dah lama nak tumbok² muka kau. Dah lah badan kecik macam budak sekolah! Eyyy dah lah jom balik!" Izz bagai nak jadi gila bila berdepan dengan Hani. Di tambah perangai lurus bendulnya memang menaikkan darahnya.

♣♣♣

Sepanjang perjalanan mereka ke rumah, Hani hanya mendiamkan diri. Takut untuk berkata-kata.

"Dah kau angkat semua barang ni masuk rumah. Aku nak naik mandi, panas. tambah  Panas lagi bila tengok Muka kau."

Hani masih tunduk. Aduh, kenapa lah aku ni bongok sangat pegi beli makanan kucing tu? Hani menggeleng.

Kemudian dia mendapat akal. "Hah.. apa kata kalau aku masakkan dia nasi goreng yang arwah ibu ajar? Okay gak."

Tangannya laju mengumpul kan segala bahan untuk di masak.

30 minit kemudian.

"Yeah.. siap!"

Semangkuk yang berisi nasi goreng belacan siap tersedia. Tak sia-sia dia belajar memasak dengan arwah ibunya dulu walau hanya satu resepi tu je yang dia tahu. Kalau nk mintak masakan lain kirim salam.

Izz yang beru sahaja selesai membersihkan diri terhidu sesuatu yang sedap.

"Eh, si lurus bentul tu masak ke? Mustahil!" Izz segera keluar dari biliknya. Di hidu lagi bau itu. Tak di nafikan lagi memang ada orang masak di bawah. Dengan pantas kakinya laju menuruni anak tangga. Hingga di dapur terlihat Hani yang tersenyum di hadapan meja makan. Di bukanya tudung saji yang menutup sajian.

"Saya nak mintak maaf sebab buat Encik Izz marah. Jadi sebagai tanda mintak maaf saya masakkan nasi goreng belacan resepi arwah ibu saya." Kata Hani dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir. Cuba dibuatnya seikhlas mungkin.

Izz mengambil tempat di atas kerusi makan. Dikunyah nasi goreng itu cermat. Sedap. Sangat sedap! Dicedok lagi nasi goreng itu untuk suapan yang ke dua. Memang sangat sedap.

Tetapi Izz tidak mahu memuji. Kalau aku puji nanti mula lah dia nak pijak kepala. Baik aku diam. Izz masih demgan muka mencukanya.

Hani hampa. Tiada ke sedikit pujian untuk aku? Penat kot aku masak. Hani menyerongkan mulutnya. Geram pula. "Dah lah Encik Izz. Dah pukul 6 saya balik dulu." Hani meminta diri meninggalkan Izz sendiri di dapur.

"Poyo! Tak de ke sikit pujian untuk aku? Ish.. aku nk balik ni langsung tak pelawa diri nak hantar aku ke apa, dah lh aku ada seringgit je ni." rungutnya.

♣♣♣

Continue Reading

You'll Also Like

3.4M 297K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
109K 7.2K 31
Adam Hirdy | Azalea
267K 13.2K 60
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
56.7K 3.5K 58
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...