Love you,Mr Add Math!

By waniEllyz

539K 17K 204

Rayyan Zhafrin,seorang guru Add Math yang telah jatuh cinta pada pelajarnya.Sejak insiden yang membawa kepada... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 8
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
NOTES
BAB 21
BAB 22
NOTES
BAB 31
BAB 33
NOTES
EXTRA
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
EPILOG
AUTHOR'S NOTE
READERS
ENDS OF THE CHARACTERS
NEW STORY ;)
TO READERS LYMAM!
LYMAM 2!!
MUST READ!!!!!

BAB 32

7.6K 287 2
By waniEllyz

"SERIOUS?aku tak tahu pun",

Lyn tergelak kecil sebelum bersuara."Ye lah,macam mana kau nak tahu kalau awal-awal lagi kau dah lari?", sindir Lyn pada Qasrina.

Qasrina pula tersengih."Lepas tu?Khalif cakap apa lagi kat isteri dia?", Qasrina beria-ria nak tahu.Suka pulak dia dengar cerita tentang classmates nya.Semalam dia tak join masa Lyn dan Lia sibuk berbual dengan Khalif dan Adrian.Jadi,ini lah padah nya.Terlepas cerita sensasi.

"Lepastu,Khalif cakap lah yang kalau betul perempuan tu a.k.a isteri dia sekarang ni cintakan dia,Khalif letak syarat?",

"Apa syarat nya?",

Lyn diam.Dia mengingat kembali syarat gila yang Khalif letakkan buat isteri nya sebelum mereka berkhawin.

"Hah!aku dah ingat.Syarat nya..isteri dia tu kena bagi setahun dua orang anak!kau rasa gila tak?", Lyn semangat bercerita.

Qasrina yang mendengar terus ternganga plus terkebil-kebil.Ape jenis syarat khawin yang Khalif bagi kat isteri dia ni?

"Aku rasa syarat tu lebih dari gila.Khalif ni waras ke tak?dia nak setahun dua orang anak?apa si Khalif tu tak tahu ke yang orang perempuan ni amik masa sembilan bulan sebelum bersalin.Dah kalau dia nak setahu dua anak,takkan lah lepas isteri dia habis pantang terus nak tambah lagi satu?", Qasrina geram.Hish!nasib baik lah Khalif tiada di depan nya sekarang ini,kalau tidak..dah dia bagi si Khalif tu rasa dihempuk dengan handbag nya.

Lyn tahan gelak.Kelakar betul bila Qasrina marah."Tapi..kau nak tahu sesuatu yang lagi gila?",

"Nak lah.Gila tak nak?", nasib baik lah ni butik Lyn.Takde lah pekerja lain cakap dia curi tulang.Lagipun,sekarang tiada pelanggan yang datang ke sini.Boleh lah die berborak sekejap.

"Isteri Khalif tu terima syarat gila dari suami nya",

Kali ni,Qasrina betul-betul ternganga.Apa gila sangat?syarat gila macam tu pun dia boleh setuju?

"Macam mana boleh setuju?kalau aku lah ada kat tempat perempuan tu,takde nya aku nak terima.Lebih cari bakal suami yang lain", semangat Qasrina bercakap.Kain ditangan nya yang digunakan untuk mengelap meja digosok kuat pada meja kaca di hadapan nya.Sesekali dia memicit spray air pada permukaan meja.

"Senang je jawapan untuk pertanyaan kau tadi.Tu nama nya 'cinta' ", Lyn sudah tersenyum-senyum.Manakala dahi Qasrina berkerut seribu."Cinta?",

"Haih!tu lah kau..tak pernah bercinta sangat kan?aku cakap macam tu pun tak faham", gumam Lyn.Susah juga dengan orang yang tak pernah bercinta ni.Cakap sikit tak faham.

"Maksud aku macam ni,perempuan tu terima syarat gila dari Khalif sebab cinta.Dan Khalif pula bagi syarat ni pada perempuan sebab nak uji cinta bakal isteri dia",

Qasrina terkebil-kebil.Dia tak faham.Cinta?uji?eksperimen cinta ke ni?

Lyn mengeluh.Macam mana lagi lah nak explain kat Qasrina ni.

"Okay,macam ni.Memang bagi kau syarat yang Khalif bagi pada isteri dia tu gila kan?tapi tak bagi isteri dia.Bagi dia,ini satu pengorbanan.Tak kisah lah segila mana pun syarat tu..tapi die tetap terima syarat tu sebab dia sayangkan Khalif.Jadi,die terima jugak walaupun dia terpaksa bagi anak dekat Khalif setahun tiga orang anak",

"Khalif pula,tu nama nya dia nak test bakal isteri dia.Sebenarnya Khalif tu takde lah gila sangat sampai nak suruh isteri dia bagi setahun dua anak.Dia cuma nak uji tahap sayang bakal isteri dia.Dia nak tengok sejauh mana isteri dia tu dapat berkorban untuk dia.Kira nya,syarat yang Khalif lagi tu macam mini exam sebelum nak jadi isteri dia", panjang lebar Lyn terangkan.Kalau Qasrina tak faham lagi,tak tahu lah nak cakap apa.

"Ohh..tapi takkan sebab cinta dia kena berkorban?", itu yang Qasrina hairan.Takkan lah sebab cinta,kita sanggup korbankan segala nya.Mustahil!

"Kau cakap macam tu sebab kau tak pernah berkorban untuk orang yang kau cinta,kan?berkorban tu tanda nya kau betul-betul sayangkan dia.Kau sanggup korbankan segala nya,demi orang yang kau cinta tu", tu dia..Lyn dah macam bukak kursus untuk orang yang baru bercinta pulak.

Qasrina diam.Lama dia berfikir."Err..kalau korbankan hati dan perasaan kita demi kebahagiaan orang yang kita sayang,tu dikira pengorbanan ke?",

"Yup!tu dikira pengorbanan.Sebab kau korbankan hati dan perasaan kau demi dia.Tapi..mengorbankan hati dan perasaan tu susah.Sakit dia lebih sikit",

Maksud nya,Qasrina telah mengorbankan hati dan perasaan nya demi Rayyan.Itu tanda nya dia sayangkan Rayyan,betul tak?

'Betul kata kau,Lia.Korbankan hati dan perasaan memang sakit.Tapi takpe.Ni tanda bahawa aku sayang dia'.Bisik Qasrina dalam hati.

"Hah!okay lah.Aku ade hal ni.Aku kena keluar.Jaga butik aku tau?buat kerja elok-elok.Nanti aku balik.Bye,assalamualaikum", Lia mencapai beg tangan nya lalu terus melangkah keluar dari butik.

Dia tak sedar,Qasrina di depan nya tadi sudah menitiskan air mata.Haih!bila lah kebahagiaan akan datang pada Qasrina?asyik menangis je.Harap suatu hari,ada sinar kebahagiaan yang menanti dia.Kalau tidak bersama Rayyan,mungkin dengan orang lain.

**bersambung di bab seterusnya**

-Bab ni pelik sikit kan?sebenarnya,Khalif dengan isteri dia tu takde kena mengena pun.Yang wani nak tekankan adalah pada maksud pengorbanan cinta yang Lia terangkan pada Qasrina.Tu je..sambung baca,okay?thanks for read and thanks for your vote! ;)

Continue Reading

You'll Also Like

2.2M 98.1K 80
"Senyum! Senyum! Senyum! Tu ja kau tahu?! Hey perempuan , sekali lagi kau senyum depan aku, siap kau." -Afkar Irsyad "Awak buatlah apa yang awak nak...
1.5M 58.2K 43
1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Ma...
539K 23.3K 71
𝑅𝒶𝒿𝒶 𝐿𝓊𝓉𝒽 𝐻𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃×𝒲𝒾𝒹𝑒𝓁𝒾𝒶 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 Apabila si gadis ingin menghilangkan stres di pantai di salah erti si jejaka. "Kau gila k...
10.4K 132 16
Warning ⚠️ : ada sex , ada unsur 18+ semua karakter ialah kpop idol yang Aku letak sebagai watak jadi Semua kpop idol tiada mengena dgn Gay , lesbian...