BAB 18

8.7K 305 1
                                    

"ASSALAMUALAIKUM,cikgu Zhaf", Qasrina menegur Rayyan yang sedang sibuk menyusun hadiah-hadiah yang dia dapat di atas meja.'Banyak nya diorang bagi aku hadiah.Untung jadi orang handsome ni'.Rayyan perasan sendiri.Tapi memang banyak juga hadiah yang dia dapat.Penuh satu meja dengan pelbagai jenis hadiah.Sampai ade yang bagi bunga.So 'sweet'

Rayyan menoleh apabila nama nya dipanggil.Die senyum."Waalaikumssalam.Hai Rina",

"Hai cikgu.Ni semua hadiah yang cikgu dapat?banyak nya.Mengalahkan artis lah cikgu ni", usik Qasrina sambil mata nya sibuk memandang hadiah-hadiah yang tersusun cantik di atas meja

Rayyan ketawa kecil."Saya memang artis pun.Tengok muka saya ni..iras Syarul Redzuan kan?", Rayyan membuat muka.Mata nya berkelip beberapa kali.Ingat comel?

Qasrina pula menjuihkan bibir.Tak sangka cikgu nya ni perasan jugak orang nya."Syarul Redzuan?tang mana yang iras tu cikgu?tak nampak pun", selamba Qasrina menjawab.

Kali ini,Rayyan mencebik.Tapi die tidak ambil hati pun.Memang muka nya tidak seiras Syarul Redzuan.Die saje yang 'perasan' diri nya itu mirip Syarul Redzuan.Padahal tak langsung!

"Cikgu..nah..", Qasrina menghulurkan sebuah kotak berwarna merah pada Rayyan.Kotak itu nampak comel dengan hiasan reben pada nya.

"Ape ni?untuk saya ke?", Rayyan berpura-pura tanya.Padahal dah jelas-jelas Qasrina menghulurkan hadiah tersebut pada nya."Untuk cikgu.Tapi kalau cikgu tak nak ta..",

Sepantas kilat Rayyan mengambil kotak di tangan Qasrina.Takut pula nanti Qasrina mengambil balik hadiah tu.Die senyum sampai ke tengkuk."Thanks..boleh saya bukak sekarang?",

"Nope!cikgu kena bukak kat rumah nanti", Qasrina menghalang tegas.Siap berpeluk tubuh lagi.

Rayyan mengeluh perlahan.Lagi seronok kalau bukak depan mata empunya badan.Tapi takpelah.Ape yang penting,die dapat hadiah daripada gadis yang dicintai nya.

"Okay lah.Saya kena pergi dulu.Nanti Lyn dengan Lia cari saya pulak.Ingat..jangan bukak hadiah nya!", pesan Qasrina buat kali terakhir.Sebelum die meninggalkan meja Rayyan,mata nya ternampak sesuatu yang ada di atas meja Rayyan.Hati nya berasa sedikit kecewa.Rayyan masih tidak sedar apa yang sedang berlaku.

~~~ √ ~~~

RAYYAN sudah tersenyum-senyum sampai ke tengkuk.Hati nya bagaikan sedang tumbuh beratus-ratus jenis bunga di dalam nya."So sweet", perkataan pertama yang keluar dari mulut nya tatkala melihat hadiah yang diberikan oleh Qasrina.Ye..gadis comel yang sering mewarnai hari nya.

Die mengeluarkan kotak kecil yang berisi coklat di dalam nya.Dalam kotak itu,terdapat 19 biji coklat kecil yang berbentuk hati.Dan huruf yang membentuk nama nya tertera pada setiap biji coklat.

"C.I.K.G.U  R.A.Y.Y.A.N  Z.H.A.F.R.A.N ;)",

"Hm..this is so sweet.Bentuk love pulak tu", Rayyan membelek coklat tersebut.Atas dan bawah.Bau coklat yang harum itu menjadikan Rayyan tidak sabar untuk merasa."Ni dia buat sendiri atau beli?",

~~~ √ ~~~

  QASRINA tidak letih bermundar mandir di dalam bilik nya.Sekejap ke kiri dan sekejap ke belakang.Sesekali die duduk di atas katil dan kemudian dia kembali bermundar mandir.Macam orang sasau pun ada.Rambut panjang yang tidak diikat dilurut ke belakang.Fikiran nya tidak senang.Dari tadi die memikirkan tentang apa yang dia nampak di atas meja Rayyan pagi tadi.

Sewaktu dia meminta izin untuk beredar dari bilik guru,Qasrina ternampak sekotak hadiah dengan nama "Maira" pada nya di atas meja Rayyan.Ternyata Rayyan tidak mendapat hadiah daripada pelajar sahaja.Malah daripada guru di sekolah itu pun ade juga.Tak sangka!

Love you,Mr Add Math!Where stories live. Discover now