BAB 37

7.6K 277 5
                                    

  "RINA..",

Qasrina mengangkat wajah apabila nama nya dipanggil oleh seseorang.Nasib baik dia tak tersedak air fresh oren yang baru disedut nya tadi sebaik sahaja wajah pemanggil nya tadi dipandang.Bulat mata nya memandang lelaki yang bercermin mata hitam sedang berdiri di hadapan nya dengan segaris senyuman.

Terus Qasrina bangun dari duduk nya dan baru sahaja dia ingin melangkah pergi,lelaki itu terlebih dahulu bersuara..

"Saya nak cakap sikit dengan awak",

Qasrina berhenti.Tapi dia tidak terus menoleh.Nafas nya ditarik sedalam yang boleh untuk mencari kekuatan berhadapan dengan lelaki itu.Kemudian,baru lah dia menoleh.Wajah nya dipaksa untuk beriak tenang.

"Rina..", belum sempat lelaki tadi menghabiskan ayat nya,Qasrina menyampuk terlebih dahulu.

"Saya dah lambat ni.Saya perlu pergi.Nantilah kalau nak cakap apa-apa", Qasrina terus memusingkan badan nya untuk melangkah pergi.Namun sekali lagi lelaki tadi menghalang.

"Saya betul-betul nak cakap dengan awak.Just for a few minutes,please..",

Tapi Qasrina langsung tidak mengendahkan lelaki tadi.Boleh lagi dia jawab "I won't cares.Saya sibuk dan saya perlu pergi.So,tolong faham", dan selepas itu,dia terus melangkah pergi menuju ke arah kereta nya.

Dan Rayyan pula hanya mampu melepaskan keluhan kecil.Qasrina yang sekarang ini sungguh berbeza dari yang dulu.Dia tak nak Qasrina yang sekarang.Dia tetap nak Qaseh Qasrina yang lama.Pulangkan balik..

Sambil melangkah,hati Qasrina menanggung sakit kerana terpaksa melayan orang yang disayangi dengan layanan yang kejam.Tapi dia terpaksa.Sejujur nya dia gembira tatkala melihat Rayyan tadi.Tapi ego nya telah melenyapkan segala kegembiraan yang hadir.'Sorry,cikgu'.

~~~ √ ~~~

  QASRINA yang baru tersedar sesuatu terus bangun dari duduk nya.Jantung nya sudah berdegup kencang.Mata nya memandang ke sebelah kiri dan kemudian ke sebelah kanan.Takde jugak!

Gulp!

Dia tertelan air liur nya sendiri.Terus dia bergerak ke setiap bahagian yang terdapat di dalam butik.Pun takde!.'Tingkat atas agak nya'.Dan seperti lipas kudung Qasrina berlari naik ke tingkat atas.Mata nya mencari susuk tubuh kecil milik anak buah Lia.Harini ibu kepada budak lelaki itu ada emergency meeting dan terpaksa menghantar anak nya ke sini.

Sepatut nya Lia yang kena jaga budak kecil tu,tapi dia pula terpaksa keluar untuk mengambil stok barang yang baru.Maka,siapa lagi yang akan menjaga budak kecil yang nakal tu kalau bukan Qasrina.Hmm..nampak nya kena mintak gaji lebih ni.Dia dah macam babysitter dah kat dalam butik ni.

Haih!dah lah dia tiada adik.Maksud nya,pengalaman menjaga budak tu memang zero lah.Dan dapat pulak budak jagaan nya yang nakal tahap tak ingat dunia pulak tu.Nasib dia lah kena jaga budak kecil yang perangai nya bagaikan tertelan biji durian.Tak reti nak duduk diam.

"Nur..nampak Daniel tak?", Qasrina menyoal Nur yang kebetulan lalu di sebelah nya."Irfan?tak nampak pula.Bukan tadi ada dengan Rina ke dekat bawah?",

"Memang tadi ada.Lepastu Rina masuk toilet kejap.Then baru perasan yang dia takde.Takpelah,Rina try cari kat luar", Qasrina terus laju menuruni anak tangga.Dia dah cuak.Dah lah dia jaga anak orang lain.Kang tak pasal-pasal dia masuk jail pulak nanti.Ish!ni kes naya ni kalau tak jumpa Irfan.

Dan Qasrina pun melangkah keluar dari butik.Pandangan nya terasa semak dengan kenderaan-kenderaan yang di letakkan di hadapan butik.

Kiri,kanan dan depan.Semua dia terjah. Tapi kelibat Daniel masih tak nampak.Qasrina semakin gelisah.Budak ni!kalau Qasrina dapat memang dia nak cubit-cubit pipi Daniel yang comel tu.Daniel memang comel cuma nakal tu yang tak boleh tahan.

Love you,Mr Add Math!Where stories live. Discover now