BAB 38

7.4K 258 3
                                    

MULUT Qasrina terus terlopong luas.Kalau ada lalat lalu depan dia,confirm dah masuk dah dalam gua 'Batu Caves'.

"Oiit!apa ni pandang cikgu Zhaf macam tu?", Qhalif menegur adik nya.

Qasrina terus menutup mulut.Terus pandangan nya dialihkan dari memandang Rayyan.Betul jugak.Kenapa dia sampai ternganga macam ni sekali?padahal ni bukan kali pertama dia jumpa dengan Rayyan.Dah banyak kali dah.

"Er..masuk lah", Qasrina memperlawa Qhalif dan Rayyan masuk tapi pandangan nya tetap pada Qhalif.

Qhalif dan Rayyan pun melangkah masuk ke dalam rumah Qasrina.Manakala Qasrina berlalu masuk ke dalam dapur untuk membancuh air.Rayyan dan Qhalif terus duduk di atas sofa.Pandangan Qhalif tertumpu pada kaca tv sementara Rayyan sibuk melihat sekeliling rumah.Tak banyak yang diubah pun oleh Qasrina.Kedudukan semua benda masih sama seperti yang disusun dulu.Cuma ada sedikit je yang berubah dan dialihkan.

"Minumlah", tiada kemesraan di sebalik suara Qasrina.Di telinga Qhalif suara itu biasa saje tapi bagi Rayyan,ia nya tiada langsung secebis keikhlasan.Wajah Qasrina yang sedang melulut sambil menuangkan air sirap sejuk ke dalam gelas di pandang lama.Rindu nya dia pada Qasrina.Tapi kenapa gadis itu berubah?apa punca nya?

"Tak kerja ke hari ni,Rina?", Qhalif cuba untuk memecahkan kesunyian mereka bertiga.Qasrina yang sedang duduk bertentangan dengan mereka sekadar menggeleng.Bila ada kehadiran Rayyan,suara nya seakan tersekat di kerongkong.

Kenapa lah bakal pengantin baru ni jadi owner rumah dia?tiada orang lain ke?lagi dia sedang mencuba buang rasa sayang dalam diri nya buat Rayyan,lagi kerap pula mereka berjumpa.

"Rina..semalam kawan along datang rumah ummi.Lepastu diorang tengok gambar Rina.Diorang kata Rina cun.Ada sorang tu sampai nak mintak number phone Rina.Boleh ke?", Qhalif mereka cerita.Memang ada beberapa orang kawan nya datang ke rumah,tapi mereka tak nampak pun gambar Qasrina.Die mereka cerita ni cuma ada satu sebab.Sebab apa?jeng jeng jeng..adalah!

Qasrina cuma tersenyum nipis di hadapan Rayyan dan Qhalif walaupun diri nya sudah kembang kempis mendengar cerita palsu dari Qhalif.

"Boleh ke?", Qhalif soal lagi.

"Tak boleh", Qasrina jawab ringkas dan padat.

"Aik!tak boleh?kenapa?diorang tu handsome,baik,pandai,alim pulak tu.Semua arkitek kut.Kaya lah juga Rina bila sangkut dengan salah sorang tu nanti", Qhalif masih mengumpan Qasrina supaya masuk ke dalam jerat nya.Sengaja dia menyebut test lelaki yang Qasrina idamkan.

"I don't want.Tak de semua tu pun takpe.Rina tak kisah.Rina ni seorang yang setia,tahu tak?kalau Rina dah sangkut,Rina takkan lepaskan", tanpa sedar nya,dia telah termasuk dalam jerta buatan Qhalif.Qhalif sudah ketawa di dalam hati.Puas hati!

Rayyan yang sedari tadi hanya memasang telinga mendengar perbualan Qhalif dan Qasrina sedikit terkejut setelah mendengar kata-kata Qasrina "Rina ni seorang yang setia,tahu tak?kalau Rina dah sangkut,Rina takkan lepaskan..",

Bagi nya,kata-kata itu menyatakan bahawa Qasrina sekarang ini sedang dilamun cinta?dan dia akan setia pada kekasih nya sekarang ini?tapi siapa lelaki yang berjaya mencuri hati bekas pelajar nya?

MEREKA bertiga selesai menjamu selera.Rayyan tidak menyangka yang Qasrina ni seorang yang pandai memasak.Rasa nya pun sedap.Untung kalau dibuat bini.

"Hah..lupa pulak.Cikgu Zhaf datang ni nak ambil barang dia yang tertinggal", Qhalif bersuara ketika mereka bertiga sedang menonton televisyen di ruang tamu.

Qasrina memandang Rayyan sesaat.Kemudian,mata nya kembali pada kaca tv."Ambik je lah", jawapan Qasrina ringkas.

Qhalif terkebil-kebil memandang adik perempuan nya yang sedang leka menonton tv."Amboi,sedap mulut je bercakap.Masalah nya sekarang ni,barang cikgu Zhaf tu ada kat dalam bilik Rina.Memang sengaja nak bagi cikgu Zhaf skodeng ke?", usikan Qhalif membuatkan Qasrina duduk tegak.Rayyan yang sedang tersenyum dengan usikan Qhalif tidak langsung di pandang.

"Barang apa?kat mana?", soalan nya untuk Rayyan tapi pandangan nya masih dilemparkan pada televisyen.Suara nya pun mendatar saje.

"Err..kotak warna merah dekat atas almari baju", Rayyan jawab lambat-lambat.

Kan betul sangkaan Qasrina.Kotak merah itu lah barang yang Rayyan nak amik.Terus Qasrina bangun dari duduk nya dengan muka masam macam cuka dah basi dan terus masuk ke dalam bilik nya.

Kotak merah di atas almari baju nya dicapai.Apalah isi dalam ni sampai Rayyan beria-ria sangat datang sini semata-mata nak amik kotak kecik ni?ni mesti gift dari Nia.Sweet sangat!.

Qasrina pandang kotak itu lama.Kotak ni macam familiar.Tapi..entahlah!tak kisah pun.Ni kan hadiah special dari orang yang special.So,buat apa dia perlu kisah,kan?

Kotak tadi diletakkan di atas meja di hadapan Rayyan sebelum kembali duduk di atas sofa."Thanks", ucap Rayyan.Tapi Qasrina hanya mendiamkan diri.Mata nya menyambung menonton tv.

Qhalif yang sedar keadaan Qasrina dan Rayyan yang agak dingin,terus dia mengajak Rayyan pulang.Dia sendiri hairan.Kenapa Rayyan dan adik nya seakan sedang berperang hati?

Qasrina menghantar mereka berdua sehingga ke pintu.Sebelum Rayyan mengikut langkah Qhalif untuk meninggalkan kawasan kondo Qasrina,sempat dia melemparkan segaris senyuman pada Qasrina.Walaupun dia tahu yang Qasrina tidak akan membalas senyuman nya.Senyuman yang Qasrina sendiri suka untuk tafsirkan.Tapi Qasrina tidak membalas senyuman nya seperti sangkaan Rayyan.

Pintu rumah ditutup dan setitis air mata nya jatuh.Dia terus menyeka.Sudahlah.Cukup dia menangis kerana Rayyan.Dia dah penat.Memang berat tugas nya untuk membenci lelaki yang paling dia sayang.Tapi dia akan tetap mencuba walaupun sakit.

Sebenarnya,walaupun pandangan nya sering kali memandang televisyen,tapi siapa yang cakap dia sedang menonton rancangan yang sedang disiarkan tadi?rancangan itu tidak langsung menarik perhatian nya.Yang dia pandang hanya lah Rayyan.

Ye..Rayyan.Dia dapat melihat Rayyan dari skrin hitam di kaca tv di depan nya.Sejak Qhalif dan Rayyan tiba di rumah nya sampai lah Qhalif mengajak Rayyan pulang,mata nya hanya melekat pada bayang Rayyan yang terpantul di kaca tv.Dia juga nampak yang Rayyan memandang nya banyak kali.

Tapi dia hanya buat tak tahu.Walaupun sebenarnya,pandangan itu lah yang dia rindui setiap masa.

~~~ √ ~~~

"KHAWIN?!", soal Puan Fazila yang sedikit terjerit kecil.Wajah anak lelaki nya dipandang tanpa berkelip.

Raihan tersenyum sebelum dia mengangguk."Dengan siapa?", terbit segaris senyuman di wajah Puan Fazila setelah mendengar berita yang sangat menggembirakan.Tak lama saje lagi dia akan mendapat Nia sebagai menantu.Tapi belum sempat jadi menantu lagi,Raihan pula yang nak memberi nya menantu?nampak nya,dapat dua menantu lah dia tahun ni.

"Yang tu rahsia.Nanti Iyan bawak jumpa ibu", Raihan sudah tersenyum selebar sampan.

"Alah Iyan ni,tu pun nak berahsia.Nanti ibu tahu jugak kan?", Puan Fazila masih mengharapkan anak ketiga nya itu mendedahkan identiti bakal menantu kedua nya.

"Memanglah.Tapi biarlah surprise sikit.Nanti Iyan akan bawak jumpa ibu.Ibu jangan risau,okay?",

"Hm..ye lah.Tapi..cantik tak orang nya?baik?", tugas bakal mentua dah mula!kena selidik siapa bakal menantu ni.

"Cantik sangat,bu.Dia pun memang pandai masak.Masakan dia memang superb!orang nya memang baik",

"Ye?kalau macam tu,bawak lah jumpa ibu cepat-cepat.Tak sabar ni", Puan Fazila pula yang teruja.Bukan dia yang nak khawin.

"In shaa Allah",

**bersambung di bab seterus nya**

Love you,Mr Add Math!Where stories live. Discover now