BAB 21

8K 223 1
                                    

"ASSALAMUALAIKUM,Qasrina..awak masih marah kan saya ke? :'( ",

Qasrina terus meletakkan telefon bimbit nya di atas meja kopi di hadapan dengan geram.Nasib saje tak pecah telefon tu.Badan nya disandarkan pada buaian besi yang sedang diduduki.Dan dengan itu,dia terhayun ke depan dan ke belakang.

'Senang-senang je nak mintak maaf dekat aku?buat salah sikit,mintak maaf.Hati aku yang terluka bagai ditusuk dengan pedang sepanjang 10 meter ni siapa yang nak ubatkan?'.Qasrina bermonolog sendiri.Tapi..memang sewaktu cikgu Maira memaut lengan Rayyan tadi,hati nya berderai.Mahu sahaja dia menarik Rayyan menjauhi cikgu Maira.

'Tapi kenapa aku marah sangat dengan cikgu Zhaf?padahal cikgu nak tolong cikgu Maira je'.

'Argh!mana boleh.Kalau ye pun,tak perlu lah sampai pegang-pegang.Boleh je kalau cikgu Maira tu berpaut pada alas meja.Ni nak jugak pegang lengan sasa cikgu Zhaf.Aku sendiri pun tak pernah pegang'.

"Mak kau!..", latah Qasrina tersembur tatkala rambut ekor kuda nya ditarik.Dia menoleh pada Qhalif yang sudah duduk disebelah nya.Bila?jangan tanya lah.Die sendiri pun tak tahu.

Qhalif ketawa terbahak-bahak.Ni merupakan kali pertama dia mendengar adik permpuan nya yang 'ayu' melatah.Qasrina terus memeluk erat besi buaian di sebelah nga.Takut-takut tetiba pulak tumbang buaian ni oleh kerana ketawa Qhalif yang bagaikan tak ingat dunia.

"Along!enough lah!kang tumbang buai ni nanti", Qasrina menepuk-nepuk bahu Qhalif menggunakan sebelah tangan.

"Okay okay..let me take a breathe first", Qhalif menarik nafas dalam.Saat nafas nya dihemburkan,dia ingin ketawa lagi namun pantas tangan nya menampar mulut.

"Tak cukup tu.Biar Rina tambah lagi", Qasrina sudah menunjukkan penampar nya.Qhalif mengangkat kedua tangan."Okay.Along dah tak gelak", Qhalif cuba untuk menseriuskan muka nya.

"Yang along tiba-tiba muncul tadi kenapa?salam tak bagi,tetiba nak tarik rambut", Qasrina kembali duduk seperti biasa.

"Saje..tadi ummi cakap yang Rina makan sikit je.Kenapa?ade masalah?", Qhalif memandang adik nya.Sekarang ni,dia sudah kembali normal.

Qasrina menggeleng perlahan.Pandangan nya dibuang pada bintang-bintang yang hanya ada beberapa butir sahaja dilangit gelap.

"Habis?Rina ni kalau pasal makan kan memang terror,tapi hari ni makan sikit je.Share je lah dengan along kalau Rina ada masalah", Qhalif masih cuba untuk memujuk Qasrina.

Qasrina mengigit bibir.'Nak share ke tak nak?kalau aku share,nanti along gelakkan lah pulak.Tapi kalau tak share,pulak'.

Belum sempat Qasrina ingin membuka mulut,tiba-tiba bunyi menandakan ada mesej masuk dari telefon bimbit nya membuat kan padangan nya dan Qhalif tertumpu pada telefon bimbit di atas meja.

Dia terus mencapai telefon bimbit nya.

'1 New message from cikgu Zhaf'.

Mesej yang baru tiba dari cikgu Zhaf dibaca.

"Rina..I'm so sorry kalau awak marahkan saya.Please..I really really sorry.Saya tak tenang lah kalau awak tak maafkan saya",

Qasrina mengeluh geram."Mengada!dah buat orang sakit hati,lepastu senang-senang nak mintak maaf", Qasrina berkata kuat tanpa menyedari kehadiran Qhalif di sebelah.

Love you,Mr Add Math!Where stories live. Discover now