BAB 6

11.9K 399 2
                                    

QASRINA yang sedang menonton televisyen bingkas bangun menuju ke arah muka pintu apabila pintu itu diketuk beberapa kali.

Buka sahaja pintu,Puan Maizurah tersenyum ke arah anak gadisnya.

"Ummi pergi mana tadi?", soalan pertama yang terpancul dari bibir Qasrina.Sewaktu die bangun sahaja dari tidur,Puan Maizurah tiada di rumah tanpa pesanan.

Puan Maizurah melangkah masuk ke dalam rumah.Tudung di kepalanya dibuka."Ummi pergi sebelah rumah Encik Azroy ni,kejap",

"Ohh..rumah yang baru ade orang duduk tu?", Qasrina sudah tahu.Yelah,di perumahan itu hanya ade seorang sahaja yang bernama Azroy iaitu jiran sebelah rumah nya.Mana ade lagi.

Puan Maizurah mengangguk sambil melabuhkan punggungya di atas sofa.Qasrina juga mengambil tempat di sebelahnya."Buat ape dekat sana?",

"Saje je.Ummi nak kenal dengan jiran baru kite.Ohh ye..Sabtu ni ikut ummi tau pergi rumah die", Puan Maizurah berpaling memandang wajah Qasrina.

Qasrina mencapai segelas jus oren di atas meja."Buat ape?", Qasrina meneguk air jus oren itu tadi.Sekilas die memandang televisyen di hadapannya.

"Die ade buat majlis kesyukuran dan bacaan yassin.Lagi satu,ummi boleh lah jugak kenalkan Rina dengan anak die.Baik tau orangnya,hormat orang tua pulak tu",

"Ohh..sebaya dengan Rina ke?kalau macam tu elok lah jugak.Dapat kawan baru", Qasrina tersengih.'Elok juga kalau dapat kawan baru.Jarak dari rumah aku cuma selang satu rumah je.Boleh pergi rumah die hari-hari'.

"Ehh..ape pulak sebaya nya?tua empat tahun dari Rina",

"Lah..yeke?takpelah.Anak ummi ni kan friendly orangnya.Boleh je kalau Rina click dengan die", Qasrina tersenyum.Suka pulak bila die nak dapat kawan baru.

Puan Maizurah tersenyum sambil mengangguk.Hatinya gembira.'Harap dapat click sampai bila-bila'.Ye..itulah harapannya.

KEPALA yang tidak gatal di garu beberapa kali.Pen di tangan di ketuk perlahan di atas meja.Anak mata hitamnya bergerak.Sekejap matanya memandang pada whiteboard dan sekejap memandang pada buku latihan di hadapannya.'Uish!ni teruk tahap kritikal ni'.

"Lyn..susah betul lah soalan ni.Kau tahu ke macam mana nak buat?", Qasrina berbisik pada Lyn yang sedang tekun menyiapkan latihan yang di berikan oleh Rayyan.

"Entah lah.Aku pun try buat je ni.But tak sure betul atau tak", Lyn membalas sama seperti Qasrina.Bisik.

Qasrina mengeluh perlahan."Susah nya soalan ni.Tak faham langsung!takde ke formula yang senang sikit?", Qasrina bercakap dengan dirinya sendiri.Buku formula di sebelahnya di capai dan setiap helaian di selak.Mencari formula,mungkin.

Sedang asyik Qasrina membelak buku formulanya,Rayyan menghampiri mejanya."Qasrina..boleh tolong selesaikan soalan di depan?", tiba-tiba Rayyan bersuara.

Qasrina mengangkat wajah.Terkejut beruk belakang rumah die di buatnya.Tiba-tiba sahaja cikgu Add Mathnya bersuara.Entah bila die datang pun tak sedar.

"Ape?", Qasrina blur seketika.

"Tolong siapkan soalan yang saya bagi kat depan tu", muncung Rayyan menghala pada whiteboard di hadapan.

"Err..sekarang?", Qasrina takut sebenarnya.Bagaimana die hendak menjawab soalan yang tertulis pada whiteboard sedangkan buku latihannya sendiri kosong.Tiada sebarang jawapan yang dicurahkan di situ.

"Terpulang pada awak.Kalau awak nak buat lima tahun lagi pun saya tak kisah", ayat Rayyan seperti usikan namun wajahnya tetap serius.

Lia menyenggol siku Qasrina.Menyuruh kawannya bangun sebelum Rayyan naik hantu.Walaupun guru nya itu belum pernah lagi naik hantu.

Love you,Mr Add Math!Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ