BAB 19

8.7K 321 2
                                    

  "KORANG..aku rasa aku tak boleh buat lah", Qasrina memandang Lyn dan Lia dengan muka menagih simpati.

"Kau tak yah nak propa lah,Rina.Kau jangan nak mengelat.Macam lah kitorang tak tahu yang kau ni memang tak suka lari kan?", Lyn dan Lia memang dah terlebih kenal dengan sikap Qasrina yang satu ini.Dia memang seorang yang tidak aktif bersukan.Setiap kali ada latihan sukan,pasti dia akan mengelat dengan tidak hadir ke sekolah atau buat-buat sakit.Tapi disebabkan tahun ini mereka SPM,terpaksa lah Qasrina menghadap jugak latihan sukan.

"Betul kata Lyn.Rina..sampai bila kau nak mengelat?tahun ni tahun last kite join latihan sukan kat sekolah ni,tahu tak?so please lah.Lari je.Bukan nya kena terjun KLCC.Tak susah sangat pun", Lia menyokong Lyn.

"Alah..please lah.Aku tak nak.Kang kalau aku tergolek masa tengah lari macam mana?", dia sudah gelisah.Mata nya memandang barisan di hadapan.Alamak!lagi dua baris sahaja lagi untuk sampai pada giliran nya.

"It's okay lah.Kau takkan tergolek.Dah kalau kau fikir yang kau akan tergolek,memang tergolek lah jawab nya", Lyn memberi semangat.Lia disebelah nya terangguk-angguk.

Mahu atau tidak,terpaksa lah Qasrina akur.Nak bagi alasan pun,rasa nya dah terlambat.Lagi satu barisan saje lagi dia terpaksa berlari sejauh 200 meter.Perh!this is nightmare!

Sebelum tiba giliran nya,Qasrina sempat mencuri pandang pada Rayyan yang berada di sebelah kanan padang.Rayyan ditugaskan untuk menjaga acara lompat tinggi.Pandangan mereka bertaut.Rayyan tersenyum manis pada nya sambil berkata sesuatu.Melalui gerakan bibir,seperti berkata "Goodluck,awak boleh!saya support awak", manakala Qasrina hanya tersenyum hambar.Bukan dia tidak suka apabila mendapat kata-kata semangat dari Rayyan,tapi memang dia sedang gementar.Pucat habis muka nya.

"Baiklah,line seterus nya get ready.Berdiri di belakang line putih", cikgu Syira memberi arahan pada Qasrina,Lia,Lyn,dan dua orang pelajar lain.'Ya Allah,kau lindungilah aku'.

"Okay,ke garisan..sedia?mula!", wisel ditiup dan dengan itu,mereka semua mulakan pelarian.

Rayyan asyik melihat Qasrina lari.Kebetulan pula ditempat nya tiada pelajar yang sedang berlatih.Jadi,ape lagi?tumpukan perhatian pada Qasrina lah.

"Cikgu Zhaf..", seorang pelajar lelaki mencuit bahu Rayyan.Die menoleh.

"Ye..ada ape?",

"Cikgu Manan nak jumpa dekat dewan terbuka",

"Sekarang?",

Pelajar lelaki tadi mengangguk sebelum meninggalkan Rayyan.Rayyan terkebil-kebil di situ.Satu keluhan dilepaskan.'Sekarang?kenapa sekarang?aku baru nak tengok Rina lari'.Sambil hati nya bergumam,dia melangkah pergi ke dewan terbuka.

TIADA apa yang berada di dalam fikiran Qasrina ketika ini.Lyn dan Lia sudah mendahului nya.Tidak disangka mereka berdua ini lari laju.Sambil berlari,hati nya tidak henti-henti membebel.'Uish!jauh jugak.Dari jauh nampak dekat je.Waduh..kang pengsan jugak aku kat sini.Bila nak sampai penamat?'.

Dan bebelan itu berterusan buat kali kedua..'Bila nak sampai penamat?'.Itu sahaja lah yang dia berfikir.

Sedang asyik Qasrina berlari pwda kelajuan yang tak berapa nak laju tu,tiba-tiba kaki nya tersadung pada batu dihadapan.Dia hilang imbangan dan..

Gedebuk!

Qasrina terjatuh ke atas rumput seperti nangka busuk.Lutut nya terasa pedih dan kaki nya benar-benar sakit.Tapi dia masih lagi tak dapat menangkap ape yang sudah terjadi.Bak kata orang,blur..

Sepantas kilat cikgu Syira berlari mendapatkan Qasrina yang sudah terduduk di tengah padang.

"Rina?awak okay?", cemas cikgu Syira menyoal.Qasrina diam.Die tak tahu apa yang dah jadi tapi lutut dan kaki nya terasa sakit.

Love you,Mr Add Math!Where stories live. Discover now