BAB 12

8.9K 309 0
                                    

LYN dan Lia segera menoleh apabila nama mereka dipanggil.Kelihatan Rayyan sedang menuju ke arah mereka.

"Ade ape cikgu?nak suruh kitorang kutip buku latihan ke?", Lyn main teka saje.Mana tahu betul,kan?

Rayyan tersenyum."Bukan,kan saya suruh hantar minggu depan buku tu.Ni..saya nak tanya.Em..mana Qasrina?die takde pun dengan kamu berdua", mata Rayyan meliar mencari Qasrina di seluruh kawasan kantin itu.Kut-kut tengah beli makanan lagi.

"Ohh,Rina..die ade kat library", Lia menjawab.Plastik minuman ditangan nya dibetulkan.

Rayyan hairan."Kat library?sorang je?",

"Eh,tak lah.Die dengan Khairin.Khairin suruh Rina ajarkan subjek English dekat die", masih Lia yang menjawab.Lyn hanya membatu.Malas die mahu masuk campur jika nama Khairin dan Qasrina disebut.Namun yang paling penting,die tidak pernah membenci Qasrina atas sebab Khairin yang sering mencuba untuk mengeratkan hubungan nya dengan Qasrina.

Wajah Rayyan berubah sedikit.Tetapi pandai die cover dengan mengigit bibir nya."Ohh,dah lama?",

"Almost 15 minutes",

Rayyan mengangguk lalu segera meminta diri.Dalam perjalanan ke bilik guru,dadanya berombak.Kalau diikutkan,mahu sahaja die naik ke perpustakaan dan menarik Qasrina keluar.Namun bila difikirkan kembali,mungkin tindakan nya itu akan menjadi perhatian orang ramai.Tambahan pula,die hanya seorang guru ganti.

Mata Lyn dan Lia hanya mengekori langkah Rayyan yang semakin hilang dari pandangan."Beb..kau perasan something tak", siku Lyn disenggol.Suaranya juga seperti berbisik.

"Perasan ape?",

"Muka cikgu Zhaf tadi berubah bila aku cakap Rina ade dengan Khairin.Perasan tak?", Lia memandang Lyn.Memang hairan!die pasti yang wajah Rayyan waktu itu benar-benar berubah.Sebelumnya ade senyuman di wajah tampan itu,walaupun senyuman nya tidak lebar.Namun selepas diberitahu Qasrina bersama Khairin,senyuman itu terus mati.

"Ohh,tu aku perasan lama dah", Lyn membalas.Ringkas.Air mineral di tangan nya diteguk perlahan.

"So..kau rasa tak ape yang aku rasa sekarang ni?", Lia menjongketkan kening nya beberapa kali.Ade senyuman nakal di wajah itu.

Botol mineral tadi ditutup.Pandangan Lyn kembali pada Lia di sebelahnya."Aku rasa aku tahu apa yang kau rasa",

"Kalau macam tu,ape yang kau rasa kau tahu ape yang aku rasa?",

"Aku rasa lah kan?ape yang kau rase tu adalah..", sengaja Lyn menggantungkan ayatnya.Die menoleh ke kiri dan ke kanan.Line clear!

"Cikgu Zhaf suke Rina,kan?itu kan yang kau rasa?", Lyn tersenyum.

Lia juga tersenyum.Perlahan die mengangguk."Betul lah tu yang aku rasa.Pandai lah kau teka,kau pun rasa benda yang sama macam aku rasa kan?aku rasa lah mungkin ape yang kite berdua rasa ni betul",

Lyn dan Lia saling berpandangan.Tidak lama selepas itu,mereka menghembur tawa.Rasa lucu pula bila perkataan 'rasa' diulang beberapa kali.

"JANGAN lah macam ni.Please lah.Aku sayang kau.Aku tahu lah kau merajuk dengan aku.Tapi aku lewat sikit je sebab tadi ade kelas dengan cikgu Zhaf.Please..sorry,tau", Qasrina berbicara dengan lembut.Cermin sisi motosikal nya dicium.

Buat kali ketiga,Qasrina mencuba untuk menghidupkan motosikalnya.Namun masih sama.Tiada sebarang respon.

"Alah,jangan lah buat hal.Tolong lah.Aku nak balik ni.Please..please..", Qasrina merayu.Mujur dia seorang sahaja yang berada di garaj.Jika tidak,mahu die di cop 'perempuan gila'.

"Okay..ni last aku try hidupkan kau.Kalau kau tak nak hidup,siap lah kau!aku jual nanti!",

Buat kali terakhir,die mencuba untuk menghidupkan motosikalnya.Tetapi masih tidak berjaya.Die menahan geram.Giginya diketap sekuat hati.'Hish!nasib baik lah aku ni sayang kau.Kalau tidak,memang dah lama aku campak kau dalam longkang!'.

Qasrina bercekak pinggang sementara otak nya memikirkan jalan penyelesaian masalah yang dihadapi.Kalau bab membaiki sesuatu ni memang bukan 'makanan' die lah.Silap-silap mahu terpisah semua bahagian-bahagian motor ini.

Die mengerling jam tangan nya.Ade 15 minit lagi sebelum masuk pukul 5 petang.Kepala nya digaru.Bukan sebab gatal tetapi sebab stress!tension!

Sudah lah kebanyakan pelajar-pelajar sesi pagi pada waktu ini sudah pulang ke rumah.Die pulang lewat pun tadi disebabkan ade kelas Add Math dengan Rayyan.

Saat Qasrina leka membelek motosikal nya.Sebuah kereta Nissan Almera berwarna putih melalui kawasan garaj.Kereta tersebut berhenti seketika di tepi garaj.

Qasrina yang menyedari kehadiran kereta di sebelah nya,segera menoleh.Dari luaran,die seperti mengenali kereta tersebut.Tapi..die tidak pasti pula.Pemandu nya pun die tidak nampak kerana semua tingkap kereta tersebut telah di tinted.

'Kereta ni macam kereta cikgu Zhaf.Tapi..kalau betul,kenapa die tak keluar?tak nak tolong aku ke?aku in trouble ni'.

Beberapa minit selepas itu,kereta Nissan Almera tadi pun pergi meninggalkan kawasan garaj.Ketika itu,Qasrina yakin bahawa pemandu kereta tersebut bukan milik Rayyan memandangkan pemandu kereta tersebut tidak keluar dari kenderaan nya,namun setelah melihat nombor plat kereta itu,die tidak salah!memang benar itu kereta guru Add Math nya.

'Tetapi,kenapa die buat tidak tahu saje?sekurang-kurang nya tanya lah kenapa aku tak balik lagi?'.Qasrina membebel.Oh ya! baru die tersedar sesuatu.Hari ini Rayyan berperangai pelik.Ya!sangat pelik.Sewaktu kelas tambahan Add Math nya bersama dengan Rayyan tadi,lelaki itu tidak banyak cakap dengan nya.Die hanya bercakap perkara-perkara yang penting saje.Walhal selama ini mulut nya tidak pernah berhenti daripada bercakap dan mengusik diri nya.

Wajah Rayyan juga tidak seceria dulu.Memang nampak ketara perubahan sikap Rayyan.Tadi pun die asyik mendiamkan diri dan hanya fokus menanda buku latihan di atas meja.Qasrina pun langsung tidak dipandang.

"Pelik betul lah die tu.Tetiba je not in mood", tanpa sedar Qasrina,die telah bersuara dengan agak kuat dan menyebabkan lelaki yang tidak jauh dari nya terus berpaling.Lelaki itu baru sahaja hendak menghidupkan motosikal nya.Segaris senyuman terhias di wajah lelaki itu.Langkah nya diatur mendekati Qasrina.

"Kenapa tak balik lagi?", lelaki itu bersuara.

Qasrina terkejut dengan teguran secara tiba-tiba oleh seorang lelaki.Serta merta die menoleh dan senyuman palsu dihadiahkan buat lelaki di hadapan nya.

"Awak buat ape dekat sini?", soalan dari lelaki tadi tidak dijawab malah soalan lain pula diberi buat lelaki itu.

"Tadi saya ade latihan rugby,ni baru nak balik.Awak pulak buat ape dan kenapa tak balik lagi?", soalan berbalas dengan soalan.

"Ohh..err..saya ade kelas tambahan Add Math tadi dengan cikgu Zhaf.Saya nak balik,tapi..", Qasrina sengaja menggantungkan ayat nya.Mata nya berkalih pada pintu pagar sekolah yang masih tertutup rapat.Die mengharap agar Rayyan yang datang untuk menghulurkan bantuan dan bukan lah Khairin.Namun,beberapa saat berlalu dan pagar itu masih tertutup rapat bererti tiada siapa di luar kawasan sekolah.Qasrina kecewa.

"Tapi?", Khairin menyedarkan Qasrina.

Qasrina mengangkat muka seketika."Tapi..motor saya ni buat perangai pulak", tangan nya menampar lembut seat motosikal nya.

Kelakuan Qasrina tadi yang agak comel di mata Khairin membuatkan die ketawa kecil.Rambut nya yang sedikit basah setelah dibasahkan dengan air mineral tadi di raup ke belakang.

"Err..kalau awak tak keberatan,saya boleh je tolong hantarkan awak balik", Khairin senyum.

Qasrina diam.Die berbelah bahagi.Nak terima atau tak?kalau tak terima,takkan lah die nak duduk sini sampai waktu maghrib pulak?tapi kalau die menerima bantuan ini,die takut Khairin menganggap yang die menerima cinta lelaki itu.

"Nak tak?jangan risau.Saya ikhlas tolong awak.Awak anggap je lah yang saya bantu awak sebagai seorang kawan", kata-kata Khairin jujur.Ade keikhlasan di dalam mata nya.

Mahu atau tidak,Qasrina terpaksa akur.Die tidak sanggup nak duduk di sekolah ini sepanjang hari.

-Qasrina naik jugak motor dengan Khairin?hm..masalah besar ni.Tapi..ape masalah nya?

**bersambung di bab seterusnya**

Love you,Mr Add Math!Where stories live. Discover now