DIA SI PEMBEKU CINTA : C

By aunisabiha

2.8M 141K 3.4K

Tiada ungkapan lain yang boleh diucapkan selain beku , sejuk dan dingin . Itu merupakan ungkapan yang sangat... More

SINOPSIS
DSPC : 1
DSPC : 2
DSPC : 3
DSPC : 4
DSPC : 5
DSPC : 6
DSPC : 7
DSPC : 8
DSPC : 9
DSPC : 10
DSPC : 11
DSPC : 12
DSPC : 13
DSPC : 14
DSPC : 15
DSPC : 16
DSPC : 17
DSPC : 18
DSPC : 19
DSPC : 20
DSPC : 21
DSPC : 22
DSPC : 23
DSPC : 24
DSPC : 25
DSPC : 26
DSPC : 27
DSPC : 28
DSPC : 29
DSPC : 30
DSPC : 31
DSPC : 32
DSPC : 33
DSPC : 34
DSPC : 35
DSPC : 36
DSPC : 37
DSPC : 38
DSPC : 39
DSPC : 40
DSPC : 41
DSPC : 42
DSPC : 43
DSPC : 44
DSPC : 45
DSPC : 46
DSPC : 47
DSPC : 48
DSPC : 49
DSPC : 50
DSPC : 51
DSPC : 52
DSPC : 53
DSPC : 54
DSPC : 55
DSPC : 56
DSPC : 57
DSPC : 58
DSPC : 59
DSPC : 60
DSPC : 61
DSPC : 62
DSPC : 63
DSPC : 64
DSPC : 65
DSPC : 66
DSPC : 67
DSPC : 69
DSPC : 70
DSPC : 71
DSPC : 72
DSPC : 73
DSPC : 74
DSPC : 75
DSPC : 76
DSPC : 77
DSPC : 78
DSPC : 79
DSPC : 80
DSPC : 81
DSPC : 82
DSPC : 83
DSPC : 84
DSPC : 85
DSPC : 86
DSPC : 87
DSPC : 88
DSPC : 89
DSPC : 90
DSPC : 91
DSPC : 92
DSPC : 93
AUTHOR NOTES ♡
DSPC : 94 ( FINAL )
AUTHOR NOTES ♡

DSPC : 68

18.6K 1K 15
By aunisabiha

Tubuh tua milik Aunty Sherlina akhirnya jatuh terduduk menyembah bumi. Tangisan yang ditahannya sedari tadi akhirnya terhambur jua. Badannya kini terasa lemah manakala mindanya pula terasa lelah. Tubuh tua itu sudah terhinjut-hinjut menahan tangisnya yang semakin menggila. Mengapa dan kenapa disaat dia sedang bermain kata, anaknya itu pula sedang memerhatikan dirinya dengan penuh tanda tanya?

Terbit rasa sesal yang menggunung di dalam hati. Tembok bahagia yang terbina di antara anak dan ibu ini termusnah akan kata-kata dusta.

Kepalanya mula terasa memberat dengan masalah yang baru sahaja menimpa dirinya. Pandangannya serta-merta menjadi kabur dan berpusing. Entah mengapa, dia terasa hendak pitam. Namun dirinya tetap digagahkan jua untuk berdiri agar dia tidak terus terlena akan mainan dunia.

"Ya Allah, Lina kenapa?!" Puan Amelia terkejut. Pintu pagar rumah agam milik rakannya itu terus sahaja dibukanya dengan Kadar segera. Kebetulan pula dia sedang membuang sampah ketika itu.

Sepasang anak matanya yang semakin kabur itu dibukanya sedaya upaya. Sempat dia menangkap sosok kelibat rakannya yang makin menghampiri dirinya.

"Anak aku mel..." Suaranya kendur saat menyebutkan anaknya itu. Bayangan anak lelakinya mula menerjah di ruang retinanya.

"Kenapa dengan dia? Kenapa?" Puan Amelia sudah tidak tentu arah. Dipekik kuat kedua-dua anaknya yang sedang berada di halaman rumah mereka agar segera datang menemani dirinya. Sejujurnya, dia juga sudah hilang arah apabila melihatkan keadaan rakan karibnya itu. Patutkah dia menelefon ambulance sekarang ini?

Terkocoh-kocoh kedua-dua anaknya itu berlari memasuki perkarangan rumah jiran mereka. Wajah Ilya Nasuha dan Iman Naim jelas sekali terpancar akan seribu satu soalan. Apa yang sedang berlaku sekarang ini? Kenapa mama mereka memekik kuat memanggil mereka sebentar tadi?

"Ada apa ma?" Tanya Iman Naim pelik. Tak ada angin, tak ada ribut namun mengapa suara mamanya sebentar tadi bagai halilintar membelah bumi ketika memanggil nama mereka berdua?

Ilya Nasuha pula hanya diam menyepi. Mata budarnya itu terus menatap akan mama lelaki itu serta mamanya. Akalnya pula mula berfikir tanpa henti. Dia cuba menyimpulkan tentang apa yang terjadi sekarang inu. Perbualan kedua ibu tua itu yang pada mulanya hanya berada di depan muka pintu kini telah memasuki pula ke ruang tamu.

"Jadi, kau sebenarnya nak tipu si Syam tu supaya dia terhasut? Kau sebenarnya tak mahu bagi Isy kat dia, macam tu?" Puan Amelia meneka.

Dari cerita rakannya itu, dia dapat menyimpulkan bahawa ia hanya satu salah faham sahaja. Jiwa remaja itu yang tiba-tiba sahaja memberontak apabila dirinya dianggap sebagai permainan oleh kedua orang tuanya.

"Kau tau dia kat mana Lina?" Tanyanya lagi.

Bibirnya tidak putus-putus dari meluah kata. Terbit rasa kasihan pada rakan karibnya itu. Sudahlah bermacam jenis dugaan yang diharung olehnya, namun kini dugaan yang lebih besar pula dialaminya. Mampukah rakannya itu kuat sekali lagi?

Aunty Sherlina hanya menggeleng lemah. Sejujurnya, dia masih tidak mampu untuk mengagak kemanakah anak lelakinya itu pergi membawa dirinya. Masakan anak lelakinya itu memang benar-benar ingin pergi meninggalkan dirinya?

"Apa kata kau cuba call dia dek?" Cadang Iman Naim. Manalah tahu jika adiknya itu berjaya menelefon lelaki itu? Bukan apa, jika ada masalah keluarga, mungkin teman wanita boleh menjadi tempat yang baik untuk meluah kata?

Ilya Nasuha pantas mengangguk mengiyakan kata-kata dari abangnya itu. Telefon yang berada di poket seluar track suit yang dipakainya itu segera diseluk. Nombor telefon milik Isyraf Nazran segera didailnya dan ting tong...

Peti simpanan suara.

Peti simpanan suara.

Peti simpanan suara.

Ketiga-tiga panggilan itu tidak berangkat oleh lelaki itu sebaliknya terus masuk ke dalam peti simpanan suara. Ilya Nasuha masih tidak lelah. Didail nombor remaja lelaki itu berulang kali tanpa henti. Akhirnya, panggilan ketujuh seperti memberikan sinar kepada mereka semua.

"Bip, bip, bip..."

Panggilan bersambung.

"Hm."

"Awak kat mana?"

Kesemua anak mata itu telah tertumpu tepat akan Ilya Nasuha. Mereka semua sedang menantikan bait-bait kata dengan penuh debaran di dada.

"Ada ah."

"Bagilah tahu awak kat mana?"

"Tak perlu tahu."

"Tak perlu tahu apa pula? Saya ni kan jiwa awak? Jadi saya perlu tahu dan ambil tahu."

Perkataan jiwa itu sengaja ditekan oleh Ilya Nasuha pada remaja lelaki itu. Ketiga-tiga mata yang sedang memerhatikan dirinya sudah tidak dihiraukannya lagi. Tahulah apa yang ingin dijelaskan nanti akan maksud jiwa itu jika ditanya mengenainya.

Isyraf Nazran hanya diam menyepi di hujung talian. Kedengaran keluhan berat terluah jua sekian kalinya. Mengapa di saat dirinya sedang serabut begini, Ilya Nasuha mencari masalah dengannya pula? Tidak bolehkah gadis itu memberikan dia masa untuk menyendiri buat seketika?

"Isy, mama awak risaukan awak, risaukan lagi keselamatan awak. Awak tak kesian ke tengok dia menangis sebab awak?"

"Sanggup ya awak buat mama awak macam ni? Awak sedar tak perbuatan awak ni boleh jatuh derhaka. Baliklah, Isy." Bertubi-tubu bagai peluru, kata-kata yang terluah dari bibir mungilnya itu.

Sebahagian kata-kata dari gadis itu ada yang menyinggung hati, mengusik jiwa, menggetar amarah namun dia lebih selesa berdiam diri. Salahkah dia apabila lari dari semua ini? Salahkah dia hingga boleh jatuh anak derhaka hanya kerana membuatkan mamanya menangis seperti ini? Dikumpul kudratnya sebelum dia kembali bersuara.

"Dia bukan mama aku."

"Kau tak perlu ambil tahu hal aku lagi."

Talian dimatikan.

Ilya Nasuha tergamam. Telefon bimbit yang berada di telinganya terlerai jua akhirnya. Mengapa remaja lelaki itu tergamak berkata sedemikian kepada mamanya? Mengapa remaja lelaki itu mengatakan bahawa dia tidak perlu untuk mengambil tahu hal remaja lelaki itu lagi? Adakah itu titik mula untuk remaja lelaki itu membenci dirinya kembali? Mengapa baru sahaja dia hendak berasa bahagia, dan dan sahaja malapetaka datang tanpa diduga?

"Dia cakap apa Ilya? Dia kat mana? Dia marah aunty ya?"

Tubuh gadis itu pantas diterpanya laju. Kedua jemari kecil milik anak rakan karibnya itu diraihnya dengan penuh rasa ingin tahu.

"Dia tak mengaku aunty mama dia kan Ilya? Aunty dengar." Suara itu kembali berubah sendu tatkala dia mendengarkan dengan jelas apa yang diperkatakan oleh anaknya sebentar tadi. Wajah tuanya itu kelihatan sungguh sugul sekali.

Ilya Nasuha hanya tersenyum kelat pada ibu remaja lelaki itu. Dipeluknya tubuh ibu tua itu sambil belakang badannya digosok lembut. Dia cuba untuk meredakan sedikit rasa sedih yang sedang meruntun jiwa tenat seorang ibu tua itu.

Pandangan mata milik Isyraf Nazran dilemparkannya jauh ke tengah laut. Hatinya kini terasa amat terluka dengan perkara yang baru sahaja berlaku di dalam hidupnya. Kombinasi biru laut dan jingga langit tika ini sedikit membuatkan dia terbuai. Desir ombak yang menampar lembut kakinya itu membuatkan dia terpegun. Sungguh, Allah maha berkuasa dalam mencipta segalanya. Tiada apa yang setanding dengan ciptaanNya.

"Kenapa mama kejam?"

"Apa dosa Isy dah buat pada mama?"

"Isy jaga mama sebaiknya, bahkan mama tu cinta pertama Isy."

Wajah ibu tua itu menyinggah bagai angin yang ditiup bayu. Menyinggah buat sementara waktu dan berlalu pergi tanpa hala tuju.

Telefon bimbitnya berdering lagi. Tertera nombor yang tidak dikenali di ruang pemanggil. Siapa lagi yang hendak merosakkan hidupnya? Tadi Ilya Nasuha ini siapa pula? Panggilan pertama dibiarkannya sepi. Masuk sahaja panggilan keenam, dia sudah tidak tahan. Segera telefon bimbit itu dimatikan.

Terdetik di hatinya adakah selama ini ayahnya itu benar? Tan Sri Syamreez, nama itu tertera di bibir dengan sekali lafaz.

"Mama dah tak sayang aku lagi."

"Aku patut pergi pada papa, hidup dengan papa sekurangnya terjamin juga masa depan aku."

"Papa bagi aku jaga syarikat. Dia bagi aku segalanya yang mama tak mampu bagi."

Andaian itu dibuatnya mengikut kata hati yang mula mati. Namun, bagaimana pula dengan dendam yang sudah sebati di dalam hatinya ini selama ini? Tidak mungkin dendam itu termusnah secara tiba-tiba hanya kerana apa yang diberikan oleh papa kepadanya nanti? Dia buntu.

"Awak okay?" Lunak suara itu tiba-tiba sahaja menyapanya dengan lembut.

Isyraf Nazran sedikit terkejut. Dia terus berpaling bagi memandang si empunya suara. Mengapa tiba-tiba sahaja ada orang yang ingin menyapa dirinya di tengah laut ini? Hantu bunian kah? Atau duyung? Atau hantu air? Atau entahlah, di waktu tengah hari ini, siapa pula yang rajin hendak menegur dirinya?

"Kenapa muka sedih je ni? Awak ada masalah ke?" Gadis itu terus mengambil tempat bersebelahan dengan dirinya.

Isyraf Nazran segera berganjak jauh dari gadis itu. Sudahlah dia tidak mengenali hujung pangkal gadis ini, tiba-tiba sahaja gadis ini hendak berlagak mesra dengannya. Dasar tidak tahu malu. Sudahlah diri itu tidak dipelawa, boleh main duduk sesuka hati sahaja.

Isyraf Nazran hanya lebih memilih untuk diam daripada bersuara. Adakah perlu untuk dia berbalas kata dengan gadis itu? Sudahlah gadis itu tidak dikenali asal usulnya, tiba-tiba sahaja hendak berbasa-basi dengannya.

"Btw saya Yana. Awak apa nama?"

Isyraf Nazran masih jua begitu. Dia lebih selesa untuk berdiam diri dan tidak bersuara. Tidak penatkah gadis ini berkata-kata sedangkan dirinya menunjukkan rasa tidak berminat sahaja. Dah la kureng cun, kalau Ilya Nasuha yang berada bersebelahannya tika ini, fuhh tidak sanggup dirinya hendak melarikan pandangan dari menatap seraut wajah yang manis itu.

"Oh takpela." Gadis itu kelihatan malu sendiri.

"Awak buat apa kat sini?" Gadis itu masih setia bertanya itu dan ini. Masakan gadis itu mahu memancing dirinya yang dingin ini untuk berborak kosong?

"Saya dah perhati awak sejak tadi. Apa masalah awak ya? Ceritalah dengan saya." Yana tersenyum.

Isyraf Nazran terus sahaja mengeluh dengan kasar. Dia bangun dan ingin berlalu pergi. Yana pantas menarik tangannya kembali supaya kembali duduk bersebelahan dirinya. Isyraf Nazran sudah naik berang. Sudahlah kenal pun tidak, mahu main pegang pegang tangan pula dah kenapa? Dia mendegus seraya tangannya itu direntap kasar dari pegangan gadis itu.

"Sorry. Saya tak sengaja." Yana menunduk. Suaranya sedikit berubah sendu.

Isyraf Nazran buat tidak endah. Apa gadis itu fikir dia akan terus jatuh cinta pandang pertama akan suara seperti itu? Suara pun macam maknyah tertelan halkum. Hatinya hanya ditaut dengan yang satu iaitu Ilya Nasuha. Dengan langkah yang laju, dia terus menuju ke arah motorsikalnya itu.

"Serabut betul."

"Aku nak tenangkan fikiran pun kena kacau."

"Sial lah!"

Telefon bimbitnya yang telah lama mati itu pantas dihidupkannya semula. Terdapat empat panggilan dari Ilya Nasuha dan sepuluh panggilan dari nombor yang tidak dikenalinya. Terdapat jua dua mesej dihantar melalui nombor tersebut.

"Ping !"

Mesej pertama dibaca.

"Ada hal mustahak yang perlu dibincangkan. Jumpa di IOI City Putrajaya."

Mesej kedua dibuka dan dibacanya lagi.

"Tepat pukul 6 petang."

Pada mulanya dia hanya mahu membiarkan pesanan itu, akan tetapi setelah nombor yang sama tertera di skrin telefon bimbitnya, segera dia angkat panggilan itu dengan segera. Hatinya juga dipagut dengan rasa ingin tahu akan siapa pemanggil di sebalik nombor itu.

"Isy."

Suara seorang lelaki kedengaran jelas di hujung talian. Isyraf Nazran sudah berkerut kening saat namanya itu dipanggil oleh si pemanggil. Suara ini seakan pernah didengarinya sebelum ini tapi dimana?

"Kau siapa?"

"Ni papa."

Dia cuba mengawal emosinya tika ini. Mengapa tiba-tiba sahaja papanya itu menelefon dirinya? Ikutkan hatinya yang sedang panas sekarang ini, mahu sahaja dia memaki hamun papanya itu. Namun apabila memikirkan hal mamanya, dia terus sahaja berubah fikiran. Papa baik! Papa betul! Aku harus dengar cakap papa!

"Nak apa?"

"Boleh papa jumpa kamu nanti?"

Nada suaranya itu benar-benar lembut sewaktu dia bertanya. Dia tidak mahu untuk mengeruhkan lagi keadaan yang sememangnya sedia ada keruh atas perbuatannya sendiri. Dia mahu mengambil hati anak lelakinya itu agar anak itu bersetuju untuk berjumpa dengannya.

Isyraf Nazran berfikir buat seketika. Patutkah dia bersetuju akan ajakan itu? Atau perlukah dia menolak dan kembali semula kepada mama yang sedang menanti kehadirannya untuk pulang ke rumah itu semula?

"Boleh." Dia lantas membuat keputusan. Apa salahnya jika dia hendak bersua muka dengan lelaki durjana itu buat seketika. Lelaki itu tetap juga seorang insan yang bergelar ayah padanya.

"Okay. Terima kasih." Ucap Tan Sri Syamreez di hujung talian. Hati tuanya lega kerana anaknya itu bersetuju untuk bertemu dengannya sebentar lagi.

Talian terus sahaja dimatikan oleh Isyraf Nazran. Dia akhirnya mengeluh perlahan. Sungguh segala tok nenek masalah ini amat membebankan dirinya sekarang ini. Sudahlah peperiksaan SPM semakin mendekat, mampukah dirinya mengawal segalanya dengan baik? Mampukah dia fokus akan pembelajarannya itu sedangkan hubungan dia dan mamanya tiba-tiba sahaja menjadi retak begini? Dia juga keliru. Dia juga tidak tahu.

Azan Asar berkumandang kuat dari telefon bimbitnya menandakan waktu untuk solat telah masuk. Segera enjen motorsikal RXZ itu dihidupkannya sebelum motorsikal itu menderum laju membelah jalan raya. Dia perlu pergi ke masjid terdekat. Dia ingin menunaikan kewajipannya pada yang Esa sekaligus menenangkan dirinya.

Jiwa remaja kuat memberontak . Kata hati dan akal bergabung tenaga bagi memberi impak . Melukis perjalanan hidup yang seakan berbentuk petak .

Continue Reading

You'll Also Like

226K 27.6K 100
ALPHABET SERIES: C for CUPID #5 Bila Love-Cupid lepaskan sasaran, agaknya terkena tepat tak? C [Disember 2023]
1.1M 56.2K 54
" Tak sangka di taman perumahan elit ni juga jodoh kita bertemu . " *smirk* - Qaz Aldine ft Raiya Hana - " you're sweet talker badboys that i love y...
421K 28.4K 43
[Winner of Wattys 2020 in Romance] :: Completed ✓ :: Sad Romance | TeenFiciton Sakit. Sakit yang Aireen rasakan hanya dipendam kepada diri sendiri. S...
671K 25.6K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...