DIA SI PEMBEKU CINTA : C

By aunisabiha

2.8M 141K 3.4K

Tiada ungkapan lain yang boleh diucapkan selain beku , sejuk dan dingin . Itu merupakan ungkapan yang sangat... More

SINOPSIS
DSPC : 1
DSPC : 2
DSPC : 3
DSPC : 4
DSPC : 5
DSPC : 6
DSPC : 7
DSPC : 8
DSPC : 9
DSPC : 10
DSPC : 11
DSPC : 12
DSPC : 13
DSPC : 14
DSPC : 15
DSPC : 16
DSPC : 17
DSPC : 18
DSPC : 19
DSPC : 20
DSPC : 21
DSPC : 22
DSPC : 23
DSPC : 24
DSPC : 25
DSPC : 26
DSPC : 27
DSPC : 28
DSPC : 29
DSPC : 30
DSPC : 31
DSPC : 32
DSPC : 33
DSPC : 34
DSPC : 35
DSPC : 36
DSPC : 37
DSPC : 38
DSPC : 39
DSPC : 40
DSPC : 41
DSPC : 42
DSPC : 43
DSPC : 44
DSPC : 45
DSPC : 46
DSPC : 47
DSPC : 48
DSPC : 49
DSPC : 50
DSPC : 51
DSPC : 52
DSPC : 53
DSPC : 54
DSPC : 55
DSPC : 56
DSPC : 57
DSPC : 58
DSPC : 59
DSPC : 60
DSPC : 62
DSPC : 63
DSPC : 64
DSPC : 65
DSPC : 66
DSPC : 67
DSPC : 68
DSPC : 69
DSPC : 70
DSPC : 71
DSPC : 72
DSPC : 73
DSPC : 74
DSPC : 75
DSPC : 76
DSPC : 77
DSPC : 78
DSPC : 79
DSPC : 80
DSPC : 81
DSPC : 82
DSPC : 83
DSPC : 84
DSPC : 85
DSPC : 86
DSPC : 87
DSPC : 88
DSPC : 89
DSPC : 90
DSPC : 91
DSPC : 92
DSPC : 93
AUTHOR NOTES ♡
DSPC : 94 ( FINAL )
AUTHOR NOTES ♡

DSPC : 61

20.6K 1.2K 67
By aunisabiha

Tatkala Subuh nan menyising dan pagi mula menjalankan tugasnya, Puan Amelia telah mendapat panggilan bahawa ibunya sedang sakit tenat di kampung. Dengan kadar segera Puan Amelia dan suaminya, Encik Imran bersiap untuk bermalam di kampung buat sehari dua. Anak terunanya itu dibiarkan di rumah agam dua tingkat itu berseorangan diri. Wang saku untuk dibuat belanja sudah disediakan. Ditemani pagi yang hening, kereta Saga FLX yang dipandu Encik Imran laju membelah jalan raya.

Iman Naim terjaga dari lena yang panjang. Direnggangkan badan ke kiri dan ke kanan bagi menghilangkan rasa lenguh. Dia bangun lalu duduk di birai katil. Pagi-pagi lagi dia diberitahu oleh mama bahawa mama dan ayahnya akan pulang ke kampung.

"Iman, ni mama dengan ayah nak balik kampung jenguk nenek kamu. Nenek kamu tak berapa nak sihat."

"Mama dah siapkan lauk untuk kamu makan tengah hari, duit pun mama ada letak tepi beg dompet kamu."

"Kalau ada apa apa hal, contact mama terus tau. Mama dengan ayah balik kampung dulu ni."

"Jaga diri."

Dalam separuh sedar, Iman Naim hanya mengiyakan sahaja setiap tutur bicara yang keluar dari mulut ibu tua itu. Sudahlah dia masih dalam keadaan mamai, mama tersayang pula hendak mengajak dirinya bersembang pula. Akhirnya dia memilih untuk mengiyakan sahaja.

Harinya itu mula terasa sunyi apabila dia dan Likey sahaja yang tinggal berdua di rumah agam dua tingkat itu. Kucing kesayangannya itu hanya tidur sahaja di dalam sangkarnya. Tidak bising pula si kucing itu untuk keluar dari sangkarnya seperti kebiasaan.

Setelah selesai membersihkan diri, Iman Naim menapak menuruni tangga. Sofa berhadapan televisyen menjadi tempat untuk dirinya melampiaskan rasa. Dia terus berbaring di atas sofa nan empuk itu. Satu siaran hingga siaran lain ditukarnya. Tiada apa yang mampu menarik minatnya untuk menonton.

"Eh, bosannya!"

"Astro ni pun satu hal. Cerita yang sama tapi diulangnya sampai berjuta kali, cis!"

Sedang dirinya merungut akan siaran Astro itu, telefon bimbitnya yang berada di atas meja kopi itu tiba-tiba sahaja berdering nyaring menandakan ada mesej yang masuk. Dengan pantas dicapai telefon bimbitnya itu.

Iman, free tak? Jum lepak.
- Opie Mok


On.
- Iman kacak

Kelihatan mesej dari salah seorang rakan tranningnya itu mengajak dirinya untuk keluar melepak. Dengan pantas dia terus bersetuju dengan ajakan itu. Bosan juga jika dirinya hendak menghabiskan masa berseorangan diri di dalam rumah agam dua tingkat ini. Lebih afdhal untuk dirinya merayau sekarang ini.

Tiba-tiba hatinya tercuit rasa rindu terhadap adiknya itu. Teman bergaduh, teman bertumbuk, teman bertekak sudah tiada. Sudah lama adiknya pergi menyertai kem sekolah itu, baru rasa rindu itu datang menyelubungi hatinya.

Tapi, kalau rindu sekalipun takkan pula dia perlu memberitahu kepada adiknya. Lebih baik dia pendamkan sahaja rasa rindu ini. Maklumlah, kami kaum lelaki ini, egonya tinggi setinggi langit ke tujuh. Pendam dan hayati rindu itu lebih afdal, fatonah dan tawadoq bagi kami.

"Bosan betul ni."

"Bukan kaleng-kaleng punya bosan ni."

"Bosan tahap ayah pin dah aku ni."

Iman Naim bangun dari duduknya. Langkah kakinya laju sahaja berlalu ke bilik adiknya yang berada di tingkat atas. Tidak dapat melihat tuan badan, lihat segala barang miliknya pun sudah memadai. Tombol pintu bilik itu dipulasnya dan mujur sahaja tidak berkunci. Kang kalau kopak pintu ini, mahu kecoh si kenit itu kata ada perompak yang cuba menceroboh biliknya.

"Minta izin masuk bilik, dek."

Dia mula menapak masuk ke dalam bilik adiknya itu. Diperhatinya sekeliling bilik tidur itu yang hanya dipenuhi dengan warna putih. Damai baqhangg bilik adiknya ini jika hendak dibandingkan dengan biliknya sendiri. Tak sah si kenit ini kalau semuanya tidak bewarna putih. Daripada cat dinding, ke langsir, ke cadar, ke katil, ke perabot, hah boleh dikatakan majoriti semuanya putih. Dia duduk di atas katil itu lantas termenung lama.

"Adik, abang rindu."

Lirih nada suaranya ketika menyebutkan kalimat rindu. Rasa rindu itu memang benar benar terlahir dari hatinya. Wajahnya sudah sedikit muram tatkala terbayang akan adiknya.

"Rindu betul aku nak bantai kau."

"Rindu betul aku nak sakitkan hati kau."

"Rindu betul aku nak hina menghina kau."

"Bila kau nak balik?"

Iman Naim terus merebahkan badannya di atas katil itu. Tangannya didepangkan luas sambil matanya ditutup rapat. Cuba merasai kehadiran adiknya di dalam bilik itu. Abang mana yang tak sayang adik? Lebih-lebih lagi adiknya itu seorang perempuan. If your brother react like mereka tidak kesah langsung tentang kewujudan kau, author sarankan baik kau putarkan sahaja kepala abang kau itu.

Kenangan beberapa tahun yang lalu pantas sahaja menyerbu fikirannya tika ini. Sekali lagi dia berasa sedih dan sedikit kecewa akan kenangan pahit itu.

Kanak-kanak perempuan itu terlihat sudah tersenyum girang hingga menampakkan baris giginya yang kecil dan tersusun rapi. Patung mainan yang berada di tangannya sudah dilayangnya tinggi tanda gembira yang teramat.

Masakan tidak, patung mainan itu merupakan hadiah pemberian mama dan ayah buat dirinya. Abangnya pula tidak dapat apa-apa malah hanya tangan yang kosong dari ayah dan mama dan senyuman juga tiada buat dirinya.

Apa memang begitukah dugaan anak sulung? Seperti inikah perasaan dipinggirkan jika mereka sudah mempunyai adik beradik yang lain? Waktu baru lahir mengapa dirinya disanjung dengan begitu tinggi sekali oleh ayah dan mama? Namun, bila ada si kecil yang lain, mengapa dirinya ini sepertinya terus dibuang begitu sahaja? Tidak sedihkah hati si kecil jika diabaikan seperti itu? Mesti akan ada perasaan cemburu dan rasa tidak puas hati, bukan?

Jika diingatkan kembali, ketika itu umur adiknya baru sahaja mencecah tiga tahun dan dia pula empat tahun. Umur mereka hanya berbeza setahun sahaja. Namun, rasa cemburu terbit di hatinya saat adiknya sahaja yang diberikan hadiah oleh kedua ibu bapanya itu.

"Adik, abang nak pinjam boleh?"

Patung mainan yang masih erat di tangan si kecil itu ditunjuk menggunakan jemarinya. Dia juga ingin bermain seperti adiknya itu.

"Tak oleh."

Si kecil itu pantas sahaja menggelengkan kepala. Patung mainan yang berada di pegangannya semakin dieratkan ke dalam pelukan.

Iman Naim menjuihkan bibir. Namun begitu, dia masih tidak lelah untuk memujuk adiknya agar meminjamkan dirinya patung mainan itu.

"Boleh la? Abang nak main jugak."

Patung mainan yang masih kemas di dalam pelukan si kecil itu pantas ditarik olehnya. Aksi rebut merebut patung mainan itu hampir sahaja bertukar menjadi also WWE.

"Tak oleh!! Ni adik punya!!!"

Si kecil itu mula naik marah. Diketuk kepala abangnya itu sekuat hati agar abangnya itu melepaskan anak patung mainan miliknya.

Iman Naim geram lantas direntapnya kuat patung mainan itu dari adiknya. Terlerai patung mainan itu dari pelukan si kecil lalu patung itu dicampaknya ke tengah jalan raya. Kebetulan pula mereka berdua sedang berada di luar rumah waktu itu.

Si kecil itu geram. Dengan pantas dia berlari terkedek-kedek mendapatkan anak patung mainan itu semula. Saat anak patung mainan itu sudah berada di dalam pelukan, dia kembali berpaling memandang abangnya. Satu kereta datang ke arahnya dengan laju dannn....

Bumm!!!!

Si kecil itu akhirnya terpelanting jauh akibat hentaman yang kuat dari kereta itu. Membuak-buak darah yang merah likat mengalir keluar dari mulutnya. Badan si kecil itu juga sudah dipenuhi dengan kesan lebam dan calar akibat terseret ke atas jalan raya berhadapan dengan rumah mereka ini.

Iman Naim tergamam. Dia pantas menerpa ke arah adiknya. Kelihatan adiknya sudah tercungap-cungap menarik nafas sebelum sepasang mata itu tertutup rapat.

Air mata yang mengalir di pipinya pantas dikesatnya perlahan. Sungguh, itu adalah mimpi ngeri buatnya pada masa lalu. Jika tidak, pasti sekarang ini dia hanya hidup seorang diri. Tanpa adik dan tanpa sesiapa. Dia bangun lalu menuju ke meja belajar adiknya pula. Kemas dan teratur segalanya. Bingkai gambar yang berada di atas meja itu diambilnya.

"Makin lawa adik abang ni."

Gambar itu diusapnya, dari kepala turun ke muka lalu gambar itu dibawa ke dakapannya sebelum dikucup perlahan. Hanya adiknya itu harta yang dia ada selain mama dan ayahnya.

'Sungguh aku rindu!'

Kerusi belajar itu ditarik lalu dia melabuhkan duduk. Meja adiknya disentuh lalu laci dibuka. Satu kotak hadiah yang masih berbalut menjadi daya tarikannya. Kotak hadiah itu diambil dan kelihatan seperti sudah dibuka. Balutan itu sedikit demi sedikit ditariknya. Kotak hadiah bewarna krim cair itu dibukanya pula. Entah mengapa, perasaannya kini sudah menjadi tertanya-tany.a.

'Rantai?'

Dia bingung.

Hadiah dari siapa? Dibelek kotak itu, cuba mencari nama pemberi namun hampa. Rantai itu pula dibeleknya. Emas betul ke? Bukan tiruan? Eleh, entah entah emas korea tak? Tapi siapa pula yang baik hati sampai beri hadiah yang bapak mahal seperti ini? Kalau gadai ini, agak-agak berapa ratus boleh diperolehinya? Sedang dia sibuk membelek, satu helaian kertas terjatuh. Lipatannya sungguh kecil lalu kertas itu dibukanya pula.

Ilya , aku minta maaf.

Dari aku Isy.

Iman Naim pelik. Isy? Isy mana? Isyraf Danish ke? Takkanlah! Nama dia Syafx bukan Isy or Nazran. Mohon pencerahan, cerita ini langsung tidak berkaitan dengan instafemes itu. Saya sebagai author, tidak menjadikan dia sebagai sumber inspirasi. Sekian, harap maklum.

Adakah hadiah ini pemberian datangnya dari anak jiran sebelah? Mana mungkin anak Aunty Sherlina itu yang memberikan hadiah seperti ini kepada adiknya. Tapi mestilah dia, tapi kenapa dia memberikan hadiah semahal ini?

'Untuk apa?'

'Takkan hadiah rantai ni sebagai tanda perkhawinan pulak?'

'Ehhh mana boleh! Takkan aku yang abang dia ni nak membujang sampai ke tua pulak?! Mana boleh adik aku khawin dulu. Tak elok oi langkah bendul.'

'Tapi apakan daya, muka pecah tembok sebab hitam bersukan macam aku ni ada ke yang mahu? Huwaaaaaa sedihnya hidup.'

Dia meletakkan kembali kotak hadiah itu ke dalam laci. Laci itu segera ditutupnya kembali sebelum dia berlalu keluar dari bilik adiknya itu. Dia kembali memperkemaskan bilik adiknya itu, tidak mahu adiknya sedar bahwa biliknya sedang diceroboh oleh seorang abang yang sedang menahan rindu padanya.

"Abang sayang adik abang."

Katanya perlahan lalu daun pintu bilik itu dikatupnya erat. Dia kembali meneruni anak tangga. Kunci motor yang berada di gantungan dicapai lantas enjen motorsikal kapcainya itu dihidupkan. Setelah selesai memastikan keadaan rumahnya itu selamat untuk ditinggalkan, motorsikal kapcai yang ditunggangnya itu laju menderum membelah jalan raya. Ayuh kita melepak hingga sore!

Kelonggaran masa yang diberi untuk bersama pasangan sudah semakin singkat. Selembar kain tuala bewarna hitam tebal masih menjadi penentu untuk siapa yang akan memainkan watak utama. Watak utama bagi mencari pasangan yang hilang disorok oleh abang-abang dan kakak-kakak fasilitator. Bukan hilang disorok oleh cik bunian ye pembaca semua. Chill, tak ada impak kejutan pun dalam cerita author.

Ilya Nasuha berdiri berhadapan dengan Isyraf Nazran. Kepalanya didongakkan sedikit bagi membalas renungan remaja lelaki itu yang sedang berdiri berhadapan dengannya. Apalah nasib badan, dilahirkan dengan kurang zat ketinggian. Penat telan calsium tapi dirinya ini masih kecil ceconet seperti ini sahaja.

Tatapan kosong remaja lelaki itu terhadap dirinya seperti tatapan yang menginginkan sesuatu darinya. Kalau ingin yang bukan-bukan, memang makan lutut jawabnya nanti.

"Siapa yang nak jadi? Hm, awak atau saya?"

"Aku."

"Kenapa mesti awak pulak yang nak jadi? Nanti mesti awak susah nak cari saya dengan mata awak tertutup lagi."

"Ikut gerak hati, pasti aku dapat."

"Kau jiwa aku, Ilya."

Ilya Nasuha terdiam. Pandangannya bersatu dengan remaja lelaki itu buat seketika. Tapi memang benar juga apa yang dikatakan oleh remaja lelaki itu sebentar tadi. Jika dia yang jadi, alamatnya memang remaja lelaki itu tunggu berjanggut lah untuk dirinya ditemui. Namun begitu, dia terasa bahawa cinta yang ada di tangkai hati mula mekar buat remaja lelaki itu.

Dengan tiba-tiba, pergelangan lengan Isyraf Nazran terus sahaja ditarik oleh seorang abang fasilitator yang berada di kawasan berhampiran mereka berdua. Sempat juga senyum dihadiahkan buat Ilya Nasuha, di pujaan hatinya itu walaupun matanya itu sedang diikat oleh abang fasilitator dengan selembar kain hitam.

"Jaga diri kau, Ilya."

"Aku pasti, kita akan jumpa nanti."

"Aku akan datang kat kau, Ilya."

"Tunggu aku."

"Percaya aku."

Kata-kata itu membuatkan Ilya Nasuha sedikit tenang. Bijak sungguh Isyraf Nazran ingin melarikan fikirannya ini daripada terus menerus berfikir. Akhirnya, dia memilih untuk mempercayai Isyraf Nazran kerana remaja lelaki itu kelihatan bersungguh-sungguh cuba untuk menyakinkan dirinya sebentar tadi.

"Baik Isy, saya tunggu awak."

"Saya percayakan awak."

"Tolong cari saya guna gerak hati awak."

Dia hanya memandang remaja lelaki itu yang sedang melangkah pergi dari dirinya. Senyuman remaja lelaki itu pada dirinya sebentar tadi makin membuatkan hatinya ini bergetar hebat. Langkah remaja lelaki itu mula menjauh hingga sosok tubuhnya tidak lagi kelihatan di ruang mata. Akhirnya mereka telah dipisahkan daripada terus bersama. Hatinya semakin berdetak hebat memikirkan apakah yang bakal berlaku di dalam acara ini.

Mampukah kau menjumpai aku ?

Continue Reading

You'll Also Like

421K 28.4K 43
[Winner of Wattys 2020 in Romance] :: Completed ✓ :: Sad Romance | TeenFiciton Sakit. Sakit yang Aireen rasakan hanya dipendam kepada diri sendiri. S...
2.9M 79.4K 56
My Encik Tengku ©️ 2017 Status : Completed Cinta tak pernah hadir, Cinta tak pernah kekal, Dan kadangkala cinta selalunya begitu kejam. Sudah berapa...
817K 42K 58
ROMANCE SERIES •°. *࿐ «1st story » ©2020• ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚ AFIQ RAIHAN X ANIS RAIHANNA ˚ ༘♡ ·˚ Afiq Raihan dan Anis Raihanna, dua insan yang tidak p...
2M 90.4K 79
TENGKU ARYAN HARRIS TENGKU ARIEL HARRIS TENGKU ADELIA NATASHA Mereka ialah bukti kasih sayang Aryana dan Daniel. Masing-masing membesar dengan sempur...