DIA SI PEMBEKU CINTA : C

By aunisabiha

2.8M 141K 3.4K

Tiada ungkapan lain yang boleh diucapkan selain beku , sejuk dan dingin . Itu merupakan ungkapan yang sangat... More

SINOPSIS
DSPC : 1
DSPC : 2
DSPC : 3
DSPC : 4
DSPC : 5
DSPC : 6
DSPC : 7
DSPC : 8
DSPC : 9
DSPC : 10
DSPC : 11
DSPC : 12
DSPC : 13
DSPC : 14
DSPC : 15
DSPC : 16
DSPC : 17
DSPC : 18
DSPC : 19
DSPC : 20
DSPC : 21
DSPC : 22
DSPC : 23
DSPC : 24
DSPC : 25
DSPC : 26
DSPC : 27
DSPC : 28
DSPC : 29
DSPC : 30
DSPC : 31
DSPC : 32
DSPC : 33
DSPC : 34
DSPC : 35
DSPC : 36
DSPC : 37
DSPC : 38
DSPC : 39
DSPC : 40
DSPC : 41
DSPC : 42
DSPC : 43
DSPC : 44
DSPC : 45
DSPC : 46
DSPC : 47
DSPC : 48
DSPC : 49
DSPC : 50
DSPC : 51
DSPC : 52
DSPC : 53
DSPC : 54
DSPC : 55
DSPC : 57
DSPC : 58
DSPC : 59
DSPC : 60
DSPC : 61
DSPC : 62
DSPC : 63
DSPC : 64
DSPC : 65
DSPC : 66
DSPC : 67
DSPC : 68
DSPC : 69
DSPC : 70
DSPC : 71
DSPC : 72
DSPC : 73
DSPC : 74
DSPC : 75
DSPC : 76
DSPC : 77
DSPC : 78
DSPC : 79
DSPC : 80
DSPC : 81
DSPC : 82
DSPC : 83
DSPC : 84
DSPC : 85
DSPC : 86
DSPC : 87
DSPC : 88
DSPC : 89
DSPC : 90
DSPC : 91
DSPC : 92
DSPC : 93
AUTHOR NOTES ♡
DSPC : 94 ( FINAL )
AUTHOR NOTES ♡

DSPC : 56

21.1K 1.2K 18
By aunisabiha

Tawa syaitan itu cuba ditahan oleh Isyraf Nazran dari pecah. Kang kalau sudah ketawa terbahak-bahak, nanti ada pula yang memandang dirinya seperti dia baru sahaja lepas dari membunuh seekor semut. Jadi lebih baik jika dia hanya menyimpan tawanya di dalam perut sahaja. Mahu dikatakan gadis itu bodoh, nanti dirinya dimarahi pula. Mahu dikata bebal, pasti gadis itu masih juga memarahinya. Jadi mahu dikata apa sekarang ini dengan situasi begini? Perkataan lembap mungkin sesuai dengan gadis itu.

Ilya Nasuha dengan segera terus sahaja menerpa ke arah Risya Rinna. Dipegang erat kedua belah bahu gadis itu yang sudah kepanasan dek tersalah duduk. Riak wajahnya kini jelas sekali menunjukkan rasa keresahan akan kondisi gadis itu.

"Awak okay?" Tanyanya resah.

Gadis itu dikerlingnya lagi dari atas ke bawah beberapa kali. Sudahlah basah lencun dek air sungai tadi. Ini sekarang punggungnya pula terpaksa menahan haba yang datang dari panasnya tungku itu. Kalau kulit gadis itu melecur, tidak ke naya nanti? Hah, baru engkau tahu rasa panasnya api neraka walaupun hanya kecil.

"Ish, pergilah!"

"Tak payah nak tunjuk prihatin kau kat aku. Aku tak perlu semua tu."

Tangan kecil itu yang sedari tadi memegang kejap bahunya segera ditepis oleh Risya Rinna dengan kasar. Mengapa gadis itu seakan mengambil berat tentang dirinya pula? Dia tidak perlukan perhatian dari gadis itu sedikit pun. Dijelingnya tajam gadis itu yang sedikit tergamam akan tingkahnya.

"Maaf." Tutur Ilya Nasuha perlahan.

Dia terus berlalu pergi dari Risya Rinna yang sedang mengimbaskan punggungnya. Dia segera merapati semula kepada Isyraf Nazran. Lelaki itu sedari tadi hanya merenung dirinya dengan tidak berkedip.

Aina Manirah hanya menggelengkan kepalanya dengan perilaku Risya Rinna itu. Mengapa gadis itu perlu beriak bodoh sombong? Dan mengapa Ilya Nasuha perlu berpasukan dengan gadis parasit seperti itu? Ikutkan hatinya yang panas tika ini, ingin sahaja dia mencampakkan Risya Rinna ke tengah-tengah hutan nan tebal ini, biar gadis itu menjadi makanan ular sawa.

"Suha meh sini, bagi bawang ni kat Isy." Segera rakannya itu dipamit agar dirinya segera meninggalkan Risya Rinna. Dia tidak mahu rakannya itu terus menerus dimarahi oleh Brotong.

Isyraf Nazran mula melipatkan lengan baju yang dipakainya itu sehingga paras siku. Ranting kayu lembut itu sesekali dikacaunya di dalam periuk mestin itu. Bawang yang disuakan oleh Ilya Nasuha padanya sebentar tadi telah selamat dimasukkannya sekali. Lauk sardin itu kelihatan mula mendidih di dalam periuk mestin itu. Aroma yang menyelerakan mula menusuk ke rongga hidung mereka semua.

Ilya Nasuha pantas sahaja melabuhkan duduknya di hadapan remaja lelaki itu. Anak matanya merenung lauk sardin yang sedang mendidih itu dengan penuh berminat. Liurnya juga ditelannya beberapa kali kerana dia sungguh berasa lapar ketika ini. Masakan tidak, perutnya itu sudah bergendang kelaparan sejak dari mula lagi.

"Burghhh."

Ilya Nasuha segera memegang perutnya. Dia terus menyeringai memandang Isyraf Nazran yang memandangnya pelik. Rasa malu sudah sampai ke tahap yang paling maksima.

Wahai perut, jika engkau sedang lapar sekalipun, mengapa perlu berbunyi? Sudahlah berbunyi di hadapan Isyraf Nazran lagi! Kalau lelaki ini tiba-tiba sahaja berubah fikiran dan reject dirinya, tidak ke sia-sia sahaja? Mana hendak diletak muka ini nanti? Bunyi perutnya itu sudah seperti dia tidak makan hampir setahun.

"Sorry." Pantas dirinya berkata bagi menutupi rasa malunya itu. Maafkan saya, perut saya terlebih awal ingin meluah kata bahawa dia sedang lapar.

Isyraf Nazran pula sekadar mengangguk mengiyakan. Perutnya juga sama sahaja seperti gadis itu, lapar. Tapi alhamdulillah, belum ada lagi bunyi-bunyian aneh yang terhasil dari dirinya.

"Nasi dah masak?" Zariff Isacc dikerlingnya sekilas. Dia juga ingin tahu akan perkembangan nasi mereka bagaimana? Sudah masakkah ia?

"Sikit lagi bro. Dalam 5 minit dah boleh hidang." Balas Zariff Isaac. Nasi yang berada di dalam periuk itu juga sedang mengeluarkan asapnya yang banyak. Sekejap lagi, nasi itu pasti akan masak dengan sepenuhnya.

"Kejap lagi kita makan ye sayang?"

Ilya Nasuha terdiam tatkala mendengarkan kata sayang yang keluar dari mulut lelaki itu. Dia tidak tahu mahu membalas apa. Mengangguk tidak, menggeleng juga lagikan tidak. Dia sudah mati kata bakan jua turut sama mati bicara.

Kenapa mesti panggilan sayang dari lelaki itu membuatkan hatinya menjadi tidak tenteram? Mengapa hatinya itu seperti sedang memberontak tidak tentu arah seperti menginginkan sesuatu.

'Apa yang kau nak ni sebenarnya Suha?'

'Kau sebenarnya nakkan cinta, kan?'

'Cinta dari Isyraf Nazran buat diri kau?'

Isyraf Nazran bingkas bangun dari duduknya. Seluar track suitnya itu dikibas perlahan bagi menghilangkan dedaun kering yang melekat. Anak matanya terus mengekor pada remaja lelaki itu yang tiba-tiba sahaja bangun dari duduknya.

"Awak nak pergi mana?"

"Cari alas untuk makan."

"Nak pakai apa buat alas?"

Isyraf Nazran sudah tersenyum senget. Mengapa gadis itu tiba-tiba sahaja seakan berminat untuk mengetahuinya?

"Pakai daun. Daun yang besar dan lebar." Jelasnya pada Ilya Nasuha sebelum dia terus berlalu meninggalkan gadis itu bersama ahli kumpulannya yang lain.

Mengapa si beku itu sudah tidak beku lagi? Mengapa si beku itu sudah banyak bicaranya sekarang ini? Adakah dia sudah melebur sepenuhnya hanya kerana hatinya itu sudah dicuit dengan rasa cinta? Atau adakah dia akan kembali beku lagi selepas ini?

"Isy tunggu."

"Saya nak ikut."

Ilya Nasuha mengerahkan segala kudrat yang ada di dalam dirinya bagi mengejar langkah kaki yang makin menjauh itu. Tiba-tiba, Isyraf Nazran berhenti secara mendadak. Badannya dipalingkan ke belakang dan tidak semena-mena Ilya Nasuha sudah selamat berada di dalam dakapannya.

Ilya Nasuha tergamam. Segera dia menjauhkan dirinya dari dakapan lelaki itu. Bibirnya pantas melakar senyum bagi menutup kealpaan dirinya.

"Lain kali nak peluk bagitahu tak perlu buat cara macam ni." Tawanya terus sahaja meletus tatkala melihatkan riak wajah Ilya Nasuha yang sudah terlopong. Niat di hatinya ingin bergurau sahaja, dia tidak tahu pula yang gadis itu akan memberikan reaksi sedemikian rupa.

"Cuba awak tengok, batu kat sini kan bersepah tu langkah saya terabur sikit tadi. Tak teringin saya nak peluk awak. Dah jum cari daun nanti tak makan pula kita." Segera gadis itu menyibukkan dirinya dengan meninjau daun-daunan di hadapannya. Dia malas hendak berlawan kata dengan remaja lelaki itu lagi. Ada-ada sahaja Isy ni.

Isyraf Nazran hanya tersenyum manja tatkala dia melihatkan gadis itu yang sedang berpura-pura menyibukkan dirinya. Pasti gadis itu berasa malu dengan situasi sebentar tadi. Hatinya kini entah mengapa mudah sangat terusik dengan kerenah kanak-kanak ribena milik Ilya Nasuha.

Sejurus selesai mengaminkan bacaan doa, mereka semua terus melantak nasi, lauk sardin dan juga telur rebus yang sudah terhidang di atas daun lebar itu. Pelajar lelaki pasukan itu kelihatan sedang menjamu selera di atas daun lebar yang dijadikan mereka sebagai alas. Pelajar perempuan pula sedang menjamu selera di dalam periuk yang mereka gunakan untuk memasak sebentar tadi. Hasil titik peluh mereka dalam menyediakan makanan sebentar tadi memang sedap sekali.

Risya Rinna menjuihkan bibirnya tanda protes. Tiada pinggan, tiada sudu malah tiada juga garfu. Jatuh standard gadis kaya sepertinya ini untuk makan menggunakan tangan sendiri. Sudahlah baru pagi tadi dia menghiaskan kukunya. Nanti kukunya itu rosak, bagaimana? Takkan dia hendak membuat treatment kuku pula?

"Risya tak makan?" Ilya Nasuha cuba berbasa-basi dengan gadis itu. Periuk yang berada dipegangannya lantas dihulurkan pada gadis itu.

Risya Rinna hanya menjeling pada huluran itu. Sedikit pun dia tidak mahu menyentuh makanan itu apatah lagi menjamahnya. Entah mengapa, dia berasa geli untuk makan dengan keadaan sebegitu.

"Kau tak makan ke?" Zariff Isaac pula menanya.

Risya Rinna lebih selesa untuk berdiam diri dan pura-pura tidak mendengarkan pernyataan pelajar lelaki itu padanya. Kepalanya lantas dipangku manakala pandangannya kini lebih ditumpukan ke arah pelajar lelaki yang berada berdekatannya.

Isyraf Nazran memandang Risya Rinna sekilas. Tiada niat di hatinya ini mahu memujuk atau menyuruh sepupunya itu supaya menjamah makanan. Perut sendiri, jaga sendiri. Tidak ada masa untuk dirinya menjadi prihatin disebabkan oleh gadis itu. Pandai-pandai lah kau hidup Isya, fikirnya.

"Baik kau makan. Jap lagi kalau kau lapar, kau dah tak ada tenaga macam mana nak buat aktiviti?" Zariff Isaac membebel. Aina Manirah hanya mengangguk mengiayakan kata-kata teman lelakinya itu. Nanti kalau sudah pengsan, mereka juga yang susah kerana sepasukan.

"Kau nak makan, makan je lah! Tak payah nak sebok hal aku. Aku sakit, badan aku sendiri. Kau diam je lah kat situ!" Tempiknya kuat. Dia rimas jika kesemua ahli kumpulannya itu seakan prihatin akan nasib dirinya.

"Ikut kau lah."

"Janji kau tak susahkan kitaorang."

Makanan di dalam mulut itu dikunyah oleh Ilya Nasuha 44 kali. Sungguh dia tidak menyangka masakan remaja lelaki ini memang sedap sekali. Air tangan Isyraf Nazran sangat luar biasa ditekaknya sekarang ini. Walaupun hanya dengan sardin di dalam tin, entah mengapa dia merasakan bahwa masakan itu boleh melawan chef 5 bintang di hotel, andainya.

"Sedap?"

"Sedap sangat, pandai awak masak."

"Makanlah. Ada banyak lagi ni."

Isyraf Nazran tersenyum senang. Dia juga turut tersenyum sama kemudian mengangguk kecil. Dia senang dengan perwatakan lelaki itu yang sudah mulai baik dengannya.

"Baiklah, kepada semua pelajar yang berada di sini. Selepas siap makan, diminta kemas tempat masing-masing hingga bersih. Kebersihan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama."

"Periuk yang digunakan sebentar tadi mestilah dibasuh hingga berkilat seperti sediakala. Tidak boleh ada kesan hangit di bahagian bawah mahupun dalam periuk. Faham?"

"Faham." Semua peserta yang menyertai kem itu hanya menganggukkan kepala bagi mengiakan kata-kata dari Cikgu Airil. Mereka kembali menyambung aktiviti makan itu semula.

Setelah selesai menjamu selera, Ilya Nasuha mula berjalan menuju ke gigi air. Periuk empat segi atau lebih dikenali sebagai mestin yang berada digenggamannya itu dibasuh, disental dan digosok namun masih juga tidak mampu untuk menghilangkan kesan hangit itu.

Tenaga dikerahkan sekuatnya, namun masih juga sama. Sedang dia berusaha untuk membersihkan periuk itu, seorang lelaki datang menghampirinya dari arah belakang lalu duduk mencangkung bersebelahannya.

"Periuk ni kalau nak basuh kita kena pakai selut yang ada dalam air ni. Genggam selut ni lepastu gosok kat permukaan hangit tu. Biar lama sikit gosoknya nanti mesti hilang." Terang lelaki itu.

Ilya Nasuha pantas sahaja menurut kata-kata dari lelaki itu. Selut dari sungai itu diambil dan digenggamnya perlahan. Selut itu dibawanya ke permukaan periuk yang hangit itu lalu digosoknya. Gosok, gosok, gosok punya gosok akhirnya kesan hangit degil itu berjaya menghilangkan diri.

"Terima kasih!" Ucap Ilya Nasuha gembira. Siapa sangka, akhirnya dia berjaya juga untuk membersihkan periuk itu setelah dari tadi berusaha.

"Sama-sama."

"Btw saya Ikram dan awak siapa nama?"

"Ilya. Ilya Nasuha."

Ilya Nasuha terus memperkenalkan dirinya. Dia hanya sekadar ingin berbasa-basi kerana pelajar lelaki itu telah menolongnya sebentar tadi. Tidak manis pula jika dia terus berlalu pergi tanpa menjawab persoalan pelajar lelaki itu padanya.

Ikram sudah tersenyum penuh makna. Cantik rupa paras gadis ini secantik namanya juga. Namun, cantik lagi perwatakannya itu. Dia seorang gadis yang mudah tersenyum dan seorang yang sangat periang. Selama kem ini berlangsung, gadis inilah yang menjadi santapan matanya. Dia sepertinya sudah dibuai dengan rasa cinta.

"Saya minta diri dulu ya." Ilya Nasuha bingkas sahaja bangun. Belum sempat dia hendak melangkah pergi, kedengaran Ikram bersuara lagi. Dia pantas menoleh kembali memandang Ikram yang masih berada di gigi sungai itu.

"Ada masa kita sembang lagi boleh?"

"Lagipun saya dah lama perhatikan awak."

Ilya Nasuha hanya tayang senyum resah. Dengan langkah separa laju, dia terus menuju ke arah ahli kumpulannnya semula. Badannya sudah seram sejuk akan perihal pelajar lelaki itu. Entah kenapa dan mengapa pelajar lelaki itu begitu ramah hendak menegurnya. Kalau hendak mencambahkan ilmu tidak mengapa lah juga. Tapi kalau hendak masuk daun, risau ada yang mendapat dengan Isy nanti. Baru nanti kau sedar langit itu tinggi ke rendah.

"Dia siapa?" Tanya Isyraf Nazran. Pandangannya masih tertumpu ke arah seorang pelajar lelaki yang masih berada di gigi air itu.

"Ikram."

Isyraf Nazran hanya mengangguk mengerti. Matanya masih tidak lepas dari merenung wajah pelajar lelaki itu. Renungannya itu seperti renungan harimau malaya yang akan membaham mangsanya hidup-hidup. Kau silap jika hendak bermain cinta dengan jiwa aku yang satu ini. Risau ada yang buku bertemu ruas sahaja sebentar lagi.

"Jangan rapat dengan lelaki lain."

"Aku tak suka."

Dia terus berlalu pergi meninggalkan Ilya Nasuha berseorangan diri tanpa sebarang kata darinya lagi. Gadis itu yang jelas sekali sudah terpinga-pinga dengan perubahan nada suaranya yang tiba-tiba sahaja bernada dingin tidak dipedulikannya lagi.

Kenapa gadis itu mudah sekali memperkenalkan dirinya pada lelaki yang tidak dia kenali? Lupakah gadis itu dengan apa yang terjadi di panggung wayang tempoh hari? Dia mengeluh dengan apa yang terjadi sekarang ini. Nampaknya Ilya Nasuha masih belum mengerti apa yang dirinya sedaya upaya pertahankan selama ini.

Ada kata tersirat di sebalik tiap bicara lelaki . Tolong berwaspada dan berjaga diri .

Continue Reading

You'll Also Like

5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
207K 27K 97
ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20
1.6M 75.5K 60
"𝙨𝙝𝙚 𝙘𝙝𝙖𝙨𝙚𝙙 𝙖𝙬𝙖𝙮 𝙢𝙮 𝙙𝙚𝙢𝙤𝙣𝙨 𝙬𝙞𝙩𝙝 𝙩𝙝𝙚 𝙨𝙩𝙖𝙧 𝙞𝙣 𝙝𝙚𝙧 𝙚𝙮𝙚𝙨" Known as My Fierce Headprefect WARNING! Sumpah cerita...