Love you,Mr Add Math!

By waniEllyz

539K 17K 204

Rayyan Zhafrin,seorang guru Add Math yang telah jatuh cinta pada pelajarnya.Sejak insiden yang membawa kepada... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 8
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
NOTES
BAB 21
BAB 22
NOTES
BAB 31
BAB 32
BAB 33
NOTES
EXTRA
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
EPILOG
AUTHOR'S NOTE
READERS
ENDS OF THE CHARACTERS
NEW STORY ;)
TO READERS LYMAM!
LYMAM 2!!
MUST READ!!!!!

BAB 6

11.9K 399 2
By waniEllyz

QASRINA yang sedang menonton televisyen bingkas bangun menuju ke arah muka pintu apabila pintu itu diketuk beberapa kali.

Buka sahaja pintu,Puan Maizurah tersenyum ke arah anak gadisnya.

"Ummi pergi mana tadi?", soalan pertama yang terpancul dari bibir Qasrina.Sewaktu die bangun sahaja dari tidur,Puan Maizurah tiada di rumah tanpa pesanan.

Puan Maizurah melangkah masuk ke dalam rumah.Tudung di kepalanya dibuka."Ummi pergi sebelah rumah Encik Azroy ni,kejap",

"Ohh..rumah yang baru ade orang duduk tu?", Qasrina sudah tahu.Yelah,di perumahan itu hanya ade seorang sahaja yang bernama Azroy iaitu jiran sebelah rumah nya.Mana ade lagi.

Puan Maizurah mengangguk sambil melabuhkan punggungya di atas sofa.Qasrina juga mengambil tempat di sebelahnya."Buat ape dekat sana?",

"Saje je.Ummi nak kenal dengan jiran baru kite.Ohh ye..Sabtu ni ikut ummi tau pergi rumah die", Puan Maizurah berpaling memandang wajah Qasrina.

Qasrina mencapai segelas jus oren di atas meja."Buat ape?", Qasrina meneguk air jus oren itu tadi.Sekilas die memandang televisyen di hadapannya.

"Die ade buat majlis kesyukuran dan bacaan yassin.Lagi satu,ummi boleh lah jugak kenalkan Rina dengan anak die.Baik tau orangnya,hormat orang tua pulak tu",

"Ohh..sebaya dengan Rina ke?kalau macam tu elok lah jugak.Dapat kawan baru", Qasrina tersengih.'Elok juga kalau dapat kawan baru.Jarak dari rumah aku cuma selang satu rumah je.Boleh pergi rumah die hari-hari'.

"Ehh..ape pulak sebaya nya?tua empat tahun dari Rina",

"Lah..yeke?takpelah.Anak ummi ni kan friendly orangnya.Boleh je kalau Rina click dengan die", Qasrina tersenyum.Suka pulak bila die nak dapat kawan baru.

Puan Maizurah tersenyum sambil mengangguk.Hatinya gembira.'Harap dapat click sampai bila-bila'.Ye..itulah harapannya.

KEPALA yang tidak gatal di garu beberapa kali.Pen di tangan di ketuk perlahan di atas meja.Anak mata hitamnya bergerak.Sekejap matanya memandang pada whiteboard dan sekejap memandang pada buku latihan di hadapannya.'Uish!ni teruk tahap kritikal ni'.

"Lyn..susah betul lah soalan ni.Kau tahu ke macam mana nak buat?", Qasrina berbisik pada Lyn yang sedang tekun menyiapkan latihan yang di berikan oleh Rayyan.

"Entah lah.Aku pun try buat je ni.But tak sure betul atau tak", Lyn membalas sama seperti Qasrina.Bisik.

Qasrina mengeluh perlahan."Susah nya soalan ni.Tak faham langsung!takde ke formula yang senang sikit?", Qasrina bercakap dengan dirinya sendiri.Buku formula di sebelahnya di capai dan setiap helaian di selak.Mencari formula,mungkin.

Sedang asyik Qasrina membelak buku formulanya,Rayyan menghampiri mejanya."Qasrina..boleh tolong selesaikan soalan di depan?", tiba-tiba Rayyan bersuara.

Qasrina mengangkat wajah.Terkejut beruk belakang rumah die di buatnya.Tiba-tiba sahaja cikgu Add Mathnya bersuara.Entah bila die datang pun tak sedar.

"Ape?", Qasrina blur seketika.

"Tolong siapkan soalan yang saya bagi kat depan tu", muncung Rayyan menghala pada whiteboard di hadapan.

"Err..sekarang?", Qasrina takut sebenarnya.Bagaimana die hendak menjawab soalan yang tertulis pada whiteboard sedangkan buku latihannya sendiri kosong.Tiada sebarang jawapan yang dicurahkan di situ.

"Terpulang pada awak.Kalau awak nak buat lima tahun lagi pun saya tak kisah", ayat Rayyan seperti usikan namun wajahnya tetap serius.

Lia menyenggol siku Qasrina.Menyuruh kawannya bangun sebelum Rayyan naik hantu.Walaupun guru nya itu belum pernah lagi naik hantu.

Qasrina bangun perlahan-lahan.Kepala otaknya tidak memikirkan perkara lain selain jawapan untuk soalan di hadapan.Langkah di atur perlahan menuju ke arah whiteboard.

'Erk!memang betul-betul susah soalan ni.Aduh..macam mane aku nak buat?'

Pen marker yang dihulurkan oleh Rayyan disambut.Matanya memandang pada soalan yang terpampang pada whiteboard.'Err..takpelah.Jawab je lah ape yang aku tahu'.

Sebelum die menulis,sempat die memandang sekilas pada Rayyan yang sedang memerhatikannya dari meja guru.Ade senyuman di wajah itu.Senyuman yang jarang dilihat.

Selesai menulis,Qasrina menyerahkan kembali pen marker kepada Rayyan.Rayyan melangkah ke arah whiteboard untuk menyemak jawapan yang di tulis Qasrina.

"Hm..okay..ape yang awak buat ni betul,tapi..masih ade kelemahan yang boleh awak baiki.Awak boleh duduk",

Qasrina mengangguk lalu terus kembali di tempat nya.Wajahnya sudah merah padam.

RAYYAN mendaki anak tangga dengan berhati-hati.Dadanya berombak laju.Mana tidaknya,die baru sahaja selesai mengajar di kelas yang berada di tingkat bawah dan dia terpaksa mendaki tangga semula untuk ke tingkat tiga oleh kerana di situ terletaknya pejabat dan bilik guru.

Saat kakinya mencecah tangga teratas di tingkat tiga,mata nya menangkap sesusuk tubuh yang membelakanginya dan sedang termenung di balkoni.Dari belakang,die seperti sudah mengagak siapakah gerangan gadis itu.Cuma yang mengharaikannya,mengapa gadis itu berada di sini?setahunya,sudah 30 minit selepas loceng sekolah yang menandakan tamatnya waktu persekolahan.Dan kelas tambahan untuk pelajar SPM pula rasanya belum di jalankan lagi walaupun sudah masuk bulan ketiga persekolahan.

Dengan rasa ingin tahu,die mendekati gadis itu.Nafasnya di tarik dalam.Cube untuk membetulkan kembali nafasnya yang agak tidak menentu.Err..nafas tidak menentu sebab die baru sahaja selesai mendaki tangga,okay?bukan kerana gentarm.

"Kenapa tak balik lagi?", soalan pertama yang terpancul dari bibir Rayyan.

Qasrina menoleh.Bulat matanya apabila melihat Rayyan yang sudah berdiri di sebelahnya.'Erk!sejak bila die ade kat sini?'.

"Ci..cikgu Zhaf.Cik..cikgu buat ape dekat sini?", suara Qasrina sedikit bergetar.Terkejut mungkin.

"Saya yang tanya awak.Kenapa tanya saya balik?", wajah Rayyan tenang.Pandangannya beralih pada stadium mini yang luas terbentang di hadapan mereka.'Cantik jugak stadium ni dari atas'.Getus hati Rayyan.

"Sa..saya..saje je duduk kat sini.Saya belum rasa nak balik lagi", Qasrina juga tidak memandang Rayyan.Pandangannya turut sama tertumpu pada stadium mini di hadapan.

Di saat itu,Rayyan mengambil kesempatan ini untuk memandang wajah Qasrina.Ye!betul tekaan nya.

Die tersenyum kecil sebelum kembali bersuara "Awak jangan nak tipu saya.Saya tahu..awak ade masalah kan?awak tengah fikirkan sesuatu?",

Belum sempat ape-ape perkataan keluar dari mulut Qasrina,Rayyan bersuara lagi "Kalau awak tak keberatan,awak boleh je share dengan saya.Ye lah,saya ni kan guru kelas awak jugak,walaupun sementara tapi..saya berhak tahu kalau awak ade masalah",

Qasrina mengigit bibir.Serba salah pula jadinya.Kalau diikutkan,die memang mahu berkongsi dengan Rayyan memandangkan masalah nya ini ade kaitan dengan diri gurunya itu.Tapi..die takut die nampak lemah pula.

"Qasrina?kenapa diam?awak jangan risau,awak boleh percayakan saya.In shaa Allah,saya akan bantu awak mana yang saya mampu", Rayyan tersenyum.Sekilas die memandang wajah Qasrina sebelum kembali memandang stadium mini.'Tak boleh pandang anak dara orang lama-lama'.Kenapa?takut jatuh cinta?.'Err..hish!dah lah.Jangan sibuk,wahai hati'.Sempat lagi otak dan hati Rayyan berbahas.

"Err..saya..", ayat Qasrina tergantung.

'Kenapa susah sangat nak share masalah die?besar sangat ke masalah nya?lain lah kalau masalah tu berkaitann dengan hal..'.Rayyan terdiam seketika.Baru die terfikir sesuatu.'Argh!slow lah otak kau ni,Rayyan.Patutlah die serba salah nak jawab.Takkan lah kau dah lupa jantina kau?lembap betul lah otak ni'.Rayyan mengutuk dirinya sendiri.Ek eh..otak lembap?kalau lembap takde lah kau terror Add Math,Rayyan oii.

Rambut lurus dan hitam keperangan nya ditolak ke belakang.Wajahnya membahang sedikit.Sudah lah die yang beria-ria tanya.Buat malu je lah.

"Er..Qasrina,kalau masalah yang awak ade sekarang ni merupakan masalah..erm..'wanita',saya mintak maaf lah,ye?Saya tak boleh tolong dan saya mintak maaf lagi sekali sebab saya beria-ria suruh awak share pada saya.Kalau macam tu,saya mintak diri dulu lah,ye?", Rayyan memusingkan badannya.Baru die hendak membuka langkah,kedengaran suara Qasrina memanggilnya.Die berpaling kembali.

"Hmm.?",

"Sebenarnya..masalah saya ni bukan masalah wanita",

Rayyan menghela nafas lega.Hampir sahaja tadi.Takut juga die kalau-kalau Qasrina membuat laporan pada guru disiplin tentang tingkah lakunya yang dianggap sebagai penceroboh privasi pelajar.Atau yang paling teruk,dianggap penyumbanglewengan.Jatuh saham!

"Ohh..ye?kalau macam tu..ape masalah awak?", dua buah buku rujukan yang sedari tadi dipegang telah diletakkan di atas balkoni.

"Sebenarnya..saya..takut",

"Takut?takut ape?ohh..saya tahu.Awak takut untuk peperiksaan SPM kan?jangan risaulah.Awak masih ade masa untuk study", soalan yang ditujukan buat Qasrina dijawab sendiri oleh Rayyan.Haish,pelik-pelik.Kalau macam tu jangan tanya.Jawab je terus.

"Hmm..untuk subjek lain saya okay.Tapi..ade satu subjek ni yang buat saya jadi takut dan bertambah stress", Qasrina bermain dengan jari jemarinya.

"Okay..subjek ape tu?", Rayyan berfikir tentang subjek yang menakutkan pelajar nya.'Mungkin Kimia atau Biologi sebab masa aku nak amik SPM dulu pun,subjek ni yang buat aku tak tidur malam'.

"Subjek...", Qasrina memandang Rayyan yang masih menanti jawapan dari mulutnya.

"Subjek Add Math", ringkas dan padat jawapan Qasrina.Rayyan agak terkejut sedikit.Die tidak sangka pula subjek itu yang membuatkan pelajarnya ini stress.Kesian die.

"Jadi subjek Add Math adelah subjek yang paling sukar buat awak?", Rayyan menyoal.Sebenarnya inginkan kepastian sahaja walaupun sudah terang lagi nyata bahawa Add Math adalah subjek yang sedikit sukar buat Qasrina.

Qasrina mengangguk.Ye..buat pertama kali die terpaksa menundukkan egonya.Ini semua demi SPM!

"Saya tak pasti yang saya dah ready untuk SPM.Walaupun masih ade masa lebih kurang lapan bulan dari sekarang,saya..saya takut", segala yang terpendam di dalam hati dan fikiran Qasrina diluahkan.

"Awak tak boleh macam ni.Awak kena berani untuk hadapi segalanya.Kalau awak fikir yang awak tak boleh,maka awak takkan boleh untuk buat ape-ape sekali pun.Mind set tu penting,Qasrina.Lekatkan dalam minda,fikiran dan hati awak yang awak boleh.Selain dari tu,niat dan usaha jugak penting",

"Tapi..saya susah nak faham bila subjek Add Math.Saya..takut dengan subjek Matematik", Qasrina naif.Die harus mengaku segalanya!alang-alang dah cerita sikit,kan?.

Rayyan ketawa kecil.Qasrina terus menoleh memandang Rayyan dengan wajah yang..hairan mungkin."Kenapa cikgu gelak?sebab saya looser math dan cikgu terror math?", Qasrina geram.Die tidak suke orang memperlekehkan nya.

Mendengar nada suara Qasrina yang berubah,Rayyan terus mematikan gelaknya.Die sendiri juga tidak tahu mengapa die ketawa.Aneh bukan?

"Bukan macam tu.Awak tahu?du..", ayat Rayyan tergantung apabila dengan pantas Qasrina mencelah.

"Saya tak tahu..", selamba sahaja Qasrina menjawab.Sebenarnya perasaan geram masih berbaki dalam dirinya.Tapi..hanya geram-geram manja saje lah.

Rayyan menoleh pada Qasrina yang sudah memuncung.'Sensitif jugak!'.

"Awak ni kan,memang lah awak tak tahu sebab saya tak bagitahu awak lagi.Lagi satu,baik awak simpan muncung awak tu.Kang saya gantung dekat tiang bendera tu nanti,tahulah awak", telunjuk nya di halakan pada tiga batang tiang bendera yang terpacak di dalam stadium mini.

Qasrina tersengih manakala Rayyan menyambung ceritanya."Dulu saya pun macam awak.Takut dan tak suke dengan subjek math.Tapi..satu hari,saya jealous dengan kawan-kawan saya yang terror math.So,dari situ saya niat dalam hati saya yang saya nak berusaha betul-betul dan saya nak bersaing dengan diorang.Alhamdullilah,sebab usaha dan berkat doa saya,ini saya yang dulu takut pada subjek math",

Qasrina mengangguk.

Dan seperti Qasrina,Rayyan juga mengangguk sementara kepala otaknya sibuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah pelajarnya.Tiba-tiba,satu idea menyelinap masuk ke dalam sangkar kepala otaknya.

Rayyan tersenyum."Saya rasa saya tahu cara nak selesaikan masalah awak ni", kening nya diangkat beberapa kali.

"Macam mane?",

"Kalau awak tak keberatan,selepas tamat sesi persekolahan,saya akan mengajar awak subjek Add Math",

Qasrina terkejut.Tidak disagka-sangka."Cikgu Zhaf nak ajar saya?seorang?subjek Add Math?lepas sekolah?", bertubi-tubi seoalan keluar dari bibir mungil Qasrina.

"Uish..awak ni,kenapa pergi ulang balik jawapan saya tadi?awak nak tak?",

"Tak menyusahkan cikgu Zhaf ke?",

"Takdelah.Lagipun petang-petang saya takde kerja",

Qasrina tersenyum dan dengan pantas die mengangguk.

**bersambung di bab seterusnya**

Continue Reading

You'll Also Like

22.5K 1.2K 38
GREY SERIES : NO.1 *.✧ Helena Dahlia Grey × Lorenzo Vitale | Lubaid Wathiq *.✧ ••••• [ one girl × seven brothers ] Helena Dahlia. Gadis kecil yang...
538K 23.3K 71
𝑅𝒶𝒿𝒶 𝐿𝓊𝓉𝒽 𝐻𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃×𝒲𝒾𝒹𝑒𝓁𝒾𝒶 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 Apabila si gadis ingin menghilangkan stres di pantai di salah erti si jejaka. "Kau gila k...
4.8M 196K 46
"I hate you!" - Aisya Zahra "But I love you." - Airil Iskandar Seorang wanita yang kena tangkap basah dengan anak bossnya sendiri? Dia, lelaki mafi...
567K 27.6K 86
Buku keempat Putera Aisar Iskandar Putera Mahkota Inderaloka. Seorang yang dingin, dan langsung tidak bercadang mencari suri hati. Tetapi prinsipnya...