Sudah dua bulan berlalu semenjak peristiwa Aidil pengsan ketika mereka berada di Ipoh. Selama dua bulan itu jugalah Aidil jarang sekali menghubungi Dian. Sangat jarang sampai boleh dikira dengan jari di sebelah tangan sahaja.
Kira bertuahlah kalau Aidil yang menghubunginya dulu, itupun sekadar untuk bertanya khabar kurang daripada dua minit setengah. Selalunya memang Dian yang akan menghubungi Aidil dulu walaupun Aidil lebih banyak tidak menjawab daripada menjawab callnya.
Dian duduk di meja kerjanya dengan fikiran yang resah. Majlis kahwin mereka lagi sebulan tetapi tiada perkhabaran apa-apa daripada Aidil.
Jadi ke tak jadi ni? Kalau tak jadi bagitahulah cepat tak ada la aku nak makan hati sangat. Dah puas makan hati berulamkan jantung ni... Kenyang sangat dah!
Dian juga kerap menghubungi mummy Aidil untuk bertanya khabar tetapi ketika mereka berbual tidak pernah pula wanita itu menyebut tentang perkahwinan yang ingin dibatalkan atau apa-apa berkenaan dengan pembatalan majlis itu. Malah wanita itu juga pernah menemaninya untuk membeli baki barang hantaran yang belum selesai.
Maknanya... mesti jadilah kan? Ish... kau jangan buat andaian sendiri Dian. Karang tengok-tengok Aidil yang tak ada masa akad nikah. Kalau pengantin lelaki tak ada, kau nak kahwin dengan siapa? Tok kadi nak akadkan siapa? Sanggup nak kahwin dengan orang lain?
Eii... mintak simpang! Tak nak orang lain, nak Aidil jugak!!! Bagi Remy Ishak pun tak hingin dah!!!
Marahlah macam mana gaya, merajuklah macam mana pun, tapi kalau hati dah sayang dan cinta mesti yang itu juga dia nak!
Dian tak kira, dia mahu dengar jawapan sendiri dari mulut Aidil. Kalau nak cakap nak, kalau tak nak aku boleh berundur.
***
Sebaik sahaja Dian menjejakkan kaki ke bangunan tempat kerja lamanya, hatinya rasa berdebar. Mata-mata yang memandangnya dibuat tidak peduli. Bukan Dian tidak tahu ramai juga yang kurang gemar dengan gelaran 'tunangan CEO' yang disandangnya sejak beberapa bulan yang lepas.
Yelah, dulu dia menjadi setiausaha Aidil pun ramai yang suka buat cerita yang bukan-bukan tetapi masih berjaya ditepis oleh Aidil dan Dian ketika itu. Tup tup selepas tiga tahun bekerja dengan Aidil dia dipecat dan dijadikan pula setiausaha kepada Norman. Ketika itu pun ramai yang mencipta gosip lebih-lebih lagi apabila Norman kelihatan rapat dengannya.
Tapi pi mai pi main tang tu jugaklah... Norman yang digosipkan dengan Dian akhirnya berkahwin dengan Julia dan Dian pula bertunang dan bakal berkahwin dengan Aidil.
Nampak tak perjalanan cerita ala-ala Hindustan dekat situ?
Sampai sahaja di tingkat 10, Dian menapak ke arah bilik Aidil. Sebelum itu sempat dia melalui bilik Norman dan partition kerja lamanya yang kini sudah diduduki oleh orang lain.
Sampai sahaja di partition Sofia, Dian meminta izin untuk berjumpa dengan Aidil. Walaupun Sofia masih kelihatan seperti tidak menyenanginya, tetapi tidaklah sampai ingin bermasam muka dengan Dian. Mungkin takut dibuang kerja dengan Aidil kot... Aidil tu kan garang. Sempat lagi Dian mengata dalam hati.
Apabila sudah mendapat kebenaran, Dian melangkah ke arah pintu bilik lelaki itu. Perlahan-lahan pintu bilik Aidil diketuk. Selepas mendengar arahan untuk masuk, teragak-agak Dian memusing tombol pintu bilik lelaki itu.
Aidil langsung tidak memandang ke arah pintu walaupun kedengaran pintu biliknya dibuka. Dia tahu itu Dian, Sofia ada memberitahunya tadi sebelum Dian masuk ke dalam biliknya.
Jujur, tipulah jika dia tidak terasa hati dengan Dian sejak kes dulu. Sebab itulah sampai sekarang dia bersikap dingin dengan Dian. Selalunya hanya Dian yang merajuk, kali ini biarlah dia pula ingin melayan rajuknya sendiri.
"Abang... sibuk ke?" tanya Dian sambil duduk bertentangan dengan lelaki itu di meja kerjanya. "Dah makan? Jom makan dengan Dian..." Dian mengajak lembut dengan senyuman paling manis. Dia sedikit terasa apabila lelaki itu langsung tidak memandang ke arahnya. Perlahan-lahan senyuman Dian mati.
Seketika kemudian Aidil meletakkan pen di tangannya ke atas meja. Dia mengangkat muka lalu memandang Dian tanpa senyuman.
"Abang busy hari ni. Dian cakap je apa yang Dian nak cakap. Straight to the point, please."
Dian memandang tepat ke mata Aidil dengan wajah yang agak kecewa tetapi lelaki itu buat tidak mengerti. Kemudian Dian tunduk memandang meja sambil bermain dengan jari-jemarinya, melihat cincin tunang yang masih melekat di jarinya.
"Tentang... majlis kita..." ujar Dian perlahan-lahan dan lambat.
Sebenarnya Dian malu, malu kerana terasa seperti perigi mencari timba tetapi dia sangat perlukan pencerahan sekarang ini. Dia tidak mahu jadi seperti hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Jika Aidil tidak mahu, lebih baik dia juga turut berundur. Walaupun majlis mereka sebulan sahaja lagi, tetapi masih ada masa untuk berundur.
"Kenapa?" tanya Aidil tanpa perasaan.
Dian terdiam. Dia cuba mengumpul kekuatannya untuk bertanya lagi.
"Majlis kita... is it still on?" Dian terasa wajahnya seperti sudah tebal berinci-inci. "Kalau abang nak back off-"
"I will not." Aidil memotong. "Unless you want me to." Tajam mata Aidil menikam mata Dian. "Siapa tahu... mungkin Dian dah ada Firdaus untuk gantikan tempat abang."
Tajam. Pedas. Menusuk terus ke dalam hati Dian.
"Abang marah Dian lagi..."
"You think?"
Dian mengeluh lemah. "Dian tak ada apa-apa dengan Firdaus. Semuanya cerita lama... Firdaus dah kahwin pun sekarang..." jelas Dian.
Ya, Firdaus sudah berkahwin. Itupun Dian baru tahu apabila dia terserempak dengan lelaki itu dan isterinya beberapa minggu lepas. Rupa-rupanya sudah tiga tahun Firdaus mendirikan rumah tangga, sejak dia berada di Ireland lagi.
Dian rasa bersalah dengan Aidil. Sangat sangat bersalah.
Aidil tersenyum sinis. "Ohh dia dah kahwin... Then what? Dian rasa tercabar dengan dia?"
"Abang!" Dian terkejut mendengar persepsi Aidil terhadap dirinya.
"What? Betul apa yang abang cakap kan?" Aidil masih buat selamba seperti kata-katanya tiada salah.
Dian rasa seperti tidak mahu percaya. "This is so unbeliavable," gumam Dian perlahan. Beg tangan di riba di sangkut semula pada bahu dan sudah berura-ura untuk bangun. "I can't believe I am here at the first place. Buang masa. Buang tenaga."
Dian pantas bangun dan terus ke pintu. Belum sempat pintu dibuka, entah bila Aidil berada di belakangnya lalu terus menekan pintu dan tidak membenarkan pintu itu dibuka sekaligus tidak memberi Dian peluang untuk keluar.
"You don't want me here so please... just let me go already," ujar Dian tanpa sedikit pun memandang Aidil.
"Who said that I don't want you here?" Aidil berkata perlahan.
"Abang tak perlu cakap sebab it's all over your face."
"What is it? What's on my face?"
"Hatred," ucap Dian sambil berpaling dan memandang tepat ke dalam mata Aidil.
Aidil tiba-tiba mengukir senyuman manis. Kemudian dia tergelak kecil.
"Sayang... selalu misinterpret... You saw my face full of hatred because you didn't see right into my eyes." Aidil masih lagi tersenyum. Dian terpana, sudah lama dia tidak nampak Aidil senyum begini.
Aidil tiba-tiba mendekatkan wajahnya dengan Dian tetapi masih dalam jarak yang selamat. "Nah, cuba tengok mata abang. Ada nampak apa-apa tak?" Mata Aidil memandang tepat ke dalam mata Dian dengan pandangan yang memukau.
Dian telan air liur. Ala... dia nak suruh main menjeling-menjeling kubertentang macam lagu Siti Nurhaliza pulak!
Perlahan-lahan Dian menggelengkan kepalanya. "Tak nampak apa-apa pun..." Dian menjawab lurus.
Aidil ketawa lagi. Apabila dia berhenti ketawa, Aidil berbisik ke telinga Dian.
"Sayang... dalam mata abang hanya ada Dian. Jangan anggap abang bencikan Dian, because it will never happen."
***
Notakaki : Yayy double update! Mission accomplished! Tak boleh la nak buat dorang gaduh lelama ni... tak reti! Hahahaha enjoyyy sayangs! 💕💕💕